Sumber sejarah - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

Sumber sejarah

Description:

Sumber sejarah Sejarah ditulis berasaskan kajian terhadap sumber sejarah seperti artifak, fosil, dokumen, peta, manuskrip, dan sumber lisan. Sumber sejarah ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1711
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 13
Provided by: sabahEdu6
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Sumber sejarah


1
Sumber sejarah
  • Sejarah ditulis berasaskan kajian terhadap sumber
    sejarah seperti artifak, fosil, dokumen, peta,
    manuskrip, dan sumber lisan.

2
Sumber sejarah
  • Dikategorikan kepada
  • Sumber pertama
  • Sumber kedua

3
Sumber pertama
  • Juga dikenali sebagai sumber primer
  • Bahan dalam bentuk kertas, fosil, artifak, dan
    keterangan lisan.
  • Belum diolah dan dicetak
  • Bersifat asli dan belum ditafsir

4
Contoh-contoh sumber pertama
  1. Fail rasmi jabatan
  2. Surat peribadi
  3. Diari
  4. Manuskrip yang belum dicetak
  5. Batu bersurat

5
Sumber kedua
  • Juga dikenali sebagai sumber sekunder
  • Bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan
    bertulis (bahan bertulis yang ditulis oleh
    sejarawan atau pengkaji sejarah)
  • Bahan yang telah diolah, dicetak, dan disebarkan
    kepada umum.

6
Contoh-contoh sumber kedua
  1. Buku
  2. Majalah
  3. Jurnal
  4. Ensiklopedia
  5. Akhbar
  6. Risalah
  7. Laporan tahunan jabatan

7
Kaedah pengkaji sejarah
  1. Kaedah lisan
  2. Kaedah bertulis
  3. Kaedah arkeologi
  4. Kaedah pandang dengar

8
Kaedah lisan
  • Dinamakan kaedah lisan kerana maklumat diperoleh
    terus daripada responden melalui ucapan,
    penceritaan, pengisahan, dan perbualan.
  • Kelemahan kaedah ini adalah wujudnya unsur tokok
    tambah yang bercampur dengan unsur dongeng,
    mitos, dan legenda.

9
Kaedah bertulis
  • Mendapatkan maklumat daripada sumber yang
    ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, dinding
    gua, kulit kayu, daun kayu, logam, gading, dan
    kertas
  • Sumber yang ditulis ini membantu sejarawan
    memperoleh maklumat mengenai sesuatu perkara,
    peristiwa, tokoh, kejadian, perundangan, dan adat
    resam.

10
Kaedah arkeologi
  • Cara mendapatkan maklumat berdasarkan kajian
    saintifik.
  • Cabang-cabangnya angkasa lepas, maritim, dan
    gali cari.
  • Ahli arkeologi mendapatkan maklumat daripada
    bahan tinggalan sejarah yang ditemui melalui
    proses gali cari.

11
Kaedah arkeologi
  • Bahan-bahan tinggalan sejarah seperti fosil,
    binaan daripada batu, peralatan daripada logam,
    tembikar, dan kulit siput dapat disahkan melalui
    kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon.

12
Kaedah pandang dengar
  • Kaedah yang dipengaruhi oleh perkembangan pesat
    ilmu sains dan teknologi.
  • Menggunakan pelbagai peralatan seperti
    televisyen, internet, video, cakera padat, radio,
    dan pita rakaman.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com