KOMUNIKASI DAN HUBUNGAN - PowerPoint PPT Presentation

1 / 74
About This Presentation
Title:

KOMUNIKASI DAN HUBUNGAN

Description:

Title: Hubungan dan Komunikasi Author: Ishak Abdul Hamid Last modified by: azura_fbmk Created Date: 8/13/2000 4:45:23 PM Document presentation format – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:497
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 75
Provided by: IshakAbd
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: KOMUNIKASI DAN HUBUNGAN


1
KOMUNIKASI DAN HUBUNGAN
Bab 7 Dr. Nor Azura Adzharuddin
2
Tujuan Menjalin Hubungan
  • Tarikan
  • Keintiman
  • Ganjaran

3
Tarikan
  • Persamaan dan sifat saling melengkapi
  • Tarikan yang saling berbalas
  • Kebolehan atau kelebihan seseorang
  • Ingin membuat pendedahan kendiri atau tempat
    mengadu, berkongsi perasaan
  • Jarak atau kedekatan

4
Keintiman dan Dimensinya
  • Bentuk fizikal
  • Perkongsian keintelektualan atau pertukaran idea
  • Bentuk emosi Perkongsian perasaan

5
Gaya Keintiman
6
Gaya Keintiman Maskulin dan Feminin
  • Wanita lebih baik dalam menjalin dan mengekalkan
    hubungan
  • Pendedahan maklumat peribadi dianggap satu unsur
    penting dalam hubungan intim
  • Orang perempuan lebih mudah membuat pendedahan
    kendiri daripada orang lelaki.

7
Gaya Keintiman Maskulin dan Feminin
  • Orang lelaki menjalin dan mengekalkan hubungan
    melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama.
  • Aktiviti menyebabkan mereka saling bergantung dan
    membantu satu sama lain.

8
Ukuran Keintiman Hubungan dan Impaknya
  • Ukuran keintiman yang berbeza antara lelaki dan
    perempuan mempunyai impak terhadap hubungan
    antara mereka.
  • Misalnya, wanita yang mahu membuat pendedahan
    kendiri kepada lelaki yang yang tidak ekspresif
    akan menimbulkan salah faham.

9
Pengaruh Budaya terhadap Keintiman
  • Terdapat hubungan antara suami isteri yang agak
    formal diamalkan di Asia dan Eropah.
  • Orang Amerika lebih mudah membuat pendedahan
    kendiri berbanding dengan orang negara lain.
  • Perbezaan budaya memberi kesan kepada hubungan.

10
Batas-batas Keintiman
  • Terlalu mengutamakan keintiman boleh mengurangkan
    kepuasan hubungan.
  • Keintiman bukan satu-satunya ukuran keintiman.
  • Privacy perlu dijaga dalam hubungan.

11
Hubungan kerana Ganjaran
  • Teori Pertukaran Sosial Kita mahukan hubungan
    yang memberikan faedah atau ganjaran dari segi
    tangible atau intangible.
  • Kos merupakan hasil yang tidak diingini dalam
    sebarang hubungan.
  • Ganjaran Kos Hasil

12
KATEGORI HUBUNGAN
  • 1. Keadaan (circumstances)
  • Definisi Hubungan yang wujud disebabkan oleh
    keadaan atau situasi di mana kita berada.
  • Contoh Ibu, bapa, kakak, abang, adik, rakan
    sepejabat, guru, pelayan etc

13
KATEGORI HUBUNGAN
  • 2. Pilihan (choice)
  • Definisi Hubungan yang diwujudkan kerana
    pilihan kita.
  • Contoh Kekasih, suami isteri dan kawan baik.

14
MATLAMAT DALAM HUBUNGAN PERIBADI
  • 1. Identiti diri
  • Pengesahan tentang apa yang kita percaya tentang
    diri kita.
  • Kita menjalin hubungan dengan orang yang
    menyokong sifat kita dan menolak orang yang tidak
    boleh menyokong kita

15
MATLAMAT DALAM HUBUNGAN PERIBADI
  • 2. Keintiman
  • Sejauh mana kita boleh diterima oleh seseorang
    sebagai diri kita sendiri.
  • 3. Menyukai seseorang atau affinity
  • suka antara satu sama lain

16
MATLAMAT DALAM HUBUNGAN PERIBADI
  • 4. Hormat
  • Suka tak semestinya hormat
  • 5. Kawalan (mempengaruhi seseorang)
  • Kebolehan mempengaruhi seseorang ke arah yang
    diingini oleh seseorang iaitu menjadikan
    seseorang itu akur kepada kehendak seorang lagi.

17
STRUKTUR HUBUNGAN PERIBADI
  • a. Saling melengkapi, complimentary relational
    structure
  • Struktur hubungan yang mengagihkan kuasa secara
    tidak seimbang.
  • Berdasarkan kpd perbezaan-perbezaan pada pasangan
    yang saling melengkapi contohnya perkahwinan
    secara tradisional. Sisuami mencari rezeki,
    isteri menjaga anak/rumah
  • Berfungsi secara pasukan
  • Tidak boleh berfungsi secara bersendirian

18
STRUKTUR HUBUNGAN PERIBADI
  • b. Simetri
  • Struktur hubungan yang berdasarkan kepada
    persamaan-persamaan (balanced)
  • Kuasa diagih sama rata - sama status.
  • Sangat bebas contohnya, dalam membuat keputusan

19
STRUKTUR HUBUNGAN PERIBADI
  • c. Selari (Gabungan struktur a dan b)
  • Pengagihan kuasa berubah daripada sesorang kepada
    seorang yang lain
  • Bergantung kepada keadaan. Membenarkan
    penyesuaian atau adaptibility. Memerlukan
    kebebasan dalam keadaan tertentu atau fleksibel
  • Mempunyai matlamat atau arah tuju yang sama
  • Paling digemari oleh kebanyakan pasangan

20
SEBAB-SEBAB MENJALIN HUBUNGAN
  • Rupa atau appearance
  • Penting semasa peringkat awal hubungan
  • Lebih cantik lebih diminati
  • Kanak-kanak tahu menilai kecantikan

21
SEBAB-SEBAB MENJALIN HUBUNGAN
  • Kesamaan atau similarity
  • Manusia tertarik kepada orang yang mempunyai
    sikap dan sifat yang sama
  • Mempunyai persepsi diri yang sama
  • Boleh meramalkan sesuatu mengenai seseorang
  • Terlalu sama juga tidak baik

22
SEBAB-SEBAB MENJALIN HUBUNGAN
  • Saling melengkapi atau complementary
  • Sifat yang berlawanan adalah menarik contohnya,
    orang perempuan suka kepada lelaki dominan
  • Saling membalas atau reciprocity iaitu kita
    sukakan orang yang sukakan kita

23
SEBAB-SEBAB MENJALIN HUBUNGAN
  • Pertukaran atau exchange
  • Teori pertukaran (Homan, 1961) menyatakan kita
    mencari orang yang boleh beri kita balasan atau
    reward (fizikal atau emosi) yang lebih besar atau
    sama besar dengan yang kita belanjakan untuk
    mereka
  • Kebolehan atau competency
  • Kita suka dengan orang yang ada kebolehan
    tertentu untuk membantu kita

24
SEBAB-SEBAB MENJALIN HUBUNGAN
  • Kedekatan atau proximity
  • Hubungan boleh terjalin jika pasangan sentiasa
    dekat misalnya, dalam pejabat.
  •  Pendedahan atau luahan (rahsia) atau disclosure
  • Ia menandakan keprihatinan
  • Menjadi ukuran hubungan
  • Saling berbalas (reciprocity) dalam hal ini
    adalah penting

25
SIFAT-SIFAT KOMUNIKASI DALAM HUBUNGAN PERIBADI
  • 1. Personalisasi
  • Definisi Sejauh mana komunikasi membentuk
    perkara atau isu yang hanya difahami oleh
    individu dalam hubungan mereka
  • Contoh Penggunaan nama panggilan dan
    contoh-contoh. Perkongsian rahsia peribadi.

26
SIFAT-SIFAT KOMUNIKASI DALAM HUBUNGAN PERIBADI
  • 2. Sinkronisasi
  • Sejauh mana kedua-dua individu mengkoordinasikan
    aliran dan pengendalian interaksi mereka
  • Contohnya Berbual tanpa henti, mengubah topik
    ke topik dengan cepat

27
SIFAT-SIFAT KOMUNIKASI DALAM HUBUNGAN PERIBADI
  • 3. Kerumitan (complicated)
  • Paras ketegangan dan masalah yang wujud dalam
    suatu interaksi.
  • Conrohnya Pengurangan pertentangan mata, suara
    naik, mengejek, mengumpat, mencaci.

28
PERINGKAT-PERINGKAT HUBUNGAN
  • 1. Permulaan atau Initiation atau contact
  • Mempamerkan minat untuk menjalinkan hubungan.
  • Biasanya singkat dan mengikut formula yang
    konvensyenal seperti
  • a. Beri salam, bersalam
  • b. Menyatakan sesuatu misalnya mengenai keadaan
    cuaca, dsb.

29
PERINGKAT-PERINGKAT HUBUNGAN (samb)
  • c. Mempertahankan (sustain)
  • melanjutkan perbualan dengan membuat pertanyaan
    atau parafrasa.
  • Cara yang tak sesuai ialah dengan terus meluahkan
    perasaan, berdiam diri, atau meminta pertolongan.

30
PERINGKAT-PERINGKAT HUBUNGAN (samb)
  • 2. Penerokaan/Eksperimen
  • Perbualan kecil atau small talk dengan
    pertanyaan serta pencerapan
  • Boleh uji sama ada perhubungan boleh diteruskan
    atau tidak
  •  

31
PERINGKAT-PERINGKAT HUBUNGAN (samb)
  • 3. Mempergiatkan hubungan (intensifying)
  • Seperempat masa digunakan untuk meluahkan
    perasaan secara terus
  • Berkomunikasi secara kurang direct contohnya
    meningkatkan masa pertemuan, minta sokongan,
    menolong, beri buah tangan atau cenderahati,
    jumpa ibu bapa, dsb.
  • Masih ada keraguan. Sudah wujud perasaan cemburu
  • Menguji

32
PERINGKAT-PERINGKAT HUBUNGAN (samb)
  • 4. Integrasi
  • Mewujudkan identiti sebagai satu unit
  • Perubahan sifat atau sikap seperti sikap
    bertanggungjawab untuk menolong dari segi emosi
    dan material
  • Meminta sesuatu secara terus dan selalunya
    menjangkakan lebih dari yang dipinta

33
PERINGKAT-PERINGKAT HUBUNGAN (samb)
  • 5. Pengikatan atau bonding
  • Memperlihatkan kepada umum mengenai kewujudan
    hubungan eg. kahwin atau
  • Menjadi rakan kongsi perniagaan
  • Biasanya dikatakan sebagai turning point sesuatu
    hubungan walaupun ramai yang tidak bersetuju

34
PERINGKAT-PERINGKAT HUBUNGAN (samb)
  • 6. Membuat Perbandingan (Differentiating)
  • Hubungan mula mengalami tekanan contohnya
    syarikat ini (bukan syarikat kita)..., anak kita
    (anak awak)...
  • Ada kebaikan iaitu untuk privacy

35
PERINGKAT-PERINGKAT HUBUNGAN (samb)
  • 7. Pembatasan (circumscribing)
  • Komunikasi semakin berkurang dari segi kuantiti
    atau kualiti.
  • Petanda-petanda tak puas hati contohnya balik
    lewat, kurang romantik, bertengkar jadi corak
    atau pattern walaupaun masih boleh bekerjasama
    seperti merahsiakan hubungan yang mula retak
  • Banyak larangan. Komunikasi yang dinamik jadi
    statik. Kurang berbincang - berdiam diri atau
    menarik diri. Komitmen atau minat berkurang

36
PERINGKAT-PERINGKAT HUBUNGAN (samb)
  • 8. Pengelakan atau avoiding
  • Mewujudkan jarak
  • Mesej dalam bentuk tersembunyi contohnya saya
    pening kepala, saya sibuk sekarang, jangan
    telefon saya biar saya telefon awak

37
PERINGKAT-PERINGKAT HUBUNGAN (samb)
  • 9. Pemutusan hubungan, terminating
  • Lawan semua peringkat hubungan
  • Melafazkan talak
  • Bagaimana hubungan selepas berpisah - kawan biasa
    atau musuh.
  • Sifat orang yang mahu bercerai - kurang buat
    pendedahan kendiri atau disclosure
  • Orang yang tidak mahu berpisah menjadi kurang
    intim kerana takut jarak. Semakin jauh - sangat
    sedih. Orang perempuan selalunya menyalahkan
    dirinya

38
Bagaimana Hubungan Terputus
  • Hubungan menjadi pudar (fading away) Kedua-dua
    individu semakin jarak apabila keintiman merosot.
  • Kematian mengejut (sudden death) Suatu peristiwa
    menyebabkan hubungan terus terputus.
  • Incrementalism Masalah terkumpul sehingga
    mencapai tahap kritikal dan menjurus kepada
    perpisahan.

39
SEBAB-SEBAB BERCERAI
  • Sifat individu berubah
  • Kurang pengisian dalam peranan hubungan.
    Keintiman yang tidak memuaskan misalnya tidak
    sehaluan lagi.
  • Kawalan interaksi yang lemah (dia tak mahu
    mendengar cakap saya lagi)
  • Penglibatan pihak ketiga (dia jatuh cinta dengan
    Datuk, saya dibuang kerja)

40
Strategi Memutuskan Hubungan Secara Tidak
Langsung (indirect)
  • Menarik diri Mengurangkan kontak tanpa
    penjelasan.
  • Kepura-puraan (pseudo-de-escalation) Menyatakan
    hasrat untuk menjamin semula hubungan tetapi
    sebenarnya hendak memutuskannya.
  • Meningkatkan kos (cost escalation) Meningkatkan
    kos hubungan dengan tujuan menggalakkan temannya
    menarik diri.

41
Strategi Memutuskan Hubungan Secara Langsung
(direct)
  • Mempamerkan identiti negatif Menyatakan secara
    terus terang untuk memutuskan hubungan tanpa
    mengira perasaan temannya.
  • Justifikasi Menyatakan secara terus terang untuk
    memutuskan hubungan dengan memberikan penjelasan
    dan alasan jujur.

42
Strategi Memutuskan Hubungan Secara Langsung
(samb)
  • Penurunan (de-escalation) Menerangkan secara
    jujur akan niat untuk mengurangkan keintiman
    hubungan.
  • Ton positif Menyatakan secara jujur keinginan
    untuk memutuskan hubungan dan menghargai nilai
    hubungan dan diri individu itu.

43
Model Pemutusan Hubungan Duck
  • Individu mencapai satu tahap ketidakpuasan yang
    menggerakkannya untuk memutuskan hubungan.
  • Kemudian satu siri fasa berlaku.

44
Fasa Intra-psikik Duck
  • Memberi tumpuan kepada perlakuan temannya.
  • Menilai sama ada peranan yang dimainkan oleh
    temannya memadai.
  • Menilai aspek negatif hubungan tersebut.
  • Menilai kos penarikan diri.
  • Menilai hubungan alternatif.

45
Fasa Diad (dyadic) Ducks
  • Bercadang untuk bersemuka dengan temannya untuk
    menyatakan hasrat.
  • Melibatkan diri dengan perbincangan mengenai
    hubungan.
  • Menilai hubungan bersama-sama.
  • Menilai kos atau akibat pemutusan bersama-sama.
  • Membuat keputusan sama ada mahu memperbaiki,
    rujuk semula, atau berpisah.

46
Fasa Sosial Duck
  • Memaklumkan kepada publik mengenai niat pemutusan
    hubungan atau perpisahan.
  • Mencetuskan gosip/perbincangan dalam jaringan
    sosial.
  • Menceritakan kepada orang lain untuk mengelakkan
    malu.
  • (Meminta bantuan atau campur tangan orang lain.)

47
Fasa Grave-Dressing Duck
  • Menutup perasaan duka dan kecewa perpisahan
    dengan cerita-cerita yang menyalahkan bekas teman.

48
SIFAT-SIFAT HUBUNGAN
  • Keintiman bukanlah satu-satunya matlamat hubungan
    seperti pekerja, jiran dsb.
  • Pergerakan berlaku semasa dalam
    peringkat-peringkat hubungan
  • Hubungan adalah tidak stabil. Ia sentiasa berubah
    iaitu mana-mana peringkat boleh berpatah balik
  • Pergerakan hubungan biasanya mempunyai arah tuju
    yang baru.

49
KEPATUHAN (COMPLIANCE) DALAM HUBUNGAN PERIBADI
  • Komunikator menggunakan banyak kaedah untuk
    memperoleh sesuatu
  • Permintaan secara terus (Boleh tak pinjamkan
    kereta kau pada aku?)
  •  Merayu secara tidak langsung (Kamu nak ke kedai?
    Boleh kirim tak?)

50
KEPATUHAN (COMPLIANCE) DALAM HUBUNGAN PERIBADI
  • Pertukaran dan balasan (menolong orang yang susah
    agar orang itu menolong kita melakukan sesuatu)
  • Ganjaran dan denda (kalau kau tak buat, siap
    kau!)
  • Rayuan yang berkaitan (akur kerana pangkat atau
    hormat).

51
Strategi mana yang paling baik?
  • Yang paling cepat mendapat sambutan
  • Yang tidak mempunyai kesan buruk dalam jangka
    panjang
  • Yang sesuai dengan nilai dan gaya peribadi

52
MEMASTIKAN KEJAYAAN HUBUNGAN
  • 1. Hubungan berubah
  • 2. Hubungan memerlukan penglibatan atau komitmen
  • 3. Hubungan yang baik memuaskan jangkaan atau
    kehendak kedua-dua komunikator
  • 4. Hubungan boleh diperbaiki

53
Keintiman dan Jarak Dalam Hubungan
54
Dimensi Keintiman
  • Fizikal
  • Intelek
  • Emosi
  • Perkongsian aktiviti

55
Keintiman dan jarak
  • Hubungan yang baik tidak memerlukan keintiman
    yang keterlaluan
  • Jarak adalah perlu dalam hubungan yang erat.
  • Keintiman selalunya dikaitkan dengan pendedahan
    kendiri

56
Kitaran Keintiman
  • Hold me tight (semasa kecil)
  • Put me down (remaja)
  • Leave me alone (dewasa)

57
Definisi Pendedahan Kendiri
  • Pendedahan kendiri berlaku apabila seseorang
    memberitahu orang lain mengenai sesuatu
    maklumat-maklumat yang tidak akan diketahuinya
    jika maklumat-maklumat itu tidak diberitahu.

58
Kriteria Pendedahan Kendiri
  • Mengandungi maklumat peribadi
  • Disampaikan secara verbal
  • Penerima maklumat sahaja yang mengetahui maklumat
    yang diberikan.

59
Perbezaan Pendedahan Kendiri Dengan Jenis
Komunikasi Lain
  • Keikhlasan bukan cerita rekaan atau menipu
  • Kedalaman bukan permukaan
  • Maklumat tidak boleh didapati daripada sumber
    lain
  • Sengaja dilakukan oleh individu

60
Pendedahan Kendiri Asas Kepada Mengeratkan
Hubungan
  • Pendehan kendiri dikaitkan dengan keintiman.
  • Pendedahan kendiri memerlukan saling berbalasan
    (reciprocity) antara individu.
  • Setiap individu menilai risiko pendedahan kendiri
    secara berbeza.
  • Setiap individu mengasaskan pendedahan kendiri
    kepada kos dan ganjarannya.

61
Model Penembusan Sosial
  • Pendedahan kendiri yang dibuat menyingkap
    keluasan maklumat mengenai diri seseorang serta
    kedalaman maklumat tersebut.

62
Model Penembusan Sosial
Maklumat diri yang mudah didedahkan
Maklumat diri yang tidak mudah didedahkan
63
Model Penembusan Sosial
Maklumat diri yang mudah didedahkan
Maklumat diri yang tidak mudah didedahkan
64
Model Tetingkap Johari
  • Tetingkap yang diimaginasikan sebagai berkait
    dengan maklumat tentang diri seseorang . Maklumat
    tersebut ialah
  • Terbuka Diketahui oleh diri sendiri dan orang
    lain.
  • Buta Diketahui oleh orang lain tetapi tidak
    diketahui oleh diri sendiri

65
Model Tetingkap Johari
  • Tersembunyi Diketahui oleh diri sendiri, tetapi
    tersembunyi daripada orang lain.
  • Tidak diketahui Maklumat yang tidak diketahui
    oleh sesiapa termasuk diri sendiri.

66
Tetingkap Johari Keseluruhan diri kita yang wujud
DIRI KITA
67
Maklumat diri kita yang kita tahu dan tidak tahu
Diketahui oleh diri sendiri
Tidak diketahui oleh diri sendiri
68
Maklumat diri kita yang orang ketahui dan tidak
ketahui
Diketahui oleh orang lain
Tidak diketahui oleh orang lain
69
Model Tetingkap Johari
70
Model Tetingkap Johari
Terbuka
Buta
Tidak diketahui
Terlindung
71
Hubungan yang baru bagi orang muda
Terbuka
Buta
Tidak diketahui
Terlindung
72
Hubungan yang baru bagi individu terlalu perasan
atau self-aware,
Buta
Terbuka
Tidak diketa-hui
Terlindung
73
Persahabatan yang baik
Buta
Terbuka
Tidak diketahui
Terlindung
74
Hubungan yang intim
Terbuka
Buta
Tidak diketahui
Terlindung
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com