MLL 209 - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

MLL 209

Description:

MLL 209 KULIAH 4 Sarkasme Badan gemuk macam badak, ada hati hendak jadi model. Muka seperti kereta dilanggar, ada hati hendak mengurat adik aku. – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:260
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 51
Provided by: unisimghaz
Category:
Tags: mll | durian

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: MLL 209


1
MLL 209 KULIAH 4
2
Objektif 1. Menganalisa gaya perbandigan
pertentangan 2. Menilai unsur penyimpangan
yang terkesan. 3. Menilai kepentingan
mendedahkan jenis gaya pengulangan kepada
pelajar
3
Gaya Perbandingan
Gaya bahasa perbandingan ialah gaya bahasa yang
digunakan untuk menambahkan kesan dan kemaknaan
tertentu dengan cara memperbandingkan sesuatu
perkara dengan yang lain
4
Metafora
Metafora ialah pemakaian kata-kata yang
menyatakan ert yang berbeza daripada yang
sebenarnya, iaitu sebagai kiasan Gaya bahasa ini
tidak menggunakan kata seperti,umpama, bagai,
ibarat, penaka, atau serupa.
5
Metafora
Kau beri aku pedang berbulu bunga. Lantas
kupegang mata. Walau luka kupendam sahaja. Kau
binakan aku mahligai permata, Di tengah lautan
bergelora Isinya hampa.
6
Simile
Simile ialah perumpamaan atau perbandingan
terus. Membandingkan dua hal yang berlainan
tetapi sengaja menganggapnya sama. Perbandingan
dilakukan dengan menggunakan kata seperti,
laksana, bagai, umpama,bak, sebagai, penaka,
serupa, ibarat, macam dsb.
7
Simile
  • Siti cantik bagai bidadari.
  • Diriku kini bagai melukut di tepi gantang.
  • Bajunya merah seperti cili.
  • Mukanya pucat bagai mayat.

8
Personifikasi
Gaya bahasa yang memberi sifat-sifat manusia
kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan,
keadaan, peristiwa, barang yang tidak bernyawa,
atau idea yang abstrak.
9
Personifikasi
Pohon-pohon menari tatkala pawana menyapa di pagi
hari. Guruh berteriak kuat lalu mega pun
menangis.
10
Depersonifikasi
Gaya bahasa yang memberi sifat-sifat benda,
binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan, peristiwa,
barang yang tidak bernyawa, atau idea yang
abstrak kepada manusia.
11
Depersonifikasi
Muka ayah merah menyala. Dia terus menyalak saat
adik pulang masuk ke rumah. Hatiku kini membeku.
Jiwaku dirantai.
12
Imejan (Deskripsi)
Pemakaian kata yang menghasilkan efek atau kesan
melalui pancaindera.
13
Imejan (Deskripsi)
Aku duduk di katil empuk, berbau bunga
ros. Cermin sompek berbingkai rotan kusam
tergantung di bilik nenek.
14
Pleonasme / Tautologi
Penggunaan kata yang berlebih-lebihan dan tidak
perlu dalam ayat. Jika kata-kata yang
berlebih-lebihan digugurkan daripada struktur
ayat, makna ayat tidak terjejas.
15
Pleonasme / Tautologi
Adik menendang bola dengan kakinya. Dengan
mengunyah makanan di dalam mulutnya hingga
lumat. Dia mendengar nasihat ibunya dengan
telinganya.
16
Perifrasis
Penggunaan kata yang berlebih-lebihan dan tidak
perlu dalam ayat tetapi boleh digantikan dengan
satu kata sahaja.
17
Perifrasis
Ayahku telah tidur dengan tenang buat
selama-lamanya ( meninggal dunia) Mulutnya
berkumat-kamit membaca nama-nama Tuhan berulang
kali. ( berzikir)
18
Alegori
Cerita (Prosa/ puisi) yang mengandungi
sifat-sifat moral yang dikisahkan melalui
lambang-lambang atau metafora yang diperluaskan
dan kesinambungan dengan tempat, atau wadah, atau
gagasan yang diperlambangkan. http//youtu.be/Ixt
z8_1JXvc
19
Antitesis
Penggunaan kata atau ungkapan untuk menghasilkan
kesan perbandingan antara 2 antonim (berlawanan)
20
Antitesis
Mereka ketawa sangat saat kau menangis. Muslimin
muslimat, lelaki perempuan, tua muda, miskin
kaya, semuanya meraikan hari raya.
21
Prolepsi/ Antilapsi
Penggunaan kata atau beberapa kata yang digunakan
terlebih dahulu sebelum terjadinya peristiwa yang
sebenarnya.
22
Prolepsi/ Antilapsi
Mereka kelihatan gusar, hiba, dan gerun kerana
ujian matematik pasti susah. Ali tersenyum dan
ceria setiap hari kerana dia akan dinaikkan
pangkat pada penggal hadapan.
23
Gaya Pertentangan
Gaya bahasa pertentangan ialah bentuk bahasa yang
mengemukakan makna yang bertentangan dengan makna
yang sebenarnya.
24
Zeugma
Kehadiran 2 kata atau lebih sebagai objek dalam
ayat yang berpredikat frasa kerja transitif yang
mengandungi makna bertentangan tetapi hanya
sesuai untuk salah satu daripadanya, baik secara
logik mahupun secara kenahuan.
25
Zeugma
Dia menjemput malaikat, jin, syaitan, dan sahabat
handai ke majlis perkahwinan abangnya. Saya
membaca buku, radio, dan televisyen dengan tekun
sekali.
26
Selepsis
Kehadiran dua kata atau lebih sebagai objek dalam
ayat yang berpredikat frasa kerja transitif yang
secara kenahuan tepat tetapi daripada segi
semantiknya salah. (1 objek mengandungi makna
denotatif dan 1 kiasan)
27
Selepsis
Dia menghadiahi anaknya doa dan seutas
rantai. Dia mencari buah durian dan kedamaian
untuk ibunya.
28
Satira
Satira ialah gaya bercerita yang mengandungi
sindiran yang bertujuan untuk menimbulkan unsur
estetik dan akhlak. a. sindiran halus ironi b.
sindiran tajam sinis c. sindiran kasar -
sarkasme
29
Ironi
Ironi adalah sindiran halus. Kata, frasa atau
ungkapan yang mempunyai makna yang bertentangan
dengan yang sebenar.
30
Ironi
Bersihnya rumah kau. Rambut dan daki bertaburan
di lantai. Sedapnya lauk kari yang kau masak.
Garamnya tak terasa dan rempahnya seguni pula.
31
Sinisme
Sindiran tajam untuk menyinggung perasaan serta
diucap untuk menunjukkan ejekan terhadap
keikhlasan atau kejujuran seseorang yang diragui.
32
Sinisme
Tidak ada orang di dunia ini yang lebih pandai
daripada kau. Tidak syak lagi, kau lah sahaja
yang paling jujur.
33
Sarkasme
Sarkasme ialah sejenis sindiran yang terlalu kuat
menyakitkan hati kerana adanya unsur cemuhan dan
celaan
34
Sarkasme
Badan gemuk macam badak, ada hati hendak jadi
model. Muka seperti kereta dilanggar, ada hati
hendak mengurat adik aku.
35
Sarkasme
Badan gemuk macam badak, ada hati hendak jadi
model. Muka seperti kereta dilanggar, ada hati
hendak mengurat adik aku.
36
Preterisio
Gaya bahasa yang digunakan untuk menegaskan
sesuatu tetapi hakikatnya menyangkalnya.
37
Preterisio
Aku tidak boleh ceritakan rahsianya kepada engkau
tetapi dia berpesan agar perbuatan fitnahnya itu
tidak diceritakan kepada orang lain dan aku harap
kau tidak cerita kepada orang lain.
38
Oksimoron
Mengandungi kata-kata yang serupa bunyinya antara
satu sama lain tetapi bertentangan makna dalam
frasa yang sama.
39
Antifrasis
Menggunakan kata, frasa atau klausa yang
mempunyai makna inversi.
40
Antifrasis
Makan. Makanlah. Ada banyak lagi. ( Berhenti
makan) Panjatlah, panjat tinggi lagi. ( Turun
atau jangan panjat)
41
Antifrasis
Makan. Makanlah. Ada banyak lagi. ( Berhenti
makan) Panjatlah, panjat tinggi lagi. ( Turun
atau jangan panjat)
42
Hiperbaton
  • Memaparkan makna yang terbalik daripada sesuatu
    yang logik
  • Cepatnya dia berjalan selaju kura-kura.
  • Labuhnya baju yang dia pakai sehingga ternampak
    pusatnya.

43
Hipalase
  • Menerangkan sebuah kata atau frasa yang lain yang
    seharusnya digunakan pada perkataan yang lain
  • Aku menunggang seekor kuda yang resah. ( Resah
    adalah aku)
  • Kanak-kanak bermain di padang yang basah. (
    kanak-kanak yang basah)

44
Inuendo
  • Gaya bahasa sindiran dengan mengecilkan kenyataan
    yang sebenarnya.
  • ( Kritikan yang tidak jelas terkesan sekiranya
    ditinjau sekali imbas atau sambil lalu sahaja)

45
Inuendo
Jadi sampai sekarang belum beroleh jodohnya
kerana setiap kali dipinang dia mula jual mahal.
46
Katabasis
Gaya bahasa antiklimaks yang mengandungi
kata-kata secara berturut-turutan yang semakin
kurang penting (berlawanan dengan Gaya Bahasa
Anabasis)
47
Hiperbola
Gaya bahasa yang mengandungi kebenaran yang
diperbesar-besarkan. Tabungannya berjuta-juta,
emasnya berkilo-kilo, sawahnya berhektar-hektar (
dia seorang yang kaya)
48
Litotes ( Lawan Hiperbola)
Pemberian wang yang berjumlah 1.5 juta kepada
keluarga miskin tidak bermakna langsung.
49
Paradoks
Gaya bahasa yang mengandungi pertentangan nyata
dengan fakta-fakta yang ada tetapi kenyataannya
mengandungi kebenaran dengan pendapat umum.
50
Paradoks
Aku hidangkan senyuman di dalam tangisan. Di
tengah-tengah kesedihan, ada kelucuan.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com