TEORI PEKEMBANGAN KERJAYA SUPER - PowerPoint PPT Presentation

1 / 21
About This Presentation
Title:

TEORI PEKEMBANGAN KERJAYA SUPER

Description:

teori pekembangan kerjaya super oleh: profesor madya dr. sidek mohd noah jabatan pendidikan kaunselor & psikologi kaunseling fakulti pengajian pendidikan – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1451
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 22
Provided by: DRSIDEKM
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: TEORI PEKEMBANGAN KERJAYA SUPER


1
TEORI PEKEMBANGAN KERJAYA SUPER
  • OLEH
  • PROFESOR MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH
  • JABATAN PENDIDIKAN KAUNSELOR PSIKOLOGI
    KAUNSELING
  • FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
  • UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
  • 43400 UPM SERDANG
  • SELANGOR MALAYSIA
  • TEL. 603-89468118, 603-89468167 (OFFICE)
  • 012-2126312 (HP)
  • FAX 603-89435386
  • E-MAIL smn_at_educ.upm.edu.my
  • smnoah_at_hotmail.com

2
LATAR BELAKANG TEORI
  • TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER DIPERKENALKAN
    OLEH DONALD E. SUPER.
  • TEORI INI DIPENGARUHI OLEH TEORI PERKEMBANGAN
    KERJAYA GINZBERG, MALAHAN TEORI INI ADALAH
    KEMBANGAN DARIPADA TEORI GINZBERG
  • SEBUAH TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA ATAU TEORI
    PENDEKATAN PROSES
  • TEORI INI MEMBERI FOKUS KEPADA KONSEP KENDIRI
    INDIVIDU YANG DIKENALI SEBAGAI KONSEP KENDIRI
    KERJAYA

3
PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI
  • PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI IAITU SATU PROSES
    APABILA INDIVIDU MELIHAT PERBEZAAN DIRINYA DENGAN
    ORANG LAIN
  • MENTERJEMAH KONSEP KENDIRI IAITU MENTERJEMAH
    KONSEP KENDIRI KE DALAM ISTILAH PEKERJAAN
  • PELAKSANAAN KONSEP KENDIRI IAITU KEPERLUAN
    LATIHAN PROFESIONAL BAGI SATU-SATU KERJAYA YANG
    TELAH DIPILIH

4
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN
KERJAYA
  • FAKTOR EKONOMI TERMASUK EDARAN PERDAGANGAN,
    PERUBAHAN TEKNOLOGI DAN PEPERANGAN
  • FAKTOR SOSIAL TERMASUK STATUS SOSIO-EKONOMI,
    TARAF PENDIDIKAN, KEWARGANEGARAAN, BANGSA, AGAMA
    DAN JANTINA
  • FAKTOR PSIKOLOGI TERMASUK WARISAN BIOLOGI,
    KECERDASAN, BAKAT ISTIMEWA DAN NILAI

5
PERINGKAT PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI
  • PERINGKAT PERTUMBUHAN
  • PERINGKAT PENEROKAAN
  • PERINGKAT PENGUKUHAN
  • PERINGKAT PENGEKALAN
  • PERINGKAT PENURUNAN

6
PERINGKAT PERTUMBUHAN
  • UMUR ANTARA 0 HINGGA 14 TAHUN
  • DICIRIKAN DENGAN INDIVIDU MEMBENTUK KONSEP
    KENDIRI DENGAN MEMBANDINGKAN DIRINYA DENGAN ORANG
    LAIN
  • KONSEP KENDIRI IALAH BAGAIMANA INDIVIDU MELIHAT
    DAN MENILAI DIRINYA SENDIRI

7
PERINGKAT PENEROKAAN
  • UMUR ANTARA 15 HINGGA 24 TAHUN
  • DICIRIKAN DENGAN INDIVIDU MENEROKA DIRI IAITU
    MENEROKA KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI ATAU
    MENEROKA POTENSI DIRI
  • INDIVIDU MULA MENGENALI DUNIA PEKERJAAN

8
PERINGKAT PENGUKUHAN
  • UMUR ANTARA 24 HINGGA 44 TAHUN
  • DICIRIKAN DENGAN INDIVIDU CUBA MENDAPATKAN SUATU
    KONSEP KENDIRI KERJAYA YANG LEBIH TERJAMIN
  • INDIVIDU SUDAH TERLIBAT DALAM PEKERJAAN

9
PERINGKAT PENGEKALAN
  • UMUR ANTARA 45 HINGGA 64 TAHUN
  • DICIRIKAN DENGAN INDIVIDU TELAH KUKUH
    KEDUDUKANNYA DAN AKAN MENGEKALKAN KONSEP
    KENDIRINYA
  • KEDUDUKAN INDIVIDU DALAM KERJAYA SUDAH KUKUH
    MISALNYA SEBAGAI KETUA PENGARAH, PENGARAH, KETUA
    JABATAN, PENGETUA, GURU KANAN DAN GURU PAKAR

10
PERINGKAT PENURUNAN
  • UMUR 65 TAHUN KE ATAS
  • DICIRIKAN DENGAN INDIVIDU KEKURANGAN TENAGA
  • INDIVIDU MENUKAR KONSEP KENDIRI KEPADA KONSEP
    KENDIRI YANG LEBIH SESUAI
  • PENCEN ATAU TERLIBAT DENGAN PEKERJAAN BARU YANG
    LEBIH SESUAI

11
EDARAN MAXI DAN EDARAN MINI
  • EDARAN MAXI ADALAH EDARAN PERKEMBANGAN KONSEP
    KENDIRI YANG UTAMA IAITU PERTUMBUHAN, PENEROKAAN,
    PENGUKUHAN, PENGEKALAN DAN PENURUNAN
  • EDARAN MINI ADALAH EDARAN KECIL YANG BERLAKU
    DALAM EDARAN UTAMA

12
PERTUMBUHAN
PENEROKAAN
PENURUNAN
PENGUKUHAN
PENGEKALAN
EDARAN MAXI DAN EDARAN MINI
13
RUMUSAN UTAMA TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER
  • MANUSIA BERBEZA-BEZA DARIPADA SEGI KEBOLEHAN,
    MINAT DAN PERSONALITINYA
  • OLEH KERANA CIRI-CIRI INI, SETIAP INDIVIDU
    BERKELAYAKAN UNTUK MELAKUKAN BEBERAPA JENIS
    PEKERJAAN
  • TIAP-TIAP PEKERJAAN MEMERLUKAN CORAK-CORAK
    TERTENTU KEBOLEHAN, MINAT DAN TRET-TRET
    PERSONALITI NAMUN DENGAN TOLERENSI YANG AGAK
    LUAS MEMBENARKAN BEBERAPA JENIS PEKERJAAN UNTUK
    SETIAP INDIVIDU DAN BEBERAPA JENIS INDIVIDU DALAM
    SETIAP PEKERJAAN

14
RUMUSAN TEORI SUPER SAMBUNGAN
  • PEMILIHAN KERJAYA DAN KECEKAPAN, SITUASI DI MANA
    INDIVIDU TINGGAL DAN BEKERJA SERTA KONSEP KENDIRI
    INDIVIDU BERUBAH MENGIKUT MASA DAN PENGALAMAN,
    MENJADIKAN PROSES PEMILIHAN DAN PENYESUAIAN
    SEBAGAI SATU PROSES YANG BERTERUSAN

15
RUMUSAN TEORI SUPER SAMBUNGAN
  • PROSES PERUBAHAN DAN PERKEMBANGAN INI BOLEHLAH
    DIKATAKAN SEBAGAI PERINGKAT-PERINGKAT KEHIDUPAN
    YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI PERINGKAT PERTUMBUHAN,
    PENEROKAAN, PENGUKUHAN, PENGEKALAN DAN PENURUNAN

16
RUMUSAN TEORI SUPER SAMBUNGAN
  • CORAK SEMULAJADI KERJAYA IAITU PERINGKAT
    PEKERJAAN YANG DICAPAI DAN URUTANNYA, KEKERAPAN
    SERTA JANGKAMASA KERJA PERCUBAAN DAN TETAP ADALAH
    DITENTUKAN OLEH ARAS SOSIO-EKONOMI IBU BAPA,
    KEBOLEHAN MENTAL, CIRI-CIRI PERSONALITI DAN
    PELUANG-PELUANG YANG TERDEDAH KEPADA INDIVIDU

17
RUMUSAN TEORI SUPER SAMBUNGAN
  • PERKEMBANGAN DALAM PERINGKAT KEHIDUPAN BOLEH
    DIBIMBING SEBAHAGIAN BESARNYA DENGAN
    MEMPERCEPATKAN PROSES KEMATANGAN, KEBOLEHAN DAN
    MINAT DAN SEBAHAGIANNYA LAGI DENGAN MEMBANTU
    PENGUJIAN REALITI DAN PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI
    INDIVIDU

18
RUMUSAN TEORI SUPER SAMBUNGAN
  • PROSES PERKEMBANGAN KERJAYA SEBENARNYA ADALAH
    PROSES PEMBENTUKAN DAN PERLAKSANAAN KONSEP
    KENDIRI. IA ADALAH SATU PROSES KOMPROMI DI MANA
    KONSEP KENDIRI ADALAH HASIL DARIPADA INTERAKSI
    KECENDERUNGAN, WARISAN SISTEM NEURAL DAN
    ENDOKRIN, PELUANG-PELUANG UNTUK MEMAINKAN
    BEBERAPA PERANAN DAN PENILAIAN MENGENAI
    SEJAUHMANA HASIL PERANAN DIPERSETUJUI OLEH KETUA
    DAN RAKAN SEKERJA

19
RUMUSAN TEORI SUPER SAMBUNGAN
  • PROSES KOMPROMI ANTARA INDIVIDU DENGAN
    FAKTOR-FAKTOR SOSIAL DAN ANTARA KONSEP KENDIRI
    DENGAN REALITI ADALAH SATU MAIN PERANAN SAMA ADA
    PERANAN YANG DIMAINKAN ITU SECARA KHAYALAN
    SEPERTI YANG BERLAKU DALAM TEMUDUGA KAUNSELING
    ATAU DALAM AKTIVITI KEHIDUPAN SEBENAR SEPERTI DI
    DALAM KELAS DI SEKOLAH, DI KELAB-KELAB PEKERJAAN
    SAMA ADA PEKERJAAN SEPARUH MASA ATAU PEKERJAAN
    TETAP

20
RUMUSAN TEORI SUPER SAMBUNGAN
  • KEPUASAN KERJA DAN KEPUASAN HIDUP BERGANTUNG
    KEPADA SEJAUHMANA INDIVIDU MEMPEROLEH JALAN
    KELUAR YANG MENCUKUPI UNTUK MENYALURKAN
    KEBOLEHANNYA, MINATNYA, TRET-TRET PERSONALITINYA
    SERTA NILAI-NILAINYA JUGA BERGANTUNG KEPADA
    KEMANTAPAN DALAM SESUATU JENIS PEKERJAAN, SITUASI
    KERJA DAN CARA KEHIDUPAN DI MANA IA BOLEH
    MEMAINKAN BEBERAPA PERANAN YANG DIANGGAP OLEHNYA
    SEPADAN DAN SESUAI DENGAN PERTUMBUHAN DAN
    PENGALAMAN PENJELAJAHANNYA

21
SEKIAN SAHAJA MENGENAI TEORI SUPER
TERIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com