Unit 3 Kuliah 1 dan 2 Teori Semantik - PowerPoint PPT Presentation

1 / 29
About This Presentation
Title:

Unit 3 Kuliah 1 dan 2 Teori Semantik

Description:

Unit 3 Kuliah 1 dan 2 Teori Semantik Prof.Madya Dr Zaitul Azma binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:491
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 30
Provided by: FBMK
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Unit 3 Kuliah 1 dan 2 Teori Semantik


1
Unit 3 Kuliah 1 dan 2 Teori Semantik
  • Prof.Madya Dr Zaitul Azma binti Zainon Hamzah
  • Jabatan Bahasa Melayu,
  • Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
  • UPM.

2
Pengenalan
  • Terdapat pelbagai teori yang digunakan untuk
    menghuraikan makna seobjektif yang mungkin.
  • Antara teori yang pernah dikemukakan ialah teori
    tanda, teori segi tiga semiotik, teori imej,
    teori behaviurisme, teori analisis komponen dan
    teori logik simbolik.

3
Teori Tanda de Saussure (1916
  • Konsep semiotik diperkenalkan oleh Ferdinand de
    Saussure melalui dikotomi sistem tanda signified
    dan signifier atau signifie dan significant .
  • Petanda (signifie) adalah gambaran mental,
    fikiran, atau konsep.
  • Penanda (signifiant) adalah bunyi yang bermakna
    atau coretan yang bermakna.
  • Konsep ini melihat bahawa makna muncul ketika ada
    hubungan yang bersifat asosiasi antara yang
    ditandai (signified) dan yang menandai
    (signifier).
  • Tanda adalah kesatuan daripada suatu bentuk
    penanda (signifier) dengan sebuah ide atau
    petanda (signified).
  • Dengan kata lain, penanda adalah aspek material
    daripada bahasa iaitu apa-apa yang dikatakan atau
    didengar dan apa yang ditulis atau dibaca. Jadi,
    petanda adalah aspek mental daripada bahasa 
    (Bertens, 2001180).

4
TEORI SEGITIGA SEMIOTIK
  • Salah satu teori yang terkenal ialah Teori
    Segitiga Semiotik yang dipelopori oleh Richard
    Ogden.
  • Berdasarkan kepada teori ini, satu leksikal itu
    telah dipecahkan kepada tiga unsur atau entiti
    yang berhubungan antara satu dengan yang lain.
    Ketiga-tiga unsur tersebut ialah lambang atau
    bentuk kata, rujukan, dan konsep, seperti dalam
    rajah di bawah

5
  • Konsep atau fikiran mempunyai hubungan secara
    langsung (direct relationship) dengan kedua-dua
    unsur yang lain iaitu bentuk kata (lambang) dan
    benda (referen). Bentuk kata iaitu
    lambang/perkataan dan benda/referen mempunyai
    hubungan yang tidak langsung (indirect
    relationship (Palmer, 1981 24). Justeru itu,
    perhubungan antara kedua-duanya ditandai dengan
    garis yang putus.

6
Teori Segi tiga semiotik Ogden dan Richards
(1949)
  • Fikiran
  • __ __ __ __ __ _
  • Simbol (Perkataan) Rujukan
  • (Benda atau Perkara)

7
Pengertian makna operasional/kontekstual
  • Ludwig Wittgenstein dalam bukunya, Philosophical
    Investigations(1953)
  • Sesuatu kata dilihat dengan memerhatikan
    sesuatu yang dilakukan oleh manusia dengan kata
    itu bukan apa yang dikatakan oleh manusia
    tentang perkara itu (the true meaning of a word
    is to be found by observing what a man does with
    it not what he says about it).
  • 2 falsafah Wittgenstein
  • i. bahasa dengan realiti. -, apa yang memang
    dapat dikatakan, katakan dengan jelas. Dan, apa
    yang tidak dapat dikatakan, sebaiknya diam.
  • ii. bahasa sehari-hari (meaning in use).

8
Teori-teori dalam Kajian Semantik
  • TEORI IMEJ
  • Makna dapat dihuraikan berdasarkan gambaran atau
    imej yang ada dalam fikiran seseorang.
  • Maksudnya, apabila sesuatu perkataan itu disebut,
    didengar atau dibaca oleh seseorang maka mental
    atau fikirannya akan menggambarkan sesuatu yang
    berkaitan dengan makna atau maksud perkataan ini.
  • Tegasnya, fikiran akan memberikan tafsiran
    tertentu (secara abstrak) terhadap perkataan
    tadi. Teori ini merupakan pendekatan saintifik
    dalam penghuraian makna yang digunakan secara
    meluas oleh pengkaji linguistik tradisional.

9
  • Satu masalah yang nyata
  • kita menggunakan teori ini dalam mentafsir makna
    perkataan ialah kita tidak dapat mengetahui dan
    menentukan apakah bentuk imej yang ada dalam
    gambaran atau pemikiran seseorang.
  • Tiada sesiapa yang dapat menerokai otak manusia
    dan tidak dapat meneropong dengan jelas gambaran
    dan imaginasi yang wujud dalam alam pemikiran
    seseorang semasa ia mentafsir makna bagi sesuatu
    perkataan.
  • Tegasnya, imej yang muncul dalam otak seseorang
    itu tidak dapat ditunjukkan oleh gambar atau
    lambang yang nyata dan objektif.

10
  • Gambaran itu berbagai-bagai, terlalu abstrak dan
    relatif pula keadaannya.
  • Satu contoh ialah mengenai rajah segi tiga.
  • Sukar menentukan imej rajah segi tiga kerana
    rajah segi tiga itu sendiri pelbagai bentuknya.
  • Bagi A mungkin rajah segi tiga itu berupa ?,
  • bagi B pula mungkin berupa ?.,
  • bagi C, bentuk segi tiga itu mungkin ialah ?,
  • bagi D pula bentuk itu berupa ? dan sebagainya.
  • tidak ada satu penyelesaian yang khusus mengenai
    gambaran sebenar yang wujud dalam fikiran
    seseorang mengenai makna sesuatu perkataan yang
    digambarkannya.

11
  • Satu lagi contoh, tafsiran atau imej yang
    berlainan terhadap gambaran sesuatu keadaan,
    misalnya keadaan "seorang kanak-kanak yang
    lapar".
  • Salah satu imej yang mungkin ditimbulkan ialah
    "keadaan kanak-kanak yang sedang menangis"
    (menangis merupakan cara menyatakan rasa lapar),
  • satu lagi imej mungkin menunjukkan "keadaan
    kanak-kanak itu menyuapkan sesuatu ke dalam
    mulutnya".
  • Kedua-dua imej ini berlainan tetapi ditujukan
    kepada satu keadaan sama, iaitu yang
    dimanifestasikan oleh gabungan perkataan "seorang
    kanak-kanak yang lapar".

12
Rumusan
  • Bentuk imej yang wujud dalam fikiran seseorang
    apabila dia mentafsir makna sesuatu perkataan itu
    biasanya ada hubungan dengan pengalamannya.
  • Seseorang yang pernah mengalami pengalaman yang
    pahit dengan gurunya mungkin mengimaginasikan
    "guru" sebagai seorang yang bengis, garang, tidak
    bertimbang rasa, dan sebagainya tetapi bagi
    seorang yang lain, yang pernah mengalami
    peristiwa manis yang tidak dapat dilupakan
    bersama-sama gurunya mungkin membayangkan "guru"
    sebagai seorang yang lembut, penyayang dan
    pengajar yang baik. Jadi, perkataan 'guru'
    membawa imej yang berbeza sama sekali kepada dua
    orang yang berlainan.

13
TEORI BEHAVIURISME
  • Mengikut teori behaviurisme, makna bagi sesuatu
    perkataan atau ayat mestilah ditinjau berdasarkan
    rangsangan dan gerak balas yang menyebabkan
    timbulnya sesuatu ujaran itu. la merangkumi
    aspek-aspek biologis yang dialami oleh penutur
    semasa dia mengujarkan sesuatu ayat atau
    perkataan.
  • Golongan behaviuris mengemukakan teori ini kerana
    mereka beranggapan bahawa bahasa wujud hasil
    daripada operasi rangsangan dan gerak balas
    sebagaimana juga dengan perlakuan manusia lain,
    seperti makan, berjalan, tidur, senyum, dan
    sebagainya. Setiap rangsangan dan gerak balas
    serta proses biologi yang dialami oleh seseorang
    semasa bercakap mestilah dianalisis secara
    saintifik supaya makna ujarannya dapat
    ditaksirkan dengan jelas, tepat dan menyeluruh.

14
  • Sebagai contoh, ujaran "Perut saya lapar"
    merupakan gerak balas kepada suatu rangsangan
    yang wujud secara proses biologi di dalam perut
    penutur. Penutur berkemungkinan, telah agak lama
    tidak mengambil sebarang makanan untuk
    dimakannya, menyebabkan keluarnya enzim di dalam
    perutnya dan akibatnya timbullah rasa lapar. Rasa
    lapar ini menjadi rangsangan baginya untuk
    mengujarkan ayat "Perut saya lapar".

15
Kesimpulan
  • Sebagaimana teori imej, teori behaviurisme juga
    mempunyai kelemahan. Teori ini tidak dapat
    menghuraikan setiap ujaran dengan begitu lengkap,
    menyeluruh dan saintifik oleh sebab mekanisme
    yang mengolah sesuatu ujaran itu terlalu kompleks
    dan kita tidak berupaya membuat penghuraian yang
    tepat mengenainya.
  • Apa yang berlaku dalam pemikiran dan sistem saraf
    otak penutur tidak dapat dilihat dengan jelas dan
    tidak ada mesin yang dapat merakamkan seluruh
    proses yang berlaku pada otak dan proses biologi
    seseorang semasa dia bertutur. Dengan demikian
    teori ini amat sukar untuk dipraktikkan.

16
  • Satu lagi kelemahan ialah teori ini tidak dapat
    menghuraikan makna bagi perkataan-perkataan yang
    mempunyai fungsi tertentu dalam tatabahasa,
    misalnya tidak dapat menjelaskan makna kata
    hubung seperti "dan", "tetapi", "kerana", dan
    lain-lain, Selain itu, oleh sebab teori ini
    mendasarkan huraian makna kepada konteks
    rangsangan dan gerak balas makna
    perkataan-perkataan yang berupa konsep seperti
    "ketuhanan", "segi tiga", "geometri", "meja",
    "rumah", dan lain-lain lagi yang pada dasarnya
    boleh ditakrifkan secara tersendiri, tidak dapat
    diaplikasikan huraian maknanya mengikut teori ini.

17
TEORI ANALISIS KOMPONEN
  • Teori ini ditimbulkan berdasarkan kaedah yang
    digunakan oleh ahli-ahli antropologi dalam
    menentukan istilah-istilah yang menunjukkan
    hubungan kekeluargaan.
  • Misalnya istilah "bapa" dan "datuk" dapat
    dijelaskan dengan menganalisis dan
    mempertentangkan komponen yang berkaitan
    dengannya misalnya "bapa" adalah "lelaki",
  • "anak kepada ..." dan
  • "ayah kepada..." manakala
  • "datuk" adalah juga "lelaki",
  • "ayah kepada ..." dan juga
  • "anak kepada .

18
  • Kaedah ini kemudiannya disedari boleh
    diaplikasikan untuk menghuraikan atau menjelaskan
    makna perkataan.
  • Dalam bahasa Inggeris misalnya, perkataan murder
    dan kill dapat dibezakan melalui cara ini, dalam
    mana komponen yang dapat menjelaskan makna murder
    ialah intension, causation dan death, manakala
    menjelaskan maksud "kill" hanyalah causation dan
    death.
  • Dalam bahasa Melayu konsep "sengaja" dan "tidak
    sengaja" seperti yang nyata daripada contoh
    perkataan di atas dapat dibezakan oleh penggunaan
    imbuhan, iaitu imbuhan "ter-" dan "me-". Dengan
    demikian konsep ini dapat difahami dengan lebih
    mudah.

19
  • Daripada contoh-contoh di atas, nyata bahawa
    mengikut teori analisis komponen, makna bagi
    sesuatu perkataan bukan dianalisis secara unitary
    atau sebagai satu unit tetapi sebagai suatu
    hubungan komponen-komponen yang kompleks.
  • Komponen itu dinamakan sebagai komponen semantik
    yang terdiri daripada kosa kata atau
    perbendaharaan kata sesuatu bahasa yang diikat
    secara logik dan tetap (logical constant). Teori
    ini cuba menghuraikan makna sesuatu perkataan
    secara terperinci dan memasukkan sama unsur-unsur
    pertentangannya.

20
Contoh
  • Perkataan 'teruna' dapat dijelaskan maknanya
    dengan memperlihatkan komponen-komponen
    semantiknya, iaitu "manusia", "dewasa", "lelaki",
    "belum berkahwin".
  • "Kanak-kanak" pula ditakrifkan sebagai "manusia",
    "lelaki" atau "perempuan", "bukan dewasa".
  • "ibu" pula diberi pengertian berdasarkan
    komponen, "manusia", "perempuan", "berkahwin" dan
    "mempunyai anak".
  • Demikianlah caranya perkataan-perkataan dalam
    sesuatu bahasa ditakrifkan mengikut teori ini.

21
Kelemahan Teori
  • Hanya menganalisis makna pada peringkat
    perkataan, tidak menganalisis makna pada
    peringkat ayat.
  • Contoh a. Mereka sedang bergaduh.
  • Mereka tidak berkelahi
  • Sukar untuk memilih dan menentukan
    komponen-komponen semantik yang khusus dan tepat
    untuk menghuraikan makna sesuatu perkataan.
  • Misalnya makna "teruna", "dara", "kanak-kanak"
    dan "ibu", satu daripada komponennya ialah
    manusia dan perkataan "manusia" ini merangkumi
    "benda-benda" yang disebutkan sebagai teruna,
    dara, kanak-kanak dan ibu.

22
Rumusan
  • Satu masalah yang timbul di sini adalah bahawa
    perkataan yang merupakan komponen semantik bagi
    menghuraikan makna sesuatu perkataan itu
    mempunyai makna yang tersendiri yang perlu pula
    dihuraikan.

23
TEORI LOGIK SIMBOLIK
  • Menghuraikan makna bukan sahaja pada peringkat
    perkataan malah juga pada peringkat ayat dan
    perlakuan manusia, sebagai reaksi kepada
    tanggapan yang diterima oleh mereka mengenai
    sesuatu perkataan.
  • Teori logik simbolik ini membahagikan kajian
    makna kepada tiga bahagian iaitu semantik,
    sintaktik dan pragmatik.

24
  • Semantik dalam teori ini dimaksudkan kepada
    kajian mengenai hubungan antara simbol dengan
    rujukan (reference) atau boleh juga dikatakan
    hubungan antara perkataan dengan benda. Rujukan
    atau benda tidak terhad banyaknya dalam sesuatu
    bahasa dan sesuatu simbol pula biasanya dirujuk
    kepada kumpulan benda-benda yang ada
    persamaannya.
  • Sebagai contoh, perkataan "manusia" dirujuk
    kepada makhluk yang bernyawa, mempunyai akal dan
    sifat-sifat yang berbeza daripada binatang.
    "Manusia" juga meliputi golongan orang lelaki,
    perempuan, kanak-kanak, tua, dan muda. Mereka
    dikelompokkan sebagai manusia kerana sifat mereka
    yang mempunyai persamaan.

25
  • Sintaktik
  • Mengkaji hubungan antara satu perkataan dengan
    perkataan lainnya yang boleh menentukan makna.
    Hubungan itu dapat dilihat pada konteks yang
    lebih besar, misalnya dalam ayat atau frasa.
    Sebagai contoh, perkataan "orang" dan "besar"
    apabila wujud berurutan boleh menghasilkan
  • dua makna, iaitu "orang besar"
  • " orang yang saiznya besar " dan
  • "orang yang berpangkat tinggi".

26
  • Begitu juga dengan urutan kata "makan" dan
    "hati", boleh membawa pengertian "makan hati"
    (makan hati lembu, ayam, dan lain-lain) atau
    "makan hati" dengan maksud "merana".
  • Ayat "anak abang saya yang sulung" pula boleh
    bermaksud "anak sulung abang saya" atau "anak
    kepada abang sulung saya".
  • Ayat "adik cikgu yang comel" boleh membawa maksud
    "adik cikgu itu yang comel" atau "adik kepada
    cikgu yang comel".
  • Makna yang agak kabur ini boleh dijelaskan
    melalui kajian sintaktik. Penentuan yang mana
    satukah makna yang mahu diterima bergantung
    kepada konteks.

27
Bidang Pragmatik
  • Mengkaji hubungan antara simbol atau perkataan
    dengan perlakuan yang ditunjukkan oleh seseorang
    sebagai reaksi kepada perkataan yang ditujukan
    kepadanya.
  • Reaksi itu berbagai-bagai, bergantung kepada
    tanggapan seseorang. Perkataan "saya", "aku",
    "patik", "beta" misalnya, walaupun dirujuk
    kepada benda atau perkara yang sama, iaitu
    "rujukan kepada orang pertama tunggal", boleh
    membawa reaksi yang berbagai-bagai.

28
Kelebihan Pragmatik
  • Pendekatan kepada penghuraian makna berdasarkan
    teori ini agak berkesan dibandingkan dengan
    teori-teori yang sebelumnya kerana teori ini
    mempertimbangkan sama ciri-ciri suasana (konteks)
    dan perlakuan yang mengiringi sesuatu ujaran.
  • Makna yang ditinjau berdasarkan konteks, biasanya
    lebih tepat kerana konteks merupakan aspek yang
    terpenting dalam penentuan makna bagi sesuatu
    ujaran.

29
Terima Kasih...
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com