KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

Description:

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM ... Iaitu keseimbangan dalam segala aspek kehidupan, rohani dan jasmani, masyarakat dan individu, dunia dan akhirat. – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:872
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 35
Provided by: sajadstud
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM


1
KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM
2
PENGENALAN
  • Pembinaan tamadun Islam bermula selepas lahirnya
    Rasulullah SAW beserta turunnya wahyu daripada
    Allah SWT di Gua Hira di kaki bukit an-Nur pada
    17 Ramadhan 610 Masihi.
  • Tamadun Islam dibahagikan tiga peringkat iaitu
    peringkat awal di Mekah, peringkat pertengahan,
    dan peringkat akhir. Nabi Muhammad SAW mengajak
    masyarakat Arab kembali kepada nilai akhlak dan
    kemanusiaan yang murni.

3
DEFINISI TAMADUN ISLAM
  • Perkataan tamadun berasal darpada perkataan Arab
    iaitu madana yang bermaksud kehalusan budi dan
    kesopanan tingkah laku.
  • Daripada perkataan madana, terbit pula perkataan
    madinah yang bermaksud Bandar dan juga madani
    iaitu orang yang berkelakuan seperti orang Bandar
    yang bersifat halus dalam berbudi bahasa dan
    beradap sopan dalam tingkah laku.

4
CIRI-CIRI TAMADUN
5
Rabbani
  • Nilai ketuhanan dan keagamaan dalam tamadun Islam
    adalah nilai tertinggi sekali.
  • Matlamat kehidupan manusia telah ditetapkan oleh
    Allah SWT iaitu mengabdikan diri hanya kepada
    Allah semata-mata disamping melakukan tugas-tugas
    khalifah dan Al-Quran menjadi sumber asasnya.

6
Keseimbangan dan kesederhanaan.
  • Iaitu keseimbangan dalam segala aspek kehidupan,
    rohani dan jasmani, masyarakat dan individu,
    dunia dan akhirat.
  • Kesederhanaan pula perlu ada dalam melaksanakan
    segala perintah Allah tetapi tidak pula
    mempermudahkan segala urusan.

7
Universal
  • Tidak terikat dengan bangsa, tempat atau tempoh
    tertentu, bahkan ia milik seluruh manusia.
  • Tamadun Islam menepati keperluan segala situasi
    dan peredaran zaman.

8
Ideal dan realistik
  • Ideal bermaksud meletakkan manusia di tempat
    paling tinggi dengan mengawasi setiap gerak geri
    manusia.
  • Realistik pula bermaksud menabil kira hakikat
    yang berlaku iaitu di dunia yang nyata.

9
Syumul atau menyeluruh
  • Merangkumi akidah, syariah, akhlak, hubungan
    dengan Allah, dengan sesama manusia dan alam.
  • Satu seruan keadilan untuk semua sama ada Islam
    mahupun bukan Islam, musuh atau kawan, termasuk
    hubungan antarabangsa, ilmu dan ibadah.

10
DASAR-DASAR TAMADUN ISLAM
11
Memelihara nyawa dan hak-hak untuk hidup
  • Tamadun Islam meletakkan nyawa sebagai dasar yang
    paling utama.
  • Allah SWT telah menggubal perundangan paling
    terperinci dalam jaminan keselamatan terhadap
    nyawa.

12
  • Contohnya dalam ayat Al-Maidah ayat 32 firman
    Allah SWT yang bermaksud
  • Bahawa sesiapa yang membunuh seseorang bukan
    kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat
    bencana dalam negeri, maka bererti orang itu
    telah membunuh manusia seluruhnya.

13
Memelihara akal fikiran
  • Akal adalah anugerah paling sempurna daripada
    Allah yang sangat berharga.
  • Dengan akal manusia menjadi makhluk Allah yang
    paling mulia dan sempurna.
  • Oleh itu, Allah SWT telah mewajibkan setiap
    manusia menjaga akal fikirannya dengan baik.
  • Contohnya dengan menuntut ilmu dan mengharamkan
    manusia merosakkan akal fikirannya, seperti
    meminum minuman yang memabukkan dan mengambil
    dadah.

14
  • Firman Allah SWT Wahai orang-orang yang
    beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan
    bertilik nasib adalah perbuatan keji termasuk
    perbuatan syaitan. Maka jauhilah
    perbuatan-perbuatan itu agar kamu dapat
    memperolehi keuntungan.

15
Memelihara keturunan ( maruah )
  • Tamadun Islam memelihara kesucian keturunan
    manusia.
  • Kerana hasil yang baik hanya akan terbina dari
    benih yang baik.
  • Oleh itu, Allah SWT telah mengharamkan semua
    perbuatan yang merosakkan keturunan manusia
    seperti zina, homoseksual dan lesbian.
  • Firman Allah SWT yang bermaksud Dan janganlah
    kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu
    adalah satu perbuatan yang keji dan hina serta
    seburuk-buruk jalan yang buruk.

16
Memelihara harta benda
  • Kekayaan dan kemewahan adalah idaman setiap
    manusia dan Islam mengiktirafkan keinginan
    tersebut.
  • Oleh itu, tamadun Islam meletakkan pemeliharaan
    harta benda sebagai dasar penting di dalamnya.
  • Dalam hal ini, Al-Quran menjelaskan, lelaki dan
    perempuan yang mencuri wajib dipotong kedua-dua
    belah tangan sebagai balasan kesalahannya dan
    sebagai seksa daripada Allah.
  • Abdullah bin Umar berkata Saya telah
    mendengar Rasullullah SAW bersabda bahawa sesiapa
    yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya,
    maka ia mati syahid.
  • ( Riwayat Bukhari )

17
Memelihara hak dan kebebasan.
  • Maksud kebebasan manusia ialah tiada pengabdian
    kepada seseorang atau sesuatu melainkan hanya
    kepada Allah SWT.
  • Oleh itu, setiap orang mestilah diberikan
    kebebasan daripada segala unsur kezaliman yang
    merupakan kongkongan kebendaan dan nafsu yang
    jahat.
  • Setiap manusia perlu diberi kebebasanuntuk
    berfikir, kebebasan memberi pandangan, kebebasan
    bergerak, bersuara dan lain-lain.

18
SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM
19
  • Ziauddin Sardar telah mendefinisikan tamadun
    sebagai pelahiran keseluruhan budaya spiritual
    dan material.
  • Ia mengandungi pelbagai aspek iaitu
  • Budaya
  • Organisasi sosial
  • Politik
  • Nilai dan norma
  • Sains dan teknologi

20
  • Tamadun Islam akan tetap wujud selagi teras
    tamadun tersebut iaitu agama Islam terus wujud.
  • Tamadun Islam tidak semata-mata bergantung kepada
    tokoh-tokoh tertentu.
  • Sebagai contohnya
  • Tamadun Islam tetap wujud dan berkembang walaupun
    pengasasnya Nabi Muhamad Saw telah wafat.

21
Sumber dalam Tamadun Islam
  • Beberapa sumber perlulah digunakan bagi mendalami
    lagi pemahaman mengenai Tamadun Islam.
  • Ia juga penting bagi mengelakan berlakunya
    sebarang ajaran sesat dalam agama.
  • Bagi tamadun Islam terdapat dua sumber yang
    penting iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi.

22
Al-Quran
  • Sumber asas yang terpenting dalam kewujudan
    Tamadun Islam.
  • Merupakan ibu segala kitab malah menjadi petunjuk
    yang amat berguna bagi manusia.
  • Mukjizat yang paling istimewa berbanding
    mukjizat lain yang diturunkan oleh Allah swt.

23
  • Al-Quran telah diturunkan dengan pengertian serta
    lafaznya.
  • Kesahihan Al-Quran tidak terusik sehingga ke saat
    ini.
  • Allah sendiri telah memberi jaminan bahawa
    kesahihan Al-Quran akan terpelihara dan segala
    usaha untuk menyelewengannya akan menemui
    kegagalan.

24
Kandungan Al-Quran
  • Membicarakan mengenai persoalan ibadat.
  • Menyeru umat manusia melakukan kebaikan dan
    meninggalkan kejahatan.
  • Menyeru umat manusia membangunkan isi alam bagi
    kebaikan bersama.
  • Menghormati hak orang lain.
  • Menghormati hak orang bukan muslim.

25
Contoh Firman Allah swt
  • wahai manusia sesungguhnya kami menciptakan
    kamu dari seorang lelaki dan perempuan dan kami
    jadikan kamu pelbagai bangsa dan suku-suku supaya
    kamu berkenal-kenalan, sesungguhnya yang paling
    mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang lebih
    bertaqwa.

26
Sunnah/Hadis
  • Merupakan sumber kedua yang membolehkan pemahaman
    yang lebih mendalam mengenai Tamadun Islam.
  • Dari sudut pandangan Islam sumber ini boleh
    diterima sebagai sumber yang benar dan
    autoritatif.
  • Bertindak sebagai penafsir dan pengulas yang
    paling sahih.

27
  • Sunnah atau haddis yang sahih sahaja boleh
    diterima pakai.
  • Terdapat lima kriteria dalam penerimaan sunnah
    atau Haddis iaitu
  • Kesinabungan rantaian Sahad
  • Keadilan para perawi
  • Kesahihan ingatan para perawi
  • Keselarasan dan persamaan Hadis
  • Ketiadaan cacat dalam Hadis

28
Sumber-sumber lain
  • Penulisan oleh intelektual yang mampu memberi
    penjelasan mengenai Tamadun Islam juga dianggap
    sebagai salah satu sumber.
  • Antara kitab atau bahan yang mengkaji mengenai
    Tamadun Islam ialah Kutub al-Ansab, Kutub
    al-Tabaqat, Kutub al-Adat dan sebagainya

29
MATLAMAT TAMADUN ISLAM
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN TUHAN
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN MANUSIA
30
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN TUHAN
Berdasarkan Rukun Iman
Tuhan sebagai pencipta
Tuhan yang wajib disembah
Aqidah
Syariah
31
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN MANUSIA
Sentiasa bersikap mulia terhadap orang lain
Menjaga maruah orang lain
Menghormati hak orang lain
Menjaga tingkah laku
Akhlak
32
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM
Mencetuskan nilai spiritual Terhadap alam
Menjaga alam
Menghormati setiap benda hidup/alam
33
KESIMPULAN
  • Dalam menghadapi cabaran alaf baru, umat Islam
    perlu merancang agenda yang lebih futuristic,
    iaitu berdasarkan perkembangan dan pembangunan
    yang bakal berlaku dalam alaf baru itu.
  • Kritikan yang dilontarkan oleh Imam Al-Ghazali
    adalah satu tahap kemodenan berfikir secara islam
    yang melihat kejumudan masyarakat untuk berfikir,
    secara islam yang dicetuskan oleh islam.
  • Masyarakat islam mesti berusaha membina
    keseoaduan dan kekuatan dalaman beradasarkan
    persamaan agama, tamadun dan budaya.
  • Ia adalah salah satu cara untuk meminimunkan
    penjajahan barat dalam segala aspek kehidupan
    mereka pada hari ini.

34
  • Sekian,
  • terima kasih
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com