Title: NASAB ANAK LUAR NIKAH: UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
1NASAB ANAK LUAR NIKAH UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
- DR AZIZAH MOHD
- JABATAN UNDANG-UNDANG ISLAM
- AIKOL, UIAM
2INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA (IIUM)
- LOCATION
- Main Campus Gombak, Selangor (283 hectares)
- Centre for Foundation Studies Campus Petaling
Jaya Nilai - Kuantan Campus Bandar Indera Mahkota (404
hectares) - International Institute of Islamic Thought
Civilization (ISTAC) Campus Kuala Lumpur (8
hectares)
3- POPULATION
- STUDENTS
- Undergraduate 15,807 Students
- (Malaysian 14,003, Internationals 1,804)
- Postgraduate 3,008 Students
- International students come from over 90
countries - STAFF
- Academic Staff 1,633 Lecturers
- Administrative Staff 1,489 Staff
(As of June 2007)
(As of Feb 2007)
- LANGUAGE
- Medium of instruction
- ENGLISH
- ARABIC (for faculty of Laws Islamic Revealed
Knowledge)
- FACULTY
- No. of faculties 15 (Some of them include Laws,
Economics Management Sciences, Engineering,
Architecture, Medicine, Allied Health Sciences,
Dentistry and Pharmacy)
4Pendahuluan
- Anak merupakan aset sesebuah keluarga.
- penyambung generasi dan keturunan
- penyambung misi sesebuah masyarakat dan bakal
mengganti pucuk pimpinan Negara. - Demi menjamin satu masa depan yang gemilang,
Islam mensyariatkan supaya ia dilahirkan di dalam
satu ikatan yang suci murni iaitu ikatan
perkahwinan
5Pendahuluan Samb
- Ikatan perkahwinan satu permulaan yang mulia
- menjanjikan satu kehidupan yang penuh bermakna
bagi anak-anak, - mereka terhasil melalui jalan yang syarI penuh
dengan kehormatan. - memberikan anak-anak satu nasab keturunan yang
sah yang bakal menjanjikan pula perlindungan
hak-hak
6Pendahuluan Samb
- Nasab adalah juga merupakan satu hak kanak-kanak
yang utama wajib ditunaikan oleh ibu bapa, - kerana sekiranya adanya nasab, kehormatan mereka
terpelihara dan dalam masa yang sama hak-hak dan
keperluan mereka tidak terabai dan dilindungi.
7Latar Belakang
- Malangnya, dewasa ini, sealiran dengan
perkembangan teknologi, Ramai kanak-kanak yang
dilahirkan di luar pernikahan yang sah, yang mana
ini bakal menafikan hak mereka ke atas nasab. - kehormatan mereka juga tercalar akibat dari
perbuatan ibu bapa mereka yang tidak
bertanggungjawab
8Latar Belakang Samb
- Di Malaysia kelahiran anak di luar perkahwinan
yang sah (anak luar nikah) amat ketara dan
berleluasa. - laporan resmi dari Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN) bahwa sekitar 257.000 angka kelahiran
didaftarkan tanpa catatan nama bapanya sejak
tahun 2000 hingga bulan Julai 2008. - Berdasarkan statistic kelahiran anak luar nikah,
ada kemungkinan yang kelahiran kanak-kanak di
luar nikah di Malaysia akan sentiasa meningkat
tahun demi tahun.
9Sumber Jabatan Pendaftaran Negara
10Sumber Hasyim (berita harian 21/03/2010)
11Sumber Berita harian (21 Mac 2010)
12Fenomena Buang Bayi
13Samb
14 Buang bayi di lantai fletPosted on
February 4, 2009 by pemudasarawak
15Bayi ditemui dalam lubang tandas 14/12/2008
dalam keadaan sedang menghisap jari.
16(No Transcript)
17Selamat Bayi.jpg
18(No Transcript)
19Sumber Polisi Diraja Malaysia (PDRM)
20Pengertian Nasab
- Nasab adalah perkataan dari Bahasa Arab dari segi
bahasanya yang bermaksud - keturunan atau asal usul seseorang
- Dari segi istilah pula ia merujuk kepada hubungan
darah yang menghubungkan manusia dengan ibu bapa
serta datuk neneknya, anak-anak dan keturunannya
dan juga kaum kerabatnya
21Pengertian Anak Luar Nikah
- Seorang anak yang dilahirkan di luar pernikahan
yang sah atau pernikahan syubhah
22Nasab Anak Luar Nikah Peruntukan Undang-undang
di Malaysia
23Pengenalan kepada sistem perundangan Malaysia
- masyarakat Malaysia terdiri dari dua kumpulan
masyarakat yang beragama Islam dan yang bukan
Islam. - Bagi menepati penduduknya yang berbilang bangsa
dan berlainan agama, Malaysia mempraktikkan
sistem perundangan dualisma Undang-undang Sivil
dan Undang-undang Islam
24Perundangan Msia samb
- Penggubalan Undang-undang Islam diletakkan di
bawah kuasa kerajaan Negeri. - Walau bagaimanapun, bidangkuasa Badan Perundangan
Negeri dalam menggubal perkara-perkara mengenai
undang-undang Islam adalah terhad
25Butiran 1 Senarai II (Senarai Negeri) Perlembagaan
- Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga
bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk
Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta
berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan,
perkahwinan, perceraian, maskahwin, nafkah,
pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan
anak, pemberian,, pembahagian harta dan amanah
bukan khairat.
26Samb
- Nasab anak adalah satu perkara di bawah
undang-undang diri dan keluarga - Di bawah bidangkuasa kerajaan negeri
27Samb
- Kuasa Badan Perundangan Negeri termasuklah
menubuhkan mahkamah yang mempunyai bidangkuasa ke
atas orang Islam (Mahkamah Syariah) - Perkara 121 (1A) Mahkamah Tinggi Sivil dan
mahkamah di bawahnya tidak mempunyai bidang kuasa
di dalam mana-mana perkara yang termasuk di bawah
bidang kuasa Mahkamah Syariah
28Nasab dan Anak Luar Nikah di bawah Akta Keluarga
Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
- nasab ditakrifkan sebagai keturunan yang
berasaskan pertalian darah yang sah - Terma Anak luar nikah di Malaysia adalah anak
tak sahtaraf - tak sahtaraf berhubungan dengan seseorang anak,
ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak
dari persetubuhan syubhah seksyen 2
29Peruntukan Berkenaan Kesahtarafan Seorang Anak
- Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan
seseorang lelaki melahirkan seorang anak lebih
daripada enam bulan qamariah dari tarikh
perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun
qamariah selepas perkahwinannya itu dibubarkan
sama ada oleh sebab perceraian, dan perempuan itu
pula tidak bekahwin semula, maka lelaki itu
hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu....
AUKI s. 110 - Peruntukan yang sama terdapat dalam Enakmen
Negeri-negeri
30Peruntukan Lain
- sekiranya seorang anak dilahirkan selepas empat
tahun pembubaran perkahwinan, bekas suami tidak
boleh dianggap sebagai bapa kepada anak tersebut
kecuali si bapa atau warisnya mengaku anak
tersebut adalah anak kepada lelaki itu s. 111
31Kes-kes Yang Telah Diputuskan
- Salim lwn Masiah
- Masiah telah menuntut nafkah untuk anaknya
Maimon. - Pernikahan pada 6 Oktober 1968 dan telah
melahirkan seorang anak pada 2 Jun 1969. Si suami
mendakwa beliau telah mengandung terlebih dulu
sebelum bernikah dengannya. Mahkamah telah
memutuskan bahawa anak tersebut adalah sah
tarafnya.
32Hj Ghazali lwn Asmah
- rayuan di atas keputusan Kadhi yang telah
menghukumkan pihak perayu untuk membayar nafkah
anak. - Perayu mendakwa bahawa anak itu bukan anaknya
kerana isterinya telah mengandung terlebih dahulu
sebelum mereka berkahwin. Responden telah
berkahwin dengan perayu pada 7 November 1974 dan
melahirkan anak pada 11 Ogos 1975. Mahkamah
memutuskan bahawa anak yang dilahirkan selepas
perkahwinan yang sah adalah sah tarafnya.
33Ismail lwn Kalam
- Pihak menuntut telah menceraikan isterinya pada
28 September 1985. Seorang anak telah dilahirkan
pada 23 September 1989. - Oleh kerana jarak perceraian dengan tarikh anak
itu dilahirkan adalah lebih dari empat tahun,
Mahkamah memutuskan bahawa anak tersebut tidak
boleh dinasabkan kepada bekas suami ibu anak
tersebut.
34Fatimah binti Abdullah dan Seorang lagi v Mat Zin
bin Kassim
- berkahwin dengan defendan pada 1 November 1976
dan bercerai pada 11 Disember 1976. Pada 26
November, plaintif pertama telah melahirkan
seorang anak selepas setahun bercerai - ada berlakunya persetubuhan di antara plaintif
petama dan defendan selama 5 kali, dan anak itu
telah dilahirkan lebih enam bulan dari tarikh
persetubuhan tersebut. - Diputuskan sabit nasab
35Norzaini binti Alias lwn Mohamad Sharif bin
Mohamad Taib
- pernikahan pada 10/4/1987.
- bercerai pada 21/8/1989.
- Anak dilahirkan pada 27/2/1988, iaitu selepas
kandungan berusia 9 bulan - Sabit nasab
36Maryam Nurisa binti Othman lwn Huzairin bin Basir
- pihak-pihak telah berkahwin pada 22 Ogos 2008.
- Anak perempuan telah lahir pada 25 September
2008. - Plaintiff (ibu kanak-kanak) dalam keterangannya
telah menyatakan bahawa dia telah mengandung
dahulu sebelum berkahwin. Ini juga telah diakui
oleh Defendan (bapa biologi anak tersebut. - Mahkamah tak sahtaraf dan tak sabit nasab
37Peruntukan Berkenaan Persetubuhan Syubhah
- Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan
syubhah dengan seorang perempuan dan kemudiannya
perempuan itu melahirkan seorang anak dalam
tempoh di antara enam bulan qamariah hingga empat
tahun qamariah selepas persetubuhan itu, maka
lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak
itu s. 113
38Contoh kes persetubuhan syubhah
- kes Ismail lwn Aris Fadilah dan Seorang lagi
- Hussin lwn Saayah dan seorang lagi
39Pensabitan Nasab
- Jika seseorang lelaki mengaku seorang lain,
sama ada dengan nyata atau dengan tersirat,
sebagai anaknya yang sah, lelaki itu hendaklah
disifatkan sebagai bapa anak itu s. 114
40Syarat2 Pengakuan
- anak itu tidak berbapa
- umur keduanya dalam keadaan yang munasabah bahawa
wujud pertalian bapa dan anak - Anak bersetuju dengan pengakuan yang dibuat
sekiranya pada masa pengakuan itu dibuat, dia
telah dewasa. - ibu kepada anak boleh disatukan dalam perkahwinan
yang sah ketika pembenihan anak itu.
41Syarat2 Pengakuan samb
- Pengakuan itu juga haruslah mengakui anak itu
sebagai anak sahtaraf - Tujuan pengakuan dibuat untuk memberi
kesahtarafan anak itu juga diambil kira dan
pengakuan itu mestilah jelas maksudnya dan anak
itu diakui sebagai anak kandungnya
42Peruntukan lain
- Nafkah ATST s. 80(1)
- Kes Roslan lwn Zulkifli
- Penjagaan (Hadanah) Anak Tak Sahtaraf
- S. 85 kes Maryam Nurisa binti Othman lwn
Huzairin bin Basir - Wali - Umum- Wali Raja
- Sharifah Yuliana bt Syed Ali Hanafiah v Muhammad
Munif bin Osman
43Keputusan Fatwa Kebangsaan
- Perempuan yang sedang mengandung anak luar
nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak
boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat
pusaka daripadanya, tidak menjadi mahram
kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi
walinya. - Anak zina atau anak di luar nikah (anak tak
sahtaraf) sama ada diikuti dengan perkahwinan
kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah
dibin atau dibintikan kepada Abdullah.
44Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
(MKI) pada tahun 2004
- Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada
akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada
persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak
perhambaan - Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah
(saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh
tamkin (setubuh)
45- Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2
lahzah (saat) mengikut takwim qamariah daripada
waktu tamkin (setubuh) selepas akad yang sah dan
ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut
ialah anak tanpa nikah melalui iqrar (pengakuan)
mereka yang berkenaan (suami dan isteri atau
salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi
yang memenuhi syarat-syarat mengikuti Hukum
Syarak.
46Fatwa Berkenaan Bank Air Mani dan Bayi Tabung Uji
- i - Mengadakan Bank air mani adalah haram dalam
Islam. - ii- Sekiranya bank air mani telah sedia wujud
maka kerajaan hendaklah bertindak untuk
menghapuskannya. - iii- Permanian berhadas yang dilakukan kepada
manusia adalah haram kecuali jika air mani
daripada suami didapati secara muhtaram
(diluluskan oleh syarak) dibenarkan oleh Islam. - iv Penglibatan doktor pakar atau mana-mana
pihak yang berkaitan dengan bank air mani adalah
haram
47Fatwa Bayi Tabung Uji
- Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali ke-5
dan ke-6, 16-17 November 1982 10 Oktober 1983 - Bayi tabung uji dari benih suami isteri yang
dicantumkan secara terhormat adalah sah di sisi
Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan
suami isteri yang sah bayi tabung uji itu adalah
tidak sah.
48Fatwa Bayi Tabung Uji
- Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh
menjadi wali dan berhaj menerima harta pusaka
dari keluarga yang berhak - Sekiranya benih dari suami atau isteri yang
dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan
dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara
terhormat
49Perbandingan Negara Islam (Syria)
- Di Syria, Qanun al-Ahwal al-Shakhsiyyah 1953,
- S. 128 memperuntukkan masa terpendek hamil ialah
180 hari, dan masa maksima hamil ialah setahun. - Seterusnya, s. 29 meletakkan dua syarat bagi
nasab perkahwinan yang sah - Kelahirannya melepasi masa terpendek hamil
- Tidak sabit bahawa kedua suami isteri tidak dapat
berjumpa dalam bentuk yang boleh dibuktikan oleh
5 pancaindera - Sekiranya salah satu dari syarat di atas tidak
dipenuhi, maka tidak sabit nasab anak kecuali
apabila ayahnya beriqrar atau mengakui bahawa
anak itu adalah anaknya. (s 129 (2)
50Qanun al-Ahwal al-Syakhsiyyah al-Kuwaiti no. 51,
1983
- Peruntukan yang sama terdapat di Kuwait,, yang
memperuntukkan masa terpendek hamil ialah enam
bulan qamariah dan masa terpanjang hamil ialah
365 hari (s. 166). - Dua syarat yang sama dikenakan untuk
kesahtarafan (s. 169 (1)). Sekiranya syarat tidak
mencukupi, tidak sabit nasab anak kecuali dengan
iqrar dari suami
51Penutup
- Salah satu daripada maqasid syariyyah adalah
untuk memelihara nasab keturunan manusia. - Perkahwinan disyariatkan demi menjaga kesucian
nasab dan memelihara manusia dari perbuatan
tidak bermoral seterusnya melindungi hak anak2
secara bermaruah - Perkahwinan ini juga adalah titik tolak untuk
mengelakkan dari lahirnya anak yang tidak berdosa - Agama Islam mengharamkan perzinaan dan mengenakan
sekeras-keras hukuman pada orang yang berzina
yang bertujuan untuk menghalang dari lahirnya
anak-anak di luar pernikahan
52Terima Kasih