Title: PENGENALAN TAMADUN ISLAM
1PENGENALAN TAMADUN ISLAM
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
.
2MUQADIMAH
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Memperkatakan tentang tamadun dan ketamadunan
membuka ruang kepada beberapa persoalan asas. - Persoalan-persoalan tersebut merangkumi yg paling
asas tentang etimologi kpd yg paling abstrak
tentang epistemologinya. - Apakah tamadun?
- Apakah maksudnya dan apakah yang
- melandasi pengertian dan konsepnya?
3PENGENALAN TAMADUN ISLAM
MUQADIMAH
- Apa makna bertamadun?
- Apakah landasan pengertian dan konsepnya?
- Apakah neraca atau timbang tara yg membezakan
bertamadun dgn tidak bertamadun? - Apakah ukuran, nilai atau penanda aras (bench
marks) bagi menentukan tahap pencapaian bagi
sesuatu tamadun?
4PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Apakah pula faktor yg menentukan keutuhan dan
kelangsungan sesuatu tamadun? - Apakah yg sering menjadi rujukan bagi membuat
dakwaan (atau andaian) bahawa suatu bangsa atau
masyarakat itu sudah bertamadun atau sebaliknya?
5PENGENALAN TAMADUN ISLAM
Pendahuluan
- Ibn Khaldun (14M) menggunakan perkataan umran
sebagai merujuk kpd tamadun yg kita fahami
sekarang. - Barat mengungkapkan civilisation pada abad ke
18M. - Kamus Dewan Bahasa menggunakan kebudayaan,
kemajuan dan peradaban
.
6PENGENALAN TAMADUN ISLAM
Etimologi perkataan tamadun
Tamadun atau tamaddun adalah istilah bahasa Arab
berasal daripada perkataan maddana dan madana
yang bermaksud membangunkan kawasan (material)
dan akhlak (kerohanian). Ia berkaitan dengan
perkataan madinah (bandar), mudun (bandar-bandar)
dan modern. Dikatakan juga bahawa istilah
tamaddun berasal daripada perkataan al-din.
7PENGERTIAN TAMADUN
- Dalam tradisi penulisan berbahasa Arab antara
peristilahan yg sering digunakan bagi
membincangkan fenomena ketamadunan manusia adalah
umran, hadarah, madaniyyah, thaqafa, nahdah dan
tamadun.
8PENGENALAN TAMADUN ISLAM
PENGERTIAN TAMADUN
Istilah terawal yang digunakan untuk mengertikan
makna tamadun ialah perkataan umran dan
hadarat. Umran adalah terbitan dari perkataan
Amara yang bererti kawasan tanah atau rumah
yang didiami, diduduki orang, tinggal menetap,
segolongan penduduk yang menetap dan seumpamanya
dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi
makmur dari keadaan kering tandus atau terbiar
dan binasa
9PENGERTIAN TAMADUN
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Hadarat bererti kehidupan menetap.
- Penulis-penulis Arab moden menggunakan perkataan
hadarat seerti dengan pengertian tamadun. - Hadarat membawa erti suatu wilayah, daerah atau
bahagian dari ibukota-ibukota atau bandar-bandar
atau kampung-kampung dan dari kawasan yang
didiami. - Islam Hadhari
10PENGERTIAN TAMADUN
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Kurun kedua puluh muncul perkataan madaniyyat
yang diperkenalkan oleh Farid Wajdi
(al-Madaniyyat wa al-Islam) 1899 dan Syaikh
Muhammad Abduh (al-Islam wa al-Nasraniyyat Maa
al-Ilm wa al-Madaniyyat). - Kemudian muncul pula perkataan tamadun yang
diperkenalkan oleh Jurji Zidan (Tarikh
al-Tamaddun al-Islami). - Dalam bahasa Inggeris tamadun disebut
civilization yang diambil dari bahasa Latin
civitas bererti bandar.
11PENGERTIAN TAMADUN
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Dalam bahasa Melayu, sekurang-kurangnya dua
istilah popular yg digunakan iaitu tamadun dan
peradaban. - Kedua-duanya adalah pinjaman perkataan Arab.
- Dalam perbendaharaan kata Melayu asal, tidak
terdapat kalimah khusus yg dapat menterjemahkan
perkataan tamadun dan peradaban, kecuali
perkataan maju dan kemajuan dan/atau mungkin
pembangunan. - Perkataan maju dan kemajuan ternyata mempunyai
konotasi yg jauh lebih sempit daripada tamadun.
12PENGERTIAN TAMADUN
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Tamadun dalam pengertian yang mudah ialah
kemajuan jasmani (dalam bentuk fizikal) dan
rohani (bentuk abstrak). - Istilah tamadun (civilisation) boleh digunakan
dalam pelbagai konteks untuk maksud kemajuan,
antaranya - Kemajuan intelektual, kebudayaan dan kebendaan,
yang ditandai oleh kemajuan seni dan ilmu,
penulisan dan ciri-ciri institusi-institusi
politik dan sosial yang kompleks. - Kemajuan dan kegemilangan hasil daripada
kreativiti dan intelektual manusia. - Suatu kebudayaan dan masyarakat yang dibangunkan
oleh sesuatu bangsa, di kawasan dan tempoh
tertentu. - Masyarakat moden atau maju, yang kompleks dan
mempunyai pelbagai kemudahan. - Taraf tingkah laku yang baik.
- Taraf hidup yang maju.
13PENGENALAN TAMADUN ISLAM
Istilah-istilah dalam Tamadun Umran (Ibn
Khaldun 14M) Hadharah (Ibn Khaldun
14M) Civilization (Barat 19M) Madaniyyat (Fari
d Wajdi, Muhd Abduh 20M) Tamaddun
(Jurji Zidan 20M)
14PENGENALAN TAMADUN ISLAM
Istilah-istilah dalam Tamadun Tamadun
Kebudayaan, Kemajuan, Peradaban
(K. Dewan). Peradaban Kebudayaan,Tamadu
n, Kemajuan Civilization Keadaan bersifat
kebandaran atau kemajuan. Civic
bandar (Istilah Latin).
15PENGENALAN TAMADUN ISLAM
Istilah-istilah dalam Tamadun Umran
Kawasan yang didiami yang berkembang
subur dan makmur Hadharah Kehidupan
menetap _at_ wilayah yang didiami Hadharah
adalah lawan bagi istilah Badw berpindah
randah/ kehidupan padang pasir. (Ibnu
Khaldun, abad 14)
16- Ciri-ciri Asas Sesebuah Tamadun(Perspektif
Barat) - Wujudnya penempatan masyarakat manusia di
sesebuah kawasan. - Peningkatan kualiti kehidupan ke arah lebih
positif dan sempurna. - Wujudnya sistem organisasi dan institusi sosial
yang baik serta sistematik. - Wujudnya bahasa atau beberapa bahasa serumpun
dengan sistem tulisan tersendiri. - Wujudnya sistem undang-undang dan sistem moral
berwibawa. - Wujudnya daya kekreatifan yang tinggi seperti
seni, sastera dan sebagainya.
17PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Ciri-ciri Asas Sesebuah Tamadun (Ibn Khaldun)
- Agama yang lebih tinggi
- Sistem perundangan yang teratur
- Sistem negara yang teratur
- Kehidupan kota
- Sistem tulisan yang mantap
- Bentuk seni yang jelas
-
Tamadun mencakupi kemajuan kebendaan dan
kerohanian serta bersifat kebandaran
18PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Kebandaran
- Bandar adalah pusat yang membentuk tamadun
sekitarnya. - Di sinilah masyarakat memberikan tumpuan untuk
keperluan kehidupannya. - Dari bandar jugalah dipancarkan kemajuan ke
persekitarannya. Dalam pembangunan material
misalnya, jaringan kemudahan pengangkutan
dipengaruhi kedudukan bandar. - Begitu juga dalam pembangunan minda, pemikiran
kita sebahagian besarnya dipengaruhi oleh
segelintir mereka yang menguasai media massa di
bandar. - Kemunculan bandar-bandar baru seperti Madinah,
Baghdad, Damascus, Qairawan dll. - Segala aktiviti utama masyarakat berpusat di
bandar
19Pengaruh agama terhadap tamadun
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Sebahagian sarjana berpendapat agama berperanan
membentuk tamadun, terutama agama Islam. - Sebahagiannya pula berpendapat tamadun (budaya)
yang membentuk agama. - Edward Sullivan menulis, Moslem civilization was
the product of Moslem religion. - J.Jomier pula menegaskan, Islam supplied the
creative element out of which arose a new
civilization.
20Pengaruh agama terhadap tamadun
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Ralph dan Burns, yang meragui peranan agama
terhadap tamadun, terpaksa membuat pengakuan
berikut Nevertheless, in the case of the Arabs
it was a new religion which undoubtedly provided
much of the driving force behind the development
of their civilization. - Feibleman, dalam perbincangannya tentang
kebangkitan tamadun Islam, juga menyimpulkan
sedemikian Religion leads to culture, and
culture to civilization, as the radius of
influence widens. - Sesungguhnya peranan Islam dalam mengasas dan
membangunkan tamadun adalah satu fakta yang tidak
dapat ditolak.
21Pengaruh agama terhadap tamadun
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Sudut dalaman Islam, seperti ajaran Islam,
al-Quran, al-Sunnah, kepimpinan dan peribadi
Rasulullah s.a.w., tauhid, syariah, pendidikan
Islam dan lain-lain, adalah sudut terpenting
untuk melihat bagaimana Islam membentuk tamadun. - Inilah sudut tamadun yang lebih penting yang
diketepikan atau kurang difahami sesetengah
sarjana bukan Islam bila mereka mengulas tentang
tamadun Islam.
22TAHAP PERKEMBANGAN TAMADUN
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Model Carroll Quigley (1910-1977), tujuh tahap
proses berikut - Tahap 1. Mixture
- Tahap 2. Gestation
- Tahap 3. Expansion
- Tahap 4. Conflict
- Tahap 5. Universal Empire
- Tahap 6. Decay
- Tahap 7. Invasion
23TAHAP PERKEMBANGAN TAMADUN
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Peringkat 1. Mixture
- Bermula dengan percampuran daripada dua atau
lebih budaya. - Biasanya berlaku di kawasan sempadan (border)
atau pinggir (the peripheral area) tamadun
terdahulu. - Di pinggir Tamadun Klasik (Tamadun Rom), lahir
Tamadun Barat, Tamadun Rusia dan Tamadun Islam
24TAHAP PERKEMBANGAN TAMADUN
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Peringkat 2. Gestation
- Sistem yang menggalakkan penciptaan
perkara-perkara baru. - Sistem yang boleh meningkatkan hasil melebihi
keperluan. - Sistem yang mampu memanfaatkan lebihan hasil (di
no 2) untuk membiayai dan menggunakan penciptaan
baru tersebut (di no 1). (umpamanya, keteguhan
ekonomi dilaburkan untuk memajukan sains,
teknologi dan ketenteraan).
25TAHAP PERKEMBANGAN TAMADUN
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Peringkat 3, Tahap Perkembangan (The Stage of
Expansion) pula melibatkan empat jenis seperti
berikut - Peningkatan produktiviti barangan yang
menggambarkan peningkatan taraf hidup. - Pertambahan penduduk umumnya kerana penurunan
kadar kematian. - Perluasan geografi tamadun ekoran ekspolarasi dan
penjajahan. - Peningkatan pengetahuan.
26TAHAP PERKEMBANGAN TAMADUN
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Tahap ke 4, Tempoh Konflik, apabila menunjukkan
ciri-ciri berikut - Kemerosotan kadar pengembangannya.
- Peningkatan ketegangan dan konflik antara kelas
(kelompok) masyarakat terutama di kawasan
induknya (the core area) akibat percanggahan
kepentingan. - Peperangan yang bersifat imperialis semakin kerap
dan ganas. - Kemerosotan pemikiran dengan percambahan
pemikiran yang tidak rasional dan pessimism.
27TAHAP PERKEMBANGAN TAMADUN
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Tahap 5, Universal Empire
- Kawasan induk (the core area ) akan ditakluki
oleh satu negara, seterusnya seluruh tamadun
dikuasai sebuah empayar sejagat. - Zaman keemasan
- Tetapi kemakmuran ini hanyalah palsu.
- Mungkin pengembangan ekonomi yang sebenar tidak
banyak berlaku kerana tiada alat pengembangan
(instrument of expansion) yang sebenarnya.
Rekaan-rekaan baru dan pelaburan ekonomi juga
berkurangan. Kepentingan peribadi pihak berkuasa
mengatasi segalanya. Projek sia-sia eg Taman
Tergantung
28PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- TAHAP PERKEMBANGAN TAMADUN
- Tahap 6, Zaman Kemerosotan (Decay)
- Ekonomi meleset,
- Taraf hidup menurun,
- Perang saudara
- Kadar buta huruf meningkat.
- Keprihatinan rakyat ramai terhadap agama,
kehidupan intelektual, kemasyarakatan dan politik
hilang begitu ketara sekali. - Gerakan-gerakan agama baru turut muncul
mempengaruhi orang ramai. - Usaha untuk mengatasi menjadi sia-sia sahaja.
-
-
29TAHAP PERKEMBANGAN TAMADUN
ZT1012
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam dan Kenegaraan Malaysia A
- Tahap 7 Invasion
- Apabila tamadun berkenaan tidak lagi berdaya
mempertahankan dirinya, kerana ia sendiri tidak
lagi ingin mempertahan dirinya, - Ia terdedah kepada penceroboh luar, tamadun yang
lebih muda dan gagah.
30KEMUSNAHAN TAMADUN DAN KITARAN TAMADUN
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Teori Ibn Khaldun
- Badwi boleh bertamadun, maju menguasai kota dan
kerajaan, kerana sifat-sifat mereka yang
berpotensi. Tapi akhirnya mereka runtuh semula
setelah hanyut dengan sifat-sifat negatif di
bandar. - Faktor kemanusiaan (sosial) terpenting
31KEMUSNAHAN TAMADUN DAN KITARAN TAMADUN
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Arnold Toynbee
- Moral dan keagamaan lebih penting untuk survival
suatu tamadun berbanding faktor fizikal dan alam
sekitar - Oswald Spengler
- Tamadun seperti manusia (organisma), melalui
peringkat kanak-kanak, remaja, tua dan
meninggal. Ada yang meninggal sebelum tua kerana
diserang penyakit .
32KEMUSNAHAN TAMADUN DAN KITARAN TAMADUN
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Ibn Khaldun telah memperkenalkan teori kitaran
tamadun. - Berlakunya ketidakadilan dengan wujudnya jurang
perbezaan yang ketara antara golongan kaya dengan
miskin. - Berleluasanya penindasan dan kezaliman.
- Berlakunya keruntuhan moral dan nilai dalam
masyarakat terutama di kalangan pemimpin. - Wujudnya sikap tertutup yang tidak mahu menerima
perubahan terutamanya dari segi perubahan
teknologi dan sebagainya. - Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang
menyebabkan kerosakan secara besar-besaran.
33GLOBALISASI
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Berlaku hubungan dan pertukaran antara tamadun
semenjak zaman purba melalui - Jalan darat eg. Jalan sutera
- Laut eg. Teluk Parsi, Lautan Hindi dan Laut Cina
Selatan - Kuasa tunggal eg. Central Civilization
- Perang antara kumpulan eg. Perang Salib
34MASA DEPAN DUNIA DAN PERTEMBUNGAN TAMADUN
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Satu isu hangat yang sering diperkatakan hingga
kini ialah clash of civilizations yang
dipopularkan oleh Samuel P. Huntington dalam
bukunya The Clash of Civilizations and the
Remaking of World Order yang diterbitkan pada
tahun 1996.
35MASA DEPAN DUNIA DAN PERTEMBUNGAN TAMADUN
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Kini terdapat enam kumpulan tamadun utama
- Tamadun Barat yang berasaskan fahaman Katholik
dan Protestan (di Eropah Barat dan Amerika
Utara), - Tamadun yang berasaskan Gereja Orthodoks (di
Rusia dan Eropah Timur), - Tamadun Islam,
- Tamadun Hindu,
- Tamadun China, dan
- Tamadun Jepun.
- Kecuali Tamadun Islam, semuanya lima kumpulan ini
mempunyai peneraju (core state or states)
Tamadun Barat diterajui oleh Kesatuan Eropah dan
Amerika Syarikat, Tamadun Orthodoks oleh Rusia,
Tamadun Hindu oleh India, Tamadun Cina oleh
China, Tamadun Jepun oleh Jepun.
36MASA DEPAN DUNIA DAN PERTEMBUNGAN TAMADUN
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Caroll Quigley
- China dan India akan bangkit kali kedua sebagai
tamadun yang hebat. - Konspirasi Anglo-Amerika untuk menubuhkan sebuah
empayar dunia. - Sejarah semasa adalah perjuangan di antara
kuasa-kuasa yang bermusuhan.
37MASA DEPAN DUNIA DAN PERTEMBUNGAN TAMADUN
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Francis Fukuyama, The End of History and the Last
Man (New York Free Press, 1992) yang menyatakan
tesisnya bahawa warga dunia akan menerima konsep
demokrasi liberal (tajaan Barat) sebagai nilai
sejagat, menggantikan konfrontasi berdasarkan
ideologi sebelum ini. - Dengan kata-kata lain, mereka tidak akan
bermusuhan berdasarkan tamadun.
38MASA DEPAN DUNIA DAN PERTEMBUNGAN TAMADUN
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Menurut Seizaburo, selain pertembungan antara
tamadun-tamadun, titik pertemuan seperti saling
mempelajari juga boleh dilihat antara mereka,
sebagaimana terbukti dalam sejarah antara
Tamadun Islam dengan Barat, Jepun dengan China,
China dengan India dan Barat dengan
tamadun-tamadun Asia.
39MASA DEPAN DUNIA DAN PERTEMBUNGAN TAMADUN
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Demikian juga tidak akan berlaku pertentangan di
antara apa yang disifatkan sebagai tamadun
klasik (seperti Islam, India dan China, yang
berasaskan nilai-nilai klasik) dan tamadun
industri moden (seperti Barat), sebagaimana yang
dibuktikan oleh Malaysia, Turki, China dan Jepun,
yang berjaya mengekalkan nilai klasik seiring
zaman perindustrian masing-masing.
40MASA DEPAN DUNIA DAN PERTEMBUNGAN TAMADUN
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Idea clash of civilizations hanyalah ada dalam
minda orang-orang tertentu, bukan realiti. - Tetapi, Seizaburo menegaskan, idea Huntington
mengundang bahaya besar sekiranya para pembuat
polisi mengambil perhatian serius terhadapnya,
terutamanya oleh pembuat polisi di Amerika
Syarikat, kerana musuh-musuhnya juga terpaksa
mengambil langkah tindak balas untuk berjaga-jaga.
41MASA DEPAN DUNIA DAN PERTEMBUNGAN TAMADUN
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Kebanyakan tokoh dunia Islam juga tidak setuju
dengan pemikiran Huntington. - Mohammad Khatami, bekas presiden Iran, menegaskan
bahawa penggerak utama peradaban ialah pemikiran
intelektual. - Oleh itu, perbezaan yang timbul antara pelbagai
peradaban itu merupakan hasil pemikiran manusia.
- Justeru, beliau menekankan kepentingan dialog
peradaban, bukan mengarahkan pemikiran kita
kepada pertembungan peradaban.
42Pencapaian Umat Islam
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Briffault, sarjana Inggeris berkata
- Roger Bacon dan Francis Bacon kedua-duanya
tidak boleh dikatakan telah memperkenalkan kaedah
percubaan atau ujikaji. Roger Bacon adalah tidak
lain merupakan orang yang memperjuangkan sains
dan kaedah ujikaji yang dibina oleh Tamadun Islam
.
43KESIMPULAN
PENGENALAN TAMADUN ISLAM
- Sesuatu bangsa dikatakan bertamadun apabila maju
kebendaan dan kerohanian. - Banyak isu dlm perbahasan ketamadunan eg
pertembungan tamadun terutama antara Islam dan
Barat. - Berdasarkan sejarah, tamadun Islam boleh
berharmoni dgn tamadun lain