BIBLIOGRAFI / SENARAI RUJUKAN - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

BIBLIOGRAFI / SENARAI RUJUKAN

Description:

(1982) Report of a study tour to the Netherlands, Great Britain,India and Sri Lanka. Kuala Lumpur: Malaysia, Kementerian Pendidikan, ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:653
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 45
Provided by: PSP78
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: BIBLIOGRAFI / SENARAI RUJUKAN


1
BIBLIOGRAFI / SENARAI RUJUKAN
  • SEKTOR PERKHIDMATAN SUMBER PENDIDIKAN BAHAGIAN
    TEKNOLOGI PENDIDIKN
  • KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2
APA DIA BIBLIOGRAFI?
  • Satu senarai bahan yang telah dibaca berkaitan
    dengan maklumat di dalam bukunya
  • Disusun mengikut abjad
  • Ada yang dipetik dan dimasukkan ke dalam
    penulisan dan ada yang tidak
  • Tidak diterima untuk terbitan dalam jurnal
  • Lemah dan tidak menunjukkan yang penulis
    benar-benar membuat rujukan

3
APA DIA RUJUKAN?References
  • Satu senarai bahan yang telah dibaca berkaitan
    dengan maklumat di dalam bukunya
  • Disusun mengikut nombor
  • Semua dibaca, dipetik dan dimasukkan ke dalam
    penulisan
  • diterima untuk terbitan dalam jurnal
  • teguh dan menunjukkan yang penulis benar-benar
    membuat rujukan

4
MENGAPA PERLU BIBLIOGRAFI?
  • Mengesan sumber dari mana maklumat boleh
    diperolehi bagi tujuan merujuk mengenai sesuatu
    perkara.
  • Mengesan sumber dari mana sesuatu maklumat yang
    dinyatakan oleh seseorang penulis telah dijumpai.
  • Menyemak dan mempastikan kebenaran sesuatu
    maklumat yang dinyatakan oleh seseorang penulis.
  • Membekalkan sumber kepada pembaca yang bertujuan
    membuat rujukan lanjutan berkaitan maklumat yang
    telah dinyatakan oleh penulis.

5
Apakah bahan yang boleh dijadikan komponen
bibliografi?
  • Segala jenis bentuk bahan buku,artikel dalam
    majalah/jurnal/akhbar, filem, program komputer
    dll. boleh dijadikan sumber bagi menulis
    bibliografi.

6
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI
  • 1.Penulisan bibliografi bermula dengan nama
    pengarang
  • Nyatakan nama pengarang seperti yang tercatat
    pada bahan. Jika buku nama seperti yang
    tercatat pada muka surat judul.

7
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI
  • Nyatakan NAMA Penuh pengarang jika Melayu. Jika
    bukan Melayu,nyatakan NAMA KELUARGA dan diikuti
    dengan tanda koma dan kemudian singkatan huruf
    bagi setiap nama berikut pengarang berkenaan.
    Setiap singkatan nama diakhiri dengan noktah.

8
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI
  • Jika DUA pengarang, nyatakan kedua-duanya dan
    gunakan simbol di antara kedua-dua nama.
    Jangan gunakan perkataan dan.

9
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI
  • Jika LEBIH DARI DUA pengarang nyatakan hanya nama
    pengarang yang muncul terdahulu dalam muka surat
    judul dan diikuti dengan singkatan et.al. yang
    bermaksud dan lain-lain

10
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI
  • Pangkat pemberian seperti DYMM, Datuk, Dr.. Haji
    dan Tuan tidak dinyatakan.
  • Namun pangkat nama asal seperti Syed, Tunku,
    Raja, Nik dan lain-lain perlu di tulis.

11
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI
  • Jika tiada pengarang anda boleh memilh
  • Penyunting diikuti dengan (penyunting)
  • Penerbit diikuti dengan (penerbit)
  • Penyampai diikuti dengan (penyampai)
  • Judul buku
  • Judul artikel/kertas kerja
  • Judul bahan bukan cetak diikuti dengan jenis
    media
  • Mengikut mana yang boleh didapati sebagai ganti
    tempat pengarang.

12
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI
  • 2. Nyatakan tahun penerbitan dalam kurungan ( )
    atau tanpa kurungan dan diakhiri dengan noktah.

13
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI
  • 3. Nyatakan JUDUL bahan dengan penuh (jika buku
    seperti yang tercatat pada muka surat judul),
    gariskan dan diakhiri dengan tanda noktah. Italik
    boleh digunakan menggantikan garisan.
  • JUDUL di sini bermaksud tajuk buku, nama majalah,
    jurnal atau surat khabar dan BUKAN tajuk sesuatu
    artikel di dalam bahan berkenaan.
  • Gunakan huruf besar hanya untuk huruf pertama
    perkataan pertama judul.

14
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI
  • 4. Jika sumber merupakan sebuah artikel/kertas
    kerja di dalam sebuah buku/majalah/jurnal (atau
    lagu dalam sebuah album) dan terdapat nama
    pengarang artikel, judul artikel ditulis tanpa
    digariskan dan diakhiri dengan noktah SEBELUM
    menulis judul bahan.

15
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI
  • 5. Jika bahan merupakan edisi yang baru, nyatakan
    edisi dalam kurungan seperti (Edisi ke-2) SETELAH
    menulis judul bahan

16
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI
  • 6. Nyatakan tempat terbitan dengan ringkas dan
    akhiri dengan tanda (titik bertindih). Kemudian
    nyatakan nama penerbit dengan ringkas.
  • Akhiri dengan koma jika perlu menulis jilid atau
    halaman rujukan.
  • Jika tidak, akhiri dengan noktah.

17
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI
  • 7. Jika bahan merupakan akhbar, majalah atau
    jurnal, akhiri judul bahan tanda koma dan
    tuliskan butiran jilid yang diakhiri dengan koma
    seperti berikut
  • a)akhbar tarikh dan bulan The Star,29 Mac,
  • b)majalah bulanan bulan Wanita,Julai,
  • c)terbitan berkala jilid (digariskan) Wawasan,
    5,
  • jilid (bilangan dlm kurungan) Pendidik, 15 (2)

18
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI
  • 8. Nyatakan muka surat (halaman) rujukan jika
    telah merukuk kepada halaman tertentu dalam bahan
    selepas butiran penerbit atau jilid. Tuliskan
    dalam bentuk hlm 25 atau hlm 203-206 (boleh
    ditulis tanpa singkatan hlm) dan akhiri dengan
    noktah. Jangan mulakan dengan tanda (contoh
    hlm 25) Tanda hanya digunakan untuk catatan
    dalam teks)

19
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI
  • 9. Jarakkan setiap butiran di atas dengan hanya
    satu ensotan (space).

20
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI
  • 10. Semua butiran bibliografi perlu ditulis dalam
    ayat-ayat yang berterusan dan
  • aksara pertama baris itu diensotkan 5
    ensotan berbanding baris kedua.

21
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI
  • 11. Bibliografi disusun mengikut abjad perkataan
    pertama penulisan bagi setiap bahan yang ada di
    dalam senarai bahan rujukan.

22
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI
  • 12. Ringkasan kandungan bahan boleh ditulis dalam
    dua atau tiga ayat yang ringkas diakhiri
    bibliografi bagi tujuan mengingatkan penulis atau
    mengenalkan pembaca tentang jenis serta kandungan
    bahan yang menjadi rujukan itu. Ia dikenali
    sebagai ANOTASI. Walau bagaimanapun ANOTASI
    jarang ditulis dalam bibliografi.

23
FORMAT PENULISAN
  • 1. SATU pengarang.
  • Pengarang (tahun terbitan). Judul bahan.
    Tempat terbitan Penerbit.
  • Contoh
  • Asmah Omar (1986). Bahasa dan alam
    pemikiran Melayu. Kuala Lumpur Dewan
    Bahasa Pustaka.

24
FORMAT PENULISAN
  • 2. DUA pengarang.
  • Pengarang Pengarang Bersama
    (tahun terbitan). Judul bahan. Tempat terbitan
    Penerbit, halaman rujukan.
  • Contoh
  • Mok, S. C. Lee, S. M. (1986).
    Kurikulum baru sekolah rendah Tahap 1.
    Kuala Lumpur Heinemann (Malaysia).

25
FORMAT PENULISAN
  • 4. Tulisan dalam sebuah bab buku atau artikel
    dalam sebuah majalah.
  • Nama pengarah (tahun terbitan).
    Tajuk artikel/ bab. Judul bahan (edisi). Tempat
    terbitan Penerbit, Jilid (bilangan), halaman
    rujukan pertama, halaman rujukan kedua.
  • Contoh
  • Abdullah Bakri (1990). Pusat
    kegiatan guru dalam konteks difusi dan penerapan
    teknologi pendidikan. Wawasan. 15 (4), hlm 47-57.

26
FORMAT PENULISAN
  • 3. TIGA pengarang atau lebih.
  • Pengarang Utama et. Al. (tahun
    terbitan). Judul bahan (edisi). Tempat terbitan
    Penerbit, halaman rujukan.
  • Contoh
  • Nazaruddin Mohd Jali, et. Al
    (1989). Aktiviti kajian penyelidikan dan
    penilaian di bawah pinjaman Bank Dunia 1986-1990
    Pengurusan kemudahan sekolah trmasuk pusat sumber
    pendidikan bagi sekolah-sekolah rendah dan
    sekolah menengah ringkasan eksekutif. Kuala
    Lumpur Kementerian pendidikan malaysia, hlm 27.

27
FORMAT PENULISAN
  • 5. Tiada nama pengarang tetapi ada nama penerbit.
  • Nama penerbit. (tahun terbitan).
    Judul bahan. Tempat terbitan Penerbit.
  • Contoh
  • Malaysia. (1976). Rancangan
    Malaysia ke tiga 1976-1980.

28
FORMAT PENULISAN
  • Kementerian Pendidikan
    Malaysia. (1982) Report of a study tour to
    the Netherlands, Great Britain,India and Sri
    Lanka. Kuala Lumpur Malaysia, Kementerian
    Pendidikan, Bahagian penyelidikan dan
    perancangan pendidikan.

29
FORMAT PENULISAN
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
    (1991a). Laporan status pusat kegiatan guru
    (PKG). Kuala Lumpur Malaysia, Kementerian
    pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
    (1991b). Pusat kegiatan guru risalah maklumat.
    Kuala Lumpur Malaysia, Kementerian pendidikan,
    Bahagian Teknologi Pendidikan.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
    (1991c). Pusat kegiatan guru konsep dan
    pengoperasian. Kertas kerja mesyuarat
    jawatankuasa perancangan pendidikan. Kuala
    Lumpur Malaysia, Kementerian pendidikan,
    Bahagian Teknologi Pendidikan.

30
FORMAT PENULISAN
  • 6. Tiada pengarang tetapi ada PENYUNTING.
  • Nama penyunting (penyunting) (tahun
    terbitan). Tajuk artikel/bab. Judul bahan
    (edisi). Tempat terbitan Penerbit, halaman
    rujukan.
  • Contoh
  • Ankrah-Dove, L. (penyunting)
    (1977). Teacher group and centers in developing
    countries. London t.p.

31
FORMAT PENULISAN
  • 7. Bahan bukan cetak.
  • Judul bahan jenis media (tahun
    terbitan). Tempat terbitan Penerbit.
  • Contoh
  • DOS 6.0 program komputer
    (1993). Amerika Syarikat Microsoft technology.

32
FORMAT PENULISAN
  • Nama penerbit/pengubah
    (penerbit/pengubah). Nama pengarah/penulis lirik
    (pengarah/penulis lirik) (tahun terbitan). Tajuk
    lagu. Judul album jenis media. Tempat terbitan
    Penerbit.
  • Contoh
  • Julie Dahlan (penerbit), Aziz
    M.Osman (pengarah) (1994). Putera filem. Kuala
    Lumpur J.D. Productions.

33
FORMAT PENULISAN
  • 8. Artikel akhbar dengan nama pengarang.
  • Nama penulis (tahun terbitan).
    Judul artikel. Judul akhbar, tarikh terbitan.
  • Contoh
  • Shahrul Azil Mohd Shukor (1994).
    Melahirkan golongan ulama era permodenan. Berita
    harian. 11 Mac.

34
FORMAT PENULISAN
  • 9. Artikel akhbar tanpa nama pengarang.
  • Judul artikel (tahun terbitan).
    Judul akhbar, tarikh terbitan.
  • Contoh
  • Kerajaan tambah 150 lagi pusat
    kegiatan guru (1992). Berita harian. 22 Oktober.

35
FORMAT PENULISAN
  • 10. Perkara yang dialami sendiri oleh penulis.
  • Nyatakan dengan seberapa tepat
    butiran penyampai, majlis dan tempat majlis
    berlangsung.
  • Contoh
  • Othman Jantan (penyampai) (1993).
    Taklimat pengoperasian pusat kegiatan guru kepada
    pengetua dan guru besar daerah Hulu Selangor di
    PKG Sg. Choh Rawang Selangor.

36
CONTOH-CONTOH CATATAN DALAM TEKS
37
1. Berdasarkan NAMA PENGARANG
  • a) Asmah (1986) 1 pula menyatakan persepsi adalah
    merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental. .
  • b) .. dan pancaindera manusia yang terlibat
    dalam menyedari, menyaksi dan mentafsir
    kejadian-kejadian yang berlaku dalam alam
    sekelilingny (Asmah Omar, 1986).

38
1. Berdasarkan NAMA PENGARANG
  • c) Dalam konteks ini Abdullah Bakri (1990) ada
    menyebut
  • PKG jangka .
  • .
  • (Abdullah Bakri, 199048)

39
1. Berdasarkan NAMA PENGARANG
  • d) The teachers centre relies on practising
    teachers defining and initiating their own
    in-service work (Husen Postlethewaite, 1985
    5045 5046).
  • e) Dari segi ruang, Nazaruddin et. Al., (1989)
    telah membuat perakuan berikut
  • Diandaikan juga .
  • .bilik mandi dan bilik rehat
    (Nazaruddin et.al., 198927)

40
1. Berdasarkan NAMA PENGARANG
  • f) . Seperti yang telah diterjemahkan oleh
    Zainal Abidin (1990) dari Johansen (1975).
  • g) Kamil (1987) ada menyebut bahawa Thomas (1984)
    telah mendapati bahawa tidak semua yang ada di
    PKG aitu berguna untuk guru (Kamil Ahmad,
    198723).

41
2. Bahan tanpa nama pengarang
  • a) Dari itu timbullah keperluan mengadakan satu
    rangkaian Pusat Sumber Pendidikan yang lengkap
    dan sistematik di setiap peringkat pendidikan
    (Kementerian Pendidikan Malaysia, 19905)

42
2. Bahan tanpa nama pengarang
  • b) Memandangkan kepentingan PKG, kerajaan akan
    menambah lagi 150 buah bangunan PKG diseluruh
    negara (Berita Harian, 22.10.92)
  • c) Sesungguhnya PKG amat penting kepada
    pembangunan pendidikan di negara Malaysia (Dewan
    Masyarakat, Mei 1994).

43
3. Rujukan daripada beberapa bahan yang
diterbitkan dalam tahun yang sama oleh
orang/badan yang sama.
  • a) PKG menjurus ke arah satu matlamat
    membudayakan teknologi pembelajaran di kalangan
    guru-guru (Kementerian Pendidikan Malaysia,
    1991a7).
  • b) Setiap bangunan berharga RM200,000
    (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991b1).

44
TERIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com