Pemisahan Pulau Pinang - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

Pemisahan Pulau Pinang

Description:

Pemisahan Pulau Pinang – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:9
Slides: 26
Provided by: rachelhch
Tags:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Pemisahan Pulau Pinang


1
Pemisahan Pulau Pinang
Pulau Pinang milik Kedah
Pengajian Malaysia 2
2
Latar Belakang
  • Pulau Pinang dalam Perjanjian
  • Bayaran kepada Kedah
  • Kawasan Penempatan Selat
  • Status Negeri Pulau Pinang
  • Pendapatan Pihak Lain
  • Alasan British
  • Alasan Kerajaan Malaysia
  • Pulau Pinang Tidak Dapat Dikembalikan
  • Sepatutnya Dilakukan

3
01
Pulau Pinang dalam Perjanjian
4
Pulau Pinang dalam Perjanjian
  • Pulau Pinang telah diserahkan kepada Syarikat
    Hindia Timur pada tahun 1786 oleh Sultan Muhammad
    Jiwa dalam satu perjanjian yang penuh tipu
    muslihat apabila Francis Light menjanjikan Kedah
    akan dilindungi daripada serangan Siam dan Burma.
  • Apabila Francis Light gagal membantu melindungi
    Kedah daripada serangan Siam pada tahun 1790,
    Sultan Muhammad Jiwa cuba mengambil semula Pulau
    Pinang, tetapi gagal.

5
02
Bayaran kepada Kedah
6
Bayaran kepada Kedah
  • Kedah hanya dibayar 6,000 dolar Sepanyol setahun
    sebagai pajakan oleh Syarikat Hindia Timur.
  • Bayaran ditambah menjadi 10,000 dolar Sepanyol
    setahun apabila Seberang Perai pula dipajak oleh
    Syarikat Hindia Timur.
  • Bayaran tersebut diteruskan oleh Kerajaan
    Malaysia kepada Kedah apabila Persekutuan Tanah
    Melayu merdeka dari British pada tahun 1957.

7
Peta Pulau Pinang
  • Pemerolehan dan pengembangan Pulau Pinang oleh
    Inggeris (berwarna kuning) berlaku antara tahun
    1786 dan 1874, ketika perubahan terakhir ke
    sempadan Pulau Pinang berlaku.

8
Peta Pulau Pinang
  • Peta Pulau Pinang dengan lokasi ibu kota George
    Town dan pinggir bandarnya, dan bandar-bandar
    utama yang lain.

9
03
Kawasan Penempatan Selat
10
Kawasan Penempatan Selat
  • Dari segi sejarah, British telah menjadikan Pulau
    Pinang sebagai sebahagian daripada Kawasan
    Penempatan Selat pada tahun 1826.
  • Negeri Penempatan Selat atau Negeri-Negeri Selat
    yang lain adalah Melaka dan Singapura.
  • Pulau Pinang menjadi negeri jajahan British
    sepenuhnya pada tahun 1867 manakala pada tahun
    1946, Pulau Pinang telah menjadi sebahagian
    daripada Malayan Union.

11
04
Status Negeri Pulau Pinang
12
Status Negeri Pulau Pinang
  • Status negerinya telah diperolehi daripada
    British pada tahun 1948.
  • Antara ayat yang seringkali diulang-ulang
    kononnya Pulau Pinang tidak boleh dikembalikan
    kepada Kedah ialah, 'SELAGI ADA BULAN DAN
    BINTANG'.
  • Pihak berkenaan merujuk kepada bulan dan bintang
    secara fizikal di atas langit.

13
05
Pendapatan Pihak Lain
14
Pendapatan Pihak Lain
  • Manakala pihak yang lain, merujuk kepada Islam di
    negeri Pulau Pinang yang dimetaforakan menerusi
    lambang bulan dan bintang.
  • Dan satu lagi pihak menyatakan, ayat tersebut
    tidak wujud pun dalam perjanjian yang kini berada
    di Perpustakaan London.

15
06
Alasan British
16
Alasan British
  • Dari awal lagi, British yang mengambilalih
    penjajahan daripada lanun-lanun Hindia Timur,
    tidak membatalkan pembayaran pajakan kepada Kedah
    walaupun setelah Pulau Pinang distatuskan sebagai
    sebuah negeri.
  • Ini adalah kerana British sedar, mereka tidak
    boleh membatalkan pajakan atau buat-buat lupa
    kerana dari awal lagi, Pulau Pinang hanya menjadi
    sebuah wilayah pajakan memandangkan pencabulan
    perjanjian oleh Francis Light.

17
07
Alasan Kerajaan Malaysia
18
Alasan Kerajaan Malaysia
  • Kerajaan Malaysia juga tidak dapat mengubah
    status tersebut dan masih lagi membayar sebanyak
    RM10,000 kepada Kedah setiap tahun bagi pihak
    Pulau Pinang.
  • Dengan kata lain, Pulau Pinang sebenarnya masih
    lagi merupakan sebahagian daripada Kedah tetapi
    'diasingkan' kerana nilai RM10,000 yang diterima
    saban tahun.

19
08
Pulau Pinang Tidak Dapat Dikembalikan
20
Pulau Pinang Tidak Dapat Dikembalikan
  • Justeru, sekiranya DYMM Sultan Kedah dan Kerajaan
    Negeri Kedah berkehendakkan semula Pulau Pinang
    menjadi sebahagian daripada daerah-daerah di
    Kedah dan enggan lagi menerima RM10,000, tiada
    pihak yang dapat berbuat apa-apa.
  • Malah, Lim Guan Eng dan DAP yang sedang menguasai
    pentadbiran Negeri Pulau Pinang sekarang pun,
    tidak mempunyai hak untuk menyanggah tuntutan
    DYMM Sultan Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah.

21
Pulau Pinang Tidak Dapat Dikembalikan
  • Sekiranya DYMM Sultan Kedah dan Kerajaan Negeri
    Kedah membuat tuntutan untuk membatalkan
    pembayaran RM10,000 setahun dan digantikan dengan
    RM10 juta setahun kerana mengikut nilai semasa,
    baik Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikuasai
    DAP, mahupun Kerajaan Malaysia yang dikuasai oleh
    UMNO-BN, tidak boleh membantah.

22
09
Sepatutnya Dilakukan
23
Sepatutnya Dilakukan
  • Kedah sepatutnya bertindak atas kuasanya bukan
    terlalu memberi muka hanya, kerana hubungan UMNO
    dan Barisan Nasional. Dek kerana hubungan itulah,
    Kedah sebenarnya telah mengalami kerugian besar.
  • Rakyat Kedah seharusnya mendesak Kerajaan Negeri
    Kedah untuk memulakan langkah mendapatkan semula
    Pulau Pinang!

24
Sepatutnya Dilakukan
  • Pulau Pinang seharusnya dikembalikan kepada Kedah
    kerana dari segi sejarah sekalipun, Pulau Pinang
    tidak pernah dikeluarkan dari Kedah sebaliknya
    Pulau Pinang hanya 'disewa' baik oleh Syarikat
    Hindia Timur, British mahupun Kerajaan Malaysia.

25
Terima Kasih
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com