ETIKA DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT - PowerPoint PPT Presentation

1 / 24
About This Presentation
Title:

ETIKA DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT

Description:

ETIKA DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT PENGENALAN Isu berkenaan etika dalam teknologi maklumat menjadi suatu perkara yang hangat diperkatakan lebih-lebih lagi pada era ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:122
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 25
Provided by: Raf77
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: ETIKA DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT


1
ETIKA DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT
2
PENGENALAN
  • Isu berkenaan etika dalam teknologi maklumat
    menjadi suatu perkara yang hangat diperkatakan
    lebih-lebih lagi pada era teknologi maklumat
  • Isu etika perlu dilihat bagi memastikan tidak ada
    pihak teranainya dan menganainya orang lain.
  • Etika sangat penting bagi memastikan setiap orang
    tidak melakukan sesuatu yang menyalahi
    batas-batas keagamaan tata susila

3
PENGENALAN
  • Definisi Etika
  • Ilmu berkenaan tingkahlaku manusia serta
    prinsip-prinsip yang mentafsirkan tentang
    tindakan moral yang betul dan salah

4
PENGENALAN
  • Aliran Etika
  • Egoisma apa yang terbaik bagi seseorang adalah
    dianggap betul
  • Hukum Tabii (Natural Laws) berdasarkan kepada
    apa yang telah ditetap oleh tuhan sama ada baik
    atau buruk
  • Utilitarisma Sebesar-besar kebahagiaan
    berdasarkan seramai mungkin orang yang dapat
    kesan dari sesuatu perbuatan

5
PENGENALAN
  • Pandangan Islam berkenaan Etika
  • Mempunyai pandangan yang berbeza berkenaan etika
  • Islam mempunyai konsep lain yang dikenali sebagai
    akhlak
  • Etika berasaskan pemikiran manusia semata-mata
    yang senantiasa berubah mengikut situasi dan
    persekitaran
  • Akhlak adalah datang dari Allah

6
PENGENALAN
  • Definisi Akhlak
  • Bahasa
  • Kata jama dari khuluq sifat-sifat dalaman
  • Istilah
  • Suatu hal keadaan yang tetap dalam jiwa manusia
    di dalam melakukan suatu tindakan dengan senang
    dan mudah tanpa perlu kepada daya pemikiran
    kerana ianya sudah menjadi kebiasaan

7
KENAPA PERSOALAN ETIKA SANGAT PENTING DALAM
TEKNOLOGI MAKLUMAT?
  • Kebolehan aturcara komputer menjalankan apa
    disuruh oleh pengaturcara
  • Faktor kepercayaan bahawa komputer boleh mengubah
    secara drastik amalan kebiasaan kita kampung
    sejagat
  • Semua operasi komputer berjalan secara
    terselindung (tidak nampak)

8
Sebab-Sebab Etika Komputer Perlu Dipelajari
  • Sebagai garis panduan menggunakan komputer.
  • Mengelakkan jenayah, penyalahgunaan dan
    malapetaka komputer.
  • Mengelakkan dari berlakunya kepincangan pada
    polisi.
  • Teknologi dan penggunaan komputer mengubah
    sebahagian daripada isu etika seperti isu hak
    intelektual.
  • Penggunaan teknologi komputer sentiasa mencipta
    isu etika yang memerlukan kajian khusus.
  • Isu etika yang senantiasa berubah-ubah.

9
HAK MASYARAKAT TERHADAP TEKNOLOGI MAKLUMAT
  • Menurut Prof. Deborah Johnson
  • Hak mencapai komputer
  • Hak kepada kemahiran komputer
  • Hak kepada pakar komputer
  • Hak kepada membuat keputusan berkomputer

10
DIMENSI ETIKA
  • Maklumat telah membentuk modal intelektual
    manusia
  • Namun teknologi maklumat membolehkan seseorang
    mencuri modal intelektual manusia

11
DIMENSI ETIKA
  • PAPA (privacy, accuracy, property
    accessibility) Prof. Richard Mason
  • Privacy (persendirian) bolehkan maklumat
    peribadi seseorang boleh didedahkan spam
  • Accuracy (ketepatan) siapakah yang
    bertanggungjawab ke atas ketulinan, kesetiaan dan
    ketepatan maklumat?
  • Property (pemilikan) siapa pemilik sesuatu
    maklumat
  • Accessibility (kecapaian) apakah jenis maklumat
    yang seseorang atau organisasi berhak untuk
    mencapai, di bawah keadan apa dan dengan
    perlindungan apa?

12
KOD ETIKA PROFESIONAL
  • ACM (Association for Computer Machinery)
  • DPMA (Data Processing Management Association)
  • ICCP (Institute for Certification Computer
    Profesional)
  • ITTA (Information Technology Association of
    America)
  • BSC (British Computer Society)
  • CIPS (Canadian Information Processing Society)

13
KOD ETIKA TEKNOLOGI MAKLUMAT DI MALAYSIA
  • Menyentuh berkenaan persoalan e-mel, penggodam,
    keselamatan dan kerahsiaan maklumat peribadi dsb.
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Arkib Negara Malaysia
  • Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan
    Pengurusan Malaysia (MAMPU)

14
PRINSIP ETIKA
  • Persoalan yang dapat menentukan sesuatu tindakan
    beretika atau tidak (John McLeod)
  • Adakah satu penghormatan? Pada sesiapa yang anda
    hendak sembunyikan tindakan itu?
  • Adakah kejujuran? Adakah melanggar kejujuran atau
    pengkhianatan kepercayaan?
  • Adakah mengelak kemungkinan pertentangan
    kepentingan? Adakah pertimbangan lain yang
    memungkinkan keputusan berat sebelah?

15
PRINSIP ETIKA
  • Persoalan yang dapat menentukan sesuatu tindakan
    beretika atau tidak (John McLeod)
  • Adakah dalam jangkauan kemahiran? Adakah mungkin
    usaha terbaik anda tidak mencukupi?
  • Adakah adil? Adakah menidakkan kepentingan hak
    orang lain?
  • Adakah bertimbang rasa? Adakah melanggar
    kerahsiaan, atau keperibadian atau menyinggung
    perasaan orang lain.
  • Adakah konservatif? Adakah membuang masa?

16
KOD ETIKA
  • Cadangan Computer Ethics Institute
  • Tidak menggunakan komputer untuk membinasakan
    manusia
  • Tidak menggangu kerja komputer orang lain
  • Tidak membelek fail komputer orang lain
  • Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
  • Tidak menggunakan komputer untuk menjadi saksi
    palsu

17
KOD ETIKA
  • Cadangan Computer Ethics Institute
  • 6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang
    tidak dibeli secara sah
  • 7. Tidak menggunakan sumber komputer orang lain
    tanpa kebenaran atau sebarang bayaran
  • 8. Tidak menggunakan tanpa kebenaran output
    intelektual orang lain
  • 9. Memikirkan akan kesan sosial program atau
    sistem yang dibangunkan
  • 10. Menggunakan komputer dengan memberi
    pertimbangan dan hormat kepada manusia lain.

18
KOD ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
  • Anda tidak boleh melakukan perkara berikut
  • Menyalur sebarang bahan haram
  • Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan
    kekacauan dan ketegangan.
  • Menganjurkan perbuatan yang boleh membahayakan
    individu, organisasi atau masyarakat secara
    keseluruhannya.
  • Menghantar iklan yang tidak dikehendaki
    (unsolicited advertisements/spam) atau sebarang
    bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan
    (deceptive marketing). 

19
KOD ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
  • Anda tidak boleh melakukan perkara berikut
  • Menggalakkan, membangunkan atau menjalankan
    aktiviti haram
  • Melakukan pengeboman mel (mail bombing).
  • Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada
    banyak kumpulan berita (newsgroup). 
  • Memalsukan kepala e-mail (forged headers) bagi
    tujuan mengelirukan penerima.
  • Melakukan aktiviti haram seperti mengambil,
    menyimpan dan mengedar harta intelek, paten,
    rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak
    ciptanya atau bahan yang salah di sisi
    undang-undang negara dan antarabangsa

20
KOD ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
  • Anda tidak boleh melakukan perkara berikut
  • Mencerobohi peralatan (hacking) yang dimiliki
    oleh pengguna individu, kumpulan atau organisasi
    lain. 
  • Menyebabkan gangguan perkhidmatan dan melakukan
    usaha bagi meningkatkan bebanan perkhidmatan (to
    overload a service) dan percubaan merosakkan
    komputer utama (to crash the host).
  • Memberikan maklumat yang salah dan tidak benar
    pada sebarang borang, kontrak atau permohonan
    dalam talian (online).

21
KOD ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
  • Anda tidak boleh melakukan perkara berikut
  • Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian
    (network monitoring) bagi mencuri (intercept)
    data yang bukan ditujukan kepadanya.
  • Membatalkan posting yang dibuat oleh orang lain
    kepada mana-mana kumpulan berita kecuali
    pengendali (moderator) yang menjalankan tugasnya

22
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN PENYEBARAN KOD
JAHAT
  • Jangan buka fail yang dikepilkan.
  • Untuk memastikan fail yang dikepilkan selamat,
    sila hubungi pengirimnya untuk mendapatkan
    keterangan mengenai fail yang dikepilkan itu.
  • Jika fail yang dikepilkan itu adalah program,
    pastikan perisian antivirus dapat mengimbas fail
    untuk memastikan tiada virus.
  • Pastikan perisian antivirus anda sentiasa
    dikemaskini untuk senarai virus yang terbaru. 

23
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN PENYEBARAN KOD
JAHAT
  • Jika komputer anda menunjukkan sifat yang tidak
    normal selepas membuka fail yang telah
    dikepilkan, hubungi pengirimnya atau hubungi
    Pentadbir Jaringan (Network Administrator).
    JANGAN HANTAR SALINAN FAIL YANG DIKEPILKAN kepada
    mereka tetapi tunggu hingga diarahkan berbuat
    begitu.
  • Apabila semua yang dilakukan di atas gagal maka
    anda perlu membuat pengaduan ke MyCert dengan
    menggunakan emel mycert_at_mycert.mimos.my untuk
    tindakan selanjutnya.

24
KESIMPULAN
  • Kod Etika diwujudkan untuk memberi garis panduan
    kepada seseorang pengguna teknologi maklumat.
  • Di samping itu bagi mengelakkan dari berlakunya
    pelbagai penyalahgunaan teknologi maklumat
    seperti penggodam, bom e-mel dsb.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com