Title: Keganasan Terhadap Wanita Dari Perspektif Gender
1Keganasan Terhadap Wanita Dari Perspektif Gender
Oleh TENGKU NAUFAL TENGKU MANSOR LL.B (Hons)
IIUM LL.M (Comm Corp Law) London M Sc. (Corp
Comm) Uniputra Peguambela Peguamcara Mahkamah
Tinggi Malaya Peguam Syarie Wilayah Persekutuan
2(No Transcript)
3Keganasan Berasaskan Gender.
- Wanita adalah kejadian/makhluk yang lemah
- Wanita sering melakukan kesilapan
- Wanita dilahirkan untuk berkhidmat kepada lelaki
- Wanita adalah objek memuaskan nafsu seks
- Wanita tidak berfikiran yang rasional
- Wanita hidup adalah atas ihsan suami (lelaki)
- Wanita perlu bergantung sepenuhnya kepada suami
(lelaki)
4Keganasan Berasaskan Gender
- Taraf /status wanita adalah jauh lebih rendah
daripada lelaki - Lelaki berkuasa penuh terhadap wanita
- Lelaki adalah berhak menentukan halatuju hidup
wanita yang tidak mampu/tidak boleh membuat
keputusan sendiri - Lelaki boleh memukul wanita kerana lelaki adalah
ketua kepada wanita
5Keganasan Terhadap Wanita-Bagaimana ia berbeza
dari keganasan yang lain?
- Keganasan terhadap wanita adalah keganasan
terhadap gender. Ia adalah keganasan yang
tertumpu terhadap wanita kerana ketidakseimbangan
taraf lelaki dan wanita dalam masyarakat.
6Keganasan Terhadap Wanita Jenis(I)
- Keganasan Rumah Tangga
- Rogol
- Sumbang Mahram
- Pelacuran Paksa
- Penjualan Manusia
- Memalukan/menjatuhkan maruah
7Keganasan Terhadap Wanita Jenis(II)
- Mengurung
- Female Genital Mutilation
- Perkahwinan awal
- Honour Killing
- Pengasingan Sosial
8AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994
- Seksyen 2 AKRT 94
- Definisi Keganasan Rumahtangga
- mengancam untuk mencedera
- menyebabkan kecederaan fizikal
- memaksa atau mengugut untuk berbuat sesuatu
(seks) - mengurung
- menyebabkan kesedihan, keganasan, kemusnahan
kepada harta
9Kategori-kategori Keganasan Terhadap Wanita
Penderaan Psikologi dan Emosi Ugutan, penghinaan,
menjatuhkan maruah wanita boleh meninggalkan
kesan buruk sama seperti penderaan fizikal kerana
ianya boleh membahayakan nilai harga diri dan
perasaan wanita dan keupayaan beliau mengawal
kehidupan sendiri.
10- Penderaan Fizikal
- Memukul, menumbuk, menampar,
menggigit, menendang, melukakan, mematahkan
tulang, membaling barang dan menggunakan senjata
adalah contoh jelas penderaan seumpama ini.
Menghalang keperluan manusia seperti makan,
minum, tidur dan juga tempat perlindungan adalah
juga merupakan salah satu bentuk penderaan
fizikal.
11- Penderaan Seksual
- Memaksa melakukan atau melihat
sesuatu berbentuk seksual tanpa
kemahuan wanita tersebut atau menyakiti wanita
ketika melakukan hubungan boleh dikategorikan
sebagai penderaan seksual.
12- Penderaan Sosial
- Penderaan berbentuk ini sering berlaku di dalam
rumah di mana wanita sering didorong untuk
bergantung kepada pasangan masing-masing dan
diasingkan dari mendapat sokongan luar.
13- Penderaan Kewangan
- Seorang wanita yang dihalang dari mencari
pekerjaan atau yang tidak dibenarkan untuk
membuka akaun bank atau menyimpan wang
pendapatannya sendiri sebenarnya menghadapi
penderaan dari aspek kewangan. Tanpa kawalan
terhadap kedudukan kewangannya akan menyebabkan
seorang wanita bergantung sepenuhnya kepada
tindakan orang lain untuk mendapatkan walaupun
keperluan asas beliau.
14(No Transcript)
15- Undang-Undang Yang Wujud
- Akta Keganasan Rumah Tangga 1994
- Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri
- Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan
Perceraian) 1976 - Akta Perempuan Bersuami (Pindaan) 1997
16- Kesaksamaan Gender Sebagai Asas Membasmi
Keganasan Rumah Tangga - Suami adalah pelindung kepada isteri
- Suami perlu mentadbir rumah tangga dengan hikmah
dan kebijaksanaan bukan emosi dan keganasan - Isteri berhak dihormati sebagai insan yang
membantu memudahkan kerja suami - Tidak salah jika suami membantu isteri bagi
kerja-kerja di dapur
17- Kesaksamaan Gender Sebagai Asas Membasmi
Keganasan Rumah Tangga - Suami Isteri perlu berbincang dalam membuat
sesuatu keputusan - Anak lelaki dan perempuan adalah kurniaan Tuhan
sebagai amanah yang perlu disayangi secara
saksama - Anak perempuan tidak membawa malang kepada
keluarga - Isteri berhak memenuhi impian perkembangan diri
18- Kesaksamaan Gender Sebagai Asas Membasmi
Keganasan Rumah Tangga - Tiada siapa yang berhak menyiksa mana-mana insan
yang lain - Keganasan kepada wanita adalah jenayah
- Walaupun Islam membenarkan pukul isteri dalam
keadaan isteri nusyuz, tetapi tidak digalakkan - Terima hakikat dan hargai perbezaan antara suami
dan isteri-elak stereotyping
19- Buat Renungan
- Di antara orang-orang mukmin yang terbaik
imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan orang
yang terbaik akhlaknya ialah orang yang terbaik
sikapnya terhadap isterinya - Hadis Rasulullah
- Orang baik-baik antara kamu, nescaya tidak akan
memukul isterinya Hadis Rasulullah
20TERIMA KASIH