Bab 1: : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA - PowerPoint PPT Presentation

1 / 25
About This Presentation
Title:

Bab 1: : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Description:

Bab 1: : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA Imperialisme Barat di Asia Tenggara Imperialisme Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:103
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 26
Provided by: rat59
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Bab 1: : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA


1
Bab 1 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME
DI ASIA TENGGARA
2
Imperialisme Barat di Asia Tenggara
  • Imperialisme
  • Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan
    wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk
    kepentingan tertentu.
  • Imperialis Barat

Portugal Sepanyol Belanda
Britain Perancis Amerika Syarikat
3
(No Transcript)
4
Kekayaan Bahan Mentah
  • Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah serta
    mempunyai tanah yang subur sesuai dengan pelbagai
    tanaman
  • Barat memerlukan bahan mentah ini dalam Revolusi
    Perindustrian terutamanya bijih timah dan getah

5
Revolusi Perindustrian
  • Pada kurun ke-15 dan 16, Portugal,Sepanyol dan
    Belanda ada tujuan untuk mendapatkan barangan
    mewah seperti teh dan rempah
  • Sejak kurun ke 17, berlaku kepesatan sektor
    perindustrian dalam kalangan negara-negara Eroah
    yang membolehkan pengeluaran hasil perkilangan
    yang pelbagai secara besar-besaran dan berterusan

6
Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
  • Penggunaan Kapal Wap
  • Membolehkan banyak muatan dibawa dan mempercepat
    perjalanan untuk membawa hasil perkilangan dan
    bahan mentah antara Timur dan Barat
  • Pembukaan Terusan Suez
  • Memendekkan jarak antara Timur dan Barat kerana
    tidak perlu melalui benua Afrika
  • Jimat kos, perjalanan selamat

7
Tugas Menyebarkan Tamadun
  • Perancis berpegang kepada slogan menyebarkan
    tamadun yang bermaksud menjadi tugas bangsa
    Perancis untuk mentamadunkan orang-orang Timur
  • Mubaligh Kristian juga berpendapat adalah menjadi
    tugas mereka menyebarkan agama Kristian kepada
    penduduk setempat yang dijajah mereka

8
Beban Orang Putih
  • British dan Amerika Syarikat selalu menggunakan
    slogan Beban Orang Putih dalam menjalankan
    imperialisme mereka
  • Kedua-dua kuasa ini selalu berasa diri mereka
    lebih maju dan bertamadun jadi adalah menjadi
    tanggungjawab mereka untuk mentamadunkan orang
    lain

9
Persaingan Kuasa-Kuasa Barat
  • Jika semakin banyak tanah jajahan diperoleh, maka
    semakin dipandang tinggi dan dihormati
  • Mereka berlumba-lumba untuk menjadi kuasa besar
  • Kewujudan sesebuah kuasa besar sering dikaitkan
    dengan keluasan tanah jajahan yang dimiliki

10
Kesan Imperialisme Barat kepada Asia Tenggara
Filipina
Sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil(barangay) yang diperintah oleh golongan datu. Setelah Sepanyol menguasai Filipina, Gabenor Jeneral merupakan pemerintah tertinggi seperti di Mexico
11
  • Ciri-ciri birokrasi yang diperkenalkan oleh
    Sepanyol di Filipina
  • Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran
    berpusat
  • Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi di
    peringkat pusat
  • Datuk Bandar menjadi pentadbir wilayah
  • Gabenor kecil menjadi pentadbir Bandar
  • Encomiendero menjadi pemerintah Encomienda
  • Maksud Sistem Encomienda
  • Sistem pentadbiran Sepanyol diperingkat tempatan
  • pemerintahnya diketuai encomiendero
  • Tugas-tugas Encomiendero yang diperkenalkan
    Sepanyol di Filipina
  • menjaga keamanan
  • mengutip cukai
  • mengkristiankan penduduk barangay
  • Sebab sistem Encomienda dibenci oleh penduduk
    Filipina.
  • mengenakan cukai yang tinggi
  • mengenakan kerahan tenaga terhadap penduduk

12
Indonesia
- Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan berasingan seperti Mataram dan Bantam di Jawa. - Kerajaan tersebut diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar. Ada juga pembesar daerah / bupati (Jawa) - Selepas kedatangan Belanda, Pentadbiran di Indonesia terbahagi kepada dua Pentadbiran pusat Diketuai oleh Gabenor Jeneral Pentadbiran tempatan Dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda
13
Burma
Sebelum kedatangan British, Burma telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung. Di bawah raja ialah Hluttaw (Majlis diraja) dan Wun (Pegawai tinggi kerajaan), di bawah Hluttaw dan Wun ialah Myothugyi (Ketua Bandar), dibawahnya ialah Ahmudan (Pegawai diraja) dan dibawahnya ialah Athi (Pembesar-pembesar tradisional) Selepas kedatangan British, Hluttaw (Majlis Diraja) telah kehilangan fungsi. Jawatan-jawatan tradisi seperti Wun, Myothugyi, Ahmudan dan Athi dimansuhkan. Sistem undang-undang barat diperkenalkan dan dijadikan undang-undang utama. British memperkenalkan Majlis Perundangan, Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan dan jabatan Pelajaran.
14
  • Bentuk sistem pentadbiran Indochina sebelum
    kedatangan Perancis
  • ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat
  • pentadbiran diketuai oleh raja berkuasa mutlak
  • raja memberi kuasa penuh kepada pembesar
    tempatan
  • setiap birokrasi diketuai oleh golongan mandarin
  • pentadbiran ditiru dari pentadbiran Tanah Besar
    China.
  • pegawai dipilih melalui peperiksaan dalam bidang
    bahasa dan kesusateraan China
  • Bentuk sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh
    Perancis di Indochina
  • Pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral
  • Gabenor Jeneral bertangungjawab kepada Pejabat
    Tanah Jajahan di Paris
  • Leftenan Gabenor menjadi pemerintah wilayah
    jajahan
  • Leftenan dibantu leh Residen Jeneral dan Residen
    Wilayah
  • Perancis membentuk kerajaan pusat dengan
    menubuhkan Union Indochinoise
  • kerajaan tempatan diberi kuasa autonomi
  • kerajaan pusat tidak mencampuri urusan
    pentadbiran kerajaan tempatan
  • kerajaan tempatan perlu membayar cukai dan
    kerahan tenaga

15
Melaka
  • Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu
    Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan
  • Apabila Portugis menakluk Melaka, institusi raja
    di Melaka telah runtuh.
  • Semasa pemerintahan Belanda, institusi raja ini
    telah terhapus.
  • Semasa pemerintahan British, Melaka, Pulau Pinang
    dan Singapura telah digabungkan menjadi
    Negeri-Negeri selat (NNS).
  • Pemerintah tertinggi dalam NNS ialah Gabenor.
  • Gabenor dibantu olh residen kaunselor
  • Pentadbiran di peringkat kampung pula masih
    mengekalkan jawatan penghulu.
  • British telah memperkenalkan pelbagai perubahan
    seperti sistem kehakiman Barat, pelaksanaan
    sistem pengutipan cukai, pembahagian negeri
    kepada beberapa daerh dan penubuhan balai polis.

16
Kepentingan mempertahankan negara kita daripada
dijajah
  • Mengekalkan pemerintahan negara sendiri
  • Bebas menentukan hala tuju negara mengikut acuan
    sendiri
  • Melindungi budaya bangsa negara
  • Menjamin kesejahteraan hidup tanpa penindasan
  • Mengekalkan perpaduan antara kaum
  • Mengelakkan sistem politik, ekonomi dan sosial
    dikuasai oleh penjajah

17
Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk
mempertahankan negara kita daripada sebarang
bentuk penjajahan pada masa hadapan.
  • Rakyat sanggup berkorban untuk mempertahankan
    negara daripada penjajahan
  • Rakyat taat setia kepada raja dan negara
  • Memperkukuh keharmonian dan perpaduan antara kaum
  • Meningkatkan penguasaan pelbagai kemahiran
    teknologi
  • Menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan
  • Pemimpin negara berpandangan jauh dan berwawasan

18
Konsep Union Indochinoise yang dibentuk oleh
Perancis di Indochina
  • Union Indochinoise merupakan Persekutuan
    Indochina
  • Persekutuan tersebut terdiri daripada Vietnam
    dan Kemboja
  • Perekutan ini juga turut disertai laos pada
    tahun 1904
  • Pentabdiran Union Indochinoise diketuai oleh
    gabenor Jeneral
  • Rang undang-undang Union Indochinoise diluluskan
    oleh parlimen Perancis.

19
Thailand
  • Perubahan yang dilakukan oleh Raja Mongkut
    terhadap sistem pentadbiran Thailand
  • Melantik 80 orang penasihat barat mengetuai
    pelbagai jabatan
  • Penasihat barat digunakan untuk melatih pegawai
    tempatan
  • Penasihat Britain dalam kewangan,pelabuhan dan
    polis
  • Penasihat Amerika dalam jabatan kastam
  • Penasihat Perancis dalam ketenteraan

20
Thailand
  • Sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh
    Chulalongkorn
  • memperkenalkan majlis Penasihat rendah,
  • majlis mesyuarat tinggi dan Kabinet menteri
  • melantik juruaudit dari Britain
  • pentadbir dilantik dalam kerajaan berdasarkan
    tahap pendidikan
  • memperkenalkan sistem raja berperlembagaan
    menggantikan raja mutlak
  • pengaruh pembesar tempatan dan raja dikurangkan.

21
Kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi barat
terhadap sistem pentadbiran Asia Tenggara
  • Penubuhan Kerajaan Pusat
  • Pentadbiran dibahagikan jepada pentadbiran pusat
    dan tempatan
  • Pentadbiran pusat diketuai gabenor
    Jeneral/pesuruhjaya tinggi
  • Pembesar tempatan diperingkat pusat dihapuskan
  • Terhapusnya institusi raja
  • Raja kehilangan kuasa

22
  • Fungsi raja sebagai penaung agama terhapus
  • Pentadbiran dijlankan melalui biro-biro
  • Pegawai barat dilantik menjadi ketua biro
  • Beberapa jabatan ditubuhkan seperti
    perhutanan,kesihatan pelajaran dan lain-lain
  • Pengenalan sistem undang-undang Barat
  • Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat
  • rang undang-undang di tanah jajahan diluluskan
    dinegara mereka

23
  • British memperkenalkan sistem kehakiman barat
  • Raja menerima penasihat Barat
  • Raja terpaksa menerima penasihat barat daripada
    residen
  • Residen dan penasihat barat menasihat sultan
    dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama dan
    adat istiadat melayu
  • pembesar tempatan hilang pengaruh
  • pentadbiran tempatan diambil alih oleh pegawai
    bandaran.

24
SPM 2005
  • 7 (a) Mengapakah imperialis Barat menjajah
    negara-negara di Asia Tenggara antara abad ke 15
    hingga awal abad ke 20? (10M)
  • (b) Terangkan kesan imperialisme
  • Barat ke atas Asia Tenggara. (10M)

25
SPM 2011
  • Penjajah Barat telah bertapak di negara kita
    sejak tahun 1511 sehingga tahun 1957.
  • Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, terangkan
    sebab negara kita dijajah oleh penjajah
    barat. (8M)
  • Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu
    mempertahankan negara kita daripada dijajah? (6M)
  • Sebagai warganegara Malaysia yang cintakan
    negara, jelaskan persiapan yang anda mesti
    lakukan untuk mempertahankan negara kita daripada
    sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan. (6M)
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com