ULBS BAHASA MELAYU - PowerPoint PPT Presentation

1 / 12
About This Presentation
Title:

ULBS BAHASA MELAYU

Description:

ULBS BAHASA MELAYU NAMA : MUHAMMAD SHAHIR TAJUK : BIOTEKNOLOGI APAKAH ITU BIOTEKNOLOGI? Bioteknologi merupakan suatu bidang yang menggunakan teknologi untuk ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:78
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 13
Provided by: panitiabms
Category:
Tags: bahasa | melayu | ulbs | soya

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: ULBS BAHASA MELAYU


1
ULBS BAHASA MELAYU
  • NAMA MUHAMMAD SHAHIR
  • TAJUK BIOTEKNOLOGI

2
APAKAH ITU BIOTEKNOLOGI?
  • Bioteknologi merupakan suatu bidang yang
    menggunakan
  • teknologi untuk memanipulasikan organisme hidup
    bagi
  • tujuan
  • Menghasilkan atau mengubah suai sesuatu produk
    biologi
  • Meningkatkan mutu hasil penternakan atau tanaman
  • Membangunkan pengunaan mikroorganisme dalam
    sesuatu tujuan yang khusus

3
PENGENALAN
  • Terdapat dua cabang utama dalam bioteknologi
    iaitu tradisional dan moden. Contoh-contoh proses
    tradisional ialah pembuatan baja organik serta
    kimia, agen biokawalan, sel serta kultur tisu.
    Bioteknologi moden pula melibatkan kombinasi
    kejuruteraan diagnostik dan teknologi vaksin
    genetik seperti genomik, bioinformatik,
    tranformasi molekul dan pembiakan. Hampir semua
    penyakit boleh dirawat menggunakan teknologi ini.

4
INDUSTRI PERTANIAN
  • Dalam industri pertanian, petani-petani banyak
    mengalami masalah yang mampu menggugat hasil
    pendapatan mereka. Ini menyebabkan generasi baru
    tidak berminat mengusahakan industri ini kerana
    hasil pendapatan mereka yang tidak menentu
    justeru, dengan menggunakan bioteknologi masalah
    kesuburan tanaman, jangkitan penyakit dan haiwan
    perosak serta pengaruh alam sekitar dapat
    dikurangkan. Dengan penggunaan teknologi
    genetik tumbuhan yang dihasilkan akan lebih
    bermutu dan produktif. Sebagai contohnya gt
    Buah yang besar gt Buah tanpa biji gt Tumbuhan
    yang lebih tahan dengan serangan penyakit dan
    haiwan perosak gt Tumbuhan yang lebih kiuat dan
    lasak dengan perubahan alam sekitar.

5

Pernahkah anda makan buah tanpa biji seperti
tembikai ?
  • Tembikai ini mempunyai bilangan kromosom yang
    ganjil dan ini menyebabkan biji tidak dapat
    dihasilkan akibat terdapat kekeliruan ketika
    proses meiosis. Penggunaan bahan kimia juga dapat
    mencacatkan penghasilan pembentukan biji benih.
  • Selain itu, tumbuhan strawberi juga kini lebih
    tahan sejuk berbanding pohon semulajadi. Ini
    kerana ahli saintis telah berjaya mengekstrakan
    gen pada bakteria yang tahan sejuk lalu
    diaplikasikan kepada pohon strawberi supaya tidak
    rosak jika suhu menjadi sejuk lampau. Ini penting
    bagi petani kerana sumber pendapatan boleh
    terjejas jika hasil tidak banyak.
  • Kini terdapat juga usaha untuk menghasilkan
    tumbuhan yang tidak menghasilkan gejala alergik
    dalam kalangan pengguna dan ini dapat
    meningkatkan hasil jualan petani.

6
INDUSTRI TERNAKAN
  • Banyak usaha telah dijalankan dalam usaha
    membangunkan sektor ini. Sejak dahulu lagi,
    teknik pembiakbakaan telah pun diaplikasikan
    kepada haiwan ternakan untuk menghasilkan baka
    ternakan yang lebih baik daripada asalnya untuk
    tujuan keuntungan dan kemudahan. Pengklonan dan
    pengubahsuaian haiwan ternakan sememangnya dapat
    membantu dalam masalah kebuluran dan kekurangan
    zat dalam makanan. Seperti kita ketahui sumber
    protein yang sedia ada memang berkurangan
    berbanding dengan kepesatan pembesaran populasi
    manusia di dunia. Maka penggunaan teknologi ini
    sangat penting dalam menampung keperluan protein
    manusia seluruh dunia

7
  • Usaha-usaha seperti melahirkan haiwan transgenik
    sedang pesat dijalankan bagi menghasilkan
    haiwan-haiwan yang sebagai contohnya gt Kambing
    yang menghasilkan susu yang lebih banyak gt Ayam
    yang menghasilkan telur yang lebih besar dan di
    bervitamin gt Ikan yang lebih besar dan tahan
    lasak dengan keadaan persekitaranGen-gen yang
    berguna telah diselitkan kepada haiwan ini semasa
    dalam keadaan persenyawaan invitro dan sel telur
    yang telah disenyawakan dipindahkan kepada ibu
    tumpang yang sesuai bagi pembesaran berikutnya.
    Anak yang baru lahir ini akan mempunyai ciri-ciri
    yang telah dibawa oleh gen yang telah diterapkan.

8
INDUSTRI PERUBATAN
  • Dalam perubatan penghasilan seperti hormon-hormon
    khusus, vaksin, antibiotik, dan pendermaan organ
    atau sel khusus adalah intipati penting dalam
    menyelamatkan nyawa manusia.
  • Hormon insulin yang digunakan untuk merawat
    pesakit kencing manis (diabetes melitus) pada
    asalnya diekstrak dari khinzir dan lembu. Cara
    ini sangat mahal dan lambat kerana hormon ini
    hanya dapat diekstrak dengan sikit dan haiwan
    tersebut terpaksa disembelih. Selain itu cara ini
    banyak menimbulkan konflik dalam aspek keagamaan,
    contohnya di mana pengunaan hasil daripada haiwan
    khinzir adalah dilarang dalam Islam.
  • Akhirnya insulin kini dapat dihasilkan dengan
    pemindahan gen khusus kepada satu bakteria untuk
    menghasilkan produk yang lebih cepat dan
    mencukupi.

9
  • Dalam kemalangan pula atau pembedahan kadang kala
    memerlukan darah simpanan untuk menyokong tubuh
    pesakit dan kini bekalan darah sangat kurang di
    bank darah. Penyakit genetik seperti 'cri du
    chat', sindrom Down boleh diatasi dengan
    mengubahsuai gen-gen abnormal kepada gen normal
    melalui terapi gen contohnya. Pesakit barah yang
    menderita akibat pertumbuhan sel mutasi boleh
    menerima manfaat juga melalui pemodenan dalam era
    bioteknologi.

10
CONTOH HARIAN BIOTEKNOLOGI
  • Baju hasil buatan kapas yang telah
    dipertingkatkan mutunya.
  • Makanan seperti tauhu, tempe dan juga air soya
    semuanya datang dari pokok kacang soya
    transgenik.
  • Penghasilan tapai dan air tuak.
  • Beras dipasaran sekarang adalah hasil yang
    paling nyata dari segi penggunaan kejuruteraan
    genetik di Asia. Seperti kita lihat di
    iklan-iklan di televisyen, beras-beras kini
    adalah bermutu tinggi dan lebih besar daripada
    dahulu.

11
Peluang Kerjaya dalam Bioteknologi
12
TAMAT
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com