KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI - PowerPoint PPT Presentation

1 / 69
About This Presentation
Title:

KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

Description:

Interaktiviti - Perpustakaan berelektronik, penerbitan akhbar elektronik dan teleshopping. 3. Infotainment, edutainment dan infocommunication ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:145
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 70
Provided by: vodpplUp
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI


1
KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI
  • HALA TUJU PEMBANGUNAN ICT NEGARA

2
Objektif
  • Di akhir bahagian ini pelajar akan dapat
  • Mengenal pasti dasar-dasar negara yang
    memberikan
  • tumpuan kepada pembangunan ICT di
    Malaysia.
  • Menghuraikan fungsi Majlis Teknologi Maklumat
    Negara
  • (NITC) dalam membangunkan ICT negara
  • Mengenal pasti inisitif NITC dari 1994-2001.

3
Hala Tuju Pembangunan ICT Dunia
  • Raslan Ahmad (1999) mendapati strategi
    pendekatan dan matlamat pembangunan dan
    perlaksanaan bergantung kepada tahap ekonomi dan
    teknologi, sumber dan keupayaan yang ada pada
    sesebuah negara.

4
Negara dan Projek Pembangunan ICT
  • 1992 - Singapura
  • Pulau Pintar
  • - Amerika Syarikat
  • Infrastruktur Maklumat Negara

5
Negara dan Projek Pembangunan ICT
  • 1994 Jepun
  • Program Infrastruktur Maklumat Tinggi
  • - Kanada
  • Lebuhraya Maklumat Kanada
  • - Finland
  • Finland ke Arah Masyarakat Maklumat
  • - Sweden
  • Sayap untuk Keupayaan Manusia
  • - India
  • Polisi Telekomunikasi Baru

6
Negara dan Projek Pembangunan ICT
  • 1996 Afrika Selatan
  • Komuniti Maklumat
  • 2000- Filipina
  • Pelan Teknologi Maklumat Negara

7
Menurut Talero (1997) ICT memainkan peranan
penting dalam
  • Membasmi kemiskinan .
  • Mengurangkan keterasingan kawasan luar bandar.
  • Mendidik lebih ramai rakyat dan menyokong
    pendidikan berterusan.
  • Meningkatkan keberkesanan reformasi ekonomi.
  • Memantau dan melindungi alam sekitar.
  • Memajukan perniagaan sederhana dan kecil-kecilan.
  • Menyertai perdagangan antarabangsa.

8
Menurut Arnold dan Guy (1992) ICT dijadikan
dasar pembangunan negara kerana
  • Menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara
  • Meningkatkan kemajuan dalam sektor-sektor ekonomi
    yang lain.
  • Mengekalkan keberkesanan, meningkatkan keupayaan
    pertahanan negara dan mengekalkan identiti bangsa
    dan negara.

9
OECD (1997) mengenal pasti tiga faktor penting
bagi pembangunan negara
  • ICT membuka peluang komersial khususnya dalam
    industri.
  • Kesan limpahan langsung ICT pada tahap
    antarabangsa.
  • ICT sebagai landasan utama mentransformasi
    masyarakat dan negara ke arah masyarakat
    bermaklumat.

10
Hala Tuju Pembangunan ICT di Malaysia
  • Negara-negara membangun termasuk Malaysia
    tidak terkecuali daripada usaha mendifusi inovasi
    ICT.
  • Malaysia meletakan wawasan 2020 sebagai negara
    yang mencapai status negara maju dan menuju ke
    arah pembentukan masyarakat kaya maklumat.

11
Negara dan Projek Pembangunan ICT
  • 1985 Pelan Induk Industri
  • Potensi industri elektronik dan ICT
  • 1990 - Pembangunan Industri Teknologi
  • Mikroelektronik dan ICT
  • 1992 - Wawasan 2020
  • Negara Maju dan kaya maklumat
  • 1996- Koridor Raya Multimedia
  • Pembangunan ekonomi berdasarkan
    pengetahuan

12
Rangka Rancangan Jangka Panjang ke 3
  • Rangka Rancangan Jangka Panjang ke 3 (2000-2010).
  • Kerajaan tumpu dan fokus memperkukuhkan
    elemen-elemen kritikal yang dapat menyokong
    pembangunan ekonomi (K-Ekonomi).
  • Kerajaan melihat ICT sebagai teknologi strategik.

13
Objektif Kerajaan untuk pembangunan K-Ekonomi
  • 1- Membentuk Malaysia menjadi negara ekonomi
    berasaskan pengetahuan.
  • 2- Membentuk pembangunan berterusan.
  • 3- Meningkatkan kebolehan lebih dinamik dalam
    sektor pertanian, perkilangan
  • dan perkhidmatan.
  • 4- Membasmi kemiskinan/meningkatkan taraf hidup.
  • 5- Mencapai jumlah penglibatan bumiputera secara
    efektif dan pemilikan ekuiti
  • sekurang-kurangnya 30 peratus pada 2010.
  • 6- Menggalakan kaum bumiputera membabitkan diri
    dalam sektor-sektor utama
  • ekonomi.
  • 7- Mengorientasikan Pembangunan Sumber Tenaga
    Manusia bagi menyokong masyarakat
  • berilmu pengetahuan.

14
Kerajaan telah menumpukan kepada
perkara-perkara berikut untuk merealisasikanpemb
angunan K-Ekonomi
  • a) Pembangunan Tenaga Kerja yang
  • Berpengetahuan
  • Program untuk menarik rakyat Malaysia yang
    mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang serta
    berbakat dari luar negeri dan warga asing yang
    berkemahiran untuk memenuhi permintaan segera dan
    jangka pendek.

15
  • b) Pembangunan Persekitaran K-Ekonomi
  • Kerajaan merancang untuk mengekalkan
    persekitaran ekonomi makro yang stabil, kemudahan
    infrastruktur asas dan mengadakan rangka kerja
    kawal selia yang sesuai. Kerajaan juga
    membangunkan sains dan teknologi serta
    penyelidikan dan pembangunan (RD), pembiayaan
    bagi usaha niaga baru seterusnya menumpukan
    kepada bidang-bidang yang strategik dalam
    membangunkan ekonomi.

16
Rancangan Malaysia ke 7
  • Melalui Rancangan Malaysia ke 7, ICT mendapat
    perhatian khusus dan tersusun tentang kemajuan
    dan prospek pembangunan ICT serta tentang hala
    tuju ICT Negara.
  • Kerajaan juga telah menetapkan 7 teras
    pembangunan ICT negara (1995-2000)

17
Tujuh Teras Pembangunan ICT
  • 1. Memastikan penyebaran dan penggunaan ICT
    negara dengan meluas, berkualiti , mempunyai
    dayasaing serta meransang produktiviti.
  • 2. Membentuk satu pelan tindakan nasional bagi
    memastikan pendekatan pengurusan pembangunan ICT
    yang lebih sistematik.
  • 3. Memperluaskan pendidikan dan latihan ICT.

18
Tujuh Teras Pembangunan ICT
  • 4. Mengkaji semula undang-undang dan peraturan
    yang menghalang kemajuan ICT.
  • 5. Menggalakkan pembangunan industri ICT
    tempatan dari segi reka bentukk dan pengeluaran
    produk, sistem dan perkhidmatan yang inovatif.
  • 6. Memajukan Malaysia sebagai satu hub ICT
    serantau dengan syarikat ICT antarabangsa.
  • 7. Merancang untuk meningkatkan kesedaran
    mengenai ICT di kalangan penduduk.

19
Rancangan Malaysia Ke 8
  • Malaysia telah mengenal pasti 8 teras strategik
    bagi
  • meneruskan pembangunan ICT negara
  • 1- Menjadikan Malaysia sebagai Hub Teknologi
  • Maklumat, Komunikasi dan Multimedia
  • - Kerajaan merancang untuk melaksanakan
    usaha
  • yang bersepadu bagi meningkatkan mutu
  • perkhidmatan ICT, menggalakkan syarikat
    tempatan
  • mengekalkan prestasi dan meningkatkan daya
    saing
  • supaya setanding dengan syarikat
    antarabangsa
  • di peringkat serantau dan global.

20
Rancangan Malaysia Ke 8
  • 2- Menaikkan Taraf dan Menambahkan Infrastruktur
    Komunikasi
  • - Kerajaan telah menetapkan bahawa pelaburan
  • akan dibuat untuk meningkatkan rangkaian
  • komunikasi selaras dengan kemajuan
    teknologi.

21
Rancangan Malaysia Ke 8
  • 3- Meningkatkan Pembangunan Sumber Manusia
  • dalam bidang ICT
  • - Tumpuan akan diberikan kepada usaha
  • memperbaiki dan memperluaskan pendidikan
  • ICT negara. Usaha ini selaras dengan
    hasrat
  • kerajaan untuk membekalkan kemudahan
    komputer
  • kepada sekolah serta memudahkan capaian
    Internet
  • disekolah. Objektifnya adalah untuk
    meningkatkan
  • kadar celik komputer di kalangan pelajar
    yang
  • tinggal di kawasan luar bandar.

22
Rancangan Malaysia Ke 8
  • 4- Menggalakkan E-Dagang dan Meningkatkan
  • Penggunaannya
  • - Kerajaan akan memberikan tumpuan khas
    untuk
  • mempromosi dan menggalakkan penggunaan
  • e-dagang secara maluas sebagai satu cara
    baru
  • untuk menjalankan perniagaan melalui
  • rangkaian digital.

23
Rancangan Malaysia Ke 8
  • 5- Memupuk Keupayaan Tempatan dalam Mencipta
  • Pembangunan Kandungan
  • - Antara langkah-langkah yang diambil bagi
  • mencapai objektif ini termasuklah
    mengurangkan
  • pengawalan ke atas pengeluaran kandungan
    bagi
  • televisyen dan filem bagi meningkatkan
    penyertaan
  • dalam pasaran. Pada masa yang sama, kawal
    selia
  • yang minimum dijangka akan diperkenalkan
    ke atas
  • kandungan pengeluaran secara talian supaya
    tidak
  • menghalang pertumbuhan industri yang baru.

24
Rancangan Malaysia Ke 8
  • 6- Meluaskan Pelaksanaan Aplikasi Perdana
  • Koridor Raya Multimedia
  • - Kerajaan berhasrat untuk memperluaskan
  • perlaksanaan dan pembangunan aplikasi
  • perdana gelombang pertama. Perluasan
  • aplikasi ini akan mengandungi strategi
    bagi
  • mengatasi jurang digital.

25
Rancangan Malaysia Ke 8
  • 7- Memupuk Pembentukan Kumpulan Kritikal
  • Perusahan Kecil dan sederhana (PKS) yang
  • berasaskan ICT
  • - Beberapa inisiatif akan dilaksanakan
  • termasuklah menjadikan syarikat Malaysia
    yang
  • berjaya sebagai model kepada syarikat PKS,
  • membantu syarikat PKS dalam pemasaran dan
  • menembusi pasaran antarabangsa serta
    menaikkan
  • taraf pusat inkubator MSC untuk membantu
  • usahawan teknologi.

26
Rancangan Malaysia Ke 8
  • 8- Menggalakkan Kegiatan Penyelidikan dan
  • Pembangunan
  • - Kerajaan dengan sokongan dasar awam dan
    kerjasama institusi
  • pengajian tinggi akan menjalankan
    penyelidikan ke atas elemen
  • bukan perkakasan dalam pembangunan
    pembangunan ICT.
  • Usaha ini termasuklah
  • Memantau serta manilai kesan ICT kepada sektor
    awam, swasta dan isi rumah.
  • Perubahan budaya kerja hasil pertambahan pekarja
    berpengetahuan dan pelaksanaan tele-pekerjaan.
  • Penjajaran semula kod klasifikasi industri,
    produk dan pekerjaan supaya selaras dengan
    pengertian sektor maklumat.
  • Langganan dan profil penggunaan Internet.

27
Rancangan Malaysia ke 9 (2006-2010)
  • a) Menjana Sumber Kekayaan Baru Melalui ICT
  • - Kerajaan akan memanfaatkan potensinya
  • dengan terus menggalakkan pertumbuhan
  • industri perkongsian perkhidmatan dan
  • penyumberan luar. Kerajaan juga akan
  • membangunkan bidang baru seperti
    industri
  • kandungan digital tempatan dan
  • bio-informatik.

28
Rancangan Malaysia ke 9 (2006-2010)
  • b) Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan
  • inovasi negara serta memupuk minda kelas
    pertama
  • - Pendekatan khusus akan diberikan kepada
    pembangunan
  • modal insan(human capacity building) yang
    akan
  • dilaksanakan secara holistik.
  • Tiga strategi utama untuk melahirkan modal
    insan kelas pertama
  • Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu
    pengetahuan.
  • Memperkukuhkan keupayaan Sains, RD dan Inovasi.
  • Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki
    kekuatan moral.

29
MAJLIS TEKNOLOGI MAKLUMAT NEGARA
  1. Di tubuhkan pada tahun 1994 selaras dengan
    aspirasi Wawasan 2020 .
  2. Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan dan
    Pekerjaan telah mengambil inisiatif menubuhkan
    Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC).
  3. Matlamat NITC ialah untuk meningkatkan
    pembangunan dan penggunaan ICT sebagai teknologi
    strategik ke arah pembangunan negara. NITC
    bertindak sebagai sebuah badan pemikir di
    peringkat tertinggi dan untuk menasihati kerajaan
    dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan
    ICT di Malaysia.

30
Kemajuan yang dicapai oleh NITC
  • Program dan dasar ICT semakin jelas dan telus.
  • Penyelarasan dan pengintegrasian di antara
    pelbagai program dan pelaksana.
  • Lebih ramai penyumbang telah muncul dan beberapa
    input polisi telah dihasilkan.
  • Jawatankuasa dan kumpulan pakar telah berjaya
    ditubuhkab bagi menjalankan kajian.
  • NITC telah melaksanakan intervensi dalam beberapa
    perkara penting bagi memastikan rakyat mendapat
    manfaat ICT.

31
Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super
Corridor)
  • Tujuan Pembinaannya adalah untuk menyediakan
    persekitaran ICT bertaraf dunia yang komprehansif
    untuk mewujudkan persekitaran kerja dan kehidupan
    yang mendorong pembangunan ekonomi berasaskan
    pengetahuan.

32
Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super
Corridor)
  1. Sebagai kawasan ujian di peringkat global bagi
    penyelesaian inovasi, persekitaran serta insentif
    yang sesuai telah disediakan untuk menarik
    syarikat utama dan terkemuka dunia untuk
    menggunakan MSC sebagai hub.
  2. MSC bertujuan menjadi pemangkin kepada syarikat
    ICT Malaysia yang berdaya saing supaya dapat
    berkembang sebagai syarikat bertaraf dunia.
  3. Bagi menggerakkan pembangunan MSC, tujuh aplikasi
    perdana telah diperkenalkan untuk menyediakan
    peluang perniagaan bagi penyertaan sektor swasta.
    Aplikasi-aplikasi perdana dikategorikan kepada
    dua kumpulan iaitu aplikasi perdana pembangunan
    multimedia dan aplikasi perdana persekitaran
    multimedia.

33
Aplikasi Perdana Pembangunan Multimedia
  • 1. Kerajaan Elektronik
  • Untuk memperbaiki operasi agensi kerajaan
    dari segi proses dalamannya dan penyediaan
    perkhidmatan kepada orang ramai.
  • 2. Sekolah bestari
  • Untuk melahirkan generasi baru Malaysia yang
    celik ICT, kreatif dan inovatif.

34
Aplikasi Perdana Pembangunan Multimedia
  • 3. Kad Pelbagai Guna
  • Untuk memudahkan orang ramai berurusan
    dengan
  • agensi kerajaan dan syarikat swasta.
  • 4. Telekesihatan
  • Untuk mempercepatkan pencapaian wawasan
  • penjagaan kesihatan di Malaysia.
  • 5. Kelompok Penyelidikan dan Pembangunan
  • Kelompok PP telah direka bentuk untuk
    mewujudkan
  • kerjasama antara pusat PP multimedia dan
    firma
  • bagi menghasilkan produk serta teknologi
    terkini.

35
Agenda IT Nasional (National IT Agenda-NITA)
  • Digubal pada tahun 1996 untuk menyediakan
    suatu rangka kerja komprehensif ke arah
    pembangunan di era maklumat. Tujuan NITA
  • Mengubah negara ke arah sebuah masyarakat
    bermaklumat yang berasaskan nilai selaras dengan
    wawasan 2020.
  • Memberi fokus kepada pembangunan manusia secara
    menyeluruh.
  • Menggerakkan kerjasama dan persepakatan tiga
    sektor iaitu di antara sektor awam, swasta dan
    komuniti.
  • Menggunakan pendekatan top-down dan bottom-up
    dalam perancangan dan perlaksanaan.

36
Agenda IT Nasional (NITA)
  • Tema (NITA) Menukar Riak Menjadi Gelombang
  • NITA menekankan 3 komponen strategik
  • Pembangunan Insan
  • Pembangunan Infostruktur
  • Pembangunan aplikasi dan kandungan

37
a) Pembangunan Insan
  • - Orang ramai perlu diberi peluang untuk
    mendapatkan pendidikan, meningkatkan kemahiran
    dan berkeupayaan menerima budaya baru.
  • - Di antara program yang dicadangkan mewujudkan
    suasana pembelajaran secara bestari, perkhidmatan
    Internet di semua sekolah dan sebagainya.

38
b) Pembangunan Infostruktur
  • TIGA (3) strategi yang meliputi
  • Infostruktur yang mempunyai rangkaian luas dan
    menyeluruh.
  • Peralatan-peralatan yang mampu digunakan oleh
    orang ramai.
  • Undang-undang dan peraturan yang bersesuaian.

39
c) Pembangunan Aplikasi dan Kandungan
  • - Strategi Pembangunan aplikasi ICT
  • 1. Pembangunan kandungan tempatan
  • - Sekolah Bestari, kerajaan elektronik, kad
    pelbagai guna dan lain-lain.
  • 2. Interaktiviti
  • - Perpustakaan berelektronik, penerbitan
    akhbar elektronik dan teleshopping.
  • 3. Infotainment, edutainment dan
    infocommunication
  • - Program yang memerlukan telesidang dan
    perkhidmatan
  • pendidikan secara permintaan atas
    talian(on-line)

40
Skema Aplikasi Penunjuk Cara (Demonstrator
Grant Scheme-DAGS)
  • Dilancarkan pada 21 April 1998.
  • Objektif Utama DAGS
  • Membentuk budaya pengguna ICT.
  • Membina rangkaian komuniti elektronik bersepadu.
  • Mempromosikan pertumbuhan dinamik web-shapers
    dan web-adapters.
  • Membangunkan masyarakat usahawan yang
    memanfaatkan rangkaian elektronik.
  • Mengeratkan kerjasama antara agensi kerajaan.
  • Menggalakkan rakyat Malaysia berinovatif.

41
Impak DAGS
  • - Di antara Impak DAGS
  • Pembangunan Komuniti.
  • Pembangunan Bahan kandungan Tempatan.
  • Pembangunan Teknologi.
  • - Di antara projek dan promoter yang berjaya
    mendapatkan Pembiayaan
  • DAGS
  • E-Learning in Islamic School- Pusat Pendidikan
    Al-Amin
  • Pendidikan Perdana- Cyber-Village Sdn Bhd
  • E-Pharmacy GS Vision Sdn Bhd
  • E-Public Service MAMPU
  • Smart Masyarakat (SMASY)-Worldview Foundation
  • TaniNet Tropbio Research Sdn Bhd

42
Impak DAGS
  • 1. Pembangunan Komuniti
  • Projek DAGS berupaya meningkatkan tahap
  • penggunaan dan pembudayaan ICT.
  • 2. Pembangunan Teknologi
  • Menggalakan rakyat Malaysia kreatif dan
    inovatif.
  • 3. Pembangunan Bahan Kandungan Tempatan
  • Menyalurkan maklumat industri dan produk
  • tempatan.

43
(1) Projek Masyarakat Pintar (SMASY)
  • 1. Worldview mengetuai projek SMASY.
  • 2. Memiliki status konsultatif kepada
    Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB).
  • 3. Terlibat aktiviti-aktiviti media pendidikan
    di seluruh Asia dan Afrika sejak 1979.
  • 4. KEMAS sebagai agen pembangunan dan perubahan
    komuniti kampung.

44
Tujuan SMASY
  • Memberikan pendedahan kepada komuniti Kampung
    Raja Musa tentang ICT.
  • Mengurus dan menyediakan maklumat kepada komuniti
    kampung.
  • Menyediakan satu tempat untuk kegiatan promosi
    perniagaan melalui Internet.
  • Memperbaiki kehidupan komuniti kampung dengan
    pertambahan ilmu.

45
Faedah-faedah SMASY
  • Meningkatkan tahap kesedaran masyarakat awam
    terhadap ICT.
  • Menjangkakan kanak-kanak sekolah yang menggunakan
    SMASY mencapai keputusan yang lebih baik.
  • Pengurusan pentadbiran JKKK menjadi lebih efisyen
    dan terbuka.
  • Mengajar komuniti akan kemahiran ICT yang baru.
  • Menyediakan peluang kepada masyarakat awam untuk
    memberi pendapat.
  • Menghubungkan komuniti kampung tersebut dengan
    masyarakat luar.
  • Menambahkan peluang perniagaan kepada pengeluaran
    dan pedagang tempatan.

46
(2) TaniNet
  • Projek ini menyediakan khidmat nasihat secara
    on-line dan interaktif melalui Internet.
  • Pengguna boleh mengakses maklumat pertanian
    secara percuma.
  • TaniNet bertujuan untuk melahirkan satu generasi
    petani dan individu yang peka kepada teknologi
    moden.
  • Pengguna khidmat TaniNet merangkumi
    pekebun-pekebun dan petani kecil-kecilan.

47
Faedah Projek TaniNet
  • Sektor pertanian nasihat yang lebih baik.
  • Negara- Hasil pengeluaran yang lebih murah.
  • Sektor Bioteknologi tumbuhan- peningkatan
    kesedaran awam.
  • Petani-Tahap pendapatan yang lebih baik.
  • Meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan
    sektor pertanian.
  • Meningkatkan produktiviti pertanian melalui akses
    kepada teknologi terkini.

48
(3) CyberCare
  • Misi membentuk sebuah komuniti elektronik.
  • Program Pilot kebangsaan bagi memperbaiki kualiti
    kehidupan golongan kanak-kanak yang tidak
    bernasib baik melalui pembentukan Komuniti
    elektronik untuk Rumah-rumah kebajikan
  • Sistem yang dibangunkan membolehkan pelbagai
    sektor menyertai aktiviti-aktiviti serta
    inisiatif yang dirancangkan.

49
Faedah Projek CyberCare
  • Orientasi Individu
  • Perkembangan akademik kanak-kanak sekolah.
  • Kesihatan fizikal dan kesejahteraan kanak-kanak.
  • Interaksi dengan masyarakat luar.
  • Profil perkembangan individu.
  • Individu lain sebagai role-model.

50
(4) FamilyPlace
  • Mula pada 1998 dengan tujuan untuk menyatukan
    golongan ibu bapa ke arah mencapai matlamat yang
    sama iaitu keluarga yang bahagia, sihat dan
    pintar.
  • FamilyPlace ditujukan kepada golongan pertengahan
    dan berpendapatan sederhana.
  • FamilyPlace memberi fokus kepada
  • Pendidikan kekeluargaan yang berpusat kepada ibu
    bapa.
  • Pendidikan dan Perkembangan keluarga.
  • Pembangunan perniagaan di rumah.

51
(5) My-Biz
  • Untuk menggabungkan syarikat-syarikat dari sektor
    industri kecil dan sederhana(IKS) bagi
    menjalankan perdagangan antara satu sama lain di
    rantau ini dan peringkat global.
  • Objektifnya untuk membangunkan sistem transaksi
    secara terus bagi aktiviti perdagangan melalui
    Internet.

52
(6) Masjid sebagai Pusat Kejiranan
  • Objektifnya untuk menggunakan ICT bagi
    membolehkan masjid dijadikan pusat kejiranan
    berangkaian kepada komuniti di sekelilingnya.
  • Beberapa perkhidmatan dan pengaplikasian yang
    digunakan komuniti tersebut
  • Pangkalan Data Komuniti.
  • Perpustakaan Mini On-line.
  • Sistem pengiklanan berasaskan web.

53
(7) Pendidikan Perdana
  • Tujuannya untuk membangunkan satu aplikasi
    berasaskan Internet dan menggunakan web.
  • Faedah-faedah yang diperolehi
  • Mewujudkan program mengulangkaji tambahan kepada
    pelajar dari sekolah dan rumah melalui Internet.
  • Membantu guru mengenal pasti kelemahan pelajar di
    dalam subjek tertentu.
  • Menggalakan guru dan pelajar berinteraksi melalui
    Internet di dalam pelbagai aktiviti pendidikan.

54
Faktor-faktor Kejayaan Projek DAGS
  • Komuniti Sasaran yang jelas dan dikenal pasti
  • Nilai Proposisi yang jelas ke atas Komuniti
    Sasaran.
  • Peranan Teknologi yang jelas ke arah memanfaatkan
    komuniti.
  • Peranan Promoter bersama yang jelas di dalam
    Pelaksanaan Projek.
  • Justifikasi Keperluan Pembiayaan DAGS yang jelas.
  • Kaedah Pengurusan Projek yang jelas.

55
Tugas dan aktiviti
  • Struktur Kumpulan Projek
  • Jadual Projek dan Pelan Pelaksanaan
  • Pemantauan Projek dan laporan
  • Pelan Pengurusan Risiko
  • Pelan Pengurusan Kualiti
  • Model Perniagaan dan Pelan Jaminan

56
NITC menggariskan tiga fasa pelan migrasi pada
tahun 1998
  • Fasa Pertama-Masyrakat Bermaklumat
  • Sosial menyediakan keperluan mengakses maklumat
    setiap orang.
  • Ekonomi ICT dijadikan sektor ekonomi utama
    dengan mencungkil peluang setiap bidang ICT.
  • Menurut Azizah Hamzah(2001) masyarakat
    bermaklumat merupakan sebuah masyarakat yang
    kegiatan ekonomi dan sosial utamanya ialah
    mengeluar, memproses dan mengedarkan maklumat.

57
Fasa Kedua-Masyarakat Berpengetahuan
  • Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
  • Dari segi ekonomi pula tumpuan adalah terhadap
    penciptaan nilai yang meransangkan pengeluaran,
    penggunaan dan pengagihan perkhidmatan dan
    produk.
  • Menurut Awang Had Salleh (1995), masyarakat
    berilmu pengetahuan adalah masyarakat yang
    rata-rata anggotanya berpengetahuan untuk
    menyertai dengan berkessan alam penghidupan dan
    pada waktu yang sama mereka-kalau tidak semuanya,
    sebahagian besar daripadanya juga berilmu dalam
    bidang-bidang tertentu dan juga memiliki sikap
    keilmuan.

58
Fasa Ketiga Masyarakat Berpengetahuan
Berasaskan Nilai
  • Tumpuan dan matlamat adalah untuk menjadi
    masyarakat berpengetahuan berasaskan nilai
    sepenuhnya menjelang 2020.
  • Asas ekonomi bagi masyarakat ini adalah ekonomi
    berasaskan pengetahuan atau K-Ekonomi yang
    kompetetitif, manakala masyarakatnya masih
    mengekalkan nilai-nilai tradisi iaitu bersatu
    padu, bermoral, beretika, bertoleransi selaras
    dengan pembangunan mampan.

59
Matlamat Utama Agenda Strategik NITC
  • Matlamat utama Agenda Strategik NITC dilancarkan
    pada tahun 1998.
  • Program di dalam 5 bidang teras bertujuan
    mengukuhkan lagi asas kedaulatan dan keselamatan
    negara dalam dunia e.
  • NITC juga untuk memudahkan penghijrahan rakyat
    Malaysia dan struktur keinstitusian ke Dunia E
    secara efektif.

60
Lima Bidang Teras
  • E Ekonomi
  • Tujuannya menggalakkan aktiviti perdagangan dan
    perniagaan elektronik bagi menyokong pembangunan
    ekonomi berasaskan pengetahuan. Fokus utama
    ialah ekonomi pacuan pengetahuan.
  • E Pembelajaran
  • Tujuannya untuk membentuk budaya pembelajaran
    sepanjang hayat. Fokusnya kepada budaya
    pembelajaran sepanjang hayat.
  • E Perkhidmatan
  • Tujuannya untuk menyediakan perkhidmatan awam
    menggunakan kaedah elektronik kepada orang ramai
    dan ahli perniagaan secara cepat dan cekap.
    Fokusnya kepada kaedah penghantaran barangan dan
    perkhidmatan awam.

61
Lima Bidang Teras
  • E Komuniti
  • Tujuannya untuk membolehkan masyarakat
    memanfaatkan ICT untuk berinteraksi dengan
    masyarakat global dan mengenengahkan nilai-nilai
    murni kita. Fokusnya lebih penyertaan tadbir
    urus untuk kualiti hidup.
  • E Kedaulatan
  • Tujuannya untuk memastikan identiti dan
    keselamatan negara dalam menghadapi era dunia
    tanpa sempadan. Fokusnya kepada identiti negara
    yang teguh.

62
K-Ekonomi
  • Di perkenalkan oleh NITC semasa Pameran
    Antarabangsa MSC dan Multimedia Asia pada tahun
    1999.
  • Fokusnya adalah mewujudkan ekonomi berasaskan
    pengetahuan iaitu anjakan daripada ekonomi
    berasaskan pengeluaran.
  • Pendekatannya lebih kepada pengetahuan untuk
    meningkatkan kegiatan ekonomi seperti pengeluaran
    barangan, penyelidikan dan pembangunan (RD).

63
K-Ekonomi
  • Elemen utama dalam K-Ekonomi ialah modal manusia
    (human capital) atau modal intelek.
  • Modal intelek diperlukan untuk membangunkan
    ekonomi. Dalam K-Ekonomi, mereka yang
    berpengetahuan, berkemahiran adalah aset paling
    berharga dan penting.

64
K-Ekonomi
  • K-Ekonomi juga bercirikan pelaburan tinggi dalam
    penyelidikan dan pembangunan, kadar literasi yang
    tinggi, penglibatan pekerja berpendidikan tinggi
    yang ramai, keupayaan teknologi dan kemahiran
    yang baik, kekuatan dalam inovasi dan penggunaan
    ICT serta Internet yang tinggi.
  • Institut Kajian Antarabangsa dan Strategik (ISIS)
    telah mengenal pasti beberapa faktor iaitu
    globalisasi dan keperluan negara meningkatkan
    daya saing.

65
K-Ekonomi
  • Bagi meningkatkan ketahanan dan desakan dari
    masyarakat antarabangsa untuk membuka ekonomi
    negara dengan lebih luas dan menghadapi
    persaingan yang lebih mencabar, terdapat 3 sebab
    mengapa Malaysia perlu mengambil langkah ke arah
    K-Ekonomi
  • Produk Malaysia menghadapi persaingan sengit
    daripada negara-negara asing.
  • Globalisasi dan liberalisasi akan mengakibatkan
    pintu perlindungan dan dinding halangan yang
    selama ini mempertahankan industri tempatan akan
    dikikis dan dihapuskan.
  • Faktor lain yang dikenal pasti termasuklah
    keperluan mengenal pasti nilai tambah yang
    tinggi, terutamanya kos buruh.

66
ISIS telah menerbitkan Pelan Induk Ekonomi
Berasaskan Pengetahuan (K-Ekonomi)
  • Tujuh Teras dalam Pelan Induk Ekonomi
    Berasaskan Pengetahuan
  • 1- Memupuk dan menjamin pembangunan sumber
  • manusia.
  • 2- Menubuhkan institusi yang menggalakkan
  • peralihan kepada K-Ekonomi.
  • 3- Memastikan insentif, prasarana dan
    infostruktur
  • maklumat penting dalam meningkatkan aplikasi
  • pengetahuan dalam semua sektor ekonomi.

67
Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahuan
(K-Ekonomi)
  • 4- Meningkatkan keupayaan dalam pemilikan dan
    aplikasi bidang sains dan teknologi.
  • 5- Memastikan sektor swasta terbabit dalam
    pembangunan K-Ekonomi.
  • 6- Membangunkan sektor awam dalam perkhidmatan
    awam berasaskan K-Ekonomi.
  • 7- Mengurangkan jurang digital dan pengetahuan.

68
Enam alasan yang perlu diambil kira dalam
membangunkan K-Ekonomi
  • Melahirkan Sumber Tenaga.
  • Menubuhkan Institusi bagi mendorong K-Ekonomi.
  • Menyarankan agar Penggunaan Internet
    diperluaskan.
  • Mengembangkan K-Ekonomi dalam sektor Swasta.
  • Membabitkan sektor Awam.
  • Mengurangkan Jurang Pengetahuan dan Digital.

69
  • TERIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com