PENULISAN MINIT MESYUARAT - PowerPoint PPT Presentation

1 / 21
About This Presentation
Title:

PENULISAN MINIT MESYUARAT

Description:

Title: PENULISAN MINIT MESYUARAT Author: user Last modified by: PC Home Created Date: 11/26/2004 3:39:39 PM Document presentation format: On-screen Show – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:174
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 22
Provided by: wikis251
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PENULISAN MINIT MESYUARAT


1
PENULISAN MINIT MESYUARAT
  • Oleh
  • Zanariah binti Abdol
  • Guru Cemerlang Bahasa Melayu
  • (Munsyi Dewan)

2
TUJUAN MESYUARAT
  • Membuat rancangan untuk kelancaran pelaksanaan
    projek
  • Mempercepat persiapan kerja
  • Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah
  • Mematuhi arahan
  • Menyelaraskan kegiatan
  • Menyebarkan maklumat
  • Mendapatkan nasihat / pandangan / maklum balas
  • Menilai pelaksanaan projek / tugasan
  • Membuat keputusan

3
  • Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan
    itu dan apabila engkau telah berazam, maka
    bertakwalah kepada Allah.
  • (Ayat 159,
    Surah Al-Imran)

4
PRAMESYUARAT
  • Penentuan
  • Tarikh
  • Masa
  • Tempat

Menentukan tujuan
Membincangkan agenda
Tempahan bilik dan kemudahan lain
  • Menyediakan kertas agenda
  • Berbentuk rangka
  • Agenda lengkap (salinan pengerusi dan setiausaha)
  • Menyediakan dokumen
  • - Minit mesyuarat lepas
  • Bahan rujukan, statistik,
  • kajian, dll
  • Catatan ketetapan tindakan
  • berdasarkan mesyuarat lepas
  • - dll.

Menghantar Notis / surat panggilan
5
SEMASA MESYUARAT
  • Pengerusi mengendalikan mesyuarat.
  • Setiausaha mencatat minit.
  • Setiausaha boleh meminta pengerusi
    mengulang/menjelaskan keputusan mesyuarat agar
    maklumat yang diminitkan tepat.
  • Setiausaha hanya akan memberikan maklumat atau
    pendapat apabila diperlukan oleh pengerusi.

6
MENCATAT MINIT MESYUARAT
  • Dua cara penulisan minit mesyuarat
  • Verbatim mencatatkan setiap sesuatu yang
    diperkatakan oleh ahli mesyuarat dan persetujuan
    yang dicapai.
  • Inti sari mencatatkan pokok perbincangan,
    ringkasan hujah dan inti sari yang dibincangkan
    dan persetujuan yang dicapai.

7
JENIS PERSETUJUAN YANG DICAPAI OLEH MAJLIS
MESYUARAT
  1. Bersetuju untuk MENERIMA usul / hujah
  2. Bersetuju untuk MENOLAK usul / hujah
  3. Bersetuju untuk MENERIMA usul / hujah dengan
    pindaan
  4. Bersetuju untuk mengambil perhatian terhadap usul
    / hujah
  5. Bersetuju untuk meluluskan permohonan
  6. Bersetuju untuk tidak memperakukan cadangan

8
BINAAN MINIT MESYUARAT
  • Tajuk/Keterangan mesyuarat
  • Keterangan kehadiran
  • Perutusan Pengerusi
  • Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang
    lepas
  • Perkara Berbangkit
  • Isu semasa 1
  • Isu semasa 11
  • Hal-Hal lain
  • Ucapan penangguhan

9
Tajuk
  • Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah Kluang,
  • Bil. 2 tahun 2007,
  • 10 Ogos 2007,
  • jam 2.00 petang
  • di Bilik Bestari,
  • Pejabat Pendidikan Daerah Kluang.

10
Tajuk
  • Mesyuarat Guru Pemimpin
  • Persatuan Pandu Puteri Daerah Kluang
  • Kali Pertama Tahun 2002
  • Tarikh 25 Mac 2002
  • Hari Sabtu
  • Masa 8.30 pg. 12.30 tengah hari
  • Tempat Bilik Gerakan, SMSJ
  • Pengerusi Puan Zanariah binti Abdol
  • Kehadiran 37 orang (Lihat Lampiran
    A)

11
KEHADIRAN
  • Mesti dimulakan dengan nama dan jawatan
    pengerusi, diikuti oleh ahli lain mengikut
    jawatan dan kekananan.
  • Kehadiran perlu ¾ jika ahli mesyuarat ingin
    membuat keputusan. Jika kurang, perbincangan
    biasa sahaja dibolehkan tanpa melibatkan
    keputusan.

12
KETIDAKHADIRAN
  • Senaraikan nama ahli yang tidak hadir sama ada
    dengan alasan atau tidak.
  • Jika banyak yang tidak hadir, catatkan
    bilangannya sahaja tetapi sediakan lampiran atau
    simpan maklumat kehadiran. Ataupun, senaraikan
    nama pegawai yang penting manakala ahli lain
    dicatatkan bilangannya sahaja.
  • Tidak hadir (bersebab) En. Azman b. Ali , Puan
    Mariah binti Musa dan 15 orang ahli.
  • Tidak hadir (tanpa sebab) En. Kasim b. Am dan 5
    orang ahli
  • Alasan ketidakhadiran telah diterima daripada X,
    Y , Z dan 3 orang ahli
  • Meminta Maaf Kerana Tidak Dapat Hadir

13
PERUTUSAN PENGERUSI
  • Setelah kuorum mencukupi, mesyuarat dimulakan.
  • Kata alu-aluan, penghargaan, terima kasih.
  • Ulasan ringkas tentang tujuan mesyuarat.
  • Pengerusi menghargai ahli mesyuarat atas
    kesudian hadir tepat pada masanya.
  • Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua
    ahli yang hadir.

14
PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT LEPAS
  • Minit mesyuarat yang terakhir dibentangkan.
    Setiausaha boleh diminta oleh pengerusi untuk
    membacanya dengan kuat dan lantang.
  • Pembetulan dari segi ejaan, maklumat yang
    tersalah catat atau maklumat yang tercicir
    dibuat. Pengerusi akan menurunkan tandatangan
    ringkas pada pembetulan.
  • Penambahan atau perubahan yang tiada kaitan
    dengan perbincangan dalam mesyuarat sebenar tidak
    dibenarkan.

15
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS
  • Pengerusi meminta ahli-ahli yang hadir dalam
    mesyuarat yang lepas agar mengesahkan minit dan
    menyokong pengesahan tersebut.
  • Setelah disahkan, pengerusi akan menandatangani
    minit itu serta-merta dan menulis tarikh pada
    ruangan yang disediakan.
  • Jika minit bertaip, tandatangan perlu diturunkan
    pada setiap helaian.
  • Salinan yang ditandatangani pengerusi disimpan.
  • 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
  • 2.1 Cadangan En. Kamal Bahrain b. Rabin
  • Sokongan Pn. Rusita bt. Adum

16
PERKARA BERBANGKIT
  • Ahli meneliti perkara yang tercetak satu persatu
    dan boleh menyoal setiausaha atau pihak yang
    dipertanggungjawabkan.
  • Soalan yang dibenarkan ialah meminta maklumat
    tentang hasil sesuatu tindakan yang diambil -
    bukannya membawa perbincangan baru tentang
    perkara berbangkit.
  • Pegawai yang bertanggungjawab boleh memberikan
    makluman tentang perkembangan tugasan jika tidak
    ditanyai.

17
AGENDA YANG DITETAPKAN
  • Perkara utama yang hendak dibincangkan
  • Keputusan dicatatkan dengan lengkap iaitu
  • Apakah keputusan mesyuarat?
  • Bagaimanakah cara pelaksanaannya?
  • Siapakah yang dipertanggungjawabkan?
  • Tempoh pelaksanaan?
  • Pihak manakah yang perlu memantau/menerima
    laporan kemajuan?
  • Adakah melibatkan kos?
  • Dll

18
HAL-HAL LAIN
  • Perkara lain yang ingin dikemukakan oleh ahli
    atau pengerusi tetapi di luar agenda yang
    ditetapkan.
  • Tidak memerlukan masa yang lama untuk
    dibincangkan.
  • Jika perlu dibincangkan dengan panjang lebar,
    pengerusi buat keputusan agar dimasukkan ke dalam
    agenda mesyuarat yang berikutnya.

19
UCAPAN PENUTUP/PENANGGUHAN
  • Bertanya kepada semua ahli mesyuarat jika ada
    apa-apa yang hendak diperkatakan.
  • Pengerusi akan merumuskan/menggulung mesyuarat.
  • Meminta ahli mencadangkan dan menyokong
    penangguhan mesyuarat (pilihan).
  • Seorang ahli yang mengucapkan penghargaan kepada
    pengerusi (pilihan).
  • Tarikh mesyuarat akan datang dipilih dan
    ditetapkan.
  • Pengerusi menangguhkan mesyuarat dengan rasminya
    pada jam 4.30 petang.
  • Dengan rasminya, mesyuarat ditangguhkan hingga
    ke tarikh yang ditetapkan, pada jam 10.00 pagi.

20
HUJUNG MINIT
  • Tandatangan penyedia, nama dan jawatan, tarikh
  • Tandatangan pegawai pengesah, nama dan jawatan
    (pengerusi), tarikh

21
PENUTUP
  • Minit mesyuarat yang baik
  • Sah
  • Lengkap
  • Ringkas
  • Diselenggarakan dengan segera 3 hari selepas
    mesyuarat
  • Diedarkan dengan segera 7 hari selepas mesyuarat
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com