Title: PENGENALAN :-
1PENGENALAN -
- Dikenali sebagai sistem pencernaan.
- Satu proses penguraian molekul makanan yang
besar dan kompleks menjadi molekul kecil dan
ringkas. - Terdiri daripada -
- Salur alimentari
- salur panjang yang dilalui oleh makanan dari
rongga mulut hingga ke dubur. - merangkumi rongga mulut, farinks, esofagus,
perut, usus kecil dan usus besar. - Kelenjar pencernaan
- mengandungi enzim yang membantu melengkapkan
proses penghadaman. - terdiri daripada kelenjar air liur, hati,
pankreas dinding perut dan juga dinding usus
kecil.
2RONGGA MULUT
ESOFAGUS
FARINKS
SALUR ALIMENTARI
PERUT
USUS BESAR
USUS KECIL
DIANA, FYZANOAH SISTEM PENGHADAMAN
3Rajah skema sistem penghadaman/pencernaan
4RONGGA MULUT
- Dikenali sebagai kaviti bukal atau oral.
- Terbahagi kepada 2 bahagian-
- Ruang umum ruang tengah yang mengandungi
lidah. - Ruang vestibule ruang di antara gigi dan
pemukaan pipi.
DIANA, FYZANOAH SISTEM PENGHADAMAN
5- LIDAH
- Terbina daripada otot terkawal.
- Selaput mukosa melapisi permukaan lidah yang
terdapat tompok-tompok yang dikenali sebagai
papila. - Papila mengandungi tunas deria rasa.
- Fungsi lidah-
- Organ deria rasa
- manis hujung hadapan lidah
- masin hujung dan tepi hadapan lidah
- masam bahagian kedua-dua tepi lidah
- pahit bahagian dekat dengan umbi lidah
- Pertuturan
- Kunyahan dan telanan
- Sentuhan
6- GIGI
- Ada 3 bahagian utama -
- Kepala yang membonjol keluar dari gusi.
- Umbi tertanam di dalam gusi dan terdiri dari 1
cabang atau lebih. - Leher bahagian antara kepala gigi dengan umbi.
- Dentin membina gigi dan menyerupai tulang.
- Diliputi oleh enamel bahan yang paling keras
dalam tubuh. - Bentuk gigi -
- Kacip menggigit dan memotong makanan.
- Taring mengoyak makanan.
- Geraham kecil mengoyak dan mengisar makanan.
- Geraham besar mengisar dan melumatkan makanan.
7FARINKS
- Suatu salur berbentuk kon yang didindingkan oleh
otot terkawal dan ruangnya dilapisi dengan
selaput mukosa. - Dibahagi kepada 3 bahagian-
- Farinks-hidung sebahagaian daripada
pernafasan. - Farinks-mulut benarkan udara masuk ke dalam
peti suara. - - telan bahan makanan ke dalam
kerongkong. - Farinks-bawah terletak di bahagian peti suara
dan berlanjutan dengan salur kerongkong di
bawahnya.
DIANA, FYZANOAH SISTEM PENGHADAMAN
8ESOFAGUS
- Tiub berotot yang terletak di belakang trakea.
- Menyambungkan farinks dengan perut.
- Dinding esofagus terbina daripada tisu lembut
dan sentiasa terbuka melainkan apabila ada
makanan di dalamnya. - Berfungsi menghantar makanan dan minuman dari
farinks ke perut.
9PERUT (GASTER)
- Bahagian saluran penghadaman yang berkembang
menjadi seperti karung atau pundi. - Bersambung terus dari kerongkong dan tergantung
bebas di bahagian atas sebelah kiri dalam ruang
abdomen. - Fungsi perut-
- Simpan bahan makanan buat sementara untuk
dilembutkan dan dihadamkan. - Menghadamkan makanan melalui enzim
(pepsinrenin). - Asid hidroklorik yang terhasil dalam perut
memusnahkan beberapa jenis kuman tang masuk ke
dalam perut. - Perut menghasilkan faktor intrinsik yang perlu
untuk pembentukan sel darah merah dan penyerapan
vitamin B12. - Membenarkan penyerapan yang terhad melalui
dinding (air, glukosa, alkohol dan sesetengah
dadah.
10USUS KECIL
- Merupakan bahagian yang terpanjang dalam salur
alimentari. - Terbahagi kepada 2 -
- Duodenum tiub berotot yang hubungkan perut
dengan jejunum. - - berbentuk huruf C.
- - berukuran 25cm
panjang. - - melengkung mengelilingi
kepala pankreas. - Jejunum dan ileum berukuran 6 meter.
- - bahagian ileum tamat di dalam sekum
sebagai injap ileum yang membenarkan
kandungan ileum masuk ke dalam sekum
tapi menahan sebarang kandungan sekum
kembali ke dalam ileum.
11- Fungsi usus kecil -
- Menyelesaikan semua proses penghadaman.
- Serap bahan makanan yang terhadam, asid amino
dan glukosa ke dalam darah dan lemak hadam ke
salur limfatik. - Hasilkan beberapa hormon yang mengawal
penghasilan kelenjar pankreas, hempedu dan
kelenjarnya sendiri.
12USUS BESAR
- Bermula dari sekum dan tamat sebagai rektum.
- Panjangnya 5 hingga 6 kaki dan pusatnya 2 ½
inci. - Bahagian usus besar -
- Sekum dan apendiks.
- Kolon menaik, melintang (transver), menurun,
sigmoid dan rektum.
13- Fungsi usus besar -
- Selaput mukosa yang melapisi dinding dalam kolon
menghasilkan cecair lendir yang melicinkan salur
itu dan membenarkan najis bergerak dengan mudah. - Penyerapan air. Air yang belum menyerap, diserap
apabila sampai ke dalam usus besar. - Pembuangan najis. Bahan-bahan yang tidak hadam
dikeluarkan dari rektum sebagai najis.
14Rajah menunjukkan usus besar dan
bahagian-bahagiannya
DIANA, FYZANOAH SISTEM PENGHADAMAN
15DUBUR
- Suatu terusan yang membuku keluar dari rektum.
- Dikawal oleh otot pencerut.
- Kuncupan dan kenduran otot adalah di bawah kuasa
kemahuan manusia. - Bahagian atas pertengahannya dilapisi oleh
selaput mukosa lanjutan dari rektum, tetapi
bahagian bawahnya terbina daripada kulit tubuh.
DIANA, FYZANOAH SISTEM PENGHADAMAN
16KELENJAR AIR LIUR
PANKREAS
HATI / HEPAR
KELENJAR PENCERNAAN
DINDING GASTER
HEMPEDU
DINDING USUS KECIL
17KELENJAR AIR LIUR
- Cecair yang dirembeskan secara berterusan dan
terdapat di dalam atau berhampiran mulut. - Dihasilkan oleh 3 pasang kelenjar air liur -
- Kelenjar parotid terletak di hadapan dan di
bawah telinga. - Kelenjar submandibular terletak di bawah sudut
tulang rahang bawah di setiap sebelah muka. - Kelenjar sublingual terletak di hadapan lantai
mulut di belakang dagu. - Air liur adalah suatu cecair yang beralkali
serta jernih dan terdiri daripada air, lendir,
garam dan tialin (enzim).
18HATI/HEPAR
- Lembut, berwarna perang dan terletak di bawah
otot diafragma dalam kaviti abdomen hipokondria
kanan. - Terbahagi kepada lobus kanan yang besar dan
lobus kiri yang kecil dipegang oleh ligamen
falsiform. - Fungsi hati -
- Hasil dan rembes hempedu yang dihantar ke
duodenum untuk pencernaan. - Hasilkan bahan-bahan yang terdapat dalam darah.
- Simpan zat besi dan vitamin B12, K, A dan D
untuk pembentukan sel darah merah. - Lemah atau musnahkan racun atau bahan racun
dalam darah. - Metabolisma yang berkaitan dengan karbohidrat,
protein dan lemak. - Penghasilan haba.
DIANA, FYZANOAH SISTEM PENGHADAMAN
19Pandangan hepar dai sudut anterior dan inferior.
DIANA, FYZANOAH SISTEM PENGHADAMAN
20PANKREAS
- Terletak di ruang abdomen di bahagian epigastrik
dan hipokondria kiri di belakang perut dan
permukaan depan menjadi sebahagian daripada
lantai perut. - Terbahagi kepada -
- Kepala dikelilingi oleh duodenum.
- Badan terletak di belakang perut dan di
hadapan vertebra pinggang pertama. - Ekor menghulur ke bahagian hipokondria kiri
dan menyentuh limpa. - Fungsi pankreas -
- Penghasilan bendalir pankreas yang mengandungi
tripsin, amilase dan lipase untuk menjalankan
pencernaan. - Penghasilan hormon insulin dari sel Langerhans
yang terlibat dalam metabolisma.
DIANA, FYZANOAH SISTEM PENGHADAMAN
21DINDING GASTER
- Cecair jernih dan bersifat asid.
- Mengandungi 99 air serta bahan-bahan seperti
asid hidroklorik, enzim pepsin, renin, lipase dan
lendir. - Apabila makanan sampai ke dalam perut,
penghasilan kelenjar perut bertambah kerana
galakan saraf vagus dan penghasilan hormon
gastrin dari lapisan mukosa perut. - Gastrin menyerap ke dalam rerambubt darah di
dinding perut dan kelenjar ini akan mengeluarkan
hasilnya secara berlebihan.
DINDING USUS KECIL
- Dikenali sebagai sukkus enterikus.
- Bersifat alkali dan mengandungi enzim
entrokinase, erepsin, maltase, sukrase dan
lakatase.
DIANA, FYZANOAH SISTEM PENGHADAMAN
22HEMPEDU
- Pundi hempedu -
- Berbentuk seperti beg yang terletak di permukaan
bawah lopus kanan hati. - Panjang 3 atau 4 inci dan boleh mengandungi 1
aun cecair hempedu. - Salur hempedu -
- Salur sistika terhulur dari leher pundi hempedu
dan bersatu dengan salur hati utama lalu
membentuk salur hempedu utama. - Salur hempedu utama terletak di belakang
bahagian pertama duodenum dan bersama salur
pankreas utama masuk ke dalam bahagian kedua
duodenum ampula vater. - Apabila bahan makanan berada dalam duodenum,
otot mengendur serta membenarkan hempedu serta
kelenjar pankreas masuk ke dalam duodenum.
23Sambungan..
- Hempedu -
- Penghasilannya sentiasa berlaku di dalam hati
tetapi bertambah semasa penghadaman. - Hati menghasilkan 1 pain hempedu setiap hari.
- Bersifat alkali.
- Bahan yang memberi warna kepada najis serta
menghilangkan bau busuk. - Membantu dalam penghadaman lemak dan
menggalakkan pergerakan peristalsis. - 90 daripada hempedu ialah air dan bahan pewarna
atau pigmen, garam hempedu, kolesterol dan
lendir.
24Rajah menunjukkan pundi hempedu, duktus hempedu
dan duodenum.
DIANA, FYZANOAH SISTEM PENGHADAMAN
25PROSES PENCERNAAN MANUSIA
- DI DALAM RONGGA MULUT
- Makanan dikunyah oleh gigi menjadi butiran yang
lebih kecil. - Kelenjar parotid, submandibular dan sublingual
merembeskan air liur ke dalam rongga mulut
melalui duktus air liur. - Semasa penelanan makanan, lidah dinaikkan untuk
menolak makanan masuk ke dalam esofagus. - Makanan bergerak melalui esofagus secara
peristalsis iaitu pengecutan dan pengenduran
beritma yang berlakuk di sepanjang salur
alimentari. - Makanan memasuki perut apabila sfinkter kardium
di sekeliling bukaan perut mengendur.
26- DI DALAM PERUT
- Terdapat banyak kelenjar gaster pada dinding
perut yang merembeskan jus gaster. Jus gaster
mengandungi asid hidroklorik, enzim renin dan
pepsin. - Asid hidroklorik dapat membunuh kuman yang hadir
dalam makanan. - Enzim renin mengentalkan susu dengan menukarkan
kaseinogen kepada kasein. - Enzim pepsin menghidrolisikan protein menjadi
pepton dan polipeptida. - Semasa makanan dicernakan dalam perut,
pengecutan dan pengenduran perut membantu
memecahkan makanan secara fizikal. Tindakan
peristalsis ini juga membantu mencampurkan
makanan dengan enzim. - Makanan berada di dalam perut kira-kira 4 jam.
Makanan yang meninggalkan perut adalah separa
cecair dan dikenali sebagai kim.
27- DI DUODENUM
- Duodenum menerima hempedu dari pundi hempedu dan
jus pankreas dari pankreas. - Hempedu disentesiskan oleh hati dan disimpan
dalam pundi hempedu. Hempedu mengandungi garam
hempedu tetapi tidak mempunyai enzim. - Hempedu berfungsi mengemulsikan / membaurkan
lemak, iaitu memecahkan lemak menjadi titisan
halus yang terampai di dalam air. - Jus pankreas diangkut dari pankreas ke duodenum
melalui duktus pankreas. Jus pankreas mengandungi
3 enzim iaitu amilase, tripsin dan lipase.
28- Amilase pankreas bertindak ke atas kanji yang
belum sempat dihidrolisiskan oleh tialin dalam
rongga mulut. Hasilnya ialah maltosa. - Kanji air amilase maltosa
- Tripsin menghidrolisiskan pepton dan polipeptida
menjadi peptida. Peptida ialah rantaian pendek
yang terdiri daripada beberapa asid amino. - Pepton dan polipeptida tripsin peptida
air - Lipase menghidrolisiskan lemak atau minyak
menjadi asid lemak atau gliserol. - Lemak air lipase asid lemak gliserol
29- DI USUS KECIL
- Terdapat banyak kelenjar usus pada dinding usus
kecil. Kelenjar usus menghasilkan jus usus yang
bersifat alkali. - Jus usus mengandungi enzim erepsin (peptidase),
maltase, sukrase dan laktase. - Erepsin menghidrolisiskan peptida menjadi asid
amino. - Peptida air erepsin asid amino
- Maltase menghidrolisiskan maltosa kepada
glukosa. - Maltosa air maltase glukosa
- Sukrase menghidrolisiskan sukrosa menjadi
glukosa dan fruktosa. - Sukrosa air sukrase glukosa fruktosa
- Laktase menghidrolisiskan laktosa menjadi
glukosa dan galaktosa. - Laktosa air laktase glukosa galaktosa
- Gula ringkas, asid amino, gliserol dan asid
lemak merupakan hasil akhir pencernaan. Semua
hasil pencernaan diserap ke usus kecil.
30- DI USUS BESAR
- Dari usus kecil, makanan yang tidak tercerna
akan disalurkan ke usus besar. Penyerapan air
berlaku di sini. Akibatnya, sisa makanan tersebut
mengeras menjadi tinja. Tinja disimpan di dalam
rektum buat sementara waktu. - Apabila penuh, dinding berotot rektum akan
mengecut untuk mengeluarkan tinja melalui dubur.
Proses ini dinamakan penyahtinjaan. - Sesetengah bakteria yang hidup di dalam usus
besar bertindak ke atas sisa makanan dan
menghasilkan vitamin B12 dan K.