SISTEM URINARI - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

SISTEM URINARI

Description:

Bahan makanan yang dimakan Disingkir keluar melalui anus najis(feses) Kulit peluh Paru-paru karbon dioksida & wap air Sistem urinari urea ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:276
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 27
Provided by: Microsoft52
Category:
Tags: sistem | urinari | najis

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: SISTEM URINARI


1
  • SISTEM URINARI

2
KONSEP
  • Makanan yang dimakan dicernakan oleh sistem
    pencernaan melalui enzim dan hormon yang
    dirembeskan tubuh.
  • Molekul-molekul makanan dipecahkan kepada
    unit-unit yang lebih ringkas dan diserap ke
    sel-sel tertentu untuk menghasilkan sel-sel yang
    baru, molekul-molekul pengatur yang baru seperti
    enzim dan molekul dan tenaga untuk menyokong
    proses kehidupan.
  • Manakala bahan yang tidak boleh digunakan lagi
    (bahan buangan) dikeluarkan bersama-sama air dan
    karbon dioksida sebagai hasil terakhir.
  • Makanan yang tidak diserap akan dikeluarkan dari
    trek gastrousus sebagai feses melalui najis.
    Karbon dioksida dibawa balik ke paru-paru oleh
    darah dan dikeluarkan melalui proses ekspirasi
    oleh sistem pernafasan. Sebahagian daripada bahan
    larut dalam air dan disingkirkan oleh kulit
    melalui peluh.
  • Bahan toksik dan bahan asas yang berlebihan
    dikeluarkan dari badan sebagai air kencing
    melalui sistem urinari.

3
Bahan makanan yang dimakan
Disingkir keluar melalui anus
najis(feses) Kulit peluh Paru-paru karbon
dioksida wap air Sistem urinari urea ( air
kencing)
Tidak diserap oleh tubuh
Dicerna oleh sistem pencernaan
hasilkan
  • Unit-unit lebih ringkas
  • yang dibawa oleh darah
  • untuk menghasilkan sel yang
  • baru.
  • molekul-molekul pengatur
  • seperti hormon dan enzim
  • tenaga yang menyokong
  • proses hidup

4
FUNGSI-FUNGSI SISTEM URINARI
  • Menyingkirkan bahan kumuh ( bahan toksik)
    daripada darah
  • Mengawal isipadu dan komposisi bahan kimia
  • Mengimbangi paras asid dan alkali dalam darah

5
ORGAN-ORGAN SISTEM URINARI
  • 2 Ginjal (renal)
  • 2 ureter - ( tiub yang membawa air kencing dari
    ginjal ke pundi kencing)
  • 1 pundi kencing - (alat penakung air kencing)
  • 1 uretra - (terusan yang membawa air kencing
    dari pundi kencing ke luar untuk
    disingkirkan

6
STRUKTUR SISTEM URINARI
7
GINJAL
  • Organ berbentuk seperti kacang merah.
  • Terletak di bahagian atas dinding abdomen
    posterior, di antara aras tulang vertebra toraks
    ke-12 dan tulang vertebra lumbar ke-3.
  • Tisu lemak mengelilingi ginjal dan melindunginya.
  • Ginjal kanan terletak di bawah sedikit berbanding
    ginjal kiri kerana hati menggunakan bahagian luas
    di sebelah kanan abdomen.
  • Kedua-dua ginjal mempunyai arteri renal dan vena
    renal.
  • Arteri renal membawa darah beroksigen dari
    jantung ke ginjal manakala vena renal membawa
    darah terdeoksigen dari ginjal kembali ke
    jantung.
  • Air kencing dibawa ke pundi kencing melalui
    ureter.
  • Ginjal mengandungi lebih dari sejuta unit
    berfungsi asas yang disebut nefron
  • Setiap ginjal orang dewasa berukuran
  • - 10 12 cm panjang
  • - 5 7 cm lebar
  • - 2.5 cm tebal

8
KEDUDUKAN GINJAL DALAM TUBUH DARI PANDANGAN SISI
9
STRUKTUR GINJAL
  • Setiap ginjal diliputi oleh tiga lapisan
  • Lapisan dalam dinamai kapsul renal atau kapsul
    sebenar.
  • Lapisan luar terdiri daripada tisu perantara
    padat yang disebut fasia renal atau kapsul
    palsu.
  • Diantara kedua-dua lapisan tisu ini ialah lapisan
    berlemak yang dikenali sebagai lemak perirenal.
  • Apabila ginjal dipotong dua secara longitudinal,
    kelihatan kawasan yang pucat berhampiran dengan
    kapsul yang dikenali sebagai korteks.
  • Korteks mengelilingi kawasan dalam yang lebih
    gelap yang disebut medula.
  • Medula terdiri daripada banyak kawasan segi tiga
    gelap yang dinamai piramid.
  • korteks yang pucat masuk kedalam di antara
    piramid membentuk kolum-kolum renal.

10
STRUKTUR GINJAL
  • Dasar setiap piramid menghadap ke korteks,
    manakala apeknya yang dinamai papila renal
    menghadap ke hilum.
  • Setiap papila renal membuka ke dalam ruang kecil
    berbentuk corong yang disebut kaliks minor.
  • Gabungan kaliks minor membentuk kaliks major
  • Gabungan dua tiga kaliks major membentuk pelvis
    ureter, iaitu bahagian atas ureter yang melebar.

11
STRUKTUR GINJAL (POSISI BELAHAN LONGITUDUDINAL)
12
NEFRON UNIT YANG MEMBINA GINJAL
13
FUNGSI GINJAL
  • Ginjal mempunyai 2 fungsi utama iaitu
  • Perkumuhan
  • Pengosmokawalaturan
  • Sebagai organ perkumuhan, ginjal menyingkirkan
    bahan kumuh toksik seperti
  • Urea
  • Asid Urik
  • Ammonia
  • Kreatinina
  • Sebagai organ pengosmokawalaturan, ginjal
    mengawal
  • Jumlah isipadu air dalam bendalir badan
  • Kepekatan ion dalam bendalir badan
  • Tekanan osmosis iaitu kepekatan zat terlarut dan
    isipadu darah serta bendalir badan
  • Kandungan elektrolit dan ph darah serta bendalir
    badan

14
FISIOLOGI PEMBENTUKAN AIR KENCING
  • Fisiologi pembentukan air kencing boleh
    dibahagikan kepada 3 peringkat
  • Ultraturasan (Penapisan oleh gumpalan rerambut)
  • Penyerapan semula di tubul uriniferus
  • Rembesan dari salur halus kecil.

15
ULTRATURASAN (PENAPISAN)
  • Peringkat pertama dalam pembentukan air kencing.
  • Proses ini berlaku diantara glomerulus dan kapsul
    Bowman.
  • Kandungan darah di dalam rerambut yang membina
    glomerulus itu tertapis keluar secara mekanikal
    ke dalam kapsula Bowman.
  • Proses ultraturasan dapat berlaku glomerulus
    kerana
  • tekanan darah di dalam salurnadi ginjal dan
    cabangnya adalah tinggi (ginjal terletak
    berhampiran aorta)
  • Salung di dalam salurnadi halus penghantar adalah
    lebih besar daripada salung di dalam salur nadi
    halus pengeluar.
  • Rerambut atau kapilari darah yang membina
    gumpalan rerambut mempunyai liang-liang halus
    yang banyak.
  • Oleh itu, air dan bahan-bahan habluran( bahan
    yang mudah larut) ditapis keluar dari gumpalan
    rerambut ke dalam kapsula Bowman.
  • Bahan-bahan koloid( iaitu bahan yang bermolekul
    besar) seperti protien tidak ditapis keluar.

16
PENYERAPAN SEMULA
  • Hasil tursan glomerulus akan mengalir masuk ke
    dalam tubul berlingkar proksimal, liku Henle,
    tubul berlingkar distal dan duktus pengumpul.
  • Disepanjang tubul, hasil turasan glomerulus,
    iaitu air dan zat terlarut diserap semula ke
    dalam aliran darah melalui kapilari darah
    (kapilari peritubul) yang melingkari tubul
    uriniferus.
  • Proses penyerapan semula adalah perlu kerana
    bahan yang berguna perlu dikembalikan ke dalam
    aliran darah

17
PROSES ULTRATURASAN
18
PEREMBESAN ATAU PENGELUARAN
  • Perembesan ialah pergerakan bahan dari kapilari
    yang melingkari tubul ( kapilari peritubul) ke
    dalam tubuh ginjal.
  • Bahan yang dirembes masuk ke dalam tubul
    merupakan bahan yang tidak terturas ke dalam
    kapsul Bowman.
  • Bahan yang dirembes secara aktif ke dalam tubul
    ginjal ialah ion hidrogen, ion kalium, bahan
    toksik seperti dadah dan bahan bernitrogen.
  • Proses rembesan membolehkan badan mengawal atur
    ph bendalir badan dan menyingkirkan bahan toksik
    atau bahan yang tidak diperlukan. Lazimnya, air
    kencing terdiri daripada air,urea, garam natrium
    klorida, asid urik dan ammonia.

19
PENGOSMOKAWALATURAN
  • Proses pengosmokawalaturan merupakan proses
    keseimbangan kandungan air dan garam mineral.
  • Komposisi bendalir badan lebih dipengaruhi oleh
    isipadu air kencing yang disingkirkan oleh ginjal
    berbanding kuantiti air yan diambil oleh badan.
  • Pengosmokawalaturan dikawal oleh hormon
  • Hormon antidiuresis (ADH) yang dirembeskan oleh
    cuping posterior kelenjar pituitari.
  • Hormon aldosteron yang dirembeskan oleh bahagian
    korteks kelenjar adrenal. Perembesan hormon
    aldosteron juga dikawal oleh kelenjar pituitari.
  • Hormon ADH mengawal ketelapan membren tubul
    berlingkar distal dan duktus pengumpul terhadap
    air. Hormon ADH memyebabkan kedua-dua menjadi
    lebih telap kepada air.Akibatnya, lebih banyak
    air diserap ke dalam aliran darah.
  • Hormon Aldosteron mengawal atur penyerapan semula
    ion natrium di liku Henle.

20
Mekanisme pengawalan air kencing oleh hormon
Mekanisme pengawalan air kencing oleh hormon
21
  • Dalam proses pengosmokawalaturan, penyerapan
    semula air adalah lebih penting daripada
    penyerapan semula ion natrium.
  • Proses pengosmokawalaturan oleh ginjal adalah
    berasaskan kepada mekanisme suap balik negatif.
  • Air dalam darah diimbangi seperti berikut

22
Minum terlalu banyak air
Minum air sedikit / mkn makanan masin / terlalu
byk berpeluh
Impuls saraf
Impuls saraf
Tekanan osmosis darah turun
Tekanan osmosis darah meningkat
Kelenjar pituitari
Osmoreseptor dlm hipotalamus kurang diransang
Osmoreseptor dlm hipotalamus diransang
Hormon ADH Kurang dirembeskan
Rembesan hormon ADH ditingkatkan
Tubul liku distal duktus pengumpul bersifat
tidak telap air
Tubul liku distal duktus Pengumpul menjadi
lebih telap air
Kurang air diserap
Lebih banyak air diserap
Air kencing sedikit dan pekat dihasilkan
Tekanan osmosis darah kembali ke aras normal
Air kencing banyak cair dihasilkan
23
  • IMBANGAN ELEKTROLIT,ASID DAN ALKALI.
  • Ginjal merupakan organ hemoestatis penting dalam
    tubuh.
  • Fungsi ini dikawal oleh nefron melalui 3 proses
    utama, iaitu penapisan,penyerapan semula, dan
    rembesan.
  • Pada proses
  • (a) Penapisan
  • Menapis dan mengasingkan molekul-molekul besar
    dan kecil
  • Proses berlaku di antara gomerulus dan kapsul
    Bowman
  • H2O,glukosa, asid amino, dan urea dipaksa masuk
    ke Kapsul Bowman
  • Sel darah merah, putih dan platlet kekal dalam
    kapilari glomerulus

24
  • (b) Penyerapan Semula
  • Proses penyerapan semula berlaku disepanjang
    tubul proximal, liku Henle dan tubul Distal
  • H2O diserap semula melalui proses osmosis, dan
    nutrien serta mineral diserap melalui poses
    pengangkutan aktif
  • Penyerapan di tubul proximal adalah seperti
    berikut
  • - 100 glukosa, asid amino, vitamin dan
    hormon
  • - 80 hasil penapisan diserap di sini
  • - 75 ion mineral diserap
  • - 70 air juga diserap di sini
  • Tubul proximal menyebabkan penyerapan efektif
    kerana
  • - Membren sel tubul proximal terdiri daripada
    mikrovilus- ini menambahkan permukaan penyerapan
  • - Mengandungi banyak mitokondria untuk menjana
    tenaga ATP bagi membantu pengangkutan aktif

25
  • Penyerapan semula di liku Henle
  • -Di liku Henle menurun, air diserap melalui
    osmosis dan di liku Henle menaik natrium diserap.
  • Penyerapan di tubul Distal
  • -Air diserap melalui proses osmosis, ion natrium
    dan ion bikarbonat diserap melalui pengangkutan
    aktif
  • Penyerapan di duktus pengumpul
  • -Air diserap melalui osmosis
  • (c) Rembesan
  • Berlaku di tubul proximal.nitrogen, dadah, dan
    antibiotik yang dicerna oleh hati dirembes keluar
  • Ion kalium dan hidrogen dalam darah juga dirembes
    keluar di tubul distal

26
(No Transcript)
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com