Penstrukturan Organisasi - PowerPoint PPT Presentation

1 / 69
About This Presentation
Title:

Penstrukturan Organisasi

Description:

Title: Penstrukturan Organisasi Author: USER Last modified by: Jegak Created Date: 1/6/2003 11:39:05 AM Document presentation format: On-screen Show – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:199
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 70
Provided by: edum1152
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Penstrukturan Organisasi


1
UNIT 4
  • Penstrukturan Organisasi

2
Penstrukturan Organisasi
  • Prof. Madya Dr. Jegak Uli

3
Objektif Selepas membaca unit ini pelajar akan
dapat
  • Mengenal pasti jenis struktur organisasi.
  • Mengenal pasti faktor-faktor dinamik dalam
    penstrukturan organisasi.
  • Memilih struktur organisasi terbaik.
  • Memahami berbagai bentuk perubahan pada komponen
    struktur dan kelebihan dan keburukannya.
  • Memahami struktur organisasi terkini.

4
Penstrukturan organisasi meliputi
kegiatan-kegiatan berikut
  • (a) menyatukan dan pembahagian tugas berasaskan
    pengkhususan
  • (b) mereka dan menyusun struktur organisasi,
  • (c) memperuntukkan kerja, tugas, tanggungjawab
    dan autoriti, dan
  • (d) mengatur kakitangan mengikut corak yang baik
    atau patut.

5
Tujuan utama penstrukturan organisasi ialah
  • untuk mendapatkan kakitangan untuk bekerja
    bersama-sama
  • dengan lebih berkesan dan cekap lagi
  • ke arah mencapai matlamat utama sesuatu
    organisasi.

6
Struktur Organisasi
  • Struktur organisasi didefinisikan sebagai corak
    perhubungan dan penyelarasan formal yang direka
    oleh pihak pengurusan untuk
  • menyambung tugas atau
  • tanggungjawab individu dan kumpulan dalam
    mencapai matlamat utama organisasi.

7
  • Struktur menentukan bagaimana
  • pengagihan kerja (division of work),
  • Tanggungan (responsibility),
  • kerjasama (cooperation),
  • perundingan (consultation) dan
  • peringkat keputusan
  • perlu wujud dalam organisasi.

8
Jenis struktur manakah atau gabungan jenis
manakah yang terbaik?
  • Mengikut model luar jangka (lihat gambarajah 1)
    penstrukturan sebuah organisasi, tidak ada satu
    jenis struktur atau gabungan jenis yang terbaik
    bagi semua organisasi dalam semua situasi.

9
Jenis struktur atau pengumpulan kerja yang
terbaik untuk sesuatu organisasi atau unit
bergantung kepada
  • (a) tugas, matlamat atau apakah produk yang akan
    dikeluarkan dan perkhidmatan yang akan diberi dan
    dicapai,
  • (b) faktor-faktor seperti saiz kumpulan,
  • (c) faktor-faktor dinamik lain seperti teknologi,
    kadar perubahan dalam sesuatu alam sekitar, dan
    jenis kerja yang berhubung kait dan
  • (d) pemilihan bidang kawalan pengurusan dan
    darjah pemusatan (degree of centralization).

10
Gambarajah 1 Model Luar jangka Penstrukturan
Sebuah Organisasi
11
Pilihan jenis struktur atau pengumpulan kerja.
  • Terdapat berbagai jenis struktur atau pengumpulan
    kerja yang boleh digunakan.
  • Di antaranya ialah seperti
  • (a) pengeluaran, atau perkhidmatan,
  • (b) fungsi,
  • (c) tempat,
  • d) pelanggan,
  • (e) waktu,
  • (f) matriks dan
  • (g) struktur lini dan staf,
  • setiap jenis ini ada kelebihan masing-masing.

12
Pengeluaran atau perkhidmatan
  • Bagi jenis ini kegiatan adalah dikumpulkan
    mengikut jenis produk yang dikeluarkan atau
    perkhidmatan yang diberikan.
  • Kelebihan pengelompokan jenis ini ialah ia
    merapatkan kesemua mereka yang mempunyai
    pengetahuan khusus tentang keluaran, dan
    memudahkan penyelarasan aktiviti seperti
  • pembelian,
  • pengeluaran dan
  • penjualan yang berhubung dengannya.

13
Fungsi
  • Inilah dasar pengumpulan yang paling umum
    digunakan dalam kebanyakan organisasi.
  • Fungsi-fungsi yang lazim pada sebuah organisasi
    termasuk
  • perjawatan,
  • kewangan,
  • penyelidikan,
  • Pemasaran
  • kejuruteraan dan sebagainya.

14
Kelebihannya
  • Kelebihannya ialah berkaitan dengan pengkhususan.
  • Bagi pengumpulan jenis ini, pengkhususan akan
    mengumpulkan pengetahuan khusus yang diperlukan
    untuk kegiatan yang tertentu itu.
  • Ini membantu dalam menjamin bahawa perhatian yang
    cukup untuknya dapat diberikan.

15
Tempat
  • Bagi jenis ini pengumpulan kegiatan adalah
    berasaskan tempat.
  • Matlamat jenis struktur ini ialah untuk
    menempatkan unsur-unsur organisasi di mana kerja
    di buat atau perkhidmatan di beri.
  • Reaksi masa yang cepat, keberkesanan dan
    kecekapan dari segi kos, dan pengetahuan mengenai
    keadaan tempatan adalah di antara kelebihan
    struktur jenis ini.

16
Pelanggan
  • Jenis struktur berbentuk ini mengumpulkan
    kegiatan berasaskan pelanggan yang dilayani.
  • Kelebihan utama jenis ini ialah
    keperluan-keperluan pelanggan yang tertentu boleh
    disediakan dengan lebih bijaksana lagi.

17
Waktu
  • Pengumpulan kerja jenis ini ialah biasanya
    digunakan oleh organisasi yang memp pekerja syif
    di mana kumpulan pekerja yang berasingan bagi
    syif yang berlainan supaya perkhidmatan atau
    pengeluaran dapat dilakukan sepanjang masa.

18
Lini dan Staf (Line and Staff)
  • Pendekatan pengumpulan kerja jenis ini berasaskan
    konsep bahawa ada terdapat dua kategori pekerja
    dalam satu organisasi
  • Lini - orang yang mempunyai autoriti dan
    tanggungjawab untuk mencapai tujuan atau matlamat
    utama sesuatu organisasi. Mereka ini menentukan
    apa yang perlu dibuat dan bagaimana membuatnya. 
  • Staf - merupakan pekerja-pekerja ikhtisas yang
    bertanggungjawab untuk membantu dan membuat
    kerja kepada pekerja lini.

19
Matriks
  • Bagi jenis ini, struktur jenis lini dan staf
    digabungkan dengan organisasi pengurusan projek
    atau program.
  • Dalam jenis ini setiap orang atau kumpulan
    mempunyai dua ketua, iaitu ketua kepada bidang
    fungsi dan kepada pengurus projek atau program.

20
Faktor Dinamik dalam Penstrukturan Organisasi
  • Faktor-faktor berikut boleh juga mempengaruhi
    jenis struktur sesebuah organisasi
  • Saiz
  • Teknologi
  • Alam Sekitar
  • Bidang Kawalan dan Desentralisasi

21
Saiz
  • Saiz sesuatu organisasi adalah biasanya diukur
    dengan bilangan kakitangan yang terdapat dalam
    sebuah organisasi.
  • Selain daripada itu penunjuk lain yang boleh
    digunakan ialah pendapatan, jualan, aset dan
    sebagainya.
  • Didapati bahawa lebih besar saiz organisasi dia
    akan lebih berbentuk formal dan kompleks - iaitu
    lebih banyak peraturan, kedudukan yang formal,
    pangkat, unit yang kecil atau bahagian dalam
    sesuatu unit kecil.

22
  • Pada umumnya lebih banyak kakitangan lebih sukar
    atau rumit untuk berinteraksi secara tidak formal
    lagi.
  • Oleh yang demikian, peraturan/prosedur lebih
    formal perlu diwujudkan dalam bentuk bertulis.

23
Teknologi
  • Teknologi operasi sebuah organisasi termasuk
    peralatan, alat, mekanikal, tindakan, pengetahuan
    dan bahan yang digunakan dalam proses pengeluaran
    atau memberi perkhidmatan.
  • Woodward (1958) menunjukkan bahawa nisbah
    pengurus dan penyelia dengan jumlah pekerja dan
    bilangan peringkat dalam sebuah organisasi
    bertambah dengan meningkatnya kompleksiti
    teknologi yang digunakan, tetapi tidak ada kaitan
    yang nyata di antara saiz dengan kompleksiti
    teknologi.

24
Kajian yang terbaharu menunjukkan bahawa
  • Lebih rutin dan terkenal teknologi tersebut
    sesebuah organisasi akan lebih bercorak formal
    dan birokratik dan sebaliknya lebih tidak
    terkenal dan kompleks sesuatu teknologi,
    peraturan dan undang-undang akan menjadi kurang
    ketat.
  • Kesan teknologi terhadap unit yang kecil dan
    jenis pengeluaran adalah lebih nyata jika
    dibandingkan dengan peringkat pengurusan atasan
    atau lain.

25
Alam Sekitar
  • Struktur organisasi atau unit bergantung kepada
    keadaan kepastian atau ketidakpastian alam
    sekitaran.
  • Ketidakpastian sesuatu organisasi atau unit
    adalah disebabkan oleh perubahan perubahan yang
    agak cepat pada jangka masa yang pendek seperti
    penemuan teknik baru, inovasi, turun-naik
    permintaan/tidak tetap.

26
  • Penyelidikan mencadangkan bahawa sesebuah
    organisasi (atau unit) patut direka bentuk
    berlainan bergantung kepada ketidakpastian dan
    ketidakstabilan alam sekitar yang wujud (Burns
    Stalker, 1962 Lawrence Lorch 1967).

27
  • Bagi alam sekitar yang agak stabil, jenis
    organisasi yang bercorak mekanistik adalah lebih
    sesuai.
  • Bercorak mekanistik bermaksud ia sangat
    birokratik, iaitu mempunyai deskripsi kerja yang
    jelas, menetapkan autoriti, tanggungjawab,
    pengkhususan tugas, dan kawalan hierarki yang
    nyata.

28
  • Manakala, jika alam sekitar tidak pasti atau
    stabil jenis organisasi yang bercorak organik
    adalah lebih sesuai.
  • Bercorak organik bererti
  • kurang penetapan autoriti,
  • lebih penglibatan kakitangan dalam membuat
    keputusan,
  • dan lebih menumpukan kepada penyesuaian
    (adaptability), dan
  • kuasa berasaskan kepakaran (expertise).

29
  • Sebuah organisasi yang berfungsi dalam keadaan
    yang tidak stabil memerlukan lebih pengkhususan
    untuk menghasilkan inovasi dan pengkhususan yang
    lebih biasanya memerlukan lebih banyak
    penyelarasan.
  • Pada umumnya hampir semua organisasi memerlukan
    gabungan kedua-dua corak tersebut di atas.

30
Bidang Kawalan
  • Bidang kawalan menentukan beberapa banyakkah
    jawatan atau kakitangan yang hendak diletakkan di
    bawah kawalan seorang penyelia/ketua?
  • Faktor ini boleh juga mempengaruhi jenis struktur
    yang akan digunakan oleh sesebuah organisasi.

31
  • Bukti-bukti mencadangkan bahawa bidang kawalan
    yang sesuai bergantung kepada banyak faktor, di
    antaranya ialah (Van Fleet Bodeian 1977
    356-372)

32
  • Pengalaman dan pengetahuan orang diawasi. Lebih
    banyak pengalaman dan pengetahuan orang diselia
    lebih luas bidang kawalan dan sebaliknya.
  • Kebolehan penyelia - setengah penyelia boleh
    mengawal lebih ramai orang daripada yang lain.

33
  • Kesulitan perlaksanaan tugas itu sendiri. Lebih
    rutin kerja itu, maka lebih banyaklah orang yang
    boleh diselia.
  • Keperluan kawalan yang ketat/terperinci. Jika
    kawalan ketat atau terperinci diperlukan maka
    lebih sempit bidang kawalan dan sebaliknya.
  • Darjah hubung kait di antara unit. Lebih tinggi
    hubung kait (interdependence), lebih banyak
    penyelaras diperlukan dan lebih sempit bidang
    kawalan.

34
Gambarajah 2 Perbandingan bidang kawalan bagi
struktur tinggi dan mendatar
35
Struktur Tinggi
  • Satu struktur yang mempunyai bilangan peringkat
    Hierarki yang banyak dan bidang kawalan (span of
    control) yang sempit (narrow).

36
Struktur Mendatar
  • Satu struktur yang mempunyai bilangan peringkat
    Hierarki yang sedikit dan bidang kawalan (span of
    control) yang luas (wide).

37
Desentralisasi
  • Merujuk kepada darjah penugasan tugas, kuasa dan
    autoriti ke peringkat penugasan bawahan. Setakat
    manakah desentralisasi (Desentralisasi merujuk
    kepada sejauh mana penugasan tugas, kuasa dan
    autoriti diturunkan ke peringkat bawahan.) atau
    sentralisasi (Sentralisasi merujuk kepada sejauh
    mana penugasan tugas, kuasa dan autoriti
    dikekalkan di peringkat atasan)?

38
  • Faktor dinamik seperti saiz, teknologi dan alam
    sekitar ada kaitan langsung dengan proses
    desentralisasi atau sentralisasi.
  • Sebagai contoh, lebih besar saiz organisasi itu
    maka lebih kuatlah sokongan bagi mengadakan
    desentralisasi (Steward 1985 118).
  • Dan dalam alam sekitar yang tidak pasti atau
    tidak stabil di mana lebih penglibatan kakitangan
    dalam membuat keputusan diperlukan maka
    desentralisasi perlu diadakan.

39
Menilai Struktur Organisasi
  • Oleh kerana faktor-faktor dinamik yang tersebut
    di atas sentiasa berubah maka struktur sesuatu
    organisasi perlu dinilai dari semasa ke semasa.

40
Aspek yang harus dipertimbangkan dalam menilai
struktur organisasi ialah seperti berikut
  • Penyelarasan Adakah masalah penyelarasan
    bertambah apabila bidang pengkhususan bertambah
    dalam satu organisasi?
  • Ekonomi Apakah kos relatif bagi jenis
    pengumpulan atau jenis struktur yang digunakan?
    Adakah jenis pengumpulan lebih berkesan dan murah
    dari segi kos relatif?
  • Pengkhususan Apakah pengkhususan yang perlu ada
    dan di manakah pengkhususan amat berkekurangan?

41
  • Kejelasan dalam pembahagian kerja Adakah
    pembahagian kerja untuk setiap bahagian jelas?
  • Konflik Adakah konflik wujud oleh kerana
    pengumpulan yang baru?

42
Bentuk Perubahan pada Komponen Struktur
  • Bentuk perubahan pada komponen struktur umumnya
    melibatkan salah satu atau kombinasi berikut
  • penstrukturan semula organisasi (organizational
    restructuring),
  • pembentukan semula Kerja,
  • mengadakan persekutan strategik dan/atau
  • mencuba struktur organisasi baru yang
    bersesuaian.

43
1. Penstrukturan Semula Organisasi
(Organizational Restructuring)
  • Satu proses membuat perubahan besar dalam
    struktur organisasi yang lazimnya melibatkan
    pengurangan peringkat pengurusan yang mungkin
    mengubah sebahagian komponen besar organisasi
    melalui
  • penghapusan (divestiture) atau
  • perolehan/pengambilan termasuk juga
  • pengecilan saiz tenaga kerja bagi tujuan untuk
    meningkatkan keberkesanan dan kecakapan
    organisasi.

44
Pengecilan (Downsizing)
  • Satu proses mengurang atau menghapuskan lapisan
    atau peringkat pengurusan pertengahan yang
    signifikan dan mengakibatkan
  • peningkatan bidang kawalan (wide span of control)
    dan
  • pengurangan saiz tenaga kerja dan
  • tujuannya adalah untuk meningkatkan atau
    memperbaiki keberkesanan dan kecekapan
    organisasi.

45
  • Proses pengecilan berlaku apabila tenaga kerja
    dalam sesebuah organisasi dikurangkan kepada saiz
    optimum.
  • Pengurangan pekerja dilakukan melalui
    pemberhentian, secara sukarela dan pencen awal.

46
  • Biasanya, pengecilan adalah perlu kerana ia boleh
    mengurangkan kos buruh dan menggunakan teknologi
    kumpulan secara menyeluruh.
  • Bagaimanapun, pengecilan perlu dikendalikan
    secara berhati-hati kerana ia boleh menjatuhkan
    moral dan produktiviti pekerja.

47
  • Tujuan pengecilan adalah untuk mengecilkan saiz
    firma demi kelangsungan firma.
  • Pengecilan dilakukan akibat kemajuan teknologi
    dan komputer menyebabkan pengurangan bilangan
    pekerja yang diperlukan, peningkatan kos buruh,
    dan penurunan permintaan terhadap produk yang
    dikeluarkan.

48
Kebaikan Pengecilan Organisasi
  • Pengecilan akan memberi kebaikan berikut
  • Pembayaran dividen yang lebih tinggi kesan
    daripada bilangan pekerja yang lebih kecil.
  • Mengurangkan kos gaji.
  • Membolehkan firma berbelanja dalam ruangan
    belanjawan yang telah ditentukan.

49
  • Memudahkan komunikasi di antara pemimpin dengan
    pimpinan atasan.
  • Meningkatkan keberkesanan operasi dengan
    mengurangkan pertindihan atau penduaan.
  • Memudahkan urusan penyeliaan

50
Keburukan Pengecilan Organisasi
  • Di samping itu, pengecilan juga mendatangkan
    keburukan-keburukan berikut
  • Kehilangan pekerjaan.
  • Memaksa pekerja mencatu sumber organisasi.
  • Sumbangan input pekerja berkekurangan.
  • Produktiviti menurun akibat bimbang akan
    dikeluarkan daripada organisasi.

51
Masalah Yang Dihadapi Dalam Proses Pengecilan
  • Pengecilan boleh menimbulkan pelbagai masalah.

52
Antara masalah yang akan dihadapi oleh organisasi
dalam melaksanakan program pengecilan adalah
  • Pekerja bimbang untuk melakukan sesuatu kerja
    yang berisiko.
  • Pekerja hilang keyakinan.
  • Kecelaruan dan rasa tidak selamat.
  • Kejatuhan moral dan produktiviti di kalangan
    pekerja.
  • Masa pekerja banyak digunakan untuk mendapatkan
    kerja lain daripada memberi tumpuan kepada kerja
    sekarang.

53
  • Meningkatkan ketegangan.
  • Organisasi akan menghadapi masalah kewangan yang
    disebabkan oleh pembangunan semula struktur
    tugas.
  • Pekerja yang berkebolehan berhenti secara
    sukarela.
  • Ramai pekerja bersedia untuk bersara awal.
  • Organisasi terpaksa menghadapi tindakan mahkamah.

54
  • Organisasi tidak mampu memotivasikan pekerja
    akibat daripada persepsi negatif ke atas
    pengecilan.
  • Peningkatan mainan politik kerana pekerja cuba
    mengambil hati pihak atasan bagi tujuan
    mendapatkan tambahan pampasan, memperoleh
    keutamaan dan penambahan kuasa.

55
Cara Mengurangkan Permasalahan Yang Dihadapi
  • Antara cara yang organisasi boleh digunakan untuk
    mengurangkan permasalahan di atas adalah
  • Memaklumkan kepada pekerja rasional di sebalik
    pengecilan.
  • Mengakui hakikat kepentingan pekerja serta
    bersedia berbincang mengenai perasaan mereka.

56
  • Penekanan sistem berorientasikan pencapaian dalam
    pembayaran imbuhan.
  • Menyediakan program sandaran (buffer) atau
    faedah-faedah kewangan lain sebagai persiapan
    kepada pekerja sebelum memperoleh kerja baru.

57
2. Pembentukan Semula Kerja (Work redesign)
  • la merupakan reka bentuk jadual waktu kerja
    supaya kerja dilakukan dengan lebih efisien dan
    bersesuaian dengan corak hidup subordinat
    terutama mereka yang mempunyai keluarga dan anak.

58
a. Masa Kerja Anjal
  • Masa kerja anjal merupakan satu kaedah apabila
    pekerja diberi kebebasan yang lebih untuk
    menentukan jadual waktu kerja mereka dan apa yang
    penting ialah mereka mesti hadir bekerja semasa
    kerja utama (core hour) dilakukan sahaja.

59
b. Memampatkan Minggu Kerja
  • Pekerja perlu melakukan kerja dalam sejumlah jam,
    tertentu untuk beberapa hari berturut-turut.
  • Ini bermaksud untuk hari yang lain, mereka tidak
    perlu datang untuk bekerja.

60
c. Perkongsian Kerja
  • Melibatkan dua atau lebih orang pekerja
    bekerjasama untuk melakukan satu kerja.
  • la boleh mengurangkan beban kerja dan kerja boleh
    diselesaikan dengan lebih banyak jika dilakukan
    secara sinergi.

61
d. Pusingan Kerja
  • Mengilir subordinat daripada satu pekerjaan ke
    pekerjaan lain.
  • Tujuannya untuk mengurangkan kebosanan.

62
e. Bertugas Secara Jarak Jauh (Telecommuting)
  • Membiarkan pekerja melakukan kerja mereka di
    rumah dan hantar hasil kerja secara elektronik ke
    pejabat.
  • Perlu menggunakan komputer, mesin faksimile,
    telefon selular dan e-mail.
  • Memperkenalkan kaedah ini bertujuan menjadikan
    kerja lebih menarik, meningkatkan kepuasan kerja
    dan akhirnya mengurangkan kadar lantik henti yang
    mana boleh mengancam kelangsungan sesebuah
    organisasi.

63
3. Struktur Organisasi Baru
  • Struktur Pasukan
  • Organisasi Maya
  • Organisasi Tanpa Sempadan
  • Organisasi Mengutamakan Kebajikan Ahli

64
a. Struktur Pasukan
  • Struktur ini menggunakan pasukan sebagai pusat
    koordinasi.
  • Di antara ciri-ciri struktur pasukan adalah
    kesediaan untuk memecahkan halangan penjabatan
    dan kuasa membuat keputusan decentralisasi berada
    pada tahap pasukan.
  • Di samping itu, pasukan kerja dianggotai oleh
    ahli yang memiliki kemahiran umum dan khusus dan
    seterusnya, anggota pasukan bersedia untuk
    melaksanakan tugas secara fungsi silang.

65
b. Organisasi Maya
  • Konsep organisasi maya bertunjangkan kepada
    mengapa perlu memiliki satu organisasi kecil dan
    teras jika boleh dilaksanakan oleh pihak lain
    untuk menjalankan fungsi perniagaan yang utama
    dan jika didapati ia lebih menguntungkan.
  • 0leh itu, organisasi maya mengamalkan pemusatan
    yang tinggi dan hampir tiada penjabatan,
    fleksibiliti dalam menghubungi pengeluar,
    pengedar, pemasaran dan fungsi perniagaan yang
    lain.
  • Peranan utama pengurus dalam organisasi maya
    adalah mengkoordinasi dan mengawal perhubungan
    luar.

66
c. Organisasi Tanpa Sempadan
  • Organisasi ini diamalkan oleh organisasi yang
    bersaiz gergasi yang cuba menghapuskan rangkaian
    arahan, mengehadkan bidang kawalan, menggantikan
    penjabatan dengan memperkasakan subordinat.
  • Antara amalan organisasi ini adalah membolehkan
    setiap individu menilai individu yang lain tanpa
    mengira sama ada subordinat atau pengurus.
  • Melalui penghapusan sempadan menegak, pengurusan
    akan meratakan hierarki di mana status dan
    pangkat diminimumkan.
  • Antara contoh penghapusan sempadan ialah
    globalisasi, strategi bersekutu dan perhubungan
    erat organisasi dengan pelanggan.

67
e. Organisasi Mengutamakan Kebajikan Ahli
  • Organisasi yang memberi penekanan kepada
    kebajikan ahli. Organisasi ini dibentuk oleh
    ciri-ciri berikut
  • Meletakkan nilai kemanusiaan yang tinggi kepada
    individu. Pekerja dilayan sebagai individu yang
    mempunyai perasaan dan perlu dihormati.
  • Tidak pentingkan diri sendiri. Oleh itu, ahli
    dalam organisasi ini mengeratkan hubungan secara
    formal dan tidak formal bersama ahli-ahli lain
    dengan membelakangkan sempadan bangsa, jantina,
    umur dan pangkat.

68
  • Kerjaya sebagai satu perkhidmatan -Kesediaan
    untuk memberi perkhidmatan terhadap organisasi
    dan orang lain, bukan menjadikan kenaikan
    pangkat, kuasa dan kenaikan gaji sebagai matlamat
    yang paling utama.
  • Komitmen terhadap perkembangan pekerja -
    Organisasi seperti ini bersedia untuk memberi
    peluang terhadap perkembangan kerjaya kepada
    pekerja, pembangunan kemahiran pekerja dan
    pengalaman pembelajaran.

69
  • Komuniti setiakawan - Mereka akan mengadakan
    hubungan yang rapat, saling mempercayai dan
    mengambil berat antara satu sama lain.
  • Perkongsian kuasa - Semua matlamat diagih dan
    dikongsi bersama. Semua ahli yang terlibat akan
    dipengaruhi oleh keputusan yang dibuat dan diberi
    peluang dalam membuat keputusan.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com