BAB 4: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA - PowerPoint PPT Presentation

1 / 31
About This Presentation
Title:

BAB 4: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

Description:

Kongres Melayu 1946 telah diadakan dari 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman,Kampung Baru, Kuala Lumpur. ... (6M) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:101
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 32
Provided by: HEM102
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: BAB 4: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA


1
BAB 4 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
2
Malayan Union (1946)
  • Usaha British untuk menghapuskan negara bangsa
    yang telah dibina sejak zaman Kesultanan Melayu
    Melaka

3
Sebab-sebab pengenalan Malayan Union
Persediaan membentuk kerajaan sendiri
Melahirkan pentadbiran yang licin
Mengawal kuasa politik orang Melayu
Menjimatkan kos pentadbiran
Membentuk bangsa Malayan Union
British dapat menjamin penguasaan yang berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu
4
Perjanjian Malayan Union
  • Semua Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu
    tidak bersekutu serta dua Negeri Selat,
    disatukan.
  • Seorang Gabenor British yang dilantik oleh Ratu
    England akan mengetuai Malayan Union.
  • Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan
    Union dibentuk.
  • Singapura diasingkan kerana kepentingannya
    sebagai pelabuhan bebas.
  • Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli
    menjadi asas kerakyatan Malayan union.
  • Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja
    Melayu yang hanya membincangkan soal agama Islam
    dan adat istiadat Melayu.
  • Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap
    negeri sebagai ketua pentadbir.

5
Jus soli
  • Kelayakan menjadi rakyat Malayan Union kepada
    sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan
    Singapura.

6
Reaksi Terhadap Malayan Union
Sebab orang Melayu menentang
  • Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold Mac
    Michael yang mengugut Raja-Raja Melayu bahawa
    baginda akan diturunkan daripada takhta sekiranya
    enggan menerima Malayan Union seperti yang
    terjadi kepada Sultan Badlishah, Kedah.
  • Kebanyakan sultan tidak diberikan masa yang cukup
    untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri
    seperti yang berlaku kepada Sultan Perak.
  • Terdapat sultan yang menandatangani Perjanjian
    Malayan Union atas dasar setia kawan kepada
    British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor.
  • Bagi orang Melayu, keadaan selepas Perang Dunia
    Kedua tidak sesuai untuk British membuat
    pembaharuan politik.
  • Orang Melayu secara prinsipnya menentang
    penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan
    Union.

7
  • Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis
    Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa.
  • Mereka juga kehilangan takhta dan kredibiliti
    sebagai ketua orang Melayu.
  • Walaupun mereka masih membincangkan soal agama
    Islam tetapi zakat fitrah dipungut dibawah nama
    Gabenor Malayan Union.
  • Keadaan ini bertentangan dengan kedudukan sultan
    sebelum ini yang merupakan ketua agama Islam.
  • Justeru, orang Melayu bimbang agama Islam akan
    tercabar.

8
  • Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang
    dagang juga ditolak oleh orang Melayu.
  • Dasar terbuka British ini dilihat akan mengancam
    status quo orang Melayu sebagai peribumi.
  • Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil dengan
    kemasukan orang dagang amnakala ekonomi dan
    pendidikan mereka akan bertambah mundur.
  • Orang Melayu jiga bimbang akan kehilangan warisan
    tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu
    seperti Kesultanan Melayu Melaka.

9
Kumpulan orang Melayu radikal dan orang dagang
menyokong Malayan Union
  • Bersetuju dengan dasar menyatukan negeri-negeri
    Melayu menjadi sebuah unit politik untuk
    melicinkan pentadbiran
  • Menyokong dasar sama rata Malayan Union yang akan
    menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang
    Melayu
  • Menyokong kerakyatan Malayan Union yang terbuka
    kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal
    masing-masing

10
  • Mempercayai janji British yang akan memberikan
    kemerdekaan kepada Tanah Melayu
  • Menyokong pemerintahan Malayan Union yang
    bersifat barat serta menghapuskan sistem feudal
    Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan
    pembesar Melayu
  • Berharap agar konsep republik seperti di
    Indonesia dapat dijalankan dan seterusnya konsep
    Melayu Raya dapat dilaksanakan

11
Jika Malayan Union terus dilaksanakan di Tanah
Melayu
  • Kuasa raja-raja Melayu akan terhakis
  • Raja-raja Melayu hanya akan menjadi ahli Majlis
    Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa
  • Raja-Raja Melayu akan kehilangan takhta dan
    kredibiliti sebagai ketua orang Melayu
  • Agama Islam akan terus tercabar kerana zakat
    fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan
    Union dan bukannya Raja-Raja Melayu
  • Status quo orang Melayu sebagai peribumi akan
    terancam kerana pemberian kerakyatan yang longgar
    kepada orang dagang

12
  • Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil dengan
    kemasukan orang dagang
  • Ekonomi dan pendidikan orang Melayu akan
    bertambah mundur
  • Warisan tamadun yang dibina oleh kerajaan Melayu
    seperti Kesultanan Melayu Melaka akan hilang
  • Tanah Melayu akan menjadi tanah jajahan British

13
Tindakan menentang Malayan Union
  • Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan
  • Melayu, Majlis dan Warta Negara telah
  • menyuarakan bantahan secara berterusan.
  • Orang Melayu telah mengadakan
  • demonstrasi secara damai semasa Sir Harold
  • Mac Michael mendapatkan tandatangan
  • Raja-Raja Melayu. Ini berlaku di Kota
  • Bharu dan Alor Setar.
  • Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan
  • semula untuk menentang Malayan Union.
  • Mereka menghantar telegram
  • dan surat bantahan ke Pejabat
  • Tanah Jajahan di London.

14
  • Pada 23 Januari 1946, Dato Onn
  • Jaafar menyeru orang Melayu berkongres dan
  • menubuhkan United Malays Organization
  • (U.M.O.) sebagai benteng menentang
  • Malayan Union.
  • Kongres Melayu 1946 telah
  • diadakan dari 1 hingga 4 Mac 1946 di
  • Kelab Sultan Sulaiman,Kampung Baru, Kuala
  • Lumpur. Kongres ini dihadiri oleh 41 buah
  • persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
  • Kongres ini bersetuju menubuhkan United Malays
  • National Organization (UMNO) atau Pertubuhan
  • Kebangsaan Melayu Bersatu untuk
  • menentang Malayan Union.

15
  • Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30 hingga
  • 31 Mac 1946 untuk membantah pengisytiharan
    Malayan
  • Union pada 1 April 1946.
  • Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap
  • bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka
  • kepada ahli-ahli Parlimen British, iaitu
  • L.D. Gammans dan David Reese Williams.
  • Raja-Raja Melayu telah berkumpul
  • di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk
  • menyatakan bantahan mereka
  • kepada ahli-ahli parlimen tersebut.

16
( a ) Faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah
Melayu 1948.
  • Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union
    di bawah Pimpinan Dato Onn Jaafar
  • Perpaduan di kalangan orang Melayu yang terdiri
    daripada golongan Raja dan rakyat
  • Perpaduan mereka dapat mengatasi pihak yang
    menyokong Malayan Union
  • Keupayaan orang Melayu memujuk British
  • Orang Melayu mendesak British menghidupkan
    semula dasar perlindungan terhadap orang Melayu
  • Desakan ini meyakinkan British membatalkan
    Malayan Union
  • Sokongan bekas pegawai tinggi British mendorong
    British membentuk Persekutuan Tanah Melayu
    seperti Sir Frank Swettenham dan Sir Cecil
    Clementi

17
  • Sokongan daripada pegawai tinggi British seperti
    Sir Malcolm Mac Donald dan L.D. Gammans
    menggantikan Malayan Union
  • Sikap politik orang Melayu yang sederhana dengan
    menulis dalam akhbar, berdemonstrasi,
    berkongres, memujuk Raja-Raja Melayu
  • Mereka juga tidak menentang secara kekerasan
    (tidak mengangkat senjata)

18
  • British tertarik dengan cara UMNO
  • Orang Melayu melalui UMNO tidak menuntut
    kemerdekaan
  • tetapi hanya menuntut rundingan menolak
    Malayan Union
  • British bimbang orang Melayu akan dipengaruhi
    oleh gerakan radikal seperti PKMM, API, AWAS dan
    BATAS
  • Piagam Atlantik 1945 meminta negara-negara
    kolonial memberikan
  • latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk
    tempatan

19
  • (b) Langkah-langkah pembentukan Persekutuan Tanah
    Melayu 1948
  • Bantahan orang Melayu menyebabkan British
    membatalkan Malayan Union
  • British menubuhkan Jawatankuasa Ekskutif
  • Jawatankuasa ini dianggotai oleh 12 orang ahli
    yang terdiri daripada pegawai kanan British,
    pemimpin UMNO dan wakil Raja-Raja Melayu
  • Jawatankuasa Ekskutif mengadakan mesyuarat di
    Kings House, Kuala Lumpur
  • Orang Melayu mengemukakan lima tuntutan dalam
    rundingan dengan British
  • Tuntutan itu ialah menginginkan sebuah
    persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu
    Bersekutu, menolak kerakyatan terbuka Malayan
    Union, meminta dasar perlindungan terhadap
    Negeri-Negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan.
    Selain itu, mereka menuntut supaya Raja-raja
    Melayu sebagai ketua Negeri-negeri Melayu diakui
    semula.Ini kerana Raja-Raja Melayu dan UMNO
    menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union.

20
  • Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri
    Melayu perlu diakui semula
  • Perundingan ditentang oleh orang dagang dan
    golongan radikal Melayu
  • Golongan radikal Melayu dipimpin oleh Dr.
    Burhanuddin al-Helmy
  • Mereka berpendapat Jawatankuasa Ekskutif tidak
    mewakili semua kaum
  • Mereka menuntut konsep sebuah republik dan
    kemerdekaan penuh
  • Golongan radikal menubuhkan AMCJA dan PUTERA
    bagi menentang British dan UMNO
  • Mereka mengadakan ceramah politik, demonstrasi
    dan mogok
  • Mereka mencadangkan Perlembagaan Rakyat
  • British menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi
    mendapatkan pandangan dalam menyediakan
    Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
  • Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
    ditandatangani pada 21 Januari 1948

21
  • (c) Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh
    golongan radikal Melayu melalui Perlembagaan
    Rakyat
  • Singapura disatukan dengan Tanah Melayu
  • Sebuah Kerajaan Pusat dan Majlis-Majlis Negeri
    dipilih
  • Raja Melayu mempunyai kuasa sebenar dan
    bertanggungjawab kepada rakyat
  • Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan
  • Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang
    Melayu
  • Kerakyatan yang sama rata
  • Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah
    Melayu
  • Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan
    bahasa rasmi
  • Pertahanan dan hal ehwal luar negeri menjadi
    tanggungjawab British dan Tanah Melayu
  • Warganegara Tanah Melayu dinamai Melayu

22
(d) Ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah
  • (d) Ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah
  • Melayu 1948
  • Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11
    buah negeri
  • Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh
    Pesuruhjaya Tinggi British
  • Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan
  • Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk
  • Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan
    istimewa orang Melayu
  • Syarat kerakyatan diperketatkan.
  • Kerakyatan jus soli hanya untuk Rakyat Raja
    Melayu dan Rakyat British sahaja
  • British mengiktiraf semula ketuanan Melayu
  • Institusi raja dikekalkan dengan bidang kuasa
    dan kedudukannya yang jelas

23
  • (e) Ciri-ciri pentadbiran Persekutuan Tanah
    Melayu 1948
  • Perkongsian kuasa antara Majlis Raja-Raja dengan
    Pesuruhjaya Tinggi di peringkat pusat
  • Pesuruhjaya Tinggi dibantu oleh Majlis Eksekutif
    dan Majlis Perundangan Persekutuan
  • Sultan menjadi ketua negeri
  • Sultan berkuasa melantik Menteri Besar
  • Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri
  • Menteri Besar dibantu oleh Majlis Eksekutif
    Negeri dan Majlis Perundangan Negeri

24
  • (f ) Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah
    Melayu 1948 .
  • Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas
    pentadbiran negara selepasnya
  • Perkongsian kuasa antara Majlis Raja-Raja dengan
    Pesuruhjaya Tinggi pada peringkat pusat
  • Bidang kuasa dan kedudukan Raja-Raja Melayu
    dipulihkan
  • Pada peringkat negeri, Sultan menjadi ketua
    negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar
    sebagai ketua pentadbir negeri

25
  • Mengasaskan sistem pembahagian kuasa antara
    kerajaan pusat dengan kerajaan negeri
  • Terbentuk Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
  • Syarat kerakyatan diperketatkan
  • British mengiktiraf semula ketuanan Melayu
    sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
  • Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang
    kuasa dan kedudukannya jelas dalam pentadbiran
  • Setiap negeri Melayu mengadakan perjanjian dan
    perlembagaan bertulis dengan British dikenali
    sebagai Undang-undang Tubuh Negeri

26
  • Penerusan dasar perlindungan British terhadap
    kedudukan istimewa orang Melayu
  • Status quo Negeri-Negeri Melayu dilindungi
  • Agama Islam dan adat istiadat Melayu teras
    ketuanan bangsa Melayu
  • Prinsip yang dicadangkan oleh UMNO dan Raja-Raja
    Melayu menjadi undang-undang bertulis
  • Perkara ini menjadi asas kepada Kontrak Sosial
    antara British dengan Raja-Raja Melayu dan orang
    Melayu

27
  • (g) Tokoh-Tokoh Penggerak Persekutuan Tanah
    Melayu Peranannya
  • Raja-Raja Melayu
  • Sultan Badlishah (Kedah)
  • Sultan Abdul Aziz (Perak)
  • Sultan Ibrahim (Johor)
  • Mereka menuntut supaya kuasa Raja-Raja Melayu
    dikembalikan seperti sebelum tahun 1941
  • Perlindungan kepada rakyat Melayu sebagai Rakyat
    Raja Melayu juga patut dikekalkan
  • Mereka tidak menolak kehadiran British tetapi
    menuntut supaya kuasa mereka, perlindungan
    terhadap orang Melayu dan hal ehwal ketuanan
    Melayu dipelihara

28
  • Pembesar Tempatan
  • Dato Onn Jaafar(Menteri Besar Johor Yang
    Dipertua UMNO)
  • Dato Nik Ahmed Kamil(Menteri Besar Kelantan)
  • Mereka bertindak sebagai penasihat kepada raja
  • Bersama-sama mendukung idea penubuhan
    Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Bersama Raja-Raja Melayu mencadangkan dan
    mendesak British melindungi kepentingan orang
    Melayu beserta Raja-Raja Melayu
  • Kerjasama mereka membolehkan prinsip-prinsip
    politik, pentadbiran, agama Islam dan bahasa
    Melayu serta pengekalan institusi Raja Melayu
    berjaya dimasukkan ke dalam Persekutuan Tanah
    Melayu 1948

29
SPM 2006
Malayan Union telah diisytiharkan pada 1April
1946 oleh penjajah British
  1. Jelaskan enam sebab British mengisytiharkan
    Malayan Union? (6M)
  2. Mengapakah kumpulan orang Melayu radikal dan
    orang dagang menyokong Malayan Union?
    (6M)
  3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah yang
    akan berlaku sekiranya Malayan Union terus
    dilaksanakan di Tanah Melayu? (8M)

30
SPM 2009
Tarikh Peristiwa
1 Februari 1948 British membentuk Persekutuan Tanah Melayu
  • Jadual berikut berkaitan dengan perkembangan
    politik di negara kita sebelum merdeka.
  1. Terangkan faktor British mengambil tindakan di
    atas. (10M)
  2. Jelaskan tuntutan orang Melayu semasa proses
    pembentukan persekutuan tersebut. (4M)
  3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah
    kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam
    pembentukan negara dan bangsa Malaysia?
    (6M)

31
SPM 2011
Malayan Union
  • Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan
    muslihat British melaksanakan Malayan Union di
    Tanah Melayu. (8M)
  • Terangkan sebab orang Melayu menentang Malayan
    Union. (6M)
  • Sekiranya anda sebagai pemimpin pada waktu itu,
    bagaimanakah anda menentang pelaksanaan Malayan
    Union? (6M)
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com