BAHAGIAN IBADAH SOLAT QASAR DAN JAMAK - PowerPoint PPT Presentation

1 / 18
About This Presentation
Title:

BAHAGIAN IBADAH SOLAT QASAR DAN JAMAK

Description:

Menggalakkan umat Islam bermusafir dan berjalan dimuka bumi untuk menjalankan kehidupan dengan lebih sempurna. – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:2038
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 19
Provided by: 6383347
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: BAHAGIAN IBADAH SOLAT QASAR DAN JAMAK


1
BAHAGIAN IBADAHSOLAT QASAR DAN JAMAK
  • PELAJARAN 15
  • BUKU TEKS MUKA SURAT 144- 150

2
RUKHSAH SOLAT
  • Rukhsah Solat ialah kemudahan, kelonggaran atau
    keringanan yang diberikan oleh Allah kepada umat
    Islam dalam melakukan solat di atas sebab-sebab
  • 1. Musafir.
  • 2. Uzur atau sakit.
  • 3. Dalam peperangan.

3
DALIL
  • ???? ???? ???? (?) ????? ????? ??????? ????
    ??????? ???????? ????? ???????? ???? ???????
    ????????????.
  • (???? ????)
  • Maksudnya Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan
    rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya
    seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya

4
HUKUM SOLAT QASAR DAN JAMAK
  • HUKUM SOLAT QASAR DAN JAMAK IALAH HARUS

5
RUKHSAH SOLAT MUSAFIR
  • Rukhsah Solat Musafir ialah kemudahan yang
    diberikan oleh Allah kepada orang musafir untuk
    melakukan solat fardu dengan cara qasar atau
    jamak atau kedua-duanya sekali.

6
SOLAT QASAR
  • Solat Qasar ialah memendek solat fardu empat
    rakaat menjadi dua rakaat.
  • Solat yang boleh diqasarkan ialah
  • Solat Zohor.
  • Solat Asar.
  • Solat Isya.
  • (Formula So 4r pdk 2r)

7
SYARAT SOLAT QASAR
  1. Hendaklah musafir perjalanan melebihi 2 marhalah
    atau lebih 90 km.
  2. Hendaklah melepasi sempadan kawasan tempat
    tinggal.
  3. Tidak niat bermuqim melebihi 4 hari, tidak
    termasuk perjalanan pergi dan balik.
  4. Tidak berimamkan imam yang sempurna rakaatnya.
  5. Masih dalam musafir ketika mengerjakan solat
    qasar.
  6. Perjalanan tidak bertujuan melakukan maksiat.
  7. Mengetahui destinasi yang dituju.

8
SOLAT JAMAK
  • SOLAT JAMAK IALAH MENGHIMPUN DUA SOLAT FARDU KE
    DALAM SATU WAKTU DENGAN SYARAT-SYARAT TERTENTU.
    (Formula 2sf dlm 1W)
  • SOLAT YANG BOLEH DIJAMAKKAN
  • ZOHOR DENGAN ASAR. (Z A)
  • MAGHRIB DENGAN ISYA (M I)

9
SYARAT SOLAT JAMAK
  1. Perjalanan melebihi 2 marhalah (90km).
  2. Perjalanan dengan tujuan yang baik.
  3. Hendaklah melepasi sempadan kawasan tempat
    tinggal.
  4. Masih dalam musafir.
  5. Tidak berniat bermuqim melebihi 4 hari tidak
    termasuk perjalanan pergi dan balik.

10
JENIS SOLAT JAMAK
  • Solat Jamak Terbahagi kepada 2 jenis
  • Solat Jamak Taqdim.
  • Solat Jamak Takhir.

11
SOLAT JAMAK TAQDIM
  • SOLAT JAMAK TAQDIM IALAH Menghimpunkan solat
    waktu pertama dan waktu kedua dalam waktu
    pertama.
  • (Formula W1 W2 dlm W1)
  • CONTOH
  • Solat Zohor Asar dlm waktu Zohor.
  • (Formula Z A dlm Z)
  • 2. Solat Maghrib Isya dlm waktu Maghrib.
  • (Formula M I dlm M)

12
SYARAT SOLAT JAMAK TAQDIM
  1. Dimulakan dengan solat waktu pertama iaitu Zohor
    atau Maghrib.
  2. Berniat jamak dalam solat yang pertama.
  3. Muwalat, iaitu berturut-turut kedua-dua solat
    tersebut.
  4. Perjalanan masih berterusan sehingga masuk ke
    solat kedua.

13
SOLAT JAMAK TAKHIR
  • SOLAT JAMAK TAKHIR IALAH
  • Menghimpunkan solat waktu pertama dengan waktu
    kedua dalam waktu kedua. (Formula W1 W2 dlm
    W2)
  • CONTOH
  • Solat Zohor Asar dlm waktu Asar. (Formula Z
    A dlm A)
  • Solat Maghrib Isya dlm waktu Isya. (Formula
    M I dlm I)

14
SYARAT SOLAT JAMAK TAKHIR
  1. Berniat akan melakukan jamak takhir semasa dalam
    waktu solat pertama (Zohor / Maghrib).
  2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat
    selesai dilaksanakan.

15
HIKMAT DISYARIATKAN SOLAT QASAR DAN JAMAK
  1. Memberi keringanan kepada umat Islam untuk
    menunaikan solat fardu ketika dalam musafir.
  2. Tanda kasih sayang Allah kepada umat Nabi
    Muhammad SAW.
  3. Supaya seseorang dapat melaksanakan ibadah solat
    yang begitu penting dan tidak boleh ditinggalkan.
  4. Menggalakkan umat Islam bermusafir dan berjalan
    dimuka bumi untuk menjalankan kehidupan dengan
    lebih sempurna.

16
PENGHAYATAN
  1. Berdisiplin melakukan ibadah serta menyakini
    kebaikan syariat Islam.
  2. Berazam menunaikan solat qasar dan jamak semasa
    bermusafir.
  3. Menyedari bahawa solat adalah ibadah yang paling
    mulia dan paling penting.

17
LATIHAN
  1. Berikan pengertian rukhsah solat.
  2. Nyatakan syarat-syarat perjalanan yang diharuskan
    menunaikan solat dengan cara qasar dan jamak.
  3. Terangkan tiga syarat sah solat jamak taqdim dan
    dua syarat sah solat jamak takhir.
  4. Huraikan tiga hikmat solat qasar dan jamak.

18
????? ????
  • ????? ????
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com