Pendekatan Untuk Menentukan Fokus Dan Hala Tuju Perubahan dalam Organisasi - PowerPoint PPT Presentation

1 / 41
About This Presentation
Title:

Pendekatan Untuk Menentukan Fokus Dan Hala Tuju Perubahan dalam Organisasi

Description:

Title: Pendekatan Untuk Menentukan Fokus Dan Hala Tujuan Perubahan dalam Organisasi Author: USER Last modified by: Jegak Created Date: 1/6/2003 9:41:46 AM – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:164
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 42
Provided by: edum1209
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Pendekatan Untuk Menentukan Fokus Dan Hala Tuju Perubahan dalam Organisasi


1
UNIT 3
  • Pendekatan Untuk Menentukan Fokus Dan Hala Tuju
    Perubahan dalam Organisasi

2
Pendekatan Untuk Menentukan Fokus Dan Hala Tuju
Perubahan dalam Organisasi
  • Prof. Madya Dr. Jegak Uli

3
Objektif Selepas membaca unit ini pelajar akan
dapat
  1. Mengenal pasti pendekatan untuk menentukan fokus
    dan hala tuju perubahan dalam organisasi.
  2. Memahami pendekatan komponen utama organisasi.
  3. Memahami pendekatan berasaskan teori sistem.
  4. Memahami pendekatan berasaskan teori klasik
    pengurusan.
  5. Mengenal pasti pendekatan terkini.

4
Berapa pendekatan untuk menentukan fokus dan hala
tuju perubahan dalam organisasi
  • Pendekatan berasaskan Komponen Utama Organisasi
    (Leavitt, H. J. (1964)
  • Pendekatan berasaskan teori sistem dalam
    organisasi (Bartol, K. M. Martin, D. C., 1994)
  • Teori klasik
  • teori birokrasi,
  • teori perhubungan manusia dan
  • teori luar jangka (contingency theory)
  • Fokus baru
  • berfokus pelanggan atau pengguna (customer focus)
    dan
  • proses (process focus)

5
Pendekatan Komponen Utama Organisasi
  • Menurut Leavitt (1964), perubahan dan inovasi
    pada umumnya melibatkan perubahan dalam satu atau
    lebih komponen utama berikut
  • struktur,
  • teknologi,
  • sumber manusia dan
  • budaya.

6
Gambarajah 1 Komponen Utama untuk Melaksanakan
Perubahan
7
  • Oleh kerana, komponen-komponen tersebut adalah
    berkaitan antara satu sama yang lain,
  • Perubahan dalam satu komponen akan menghasilkan
    keperluan untuk membuat penyesuaian dalam
    komponen yang lain.

8
Komponen Struktur
  • Struktur organisasi didefinisikan sebagai corak
    perhubungan dan penyelarasan (cordination) formal
    yang direka oleh pihak pengurusan untuk
    menyambung tugas atau tanggungjawab individu dan
    kumpulan dalam mencapai matlamat utama
    organisasi.
  • Struktur menentukan bagaimana pengagihan kerja
    (division of work), tanggungan, kerjasama
    (cooperation), perundingan (consultation) dan
    peringkat keputusan perlu wujud dalam organisasi.

9
  • Struktur melibatkan faktor seperti cara
    kerja/tugas ditetapkan dan pengelompokan kepada
    unit kerja dan berbagai mekanism yang digunakan
    untuk memudahkan komunikasi, penugasan
    kerja/tugas (delegation) dan penggunaan pasukan
    atau kumpulan antara jabatan. 
  • Struktur mesti diubah suai jika keadaan berubah
    dan mengakibatkan penstrukturan semula
    (restructuring) perlu dibuat secara berterusan.

10
  • Penstrukturan semula organisasi mempengaruhi
    perubahan dengan mengubah corak perhubungan dan
    penyelarasan (coordination).
  • Penemuan kajian menunjukkan bahawa penstrukturan
    mewakili perubahan kuantum besaran satu
    perubahan terancang dan dramatik selalunya
    berkaitan dengan peningkatan prestasi organisasi
    yang tingi berbanding dengan penstrukturan semula
    secara kecilan (incremental reorganization).

11
Komponen Teknologi
  • Teknologi melibatkan
  • Pengetahuan (Knowledge),
  • Alat (tools),
  • Mesin (Mechines),
  • Peralatan (equipments), dan
  • teknik kerja (work techniques)
  • yang digunakan oleh sesuatu organisasi dalam
    menyampaikan produk atau perkhidmatannya.

12
  • Perubahan teknologi melibatkan sama ada produk
    atau perkhidmatan baru dan pemajuan/peningkatan
    dalam (improvement) produk dan perkhidmatan yang
    sedia ada.
  • Perubahan teknologi adalah satu faktor penting
    dalam persaingan antarabangsa.

13
  • Inovasi teknologi juga akan mengubah kaedah
    bekerja dalam organisasi.
  • Perubahan teknologi selalunya akan mempengaruhi
    bilangan pekerja yang diperlukan dalam organisasi
    dan jenis kemahiran yang diperlukan oleh pekerja.

14
Komponen Sumber Manusia
  • Membawa perubahan dalam individu di tempat kerja
    adalah bertujuan untuk mengubah
  • pengetahuan,
  • kemahiran,
  • tanggapan (perception),
  • Kelakuan/gelagat (behaviors)
  • yang diperlukan untuk membuat kerja dengan
    berkesan.

15
  • Mengubah individu secara umunnya bergantung
    kepada aktiviti latihan dan pembangunan dan
    dilengkapi oleh penilaian prestasi kerja, sistem
    ganjaran yang menguatkan kelakuan yang
    diperlukan.

16
  • Biasanya, sistem pengambilan (recruitment) dan
    pemilihan (selection) mesti diubah untuk
    mencerminkan keperluan bagi individu yang
    mempunyai kemahiran yang berlainan.

17
  • Mendapatkan atau pengambilan individu yang
    mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang
    diperlukan atau pembuangan pekerja (layoffs)
    untuk menghadapi keadaan perubahan memerlukan
    perancangan yang teliti.
  • Contoh program persaraan awal yang
    menarik/pemindahan kerja (job transfer) dirancang
    untuk menggelakkan (avoid) pembuangan pekerja
    (layoffs).

18
Komponen Budaya
  • Budaya organisasi adalah
  • satu sistem nilai bersama (shared values),
  • anggapan (assumptions),
  • kepercayaan (beliefs) dan
  • norma (norms)
  • yang menyatupadukan ahli-ahli organisasi.

19
  • Perubahan budaya adalah berasaskan faktor seperti
    wawasan pemimpin (visions of leaders) atau
    ancaman (threats) untuk penerusan atau
    kelangsungan organisasi (survival).
  • Contoh Berubah daripada kurang mengambil
    perhatian kepada pelanggan, kos, kualiti,
    pengeluaran kepada perubahan yang memberi
    penekanan kepada pelanggan (berfokus pelanggan),
    kualiti kerja, pengeluaran dan sebagainya.

20
  • Satu nilai bersama yang dipegang oleh kakitangan
    sesuatu organisasi adalah untuk penerusan atau
    kelangsungan dalam perniagaan dan semua ini
    memerlukan
  • pemajuan, perubahan dan penyesuaian yang
    berterusan (unending improvement, change and
    adaptation).

21
  • Pemikiran pemajuan berterusan kreatif (creative
    continuous improvement thinking) bermaksud
    pemajuan berterusan melibatkan semua (manusia dan
    bukan manusia) dan setiap orang (pengurusan dan
    kakitangan).
  • Pemikiran ini menganggap bahawa cara kehidupan
    kita sama ada kehidupan kerja, kehidupan
    sosial, kehidupan peribadi dan atau kehidupan di
    rumah perlu dibaiki/ubah secara berterusan

22
  • Pemikiran pemajuan berterusan kreatif adalah satu
    kepercayaan di mana pengurusan meminta perhatian
    kepada setiap kakitangan supaya pemajuan harus
    dilakukan secara berterusan.
  • Pengurusan atas harus bertanggungjawab untuk
    mempromosikan pemikiran yang baru tersebut kepada
    setiap individu dalam organisasi untuk memastikan
    pemikiran tersebut berurat sepenuhnya dalam
    budaya di tempat kerja mereka.

23
Pendekatan berasaskan Teori Sistem
  • Pendekatan teori sistem adalah berasaskan
    anggapan bahawa organisasi boleh di lihat sebagai
    beberapa sistem.
  • Satu sistem adalah mengandungi beberapa bahagian
    atau komponen yang berkaitan dan berfungsi secara
    keseluruhan dalam mencapai matlamat bersama yang
    dikejar.
  • Komponen asas dalam suatu sistem pengeluaran
    terdiri daripada input, proses dan output.

24
Gambarajah 2 Komponen Asas dalam Satu Sistem
Pengeluaran
25
  • Menurut Bartol, K. M. Martin, D. C., (1994),
    dalam pendekatan sistem, satu sistem organisasi
    mempunyai empat komponen utama berikut input,
    proses transformasi, output dan maklum balas
    (lihat Gambarjah 3).

26
Gambarajah 3 Komponen Utama Pendekatan Sistem
27
  • Komponen input termasuk pelbagai sumber seperti
    manusia, bahan, kewangan, peralatan dan maklumat
    yang diperlukan untuk mengeluarkan produk, hasil
    dan perkhidmatan.
  • Komponen proses transformasi (transformation
    processes) adalah kebolehan teknologi dan
    pengurusan organisasi yang diamalkan untuk
    menukar komponen input kepada output.

28
  • Komponen output berupa produk, perkhidmatan,
    hasil sampingan dan kesudahan lain yang
    dikeluarkan oleh sebuah organisasi.
  • Maklum balas (feedback) adalah maklumat mengenai
    keputusan (results) dan status atau kedudukan
    organisasi berbanding dengan persekitaran.

29
Kebaikan Pendekatan Sistem
  • Pendekatan sistem ada berapa kebaikan seperti
    berikut
  • 1. Pendekatan ini boleh menganalisis sistem di
    beberapa peringkat yang berlainan (individu,
    kumpulan, organisasi dan sosaiti/masyarakat.
  • 2. Pandangan sistem (system view) menyediakan
    satu kerangka (framework) untuk menilai berapa
    baik pelbagai bahagian atau komponen sebuah
    organisasi berinteraksi untuk mencapai matlamat
    utamanya.

30
  • 3. Pendekatan ini juga menekankan bahawa satu
    perubahan dalam satu bahagian atau komponen
    sistem akan mempengaruhi bahagian atau komponen
    yang lain.
  • 4. Pendekatan sistem mengambil kira bagaimana
    sebuah organisasi berinteraksi dengan
    persekitarannya faktor-faktor luaran organisasi
    yang mempengaruhi operasi atau fungsinya.

31
Gambarajah 4 Bidang, Fokus dan Hala Tujuan
Perubahan berasaskan Teori Sistem Organisasi
32
Pendekatan Berasaskan Teori Klasik Pengurusan
  • Di antara teori tersebut termasuk
  • Teori birokrasi (Bureaucracy Weber, 1947)
  • Teori perhubungan manusia (Human Relations
    Likert, 1961 McGregor, 1960 Maslow, 1954) dan
  • Teori luar jangka (Contingency theory Galbraith,
    1977 Lawrence Lorsch , 1967 Trist, 1981
    Woodward, 1965
  • Teori tersebut di atas berbeza dari segi fokus
  • dan hala tuju untuk membawa perubahan
  • dalam organisasi.

33
Anggapan Asas Teori Birokrasi
  • Organisasi beroperasi atau berfungsi dengan lebih
    adil dan cekap jika terdapat peraturan dan
    prosedur yang piawai/standard untuk mentadbir
    atau mengurus setiap situasi yang kita dapat
    bayangkan.
  • (Organizations operate more fairly and
    efficiently if there are rules and standardized
    procedures governing every conceivable situation).

34
Pendekatan Teori Birokrasi untuk Membawa Perubahan
  • Antara ciri-ciri pendekatan birokrasi adalah
    seperti berikut
  • Memberi penekanan kepada struktur dan prosedur
    untuk semua situasi (emphasize structure
    procedures for all situations).
  • Tindakan yang perlahan untuk perubahan (slow
    respond to change).
  • Perubahan dikendalikan dengan mereka atau
    membentuk struktur dan peraturan baru dan tidak
    mengambil kira peranan individu dalam mengatasi
    perubahan (change is handled by creating new
    structures new rules ignoring the roles of
    individuals in dealing with change).

35
Anggapan Asas Teori Perhubungan Manusia
  • Andaian asas teori perhubungan manusia adalah
    membaiki atau peningkatan komunikasi antara
    perseorangan akan menghasilkan organisasi yang
    berfungsi dengan lebih berkesan lagi.
  • (The basic assumption of human relationship
    theory is that improving interpersonal
    communication will cause organization to function
    more effectively)

36
Pendekatan Perhubungan Manusia untuk Membawa
Perubahan
  • Pakar teori perhubungan manusia percaya bahawa
    perubahan organisasi adalah serupa dengan
    pembangunan psikologi individu ia diperlukan
    untuk kita berfungsi dengan sihat
  • (Human relations theorists believe that
    organizational change is like individual
    psychological growth -- it is essential for
    healthy functioning).

37
Pendekatan Perhubungan Manusia untuk Membawa
Perubahan
  • Menurut teori ini, perubahan yang sangat berkesan
    harus berpunca atau datang daripada peringkat
    individu dan kumpulan dan bukannya daripada pihak
    atasan/atas ke bawah.
  • (The most effective change, however, will come
    from at the level of the individual and the
    workgroup, rather than from the top down).

38
Anggapan Asas Teori Luar jangka (Contingency
Theory)
  • Teori ini menyatakan bahawa kedua-dua struktur
    dan manusia bukan penentuan kepada kejayaan
    organisasi.
  • (This theory holds that neither structure nor
    people are the determinants of organizational
    success).
  • Organisasi yang berjaya mereka struktur
    organisasinya selepas mengkaji dan menyesuaikan
    kepada persekitaran.
  • (Successful organizations develop their
    structures by studying and adapting to their
    environment)

39
Pendekatan Teori Luar Jangka untuk Membawa
Perubahan
  • Pakar teori luar jangka tidak percaya bahawa satu
    jenis organisasi adalah padan untuk semua keadaan
    persekitaran
  • (Contingency theorists do not believe that one
    type of organization fits all environments).
  • Setiap organisasi mesti cukup fleksibel untuk
    menyesuaikan diri untuk keadaan yang berubah.
  • (Each organization must be sufficiently flexible
    to adapt to changing conditions).

40
Gambarajah 5 Teori Luar Jangka
41
Pendekatan Terkini
  • Perubahan Berorientasikan Pelanggan (A
    customer-oriented/driven change) Tenner
    DeToro (1992).
  • Perubahan Berorientasikan Proses (A
    process-oriented change) Tenner DeToro
    (1992).
  • Kedua-dua pendekatan tersebut di atas akan
    dibincangkan secara mendalam pada unit-unit akan
    dapat.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com