Talking Points - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

Talking Points

Description:

penggubalan soalan proses pembinaan ujian ransangan (stimulus) contoh ransangan (stimulus) contoh ransangan (stimulus) tugasan (stem) contoh tugasan contoh soalan ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:305
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 96
Provided by: shayoukTr
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Talking Points


1
PENGGUBALAN SOALAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN
2
PEPERIKSAAN KOMPETENSI
Suatu proses mendapatkan maklumat bagi
membolehkan pentaksiran dan pembuktian (eviden)
kompetensi telah dimiliki dan diamalkan oleh
anggota bagi membolehkan ganjaran tertentu
diberikan.
3
KEPERLUAN UTAMA SESUATU PEPERIKSAAN
  • Instrumen (soalan)
  • Yang Ditaksir (calon)
  • Respon (jawapan)
  • Pentaksir (pemeriksa)
  • Skor (markah)

4
PRINSIP PEPERIKSAAN/UJIAN
KESAHAN (VALIDITY)
KEBOLEHPERCAYAAN (RELIABLITY)
5
KESAHAN
  • Skor yang dihasilkan benar-benar menggambarkan
    kompetensi diri orang yang diukur
  • Skor yang diterima boleh dijadikan evidens untuk
    membuat inferens tentang kecekapan calon itu
  • Keputusan yang dibuat ke atas calon boleh
    dipertanggungjawabkan

6
KEBOLEHPERCAYAAN
  • Skor yang diperoleh tepat dan tekal
  • Calon yang mempunyai kecekapan tinggi sepatutnya
    memperoleh skor tinggi dan sebaliknya
  • Tekal (consistence) dengan masa, kaedah, suasana,
    pengukur dan pesaing
  • Varians ralat (error) yang relatif kecil

7
KESAHAN
PRINSIP PENGUBALAN SOALAN
KEBOLEHPERCAYAAN
KEADILAN
8
PENGGUBALAN SOALAN
Penggubalan soalan peperiksaan melibatkan
prinsip-prinsip berikut
  • Kesahan (validity)
  • Setakat mana sesuatu peperiksaan dapat memenuhi
    tujuannya
  • Kebolehpercayaan (reliability)
  • Ketekalan bagi tahap soalan, kumpulan calon dan
    cara-cara pemberian markah
  • Keadilan (fairness)
  • Kesesuaian peperiksaan itu dengan calon yang akan
    diuji

9
KESAHAN (VALIDITY)
KEAKURAN
KETEPATAN
KESESUAIAN
  • AKUR SUKATAN
  • Ikut sukatan
  • AKUR
  • SPEKSIFIKASI
  • Bentuk soalan
  • AKUR PELUANG
  • Peluang tahu
  • Sukatan
  • KONSTRUK
  • menepati kehendak
  • ujian
  • SKOP
  • Menepati skop
  • JELAS
  • Tidak kabur
  • ADIL
  • sex, ras dll
  • ARAS SUKAR
  • Tahap kesukaran
  • KEPENTINGAN
  • Kepentingan soalan

10
KEBOLEHPERCAYAAN (RELIABILITY)
TEKAL (KONSISTAN)
KUMPULAN CALON
PEMARKAHAN
TAHAP SOALAN
11
KEADILAN SOALAN (FAIRNESS)
KEADILAN KEPADA CALON
RAS
JANTINA
UMUR
12
PROSES PEMBINAAN UJIAN
Jadual Penentuan Ujian (JPU)
  • Pembangunan Item (Soalan)
  • soalan esei
  • soalan aneka pilihan

Skima pemarkahan (Jawapan)
13
JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU)
  • Pembahagian/agihan soalan mengikut isi kandungan,
    tahap soalan, masa dan sebagainya berasaskan
    wajaran kepentingan tertentu
  • JPU dapat membantu pembina ujian menentukan
    agihan soalan dalam sesuatu peperiksaan secara
    saksama

14
 
CONTOH JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU)
-
Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik (M41)
KOMPETENSI KHUSUS (TK1)
KEPERLUAN
JUMLAH
ISI KANDUNGAN
PEGETAHUAN
KEFAHAMAN
APLIKASI
15
PEMBANGUNAN ITEM
  • Pembangunan item adalah proses penyediaan soalan
    peperiksaan
  • Komponan item seharusnya dapat memberi tindak
    balas bagi membuktikan kebolehan calon.
  • Item yang baik mampu membezakan tahap kobolehan
    calon dari segi pengetahuan dan kemahirannya.
  • Setiap item mesti dinilai dan dibuat ketetapan

16
CONTOH JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU)    
 
KAEDAH PEMBANGUNAN ITEM
ANEKA PILIHAN
ESEI
17
BENTUK PEPERIKSAAN
PEPERIKSAAN
P P TK1 TK2
SOKONGAN TK1 TK2
Aneka Pilihan
Aneka Pilihan/ Esei
TK3
18
ANEKA PILIHAN
19
CIRI-CIRI ITEM ANEKA PILIHAN
  • Boleh mempunyai ransangan (stimulus)
  • Ada tugasan (stem)
  • Mempunyai pilihan jawapan (opysen)
  • Mempunyai jawapan yang tepat (kunci)
  • Mempunyai pedaya (distraktor)

20
RANSANGAN (STIMULUS)
  • Maklumat yang menjelaskan situasi tugasan yang
    akan diberikan. Mempunyai kaitan dengan tugasan
    serta mempunyai berbagai bentuk seperti
  • Kes
  • Grafik
  • Jadual
  • Gambar
  • Maklumat umum
  • Membantu memberi tindakbalas kepada calon.

21
CONTOH RANSANGAN (STIMULUS)
Encik Ali seorang Pegawai Tadbir Gred 41 di JPM
bertolak daripada pejabatnya di Putrajaya dengan
kenderaan sendiri jenis Proton Waja 1600 cc pada
jam 5.00 petang 4 November 2007 untuk menghadiri
mesyuarat di Kuantan, Pahang pada 5 dan 6
November 2007. Beliau pulang pada 6 November dan
tiba dirumahnya di Putrajaya jam 2 petang.
Sepanjang di Kuantan beliau bermalam di hotel.
Nyatakan elaun-elaun yang
layak dituntut oleh Encik Ali dalam urusan
menghadri mesyuarat tersebut serta kadar yang
beliau layak.
22
CONTOH RANSANGAN (STIMULUS)
Encik Ali seorang Pegawai Tadbir Gred 41 di JPM
bertolak daripada pejabatnya di Putrajaya dengan
kenderaan sendiri jenis Proton Waja 1600 cc pada
jam 5.00 petang 4 November 2007 untuk menghadiri
mesyuarat di Kuantan, Pahang pada 5 dan 6
November 2007. Beliau pulang pada 6 November dan
tiba dirumahnya di Putrajaya jam 2 petang.
Sepanjang di Kuantan beliau bermalam di hotel.
Nyatakan kadar elaun makan
yang Encik Ali layak.
23
TUGASAN (STEM)
Pernyataan tugasan yang dinyatakan samada dalam
bentuk pertanyaan lengkap atau tidak lengkap yang
mahu diberi tindakbalas oleh calon.
24
CONTOH TUGASAN
Encik Ali seorang Pegawai Tadbir Gred 41 di JPM
bertolak daripada pejabatnya di Putrajaya dengan
kenderaan sendiri jenis Proton Waja 1.6 pada jam
5.00 petang 4 November 2007 untuk menghadiri
mesyuarat di Kuantan, Pahang pada 5 dan 6
November 2007. Beliau tiba dirumahnya di
Putrajaya jam 2 petang 6 November. Sepanjang di
Kuantan beliau bermalam di hotel. Nyatakan
elaun-elaun yang layak dituntut oleh Encik Ali
dalam urusan menghidri mesyuarat tersebut serta
kadar yang beliau layak.
25
CONTOH SOALAN YANG TERUS KEPADA TUGASAN
Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam diberi
kepada kategori berikut A. Sesebuah
agensi B. Sesuatu kumpulan perkhidmatan C. Ses
eorang pegawai yang cemerlang D. Kumpulan
meningkat mutu kerja sesebuah agensi.
26
PILIHAN JAWAPAN (OPYSEN)
  • Senarai cadangan peyelesaian terhadap tugasan
    yang diberikan dalam item
  • Boleh mempunyai pelbagai bentuk seperti
    perkataan, angka, gambarajah, grafik, jadual
    dll..
  • Calon bebas untuk memberi tindakbalas terhadap
    mana-mana cadangan yang diberikan.

27
KUNCI JAWAPAN
  • Pilihan jawapan yang betul atau terbaik
  • Satu jawapan sahaja
  • Bertepatan dengan tugasan yang diberikan

28
PEDAYA (DISTRAKTOR)
Pilihan jawapan yang bukan jawapan Berfungsi
menarik perhatian calon yang tidak menguasai
sesuatu bidang pengetahuan / pembelajaran Merupa
kan pernyataan yang salah, separuh salah
atau betul tetapi tidak menepati kehendak
tugasan Pedaya yang baik mampu membezakan
kebolehan calon
29
CONTOH PEDAYA (DISTRAKTOR)
Pendekatan yang digunakan oleh KMK dalam urusan
meningkatkan kualiti kerja ialah melalui langkah
mengenalpasti dan pemilihan projek,
penganalisisan, pertimbangan keputusan,
penyemakan dan juga tindakan. Pendekatan ini
dikenali sebagai A. PDCA B. Histogram
C. Lembaran Semakan D Percambahan Fikiran
30
CONTOH PEDAYA (DISTRAKTOR)
  • Adli bought 200 eggs at RM0.16 each. He found
    that 20 eggs were broken. He sold the rest of the
    eggs at RM0.20 each. Calculate the percentage of
    the profit he obtained.
  • 25   (416)
  • 11.1     (436)
  • 10 (20200)
  • 12.5

- Beli RM32) - Jual RM36) - Untung RM4 432
12.5
31
CONTOH PEDAYA (DISTRAKTOR)
  • Berikut ialah jenis kenderaan bertayar empat
  • Kuda
  • Kambing
  • Lembu
  • Proton Waja

32
BENTUK SOALAN ANEKA PILIHAN
  • Soalan langsung
  • Soalan positif/negatif
  • Soalan matrik

33
ANEKA PILIHAN ( SOALAN LANGSUNG )
  • Bentuk itemnya ringkas, mudah dan terus kepada
    tugasan
  • Contoh
  • Dasar pemerintahan British yang berorientasikan
    pengasingan kaum di Tanah Melayu di kenali
    sebagai
  • A. Imperealisma
  • B. Pecah dan perintah
  • C. Sistem Residen
  • D. Disentralisasi

34
ANEKA PILIHAN ( POSITIF / NEGATIF)
  • Memerlukan peserta mengetahui semua fakta yang
    berkaitan dengan item
  • Perkataan yang biasa digunakan dalam tugasan
    adalah
  • Betul/ Benar / Salah / Tidak Benar
  • Kecuali
  • Hanya Satu
  • Ya / Tidak
  • Peserta perlu meneliti perkataan yang bertanda
    bold / italic / HURUF BESAR dll

35
CONTOH SOALAN POSITIF
Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam diberi
kepada kategori berikut A. Sesebuah
agensi B. Sesuatu kumpulan perkhidmatan C. Ses
eorang pegawai yang cemerlang D. Kumpulan
meningkat mutu kerja sesebuah agensi.
36
CONTOH SOALAN NEGATIF
Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam diberi
kepada kategori berikut kecuali A. Sesebuah
agensi B. Seseorang anggota sesebuah
agensi C. Bahagian atau unit sesebuah
agensi. D. Kumpulan meningkat mutu
kerja sesebuah agensi.
37
SOALAN BEBENTUK NEGATIF BERGANDA
CONTOH SOALAN YANG PERLU DIELAKKAN
Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam tidak diberi
kepada kategori berikut kecuali A. Sesebuah
agensi B. Anggota Swasta C. perkhidmatan
tertentu D. Kumpulan meningkat mutu
kerja sesebuah agensi.
38
ANEKA PILIHAN ( MATRIK )
  • Calon dikehendaki menentukan kombinasi beberapa
    fakta sebagai satu jawapan yang paling tepat
  • Memerlukan calon mengetahui semua fakta sama ada
    secara kronologi atau secara kelompok mengenai
    item
  • Susun fakta yang berkaitan mengikut turutan

39
CONTOH ( SOALAN MATRIK)
  1. Fungsi Majlis Raja-Raja ialah
  • Memilih dan memecat Yang Dipertuan Agong
  • Meluluskan undang-undang persekutuan
  • Persetujuan mengenai amalan agama Islam bagi
    persekutuan
  • Perlantikan penjawat awam
  • A. I, dan II sahaja
  • B. I, II, dan III sahaja
  • C. I, III dan IV sahaja
  • D. I,II, III dan IV

40
ITEM ESEI
41
CIRI ITEM ESEI
  • Membenarkan subjektiviti dalam respon calon
  • Calon dapat mempamerkan kedalaman pegetahuan dan
    kemahiran yang dimiliki
  • Tidak semestinya satu sahaja jawapan yang betul
  • Memberi ruang kepada calon berfikir secara
  • Kreatif dan Kritis
  • Skor berasaskan skima permarkahan yang disediakan

42
BENTUK ITEM ESEI
  • Boleh digubal dalam pelbagai bentuk. Rupa bentuk
    soalan boleh menentukan panjang atau pendeknya
    jawapan.
  • ITEM TERBUKA
  • ITEM TERHAD
  • ITEM BERSTRUKTUR

43
ITEM ESEI TERBUKA
Memberi ruang kepada calon untuk memberikan
pelbagai respon secara bebas Dapat mentaksir
keupayaan calon dari pelbagai segi Dapat memberi
peluang yang lebih kepada calon untuk menunjukkan
daya kreatif dan idea sendiri Pemeriksa skrip
perlu lebih terbuka apabila memberikan skor pada
calon
44
CONTOH
Bincangkan masalah keruntuhan akhlak di kalangan
remaja masa kini Huraikan peranan yang perlu
dimainkan oleh sektor swasta dalam memelihara
alam sekitar Kejadian banjir kilat yang kerap
melanda ibu negara berpunca dari sikap warga kota
sendiri. Bincangkan ?
45
ITEM ESEI TERHAD
Item jenis ini berkecenderungan menghadkan bentuk
dan respon calon Kehendak soalan lebih fokus
kepada sesuatu secara lebih spesifik Calon akan
lebih menumpukan tugasan dari mengembangkan daya
kreativiti dan idea Pemberian skor lebih mudah
dan jelas berbanding secara terbuka
46
CONTOH
Huraikan empat sebab . Dengan menggunakan
tidak lebih dari 100 perkataan Senaraikan
secara tertib ..
47
ITEM ESEI BERSTRUKTUR
Mengandungi satu siri soalan yang berkaitan
berasaskan satu rangsangan tertentu Respon calon
terpandu dan terhad Aras kesukaran soalan lebih
mudah disusun Pemberian skor lebih mudah
ditentukan
48
CONTOH
Kementerian Sains dan Teknologi akan mengadakan
satu persidangan antarabangsa . Persidangan ini
melibatkan pengedaran dokumen terperingkat dan
memerlukan kawalan keselamatan yang ketat. a.
Berikan langkah keselamatan yang berkesan bagi
mengawal perjalanan persidangan ini ?


(10 markah) b. Jika ia melibatkan
penggunaan mesin penyalin, berikan lima
peraturan bagi mengawal penggunaannya semasa
persidangan berlangsung?.


(10 markah)
49
BENTUK TUGASAN ITEM
  • PENGETAHUAN
  • Soalan yang digubal bertujuan menguji daya
    ingatan, Berdasarkan simple recall of factual
  • Definisi / Takrifan
  • Spesifik / Khusus
  • Menguji ingatan
  • CONTOH
  • Apakah
  • Beri Takrif
  • Senaraikan Nyatakan
  • Bilakah Berapakah

50
CONTOH
  • Berikan takrif perlupusan tanah ?
  • Senaraikan 3 faktor penting yang meyebabkan
    kerapnya berlaku banjir di kawasan bandar ?
  • Nyatakan 4 jenis subsidi yang diberikan kepada
    penanam padi ?

51
CONTOH
Salah satu kaedah bagi meningkatkan pertumbuhan
dan pembangunan ekonomi negara Malaysia ialah
dengan mewujudkan sektor pertanian yang moden dan
komersial. Apakah pendekatan atau strategi
pelaksanaan yang diambil oleh Kerajaan bagi
mewujudkan sektor pertanian yang moden dan
komersial?        (20 markah)
1
52
CONTOH
Dasar Sains dan Teknologi penting bagi memajukan
sektor perindustrian negara. Apakah faktor-faktor
yang dapat dijadikan pendekatan dalam
membangunkan sains dan teknologi di Malaysia  

(20 markah)
53
BENTUK TUGASAN ITEM
  • KEFAHAMAN
  • Menguji bukan sahaja pengetahuan, kefahaman
    mengenai sesuatu subjek serta kebolehan mengenali
    perbezaan yang wujud.
  • Soalan tidak lagi straight forward
  • CONTOH (ESEI)
  • Terangkan
  • Jelaskan
  • Huraikan secara ringkas
  • Ulaskan
  • Beri komen / pandangan

54
CONTOH
  • Huraikan faktor-faktor yang mendorong peningkatan
    kes jenayah di bandar besar?
  • Mengapakah kes ragut kerap berlaku di kalangan
    wanita?
  • Jelaskan fenomena Al-Nino yang melanda dunia masa
    kini?
  • Terangkan kesan tumpahan minyak ke atas hidupan
    marin?
  • Peranan dan kuasa PBB sentiasa dibayangi
    kuasa-kuasa besar. Beri ulasan anda?.

55
CONTOH
Dasar Pembangunan Nasional yang mengekalkan
strategi asas Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah
bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan
yang lebih seimbang . Huraikan aspek-aspek utama
yang merupakan strategi pelaksanaan Dasar
pembangunan Nasional?     (20
markah)
56
CONTOH
Objektif Dasar persyarikatan Malaysia adalah
untuk mewujudkan kerjasama erat di antara sektor
awam dan sektor swasta dalam usaha memesatkan
pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara. Bagi
memastikan dasar ini berjaya dilaksanakan dengan
berkesan, jelaskan tindakan-tindakan yang perlu
diambil oleh agensi kerajaan yang
berkaitan?        (20 markah)
57
BENTUK TUGASAN ITEM
  • APLIKASI
  • Menggunakan pegetahuan dan kefahaman /
    mengaplikasikan prinsip / fakta untuk
    meyelesaikan tugasan yang diberikan
  • Menekankan kepada kebolehan calon menggunakan
    sesuatu prinsip dengan bijak
  • biasanya mempunyai rangsangan seperti kes,
    gambar, jadual, grafik, peta.
  • diikuti dengan tindakan, proses, kiraan,
    langkah-langkah, dan peyelesaian serta rumusan.

58
CONTOH
Soalan akan dimulai dengan maklumat / kenyataan
mengenai sesuatu situasi yang berkaitan dengan
tugasan
  • Huraikan langkah-langkah .
  • Tunjukkan tindakan-tindakan .
  • Selesaikan kes mengikut kaedah..
  • Kendalikan kes mengikut ..

59
CONTOH
  • Encik Ali telah menghantarkan permohonan untuk
    mewakafkan sebidang tanah miliknya seluas 1 ekar
    untuk dijadikan kawasan surau kepada Pejabat
    Tanah X. Anda telah diberi tugas untuk memperoses
    permohonan tersebut hingga selesai.
  • Berasaskan peruntukan dan kuasa yang ada,
    huraikan tindakan-tindakan yang perlu anda ambil
    bagi memperoses permohonan tersebut?

60
ANALISIS
  • Memecahkan bahan-bahan / fakta kepada komponen /
    bahagian yang lebih kecil
  • Megenalpasti hubungan antara elemen /
    bahagian-bahagian berkenaan
  • Peyusunan bahan-bahan berkenaan mengikut
    kepentingan dan tertib

61
CONTOH
Soalan akan dimulai dengan maklumat / kenyataan
mengenai sesuatu situasi yang berkaitan dengan
tugasan
  • Bezakan
  • Bandingkan ..
  • Huraikan secara terperinci .
  • Bincangkan..

62
CONTOH
Huraikan secara terperinci kekangan-kekangan
dalam proses pembentukan organisasi pembelajaran
(organizational learning) dan critical success
factors untuk mewujudkan organisasi pembelajaran
dalam organisasi?
(20 markah)
1
2
Perjanjian perdagangan bebas dengan negara luar
dijangka dapat membuka lebih peluang perdagangan
bagi Malaysia. Bincangkan usaha-usaha yang dibuat
setakat ini dan kemukakan cadangan agar negara
memperolehi faedah yang maksimum dari kerjasama
ini.
(20 markah)
63
SINTESIS
Menyatukan bahan-bahan / pengetahuan / kefahaman
untuk mewujud idea / konsep / cadangan
CONTOH
- Gabungkan dengan jelas - Rumuskan kesemua
tindakan - Cantumkan semua maklumat
64
CONTOH
Dalam sesebuah organisasi terdapat dua orang staf
yang mempunyai dua budaya kerja yang berbeza.
Staf A sentiasa datang awal dan balik lewat
tetapi gagal melaksanakan tugas sebagaimana yang
ditetapkan. Manakala staf B seorang yang tidak
menepati masa dalam kerjanya, sentiasa lewat
datang kerja namun beliau berjaya menyempurnakan
tugasnya pada masa yang ditetapkan.
  (a)  Berikan ulasan anda terhadap situasi di
atas. (5 markah) (b) Rumuskan tindakan
anda terhadap keadaan-keadaan staf tersebut
untuk menghasilkan kebaikan kepada individu dan
organisasi? (15 markah)
65
PENILAIAN
Menilai fakta fakta untuk mecapai tujuan
tertentu seperti membuat keputusan, hukuman,
tindakan akan datang .
CONTOH
  • Simpul dan selesaikan
  • Banding dan putuskan .
  • Nilai dan cadangkan

66
CONTOH
Kerajaan dan swasta perlu bekerjasama untuk
memajukan negara lebih-lebih lagi dalam era
persaingan, globalisasi dan perubahan dunia yang
tidak menentu. Nilaikan secara menyeluruh
kerjasama yang wujud masa ini dan kemukakan
strategi dan program lengkap untuk memastikan
Malaysia mendapat faedah yang optimum dari
kerjasama ini.
67
CONTOH
Kedudukan kewangan yang kukuh adalah salah satu
faktor utama bagi menjadikan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) berdaya saing dan seterusnya
membolehkannya memberikan perkhidmatan yang
terbaik kepada pelanggan. Sila buat penilaian
menyeluruh isu kewangan PBT dan sehubungan dengan
itu kemukakan langkah-langkah bagi mengukuhkan
dan menyelesaikan isu kedudukan kewangan PBT.
CONTOH
68
SEKIAN, TERIMA KASIH
69
 
Aras Kesukaran
TK1
Rendah
Rendah
Rendah
Rendah
TK2
Sederhana
Sederhana
Sederhana
Rendah
Rendah
TK3
Tinggi
Tinggi
Sederhana
Sederhana
Sederhana
Rendah
TK4
Tinggi
Tinggi
Tinggi
Tinggi
Sederhana
Sederhana
TK5
Tinggi
Tinggi
Tinggi
Sederhana
Sederhana
TK6
Tinggi
Tinggi
Tinggi
Tinggi
 
70
CONTOH-CONTOH SOALAN
71
Bidang Cuti Tahap Pengetahuan
Cuti haji boleh diluluskan sekali sahaja di
dalam tempoh perkhidmatan seseorang pegawai
tertakluk kepada syarat bahawa..   A. Telah
disahkan dalam perkhidmatan   B. Telah disahkan
dalam perkhidmatan dan berkhidmat tidak kurang
daripada 3 tahun   C. Telah disahkan dalam
perkhidmatan dan berkhidmat tidak kurang
daripada 4 tahun   D. Telah disahkan dalam
perkhidmatan dan berkhidmat lebih daripada 5
tahun
72
Bidang Cuti Tahap Pengetahuan
  Cuti kecederaan hanya boleh diluluskan oleh
Kuasa Tertentu, setelah menimbang kenyataan
pemeriksaan sebuah Lembaga Perubatan. Kuasa
Tertentu mengikut Perintah-Perintah Am Bab C
ialah   A. Sebuah Lembaga di peringkat
Kementerian   B. Ketua Pengarah Kesihatan  
C. Ketua Setiausaha Kementerian  
D. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
73
Bidang Cuti Tahap Aplikasi
Encik Ali seorang Pegawai Tadbir Gred 41 di
sebuah jabatan dan telah berkhidmat di dalam
perkhidmatan awam sejak 8 tahun yang lalu. Pada
akhir tahun lalu, beliau mempunyai baki cuti
rehat terkumpul berjumlah 85 hari. 15 hari
daripadanya telah dibawa untuk pengumpulan cuti
bagi Award Gantian Cuti Rehat. Jumlah baki cuti
rehat yang boleh dibawa dalam tahun ini
ialah     A. 30 hari   B. 35 hari   C. 60
hari   D. 70 hari
74
Bidang Cuti Tahap Kefahaman
  • Encik Mastopa telah dimasukkan ke hospital
    kerana mengalami sakit sendi selama enam (6)
    bulan. Dalam tempoh itu, beliau telah menggunakan
    semua cuti sakit yang ia berkelayakan, termasuk
    cuti sakit 90 hari yang diluluskan oleh Kuasa
    Tertentu. Namun Encik Mastopa masih lagi tidak
    sihat untuk hadir bertugas. Apakah cuti yang
    boleh diluluskan lagi kepada Encik Mastopa.
  •  
  •  
  • Cuti sakit lanjutan
  • Cuti rehat yang masih ada
  • Cuti separuh gaji
  •  
  • D. Cuti tanpa gaji

75
Bidang Elaun Tahap Pengetahuan
Maksud stesen dalam urusan berpindah rumah dari
rumah sendiri / rumah sewa / rumah kerajaan ke
rumah kerajaan atau rumah yang sewanya dibayar
oleh kerajaan dan sebaliknya ialah satu
lingkungan kawasan dari rumah lama ke rumah baru
iaitu jaraknya..     A. 25 kilometer   B. 28
kilometer C. 30 kilometer   D. 33 kilometer
76
Bidang Elaun Tahap Pengetahuan
Pegawai layak menuntut Elaun Pakaian Panas
sekali dalam tempoh tiga tahun apabila
dikehendaki bertugas di luar negeri di negara /
kawasan beriklim sederhana. Elaun tersebut
hendaklah dituntut sebelum berlepas ke luar
negeri. Jika pegawai tidak dapat berbuat
demikian, tuntutan boleh selepas pulang dari luar
negara selewat-lewatnya     A. 1 minggu  
B. 1 bulan   C. 2 minggu   D. 2 bulan
77
Bidang Elaun Tahap Aplikasi
  • Encik Ahmad, Encik Ali dan Encik Abu adalah
    Penolong Pengarah dan mereka bertugas di satu
    Bahagian dalam sebuah jabatan. Semasa Encik
    Ahmad menghadiri kursus selama dua bulan,
    jawatannya telah ditanggung kerja oleh Encik Ali.
    Kemudiannya apabila Encik Ahmad kembali
    bertugas, Encik Abu pula berkursus selama 25
    hari. Dalam keadaan ini,
  •  
  • Encik Ali boleh menanggung kerja kerana pernah
    menanggung kerja jawatan yang sama sebelum ini
    dan tempoh yang diperlukan hanya 14 hari.
  • Encik Ali tidak boleh menanggung kerja kerana
    tidak cukup 28 hari
  • Encik Ali boleh menanggung kerja kerana dengan
    adanya cuti Sabtu, tempoh diperlukan hanya 20
    hari
  • Encik Ali tidak boleh menanggung kerja kerana
    baru sahaja menanggung kerja Encik Ahmad

78
Bidang Elaun Tahap Kefahaman
Encik Ahmad sedang menjalankan tugas resmi di
luar stesen dan tiba-tiba jatuh sakit serta
dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan di situ.
Dalam tempoh beliau dirawat di hospital beliau
    A. Tidak layak elaun makan dan elaun
lojing   B. Layak elaun makan dan elaun
lojing kerana berada di luar stesen C. Layak
elaun lojing sahaja D. Layak elaun makan sahaja
79
CONTOH-CONTOH SOALAN
80
CONTOH-CONTOH SOALAN
Tahap Kecekapan 3 (TK3)
Di dalam unit anda, terdapat seorang
kakitangan yang tidak berminat dengan tugasnya
dan banyak kerja-kerjanya tertangguh. Ini
menjejaskan prestasi kerjanya dan imej unit.
Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil oleh
anda sebagai seorang penyelia dalam meningkatkan
prestasi kakitangan tersebut.

(20 markah)
SKEMA JAWAPAN
- Mengenal pasti punca permasalahan dengan
contoh (5 Markah) - Memberi
nasihat/ kaunseling dengan contoh (5
Markah) -   Menggalakkan/ menghantar kakitangan
menghadiri kursus berbentuk motivasi diri
dengan contoh (5 Markah) -  
Melantik Mentor sebagai panduan dalam
menjalankan tugas dengan contoh (5
Markah)  (Sekiranya calon tidak memberikan semua
atau mana-mana jawapan di atas, markah boleh juga
diberi sekiranya jawapan lain yang diberikan
adalah munasabah.)
81
CONTOH-CONTOH SOALAN
Tahap Kecekapan 4 (TK4)
Berikut ialah peringkat-peringkat kepimpinan
Sebagai seorang pegawai di peringkat
pertengahan yang mengetuai sebuah unit,
berdasarkan empat peringkat kepimpinan di atas,
pilih peringkat kepimpinan yang sesuai dengan
diri anda dan terangkan mengapa. (20 markah)
82
CONTOH-CONTOH SOALAN
Tahap Kecekapan 4 (TK4)
SKEMA JAWAPAN
Elemen Perbandingan  -         Kualiti Kepimpinan
(4 markah) -         Pengaruh (4
markah) -         Menyelesaikan masalah (4
markah) -         Mengambil risiko (4
markah) -         Mempunyai wawasan (4
markah)   (Calon-calon bebas untuk menyenaraikan
sekurang-kurangnya lima ciri yang munasabah yang
perlu ada pada seorang pemimpin selain daripada
elemen-elemen yang dinyatakan di atas.)
83
CONTOH-CONTOH SOALAN
Tahap Kecekapan 5 (TK5)
Dalam sesebuah organisasi terdapat dua orang
staf yang mempunyai dua budaya kerja yang
berbeza. Staf A sentiasa datang awal dan balik
lewat tetapi gagal melaksanakan tugas sebagaimana
yang ditetapkan. Manakala staf B seorang yang
tidak menepati masa dalam kerjanya, sentiasa
lewat datang kerja namun beliau berjaya
menyempurnakan tugasnya pada masa yang
ditetapkan.   (a)     Berikan ulasan anda
terhadap situasi di atas. (5 markah)   (b)  Apaka
h tindakan anda terhadap keadaan-keadaan staf
tersebut untuk menghasilkan kebaikan
kepada individu dan organisasi? (15
markah)
84
CONTOH-CONTOH SOALAN
SKEMA JAWAPAN
Ulasan yang munasabah ( 4 markah)  Tindakan Pada
Staf A -   Berikan pandangan dan
nasihat -   Menugaskan seorang Mentor sebagai
rujukan/panduan - Mengalakkan/menghantar ke
kursus-kursus yang berbentuk kemahiran kerja
(cth, pengurusan masa yang betul) (8
Markah)   Tindakan Pada Staf B -         Memberi
peringatan dan menerangkan supaya mematuhi arahan
pejabat -         Memberikan nasihat dan
mengadakan perbincangan -         Memberi
pengiktirafan pada kerja-kerja yang telah
dilaksanakan (8 Markah) (Calon-calon
bebas untuk menyenaraikan sekurang-kurangnya lima
ciri yang munasabah yang perlu ada pada seorang
pemimpin selain daripada elemen-elemen yang
dinyatakan di atas.)
85
CONTOH
SOALAN YANG DITOLAK
86
CONTOH-CONTOH SOALAN UJIAN
Keadilan
Encik Juriah merupakan seorang pegawai
penguatkuasa di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Beliau boleh mendapatkan rawatan perubatan
secara percuma untuk anak-anaknya di pusat-pusat
berikut kecuali
A Pusat Perubatan Universiti Malaya B Klinik
Kesihatan Taman Keramat C Hospital Kuala
Lumpur D Hospital Pakar Ampang Puteri
87
CONTOH-CONTOH SOALAN UJIAN
Kejelasan
Di menu manakah yang mengandungi arahan Header
and Footer ?
A View B Insert C Format D File
Soalan sepatutnya
Di dalam perisian Microsoft Word, menu yang
mengandungi arahan Header dan Footer ialah
88
CONTOH-CONTOH SOALAN UJIAN
Jawapan mengelirukan
Apakah sifat penting yang perlu anda miliki
sekiranya anda ditempatkan dikanuter pertanyaan
di jabatan anda
A Melayan pelanggan dengan mesra B sentiasa
senyum dan bermanis muka C mempercayai bahawa
kerja sebagai satu ibadah D Mematuhi arahan yang
diberikan
89
CONTOH-CONTOH SOALAN UJIAN
Jawapan mengelirukan
Berikut ialah amalan-amalan yang sepatutnya
dilakukan bagi mewujudkan perkhidmatan kaunter
yang berkualiti, kecuali
i. Memberi perkhidmatan dengan cekap dan
tepat ii. Menggunakan perkataan yang bersopan
semasa bercakap iii. Melayani pelangggan mengikut
giliran yang sepatutnya iv. Menyelesaikan semua
kes-kes berbangkit tanpa merujuk kepada pegawai
atasan
A iv sahaja B i dan ii sahaja C ii dan iii
sahaja D i, iii dan iv sahaja
90
CONTOH-CONTOH SOALAN UJIAN
Kepentingan soalan
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan
Tatatertib) dikuatkuasakan melalui PU (A)
berkenaan. PU (A) tersebut adalah seperti berikut
kecuali
A PU (A) 151 B PU (A) 246 C PU (A) 395 D PU
(A) 396
91
CONTOH-CONTOH SOALAN UJIAN
Soalan tidak sesuai dengan konteks semasa
Berikut adalah peraturan dalam melaksanakan tugas
yang melibatkan dokumen terperingkat bagi
Jurutaip kecuali
A Jurutaip yang dibenarkan akses dokumen
terperingkat sahaja boleh menaip maklumat dokumen
tersebut B Reben bagi mesin taip yang digunakan
perlu berwarna hitam C Jurutaip perlu mengikut
mengikuti kursus yang berkaitan dengan peraturan
keselamatan D Reben dalam mesin taip perlu
ditanggalkan semasa kerja penyelenggaraan dibuat
92
CONTOH-CONTOH SOALAN UJIAN
Soalan tidak sesuai
Anda tahu silap anda, anada terlalu banyak
membuat kerja sampingan sedangkan kerja anda
sendiri terbengkalai kata seorang pegawai atasan
kepeda pegawai bawahannya. Maklum balas ini
bersifat
A menghentam B membina C motif D berleter
93
CONTOH-CONTOH SOALAN UJIAN
Jawapan tidak tepat
Encik P telah dilantik sebagai Pembantu Tadbir
pada 16 April 2003. Pada 16 April 2006, Encik P
masih belum disahkan dalam perkhidmatan. Pada 17
April 2006 beliau telah ditamatkan perkhidmatan
oleh Suruhanjaya perkhidamatan kerana Encik P
A gagal ujian bertulis bahasa Inggeris B memalsuka
n dokumen yang berhubungan dengan
pelantikannya C tidak melepasi tahap kompetensi
pada gred lantikan D menyembunyikan maklumat
peribadinya
94
Contoh soalan esei
Ancaman keselamatan negara adalah berpunca
daripada beberapa sebab. Berdasarkan kepada
Arahan Keselamatan, senaraikan empat ancaman
keselamatan tersebut.
Skima Jawapan Subvesif Subversif ialah
kegiatan Espionaj Espionaj ialah
kegiatan Sabotaj Sabotaj ialah
kegiatan Kelemahan manusia
95
TERIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com