PAMERAN MAYA - PowerPoint PPT Presentation

1 / 21
About This Presentation
Title:

PAMERAN MAYA

Description:

PAMERAN MAYA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR MELAYU JOHOR PERKEMBANGAN ZAPIN MELAYU JOHOR MASA KINI Zapin Melayu Johor berkembang dan mengalami perubahan (tokok ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:326
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 22
Provided by: Sarw
Category:
Tags: maya | pameran | pecahan

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PAMERAN MAYA


1
PAMERAN MAYA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM
SELANGOR
PAMERAN MAYA
MELAYU JOHOR
2
PENGENALAN
Perkataan Zapin berasal dari kata al-zaffan,
iaitu gerak kaki. Zapin berkembang dan
menghasilkan dua pola tarian yang berbeza iaitu
Zapin Arab yang pola gerakannya berbentuk zig-zag
dan Zapin Melayu berbentuk huruf alif (lurus)
3
SEJARAH
Zapin adalah berasal dari Yaman Selatan
(Hadramaut) merupakan sejenis irama atau rentak
dalam seni muzik tradisional. Zapin juga adalah
sejenis tarian rakyat orang Arab. Pada abad ke
13 tarian ini masuk ke kepulauan Riau yang dibawa
oleh pedagang- pedagang Arab. Sewaktu orang Arab
datang ke kawasan Asia Tenggara,mereka turut
membawa kebudayaan Arab termasuk seni muzik dan
tarian. Ia menjadi terus tersebar pada abad ke
15 terutamanya oleh pendakwah-pendakwah Islam
dari negara Arab dan Zapin Melayu telah menjadi
lebih nyata sebagai satu permainan anak muda dan
golongan tua di zaman kesultanan Melayu Johor
Lama dan Kesultanan Johor-Riau-Lingga terutamanya
setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada
tahun 1511.
4
(No Transcript)
5
ZAPIN MELAYU

Zapin Melayu umumnya ditarikan oleh orang-orang
Melayu yang diadaptasikan dari unsur-unsur Zapin
Arab. Gerak tari dalam Zapin Melayu lebih halus
dan santun dengan hayunan tangan yang lebih kecil
atau sempit, langkah kaki yang tidak terlalu luas
dan tinggi serta hinjutankaki yang lembut
Lagu-lagu Zapin Melayu berasaskan syair-syair
atau pantun-pantun Melayu
ZAPIN ARAB
Zapin Arab ditarikan oleh masyarakat keturunan
Arab. Gerak tari Zapin Arab adalah gagah dengan
langkah dan lenggangan yang lebih luas,hayunan
tangan yang tinggi dan hinjutan kaki yang
keras. Zapin Arab menggunakan lagu-lagu Arab
6
(No Transcript)
7
INSTRUMEN ZAPIN
1. Gambus Petikan gambus adalah untuk
membawakan lagu 2. Marwas Paluan alatan ini
untuk menentukan rentak dan pecahan
tarian 3. Biola Gesekan biola menggabungkan
keseluruhan muziknya Diantara alatan muzik lain
yang digunakan ialah akordian, dok (gendang
panjang) dan rebana. Lagu-lagu yang sering
dimainkan ialah Lancang Kuning, Zapin Asli,
Gendang Rebana dan sebagainya. Zapin Melayu ini
sering dipersembahkan ketika upacara perkahwinan,
sambutan rasmi seperti kemerdekaan dan
sebagainya.
8
Marwas
9
Gendang
10
Gambus
11
Rebana
12
Akordian
13
BUSANA ZAPIN
Bunga yang dililit pada sebelah kiri sanggol
menandakan pemakainya masih belum berpunya
berbanding dengan lilitan yang dibuat pada
sebelah kanan sanggol yang menandakan bahawa
pemakainya sudah berstatus sebagai wanita yang
sudah berumah tangga. Aksesori tambahan untuk
busana Baju Kurung Teluk Belanga untuk orang
lelaki yang menarikan Zapin adalah kancing baju
yang diperbuat daripada suasa atau perak dan
diikat dengan batu delima, zamrud atau
sebagainya. Bagi kaum wanita pula kancing yang
diperbuat daripada emas, perak atau suasa diikat
dengan batu Intan dan disebut sebagai Garam
Sebuku atau Kunang Sekebun.Buat masa ini busana
tersebut boleh sahaja digantikan dengan
kancing-kancing biasa yang banyak terdapat dijual
di pasar. Penari Zapin wanita juga kadangkalanya
memakai aksesori tambahan yang pernah dipakai
untuk dipadankan dengan busana Baju Kurung Teluk
Belanga seperti seutas rantai emas yang sederhana
panjang yang disebut sebagai Rantai Belati,
sepasang anting-anting telekap yang dipanggil
Anting-Anting Kopi dan gelang tangan yang
membelit yang dikenali sebagai Gelang Berderai.
14
(No Transcript)
15
PENARI-PENARI
Pada peringkat awalnya mereka yang menarikan
tarian ini terdiri daripada wanita sahaja. Namun
lama-kelamaan persembahan itu kurang menarik
kerana lebih sesuai digabungkan dengan penari
lelaki Biasanya penari-penari terdiri daripada
golongan belia atau remaja. Adakalanya golongan
dewasa turut menganggotai kumpulan tarian Zapin
ini.
16
PERSEMBAHAN ZAPIN
Zapin dipersembahkan dalam 3 peringkat Pertama
Pembuka tirai (dikenali sebagai taksim) iaitu
gambus dibunyikan secara solo. Pada peringkat
ini, semua penari akan melakukan tarian
pengenalan dengan beberapa pergerakan
sahaja. Kedua Tarian, pergerakan dan hayunan.
Pada peringkat kedua ini persembahan terdiri
daripada pecahan atau gerakan serta lenggang
tarian. Peringkat ini merupakan peringkat
persembahan utama. Ketiga Penutup
17
Peringkat Persembahan Zapin
18
(No Transcript)
19
PERKEMBANGAN ZAPIN MELAYU JOHOR MASA KINI
  • Zapin Melayu Johor berkembang dan mengalami
    perubahan (tokok -tambah) di 5 kawasan di Johor
    dikenali sebagai
  • 1. Zapin Tenglu dan Zapin Pulau
    dari Mersing
  • 2. Zapin Lenga dari Muar
  • 3. Zapin Pekajang dari Johor Baru
  • 4. Zapin Koris dari Batu Pahat
  • 5. Zapin Parit Mustar dan Zapin Seri
    Bunian dari Pontian

20
BIBLIOGRAFI
Jasiman Ahmad. Kepelbagaian Tarian (Siri
Ensiklopedia Kebudayan. Kuala Lumpur Jade Green
Publications Sdn. Bhd., 2001 Mohd. Anis Md. Nor
(ed). Zapin Melayu Di Nusantara. Johor Bahru
Yayasan Warisan Johor, 2000 Malaysian
Tradisional Dance Zapin Dance ( risalah). Kuala
Lumpur Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan, 2003 Zapin Melayu Johor.
http//zapin.cjb.net
21
(No Transcript)
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com