Corak dan Variasi Latar Dalam Drama Melayu - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

Corak dan Variasi Latar Dalam Drama Melayu

Description:

Corak dan Variasi Latar Dalam Drama Melayu Perbincangan Latar atau setting ialah aspek yang menunjukkan plot, perwatakan dan dialog yang menerangkan waktu dan tempat ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:261
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 19
Provided by: FBMK8
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Corak dan Variasi Latar Dalam Drama Melayu


1
Corak dan Variasi Latar Dalam Drama Melayu
2
Perbincangan
  • Latar atau setting ialah aspek yang menunjukkan
    plot, perwatakan dan dialog yang menerangkan
    waktu dan tempat sesuatu peristiwa itu terjadi.
  • Membantu audien memahami drama.
  • Apabila tirai dibuka pementasan yang menggunakan
    prosenium, audiens akan didedahkan kepada
    pemandangan yang menjadi latar kepada drama itu.
    Latar disesuaikan dengan keperluan perkembangan
    plot.

3
  • Umumnya drama-drama di Malaysia baik yang
    bercorak sandiwara, realisme, mahupun absurdisme
    berlatarkan suasana Malaysia.
  • Hanya beberapa buah drama antaranya Anak Nazar
    Tujuh Keramat yang ditulis oleh Kalam Hamidy
    yang menggunakan latar di Asia Barat.
  • Tujuan beliau ialah untuk menyelitkan unsur
    keagamaan bagi menguatkan kesan penghayatan
    penonton.

4
  • Drama sebabak menyediakan sebuah latar sahaja.
  • Bagi drama yang mengandungi lebih daripada
    sebabak akan menyediakan lebih daripada satu
    latar.
  • Latar akan ditukar apabila bertukarnya babak.

5
  • Ada dramatis yang cenderung menerangkan dengan
    terperinci latar yang perlu disediakan.
  • Namun ada pula yang mengharapkan interpretasi
    pengarah berdasarkan kreativitinya.
  • Bagi drama absurdisme langsung tidak menjelaskan
    latar yang perlu diwujudkan, terserahlah kepada
    kebijaksanaan pengarah atau penerbitnya.
  • Jelasnya teknik menulis latar adalah berbeza-beza.

6
Penulisan Latar DramaMegat Terawis
  • Babak 1 Pemandangan dalam bilik
    peraduan Sultan Perak pada malam hari. Sultan
    Perak termenung berdukacita dan dayang-dayang
    baginda duduk berhampiran geta baginda.
  • Babak II Pemandangan di dalam hutan. Masuk
    Tengku Menteri, Tuah dan Mamat
  • Babak III Pemandangan di balairung seri istana
    Sultan Perak. Hadir Sultan Perak, orang besar
    baginda, Ketua Dayang yang bernama Si Bunga
    Dedap. Baginda hilir mudik di hadapan istana.

7
Penulisan Latar DramaHang Tuah Pahlawan
Melayu-Syed Alwi
  • Tempat Di halaman kedai Hang Mah,ud
  • Waktu Sebelah pagi
  • Pemandangan Hang Tuah sedang membelah kayu di
    halaman kedai ayahnya. Tiba-tiba kedengaran
    gegak gempita bunyi suara orang menjerit maka
    kelihatanlah orang-orang berlarian di
    jalan raya di hadapan kedai itu. Daripada
    pekikan itu maka ketahuilah akan sebabnya
    iaitu kerana ada orang mengamuk, melakukan
    kekejaman, Banyak bilangan yang memintas
    hadapan kedai Hang Mahmud, bila melihat Hang
    Tuah berdiri di situ, maka menjeritlah
    orang menyuruh dia lari masuk.

8
Penulisan Latar DramaLela Satria- Rawan Hiba
  • Babak 1 Pemandangan di halaman rumah Dang Wija.
    Waktu Senjakala
  • Pentas dirupakan menjadi halaman di hadapan
    rumah seorang penghulu mukim. Di penjuru kakan
    pentas- di kiri penonton- memberat ke bahagian
    belakang, kelihatan anjung dan serambi rumah
    tersebut mengadap ke penonton dengan keadaan
    menyerong. Daun pintu rumah itu sebelah ditutup
    dan sebelah dibuka. Di serambi tergantung sebuah
    sangkar berisi burung merbuk.

9
Latar Drama Matinya SeorangPahlawan Usman
Awang
  • Adegan 1 Di bilik peraduan istana sultan Melaka,
    Hang Jebat sedang bersukaria bersama-sama
    gundik-gundik raja
  • Adegan II Dayang-dayang keluar semula bersimpuh
    dekat peraduan raja. Dang Wangi sedang mengapur
    sirih.

10
Penelitian
  • Berdasarkan contoh latar terdapat perbezaan dari
    segi teknik penulisan.
  • Syed Alwi menuliskan tempat waktu dan
    pemandangannya sekali.
  • Hal ini membantu pengarah menyediakan latar dan
    dapat menjelaskan keperluan latar seperti yang
    dikehendaki.

11
  • Penulisan latar dalam Megat Terawis agak pendek
    penjelasannya namun masih boleh ditanggapi
    suasananya. Contoh Sultan sedang kesedihan.
    Disediakan latarnya di peraduan, masanya pada
    waktu malam dan dikelilingi oleh para dayang.
  • Hal ini menimbulkan imej-imej dan idea-idea
    dramatik kerana penyesuaian antara latar dan
    cerita.

12
  • Rawan Hiba dalam menyediakan latar lebih teliti
    serta memperincikannya.
  • Usman Awang pula tidak begitu terikat untuk
    memberikan secara terperinci latar dalam drama.
  • Hal yang sama dilakukan dalam drama Menyerahnya
    Seorang Perempuan. Beliau tidak langsung
    menyediakan latarnya sebaliknya terus kepada
    cerita.

13
Latar Drama Realisme
  • Wujud juga perubahan latar dalam drama realisme.
  • Hal ini disebabkan dua faktor iaitu
  • a. Dramatisnya cuba menyediakan seboleh mungkin
    sebuah latar yang realistik dengan menggambarkan
    suasana di kota dan di desa.
  • b. Ada usaha untuk menjelaskan dengan
    sebaik-baiknya keterangan latar yang dipilih
    supaya dapat membantu para pengarah
    menyediakannya ketika dipentaskan.

14
Contoh DramaAtap Genting Atap Rumbia- Kala
Dewata
  • Dalam bilik tetamu sebuah rumah batu. Pekakas di
    dalamnya kelihatan lengkap sesuai dengan taraf
    rumahnya. Kerusi mejanya jenis baharu, moden
    berkusyen tebal, beralas kain corak mahal. Warna
    kain kusyen itu berpasang pula dengan kain
    langsir jendela cermin yang terbuka luas juga
    dengan tikar permaidani yang terbentang di
    lantai. Di sudut lain pula sebuah almari cermin
    yang dipenuhi oleh buku-buku.
  • Waktu tengah hari
  • Masa tirai dibuka, telah sedia ada tiga orang
    watak dalam ruangan bilik itu.

15
Latar Drama Realisme-FuturisticDi Kuburan-
Anis Sabirin
  • Cerita ini mula pukul enam setengah senja, kurang
    lebih.
  • Pemandangan Di kubur tanahnya masih lagi merah
    dan lunak tanda baru digali. Langit senja baru
    memerah. Dalam kubur bergelimpangan mayat seorang
    lelaki yang baru saja ditanam. Mereka yang
    menghantarkan jenazahnya sudah suku jam berlalu.
    Mayat mula bergerak.
  • Anis Sabirin membawa satu pembaharuan latar dalam
    drama realisme untuk keluar dari unsur streotaip.

16
Latar Drama Absuard- Bukan Lalang Ditiup Angin
Noordin Hassan
  • Iklim Pentas
  • 1. Tak ada tirai dihadapan
  • 2. Latar belakang boleh menerima dan tukar
    menukar warna mengikut cahaya lampu berlainan
    tone
  • 3. Di atas pentas ada mimbar-mimbar yang beranak
    tangga di sekililingnya. Biji-biji mata manusia
    dan ranting-ranting kayu bergantungan. Sehelai
    dua kain usang tersangkut dan tersadai di satu
    dua ranting.
  • 4. Satu muka jam, besar, buruk, angka-angka tak
    tersusun.
  • Sebelum lakonan bermula, pentas terdedah, samar
    dan penuh persoalan.

17
  • Drama-drama absurd lain seperti Angin Kering
    oleh Johan Jaafar langsung tidak ingin
    menerangkan konsep tempat atau waktu.
  • Lokasi mana-mana
  • Waktu Bila-bila
  • Catatan sedemikian memberikan kebebasan secara
    mutlak pengarah untuk menciptakan latar yang
    sesuai dengan interpretasi skrip.

18
Kesimpulan
  • Penciptaan latar di kalangan penulis drama moden
    di Malaysia memperlihatkan perkembangan dan
    perubahan berasaskan konsep masa dan tempat.
  • Drama Sandiwara memaparkan visi sejarahnya dengan
    kembali ke zaman silam dan tempat berkisar di
    istana sultan.
  • Realisme memasuki alam realistik dengan banyak
    mengambil setting di bilik tamu sebuah rumah.
  • Absurd pula menimbulkan suasana abstrak sesuai
    dengan konsep dan bentuk drama itu.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com