Teknologi Maklumat (dum 1213) - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

Teknologi Maklumat (dum 1213)

Description:

KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR (MARSAH) TEKNOLOGI MAKLUMAT (DUM 1213) Peranti Output - Monitor Terdapat 3 jenis monitor iaitu: monokrom monitor warna skrin rata Ketiga ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:439
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 55
Provided by: marsahEdu
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Teknologi Maklumat (dum 1213)


1
Teknologi Maklumat (dum 1213)
KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR (marsah)
2
Teknologi Maklumat
  • Teknologi Maklumat (Information Technology) atau
    IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
    (Information and Communication Technology) atau
    ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk
    pemprosesan data.
  • Merujuk segala aspek dalam pengurusan dan
    pemprosesan maklumat.
  • Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan
    perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi,
    memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan
    maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

3
Komponen Teknologi Maklumat
  • Komponen tersebut adalah -
  • Teknologi,
  • Organisasi
  • Pengguna

4
Teknologi
  • Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan
    Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam
    pengurusan dan pemprosesan maklumat.
  • Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat
    (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan
    kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan
    sebagainya amat penting dalam proses kemasukan,
    pemprosesan dan penyimpanan maklumat.

5
Teknologi
  • Perisian komputer seperti sistem operasi (OS)
    yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac OS dan
    Windows.
  • Perisian aplikasi produktiviti pejabat seperti
    OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian
    Internet seperti pelayar web (Mozilla, Netscape
    Navigator, Safari dan Internet Explorer)
    memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat.

6
Teknologi
  • Perisian Bebas / Sumber Terbuka - Secara amnya,
    boleh didapati secara PERCUMA atau dibeli
    berserta kod sumber seperti Linux, FreeBSD, dan
    OpenOffice.
  • Perisian Komersial / Sumber Tertutup - Secara
    amnya, lesen menggunakan perisian perlu dibeli
    manakala kod sumber tidak diberikan seperti
    Microsoft Windows dan Miscrosoft Office.

7
Sistem Telekomunikasi
  • Ia merupakan rangkaian dan jambatan yang
    menyambungkan semua sistem komputer dan sistem
    telekomunikasi di seluruh dunia seperti Internet,
    satelit, dan sistem telefon.
  • Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi
    seperti
  • Protokol / Senibina Telekomunikasi - TCP/IP.
  • Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian - ATM, X.25,
    Frame Relay, 3G, SMS, MMS, Bluetooth.
  • Teknologi Media Penghantaran - Wayar tembaga,
    Gentian Optik, Gelombang Mikro, Radio dan Satelit

8
Organisasi
  • Merupakan tempat dimana teknologi maklumat
    digunakan, ia mempengaruhi pengurusan dan
    pemprosesan maklumat tersebut.

9
Pengguna
  • Pengguna teknologi maklumat Pengguna sistem yang
    tidak mentadbir sistem tersebut seperti kerani,
    jururuwang, pengurus, dsb
  • Pentadbir teknologi maklumat Juruteknik
    komputer, pengurus teknologi maklumat, juru
    analisa sistem , pengaturcara program , dsb

10
Sejarah teknologi maklumat
  • Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar
    dekad 1970-an.
  • Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I
    yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan
    John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat.
    Akhir dekad 1970-an memperlihatkan kebangkitan
    mikrokomputer, diikuti dengan rapat oleh komputer
    peribadi IBM pada tahun 1981.

11
Sejarah teknologi maklumat
  • Empat generasi komputer telah berkembang, dengan
    setiap generasi melambangkan satu langkah yang
    dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan
    berupaya.
  • Generasi pertama - tiub vakum,
  • Generasi kedua ketiga - transistor dan litar
    bersepadu.
  • Generasi keempat (terkini) - menggunakan
    sistem-sistem yang lebih rumit seperti
    penyepaduan skala sangat besar (VLSI).

12
Teknologi Maklumat Mengikut Bidang
  • Sistem Maklumat
  • Grafik Multimedia
  • Kejuruteraan Perisian
  • Rangkaian Komputer

13
Pengenalan Kepada Komputer
  • Komputer mula digunakan semenjak tahun 1940-an
    untuk membantu manusia di dalam melaksanakan
    kerja kerja seharian.
  • Istilah komputer berasal dari perkataan Latin
    iaitu Computare yang bermaksud menghitung.
  • Kira kira 3000 tahun lalu, sebuah alat yang
    diberi nama abacus atau sempoa telah dicipta bagi
    tujuan pengiraan.

14
Asas Sistem Komputer
  • Komputer ialah sebarang peralatan, mesin atau
    alat yang digunakan untuk memproses maklumat,
    berpandukan kepada prosedur/arahan yang
    ditetapkan.

15
Asas Sistem Komputer
Unit Arithmetik dan Logik (ALU)
Unit Kawalan
Ingatan
Peranti Input
Peranti Output
Data
Maklumat
Peranti Storan
16
Pemprosesan
  • Unit Aritmetik dan Logik (ALU), ialah alat yang
    melaksanakan operasi asas, seperti operasi
    aritmetik (tambah, tolak, darab, dan sebagainya),
    operasi logik (AND, OR, NOT) dan membandingkan
    operasi.

17
Ingatan
  • Di dalam sistem komputer, ingatan ialah jujukan
    bait (seperti sel), di mana setiap satunya
    mengandungi sebutir maklumat.
  • Maklumat tersebut mungkin adalah arahan untuk
    komputer, dan setiap sel menyimpan serpihan data
    yang diperlukan komputer untuk menjalankan arahan.

18
Input-Output
  • Unit Input-Output membenarkan komputer menerima
    maklumat dan memproses maklumat dan memaparkan
    maklumat yang telah diproses.
  • Komponen yang terlibat dalam Unit Input-Output
    adalah perkakasan komputer.

19
Fungsi dan Bahagian Utama Komputer
20
Perkakasan dalam case komputer
  • Papan sistem/Papan induk
  • Simpanan kekal
  • Pemacu liut
  • Pemacu keras
  • Pemacu CD-ROM
  • Bekalan kuasa
  • Papan litar
  • CMOS (most CPUs)
  • TTL (Transistor-to-Transistor Logic)
  • Kabel

21
Perkakasan dalam case komputer
22
Papan induk (Mainboard)
23
(No Transcript)
24
(No Transcript)
25
(No Transcript)
26
Line In
Audio
Microphone
27
(No Transcript)
28
Kabel IDE Kabel Floppy Disc
29
Peranti Input
  • Peranti yang membolehkan pengguna memasukkan data
    ke dalam komputer.
  • Ia berperanan sebagai penyalur bagi membolehkan
    pengguna memberi arahan dan maklumat kepada
    sistem komputer.
  • Maklumat yang dimasukan ke dalam komputer untuk
    diproses akan melalui peranti input boleh
    berbentuk teks, data, grafik, imej dan bunyi.
  • Di antara contoh-contoh peranti input ialah
  • kayu ria / joystick
  • tetikus / mouse
  • papan kunci / keyboard
  • kad tebuk
  • menyentuh skrin monitor / touch screen

30
Peranti Input - Keyboard
  • Peranti yang berbentuk mesin taip diguna untuk
    memasuk data atau teks ke dalam kenyataan untuk
    diproses.
  • Terdapat tiga jenis papan kekunci
  • 84 kekunci
  • 101 kekunci
  • 102 kekunci

31
Peranti Input - Mouse
  • Sesuatu peranti penuding yang disambungkan pada
    komputer berupa seakan-akan seekor tikus yang
    mempunyai ekor yang panjang.
  • Tetikus ini sering digunakan dengan animasi,
    grafik dan program desktop publishing.
  • Dengan menggunakan tetikus, kita dapat meletakkan
    penunding di mana-mana kawasan pada skrin.
  • Terdapat 3 jenis tetikus
  • Tetikus 1 butang
  • Tetikus 2 butang
  • Tetikus 3 butang

32
Peranti Output
  • Peranti Output ialah dimana data dapat
    dikeluarkan atau dibaca daripada komputer.
    Contohnya
  • Monitor
  • Pencetak
  • Pembesar suara
  • Maklumat-maklumat yang dibaca melalui peranti
    input akan diproses oleh CPU dan dihantar kepada
    peranti output.
  • Maklumat yang dihasilkan boleh berbentuk
  • Teks
  • Data
  • Grafik / imej
  • Bunyi / suara

33
Peranti Output - Monitor
  • Monitor juga dikenali dengan berbagai nama
    seperti VDU (Video/Visual Display Unit), Console,
    CRT ( Cathode Ray Tube ) atau skrin.
  • Fungsi monitor adalah untuk memaparkan maklumat.
    Apa yang ditaipkan pada papan kekunci akan
    dipaparkan pada skrin monitor.

34
Peranti Output - Monitor
  • Terdapat 3 jenis monitor iaitu
  • monokrom
  • monitor warna
  • skrin rata
  • Ketiga-tiga monitor ini memerlukan kad adapter
    yang disambungkan pada unit sistem sebelum ia
    dapat berfungsi sebagai unit paparan.
  • Berikut adalah beberapa jenis monitor warna yang
    terdapat di pasaran
  • CGA (Color Graphic Adapter)
  • EGA (Enhanced Graphic Adapter)
  • VGA (Video Graphic Array)

35
Peranti Output - Pencetak
  • Pencetak adalah suatu peranti yang digunakan
    untuk menghasilkan maklumat di kertas.
  • 3 jenis pencetak
  • Pencetak Matriks Bintik (Dot Matrix Printer)
  • Pencetak Pancutan Dakwat (Ink jet Printer)
  • Pencetak Laser (Laser Printer)
  • Pencetak laser paling mahal harganya berbanding
    pencetak matriks bintik.

36
Peranti Output - Pencetak
Output daripada pencetak ini terdiri daripada
bintik-bintik halus yang dicetak di kertas.
Pencetak ini sesuai untuk kerja-kerja yang tidak
memerlukan kehalusan.
Pencetak Matriks Bintik (Dot Matrix Printer )
Pencetak Pancutan Dakwat ( Ink jet Printer )
Output daripada pencetak ini adalah hasil
daripada pancutan dakwat daripada katrij.
Pencetak Laser ( Laser Printer )
37
Peranti Storan
  • Peranti storan boleh berfungsi sebagai input dan
    output.
  • Contohnya setiap kali peranti storan menghantar
    data, arahan dan maklumat dari perantara storan
    ke memori - proses ini dipanggil 'read' maka ia
    berfungsi sebagai input.
  • Sebaliknya bila peranti storan menghantar data
    dari memori ke perantara storan - proses ini
    dipanggil 'writing' maka ia berfungsi sebagai
    output.
  • 2 jenis storan / memori
  • Primer
  • Sekunder

38
Peranti Storan - Primer
  • Storan primer digunakan oleh CPU untuk memproses
    data dan arahan.
  • RAM (Random Acces Memory)
  • Cip memori yang boleh dibaca dan ditulis oleh
    pemproses.
  • Kebanyakan RAM adalah volatile iaitu data akan
    hilang apabila bekalan kuasa komputer diputuskan.
  • 2 jenis RAM
  • DRAM
  • SRAM

39
Peranti Storan - Primer
  • ROM (Read Only Memory) - Cip memori yang
    menyimpan data dan arahan tetap dalam komputer.
  • Nonvolatile memory, iaitu data tidak akan hilang
    walaupun komputer telah ditutup.
  • 2 jenis yang utama
  • EEPROM
  • PROM
  • Memori Cache - menyimpan operasi dan data
    komputer yang selalu digunakan supaya dapat
    mempercepatkan proses komputer.

40
Peranti Storan - Sekunder
  • Dalam storan sekunder, data kekal disimpan
    walaupun bekalan kuasa telah diputuskan.
  • Contoh peranti storan sekunder yang sering
    digunakan ialah
  • Cakera liut (Disket)
  • Cakera keras (Hard Disk)
  • Cakera Zip
  • CD-ROM / CD-R / CD-RW
  • Pita magnetik
  • Handy Drive / pendrive / thumbdrive

41
  • DISKET
  • Cakera liut atau disket ialah perantara storan
    yang mudah dibawa dan murah.
  • Ia boleh digunakan dari satu komputer dengan
    komputer yang lain.
  • Sebelum menyimpan data dalam disket ia mestilah
    di format dahulu.
  • 'Formatting' ialah proses memformat sesuatu
    disket atau cakera keras dengan aplikasi
    tertentu.

42
  • PENDRIVE
  • Memberikan lebih ruang saiz kapasiti storan
    berbanding disket atau cakera zip
  • Jenis pendrive yang terdapat
  • pasaran-
  • Kingston
  • Kingmax
  • Toshiba

43
  • CAKERA KERAS
  • Memberikan lebih ruang saiz kapasiti storan
    berbanding USB flash drive atau disket
  • Cakera keras terletak dalam unit sistem utama
  • Terdapat portable hardisk yang lebih ringan dan
    kecil yang boleh dibawa ke mana-mana tetapi
    penggunaannya masih kurang.

44
  • CD - ROM
  • Compact Disc Read-Only Memory
  • Ianya tidak boleh dipadamkan atau diubahsuai.
    Oleh itu namanya hanya untuk baca sahaja.
  • CD - ROM boleh menyimpan 650 MB data hingga 100
    GigaByte, pengajaran dan maklumat.
  • Saiz CD adalah bergaris pusat 4.6

45
  • Disk Video Digital ( DVD )
  • Jenis DVD mengikut versi
  • DVD-ROM. Boleh mencapai
  • 4.7 GBSaiz tertinggi sehingga 17 GB.
  • DVD-R (recordable) boleh mencapai saiz 3.9 GB per
    side.
  • DVD RAM boleh tulis dan baca seperti HD
  • Zip disk

Zip Disk boleh menyimpan data sehingga 100MB
hingga 750MB yang biasanya digunakan untuk
menyimpan fail bagi tujuan backup
46
Kelebihan penggunaan peranti storan sekunder
  • Ekonomi
  • Lebih jimat menyimpan data pada media bermagnet
    berbanding kabinet atau pada storan utama
  • Muatan
  • Terdapat lebih ruang kapasiti muatan dalam storan
    sekunder berbanding storan utama
  • Keselamatan
  • Lebih selamat daripada gangguan pengguna yang
    tidak sah atau pencerobohan data dan maklumat

47
Unit Pemprosesan - CPU
48
Unit Pemprosesan - CPU
  • CPU central processing unit yang juga disebut
    sebagai pemproses
  • Peranti perkakasan yang paling utama dalam
    motherboard
  • Menerima input dan menghantar output
  • Menyimpan data dan arahan serta melaksanakan
    pengiraan
  • Terbahagi kepada 2 iaitu
  • unit kawalan
  • unit aritmetik dan logik

49
Unit Pemprosesan - CPU
  • UNIT KAWALAN
  • Mengandungi litar yang mengarahkan keseluruhan
    sistem untuk melaksanakan arahan
  • Mengarah dan mengawal operasi dalam komputer
  • Tidak menyimpan sebarang data dan aturcara
  • UNIT ARITMETIK DAN LOGIK (ALU)
  • Melaksanakan operasi aritmetik, logik dan
    perbandingan data berdasarkan arahan yang
    diterima dari unit kawalan
  • Mengawal kelajuan pengiraan

50
Perisian Komputer
  • Perisian adalah satu set susunan arahan yang
    dapat difahami oleh komputer.
  • Ia dibuat untuk mengarahkan komputer melaksanakan
    sesuatu operasi.
  • Pengaturcara adalah orang yang mahir dalam
    pembangunan perisian.
  • Terbahagi kepada 3 bahagian
  • perisian sistem pengoperasian
  • perisian aplikasi
  • perisian pengaturcaraan

51
Perisian Sistem Pengoperasian
  • Suatu aturcara yang menggerakkan sistem komputer
    kerana ia mengandungi rutin yang membolehkan
    komputer digunakan secara maksimum.
  • Ia menghubungkan perisian aplikasi dengan
    komputer dan membantu menguruskan sumber dalaman
    dan luaran.
  • Perisian ini diperlukan oleh semua komputer
    peribadi (PC).
  • Contoh perisian sistem
  • MS-DOS
  • UNIX
  • LINUX
  • WINDOWS 98, 2000, ME, XP

52
Perisian Aplikasi
  • Merupakan perisian aplikasi yang telah dibina
    untuk membantu pengguna menjalankan pelbagai
    tugas dalam bidang seperti matematik, perakaunan,
    saintifik dan kejuruteraan.
  • Contoh perisian aplikasi ialah
  • Microsoft Office
  • Adobe Photoshop
  • AutoCAD
  • Lotus organizer
  • Acrobat Reader
  • Macromedia Dreamweaver

53
Perisian Pengaturaan
  • Digunakan untuk membangunkan sesuatu aplikasi
    perisian yang lain.
  • Contoh -
  • Notepad C membangunkan aplikasi web
  • Visual basic membangunkan sistem maklumat
    pengkalan data

54
Tamat..
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com