FEM 4205 : 3 (3 0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment - PowerPoint PPT Presentation

1 / 16
About This Presentation
Title:

FEM 4205 : 3 (3 0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment

Description:

Title: PSP 3302 : 3 (2+1) Pengurusan Kredit dan Risiko Pengguna Consumer Credit and Risk Management Author: FEM2_019 Last modified by: FEM2_019 Created Date – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:74
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 17
Provided by: FEM84
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: FEM 4205 : 3 (3 0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment


1
FEM 4205 3 (30)Pengurusan Sumber Dalam
Persekitaran BerubahResource Management in
Changing Environment
  • HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM
  • BILIK A2-14
  • Email husniyah_at_putra.upm.edu.my
  • Jabatan Pengurusan Sumber Pengajian Pengguna
  • Fakulti Ekologi Manusia
  • Universiti Putra Malaysia

2
Kuliah
  • Tajuk Jam
  • 1. Pengenalan 1
  • Konsep Pengurusan Sumber
  • Aspek-aspek Pengurusan Sumber
  • 2. Faktor-faktor Perubahan Dalaman dan Luaran 4
  • Nilai, moral dan etika
  • Alam sekitar
  • Globalisasi
  • Migrasi penduduk
  • Teknologi komunikasi dan pengangkutan
  • Identifikasi supranasional

3
Kuliah
  • Tajuk Jam
  • 3. Prinsip dan Teori Perubahan 8
  • Teori perubahan organisasi
  • Teori Kurt Lewin
  • Tahap perubahan
  • 4. Kesan Persekitaran Berubah 6
  • Individu dan keluarga
  • Organisasi
  • Masyarakat

4
Tajuk 2 Faktor-faktor Perubahan Dalaman dan
Luaran
5
Faktor-faktor Perubahan Dalaman dan Luaran
  • Faktor dalaman
  • Nilai, moral dan etika
  • Faktor luaran
  • Alam sekitar
  • Globalisasi
  • Migrasi penduduk
  • Teknologi komunikasi dan pengangkutan
  • Identifikasi supranasional

6
Faktor-faktor Perubahan Dalaman
  • Faktor dalaman
  • Nilai, moral dan etika
  • Nilai merupakan sesuatu yang berguna dan memberi
    makna kepada seseorang pengurus, begitu juga
    dengan moral dan etika iaitu tatacara
  • Nilai, moral dan etika empengaruhi keputusan dan
    tindakan yang dibuat oleh pengurus
  • Melalui nilai, moral dan etika yang dikenalpasti,
    penetapan matlamat mudah dilakukan dan dapat
    menangani perkara yang akan dihadapi
  • Ia memberi panduan dan arahan kepada aktiviti
    pengurusan

7
Faktor-faktor Perubahan Dalaman
  • Peranan nilai dalam perubahan
  • Nilai mempengaruhi perbezaan keluarga atau
    organisasi dalam keupayaan untuk menghadapi
    peristiwa yang berlaku
  • Setiap keluarga atau organisasi mempunyai
    pandangan dan cara berbeza apabila menghadapi
    peristiwa yang sama
  • Contoh Individu yang mementingkan nilai ekonomi
    akan mengutamakan nilai ekonomi berbanding dengan
    nilai sosial dalam memilih barangan keperluan
    yang baharu

8
Faktor-faktor Perubahan Luaran
  • Alam sekitar
  • Alam sekitar merupakan sesuatu persekitaran
    semulajadi yang dapat mempengaruhi pengurusan
    sumber interaksi dua hala
  • Faktor luaran ini penting dalam menjalankan tugas
    sebagai pengurus dalam keluarga dan organisasi
  • Kesan yang diberikan terhadap alam sekitar hasil
    dari pengurusan sumber oleh individu dapat
    menyebabkan individu perlu melalui perubahan bagi
    mengelak kesan tidak baik kepada alam sekitar.
    Contoh penggunaan air dan tenaga jangka pendek
    dan jangka panjang

9
Faktor-faktor Perubahan Luaran
  • Alam sekitar (samb.)
  • Sebaliknya juga keadaan tertentu alam sekitar
    dapat mempengaruhi atau mengubah cara pengurusan
    sumber individu. Contohnya, alam sekitar tercemar
    menyebabkan penggunaan pendingin udara di rumah
  • perubahan cuaca, perubahan infrastruktur
  • Keadaan alam sekitar yang berubah kepada keadaan
    yang semakin kurang baik menyebabkan individu
    atau pengurus perlu membuat perubahan kepada
    penggunaan sumber

10
Faktor-faktor Perubahan Luaran
  • Globalisasi
  • Globalisasi menyebabkan keadaan di mana
    penggunaan barangan mahupun perkhidmatan tidak
    dapat dibezakan tempat penggunaannya
  • Individu di mana-mana bahagian dunia boleh
    menggunakan barangan atau perkhidmatan yang sama
  • Produk atau perkhidmatan yang terhasil di sesuatu
    tempat di dunia akan boleh digunakan oleh
    individu di pelbagai tempat di dunia
  • Dengan itu, perubahan perlu dilakukan dalam
    pengurusan sumber oleh pengurus bagi memenuhi
    kehendak individu di pelbagai tempat di dunia

11
Faktor-faktor Perubahan Luaran
  • Migrasi penduduk
  • Berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dalam
    organisasi
  • Migrasi penduduk keluar dari kawasan pengurusan
    sesuatu organisasi menyebabkan kekurangan sumber
    manusia dalam organisasi. Perubahan perlu
    dilakukan di mana terdapat kekangan dalam
    pemilihan sumber manusia
  • Migrasi penduduk ke dalam kawasan pengurusan
    sesuatu organisasi menyebabkan terdapat pilihan
    yang lebih luas dalam sumber manusia. Perubahan
    terhadap pengurusan sumber boleh berlaku di mana
    sumber manusia terbaik dapat dipilih

12
Faktor-faktor Perubahan Luaran
  • Migrasi penduduk (samb.)
  • Berkaitan juga dengan pengurusan sumber lain
    dalam organisasi yang saling berinteraksi dengan
    penduduk yang migrat
  • Migrasi penduduk keluar dari kawasan pengurusan
    sesuatu organisasi menyebabkan organisasi itu
    mengubahsuai penggunaan sumbernya dengan tidak
    lagi menghasilkan produk atau perkhidmatan yang
    digunakan oleh penduduk berkenaan
  • Migrasi penduduk ke dalam kawasan pengurusan
    organisasi menyebabkan organisasi itu menggunakan
    sumbernya bagi menghasilkan produk atau
    perkhidmatan baru untuk kegunaan penduduk
    berkenaan

13
Faktor-faktor Perubahan Luaran
  • Migrasi penduduk (samb.)
  • Berkaitan dengan pengurusan sumber oleh individu
    dalam keluarga
  • Migrasi penduduk keluar dari kawasan pengurusan
    sesuatu keluarga boleh menyebabkan individu
    sebagai contoh menggunakan sumber kewangannya
    bagi memperoleh perkhidmatan di taman asuhan
    berbanding mendapatkan pembantu rumah
  • Migrasi penduduk ke dalam kawasan pengurusan
    sesuatu keluarga boleh menyebabkan individu
    sebagai contoh menggunakan sumber kewangannya
    bagi memperoleh perkhidmatan pembantu rumah
    berbanding mendapatkannya di taman asuhan

14
Faktor-faktor Perubahan Luaran
  • Teknologi komunikasi dan pengangkutan
  • Kecanggihan teknologi komunikasi mungkin tidak
    memerlukan organisasi untuk mengadakan operator
    bagi mengendalikan sistem berkenaan
  • Sumber manusia boleh dikurangkan oleh pengurus
  • Urusan perniagaan boleh dijalankan dengan lebih
    cekap dengan itu menjimatkan sumber dan boleh
    digunakan bagi tujuan lain yang menguntungkan
  • Sumber masa juga boleh dijimatkan dengan
    teknologi komunikasi yang cekap

15
Faktor-faktor Perubahan Luaran
  • Teknologi komunikasi dan pengangkutan (samb.)
  • Pengangkutan yang cekap dan cepat dapat
    mengurangkan penggunaan sumber wang, masa
  • Ini dapat menjimatkan kos kenderaan, pemandu,
    pekerja pengangkutan
  • Keadaan ini juga boleh menyebabkan produk
    dihasilkan dengan lebih banyak disebabkan lebih
    banyak produk dapat dipasarkan dengan
    pengangkutan cekap dan cepat, dengan itu
    penggunaan sumber mentah bagi produk berkenaan
    dipertingkatkan

16
Faktor-faktor Perubahan Luaran
  • Identifikasi supranasional
  • Supranasional atau budaya nasional yang terhasil
    dari gabungan pelbagai budaya menyebabkan
    penggunaan produk mahupun perkhidmatan yang
    berbeza dari budaya asal- budaya yang merentas
    rantau (region) bukan sekadar budaya nasional
    sesuatu negara
  • Organisasi perlu mengubahsuai penggunaan sumber
    bagi penghasilan produk atau perkhidmatan yang
    dapat memenuhi citarasa kelompok dengan budaya
    yang baharu ini
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com