TOPIK 1 Konsep Psikologi dan Psikologi Pendidikan - PowerPoint PPT Presentation

1 / 30
About This Presentation
Title:

TOPIK 1 Konsep Psikologi dan Psikologi Pendidikan

Description:

TOPIK 1 Konsep Psikologi dan Psikologi Pendidikan KENAPA BELAJAR PSIKOLOGI ? APAKAH KONSEP PSIKOLOGI ? Anda akan dapat memahami manusia / murid dengan lebih baik ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1557
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 31
Provided by: Pra135
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: TOPIK 1 Konsep Psikologi dan Psikologi Pendidikan


1
TOPIK 1 Konsep Psikologi dan Psikologi Pendidikan
2
KENAPA BELAJAR PSIKOLOGI ?APAKAH KONSEP
PSIKOLOGI ?
  • Anda akan dapat memahami manusia / murid dengan
    lebih baik
  • Merupakan satu kajian sains merangkumi aspek
    mengaplikasikan prosedur dan pendekatan saintifik
    untuk memahami tingkah laku manusia

3
1.1 DEFINISI PSIKOLOGI
  • Psikologi berasal dari perkataan tamaddun Greek
    purba psyche dan logos.
  • Psyche bermaksud jiwa/minda.
  • Logos bermaksud kajian mengenai sesuatu (kajian
    mengenai pemikiran/jiwa yg dapat mempengaruhi
    sikap dan pelakuan organisma).
  • Psikologi merupakan satu kajian saintifik
    tingkahlaku manusia dan proses mental mengenai
    sesuatu yg memberi kesan kpd jiwa seseorang.

4
Definisi Psikologi yang lain
  • The scientific study of the way the human mind
    works and how it influences behaviour or the
    influence of a particular persons character on
    their behaviour.
  • (Cambridge International Dictionary of
    English, p.383).
  • Psychology may be defined as the systematic
    study of behaviour and mental life.
  • (Henry L. Roediger dan rakan,1984).

5
Definisi Psikologi yang lain
  • Psikologi ialah kajian sistematik tentang
    tingkah laku manusia dan pengalaman.
  • (Kalat,1999).
  • Psikologi sebagai satu cabang penyiasatan
    saintifik untuk tingkah laku dan aktiviti.
    (Williams, 1960).
  • Psikologi ialah sains tingkah laku--kajian
    mengenai jiwa atau aspek rohani manusia secara
    saintifik.(Wittaker,1970 dlm buku Introduction To
    Psychology).
  • Psikologi sebagai satu cabang penyiasatan
    saintifik ke atas mental dan tingkah laku manusia
    dan haiwan.

6
  • Psikologi merupakan satu disiplin ilmu yang
    mengkaji secara saintifik mengenai tingkahlaku
    manusia dan haiwan secara nyata dan selindung.
  • Tingkah laku meliputi semua perkara yang
    dilakukan oleh manusia atau haiwan yang boleh
    diperhati dan diukur secara langsung atau tidak
    langsung. Tingkah laku termasuk perasaan, sikap
    dan pemikiran.

7
Definisi Psikologi (Kamus Dewan)
  • Kajian tentang proses mental dan pemikiran,
    terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia
    dan haiwan pola pemikiran dan perlakuan
    seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu dan
    kebijaksanaan memahami sifat manusia.

8
KONSEP PENDIDIKAN
  • Pendidikan ialah alam melibatkan pemikiran dan
    alam aktiviti praktikal
  • Dewey dan para pragmatik pendidikan adalah
    sebagai satu keperluan dalam kehidupan
  • Milton Pendidikan secara menyeluruh membolehkan
    seseorang individu bertindak secara adil,
    terlatih dan bertimbangrasa dalam semua tugasan
    yang dilaksanakan oleh pihak awam atau swasta
    pada bila-bila masa.

9
  • Langford Pendidikan adalah satu aktiviti yang
    mempunyai matlamat yang praktikal dan berbeza
    dari aktiviti yang mempunyai matlamat berdasarkan
    teori.
  • Lodge Satu pengalaman sebagaimana pengalaman
    sesuatu organisma yang bernyawa berinteraksi
    dengan persekitaran
  • Dewey, Longford dan Lodge melihat pendidikan
    adalah sebagai satu proses yang panjang dan
    berterusan.
  • Milton Pendidikan adalah sebagai satu produk
    iaitu perubahan tingkah laku.

10
Definisi Pendidikan Secara Umum
  • Pendidikan merupakan satu bentuk persekolahan
    formal, di mana aktiviti pembelajaran dirancang
    oleh pakar pendidikan untuk mencapai matlamat dan
    objektif
  • Pendidikan merupakan satu proses perkembangan di
    mana kanak-kanak berkembang secara fizikal,
    mental, sosial dan emosi sepanjang hayat.

11
  • Pendidikan adalah satu proses berterusan,
    sepanjang hidup untuk belajar. Individu akan
    dapat menambahbaik diri, kerterbukaan dan dapat
    mengemukakan dan mempersoal isu-isu serta peka
    terhadap alam sekitarnya
  • Pendidikan merupakan proses bersepadu. Setiap
    masyarakat mempunyai matlamat pendidikan
    tersendiri dan bertujuan menambahbaik dan
    memperkembangkan masyarakatnya.

12
HUBUNGAN PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN
  • Psikologi adakah kajian saintifik tentang cara
    manusia berfikir dan bagaimana ia dapat
    mempengaruhi tingkah laku
  • Pendidikan adalah proses untuk memperkembangkan
    potensi dan kemahiran individu
  • Psikologi pendidikan adalah memilih pengetahuan
    yang bersesuaiandari disiplin psikologi untuk
    diaplikasi bagi memperbaiki kualiti / hasil
    proses pendidikan.

13
1.3 Konsep Psikologi Pendidikan
Definisi Psikologi Pendidikan
  • Sains yang mengkaji tingkahlaku pelajar dalam
    suasana pembelajaran di dalam bilik darjah.(Atan
    Long, 1976)
  • Kajian saintifik ttg tingkah laku individu dalam
    pendidikan serta mengandungi prinsip-prinsip dan
    kaedah p p untuk menyelesaikan masalah-masalah
    pendidikan. (Smith, 1978)
  • Rumusan Kajian ttg perlakuan manusia dalam
    proses pp spt perkembangan manusia,
    pembelajaran, ingatan, motivasi,pgurusan bd dan
    pengujian dan penilaian.

14
Banks dan Thompson(1995),
  • Psikologi ialah ilmu yg mengkaji tingkah laku
    manusia.
  • Pendidikan adalah profesion yg mengkaji dan
    membina metodologi atau pendekatan pengajaran
    pembelajaran utk digunakan di sekolah.
  • Psikologi pendidikan ialah kajian tentang
    perlakuan atau tingkah laku manusia dlm proses
    pengajaran dan pembelajaran dlm bilik darjah.

15
  • Borich dan Tambori(1997),
  • Psikologi pendidikan ialah satu disiplin yg
    memfokuskan kajiannya kpd pengetahuan teoretikal
    dan pengetahuan empirikal mengenai pengajaran dan
    pembelajaran dlm bilik darjah.
  • Clifford,1984 (dlm Henson dan Eller, 1999),
  • Psikologi pendidikan ialah applying the methods
    of psychology to studying the process of
    education.
  • Grinder(1981),
  • Psikologi pendidikan ialah mengaplikasi
    pengetahuan psikologi ke dlm situasi bilik
    darjah.

16
  • Tugas ahli psikologi pendidikan ialah
    mengaplikasi prinsip psikologi kpd pendidikan dan
    di sepanjang kerjayanya, mengkaji pelajar, proses
    belajar dan strategi pengajaran utk meningkatkan
    pembelajaran.
  • Kesimpulannya
  • Psikologi pendidikan amat berguna bagi guru
    utk tujuan memahami tingkah laku pelajar dan
    memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

17
1.4 TUJUAN PENDIDIKAN PSIKOLOGI
  • Memahami(memerihal dan menerangkan) tingkah laku
    pelajar dlm proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Meramalkan tingkah laku gantian yg mungkin
    berlaku dan mengawal tingkah laku tersebut.

18
  • Menurut Abd. Majid Mohd. Isa dan Rahil
  • Mahyuddin(1997), matlamat ahli psikologi
  • tertumpu kpd empat bidang iaitu
  • Memerihalkan(describe),
  • Menerangkan(explain),
  • Mengawal(control) dan
  • Meramalkan(predict) sesuatu perlakuan.

19
1.5 KEPENTINGAN PENDIDIKAN PSIKOLOGI KEPADA GURU
  • 1. - Membolehkan guru memahami mengapa pelajar
    bertingkah laku sedemikian,
  • - membantu pelajar memahami diri mereka,
  • - membantu guru merancang objektif dan
    matlamat pembelajaran yg sesuai dgn pelajar dan
  • - merumuskan langkah supaya pelajar dapat
    mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yg
    telah ditetapkan.

20
  • 2. Membantu guru memahami ciri-ciri pertumbuhan
    dan perkembangan kanak-kanak serta
    menghubungkaitkan dgn proses pp dalam bilik
    darjah. Guru dapat merancang strategi pp yang
    sesuai dan berkesan untuk kumpulan kanak-kanak
    yang berlainan. Guru boleh menggunakan
    teknik-teknik pp yang sejajar dgn kognitif
    kanak-kanak.

21
  • 3. - Membolehkan guru meramal tingkah laku dan
    kegemaran pelajar pada peringkat umur tertentu,
    serta
  • - merancang peneguhan yg sesuai dlm usaha
  • mengawal tingkah laku dan memotivasikan mereka.

22
sambungan..
  • 4. - Membolehkan guru mengetahui tahap
  • perkembangan pelajar dari segi fizikal,
    kognitif, sosial dan emosi,
  • - merancang pengajaran dan pembelajaran yg
    sesuai dgn tahap perkembangan mereka.
  • 5. - Membolehkan guru mereka cipta soal
    selidik utk mengenal pasti tahap perkembangan
    pelajar dan menyediakan program yg sesuai untuk
    meningkatkan prestasi.

23
  • 6.Memahami tingkahlaku murid melalui pemahaman
    teori dan prinsip psikologi pendidikan.Guru dapat
    meramal, menelah dan mengawal tingkah laku murid.
  • 7.Memotivasi murid-murid dalam proses
    pembelajaran.
  • 8.Memahami perbezaan individu murid dari segi
    kognitif, bakat, minat dan keperluan.
  • 9.Menyelesaikan masalah murid yang menunjukkan
    tingkah laku yang bermasalah di dalam bilik
    darjah

24
sambungan..
  • 10. Data dan maklumat yg diperolehi dari
  • penyelidikan berkaitan isu dlm
    pendidikan membolehkan guru membantu pelajar
    menyelesaikan masalah dan meningkatkan kualiti
    pengajaran dan pembelajaran.
  • 11. Membolehkan guru memahami personaliti dan
    konsep kendiri pelajar dan membantu mereka
  • membentuk konsep kendiri yg positif.

25
TUTORIAL 1
  • Sebagai seorang guru baru, huraikan cara-cara
    bagaimanakah guru boleh mengaplikasikan
    pengetahuan tentang psikologi untuk memahami
    tingkah laku murid-murid anda.

26
TUTORIAL 2
  • Beri dua contoh aktiviti berkaitan dengan
    psikologi
  • Beri dua contoh aktiviti bukan berkaitan dengan
    psikologi

27
TUTORIAL 3
  • Berdasarkan pengetahuan anda mengenai psikologi,
    senaraikan dua kaedah untuk memperbaiki
    pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

28
TUTORIAL 4
  • Bincangkan implikasi psikologi pendidikan dalam
    bilik darjah anda. Berikan contoh yang sesuai

29
TUTORIAL 5
  • Berdasarkan pengalaman anda di sekolah, terangkan
    mengapakah anda mempelajari psikologi pendidikan ?

30
Sekian, terima kasih.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com