INTERAKSI TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN CHINA DAN INDIA - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

INTERAKSI TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN CHINA DAN INDIA

Description:

Title: Slide 1 Author: User Last modified by: Faridah Shamsuddin Created Date: 1/12/2006 9:16:34 AM Document presentation format: On-screen Show Other titles – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:687
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 35
Provided by: word436
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: INTERAKSI TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN CHINA DAN INDIA


1
INTERAKSI TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN CHINA
DAN INDIA
2
PENDAHULUAN
  • Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini
    dari dahulu hingga sekarang saling berinteraksi
    antara satu sama lain.
  • Interaksi berlaku sama ada menerusi jalan
    peperangan atau keamanan.
  • Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar
    serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan
    kebudayaan antara satu sama lain.

3
PERKENALAN ASAS KEPADA INTERAKSI
  • Perkenalan sesuatu tamadun perlu mengenali
    antara satu sama lain merupakan asas kepada
    persefahaman dan akhirnya membawa kepada
    kerjasama.
  • Usaha untuk mengenali antara satu sama lain perlu
    dipertingkatkan khususnya mengenali kepercayaan,
    bahasa dan kebudayaan tamadun.
  • Tamadun Islam, Tamadun India dan Tamadun Cina
    merupakan antara tamadun yang saling berinteraksi
    antara satu sama lain

4
TAMADUN CINA
  • Negeri China mempunyai penduduk paling ramai di
    dunia.
  • Islam paling ramai, minoriti terbesar dgn jumlah
    lebih kurang 77 juta orang.
  • Masyarakat Islam yang berketurunan China yang
    dikenali sebagai Hui, selain daripada masyarakat
    Islam keturunan Turki di wilayah Xing
    JiangUighur.
  • Masyarakat Islam merupakan penduduk majoriti di
    dua buah wilayah iaitu Xing Jiang Uighur, Ning
    Xia dan dua buah wilayah lain yang juga mempunyai
    penduduk Islam melebihi 40 iaitu wilayah Kang
    Su.

5
Kedatangan Islam Ke China
  • Menerusi jalan laut dan jalan darat.
  • Islam terlebih dahulu tiba di dua buah wilayah
    di Selatan China, iaitu Fujian (Hokkein) dan juga
    Guang Dong (Canton).
  • Ramai orang Cina yang berasal dari dua buah
    wilayah ini, khususnya yang terdapat di Asia
    Tenggara, tidak mengetahui bahawa di wilayah
    Fukien (Hokkein) dan Guang Tong (Canton) sehingga
    kini terdapat ramai penganut Islam daripada
    keturunan mereka.
  • Bilangan penduduk Islam tidak berapa menonjol
    kerana beberapa sebab, antaranya
  • Berlaku proses asimilasi antara masyarakat muslim
    dan bukan muslim.
  • Ramai penganut Islam kurang menghayati ajaran
    agama dan peraturan makanan.

6
BAGAIMANA ISLAM SAMPAI KE NEGERI CHINA
  • Islam telah sampai di negeri China pada tahun 652
    .
  • Orang pertama yang tiba di negeri China ialah
    utusan daripada Khalifah Uthman ibn Affan r.a.
  • Menurut sejarah, dua orang sahabat Nabi s.a.w
    iaitu Saad Lebid r.a dan Yusuf r.a telah
    berdakwah di wilayah ini.
  • Saad r.a berdakwah di wilayah Chang Chow
    sementara Yusuf r.a berdakwah di Guang Dong .
  • Pada masa, ramai penganut Islam di Guang Dong dan
    Fukien menggunakan nama Saa ( mengambil sempena
    nama Saad).
  • Ramai penganut Islam yang menggunakan nama
    keluarga Saa secara beransur-ansur meninggalkan
    agama Islam pada zaman dinasti Ming.

7
Islam di China
  • Sebelum Islam, sebenarnya terdapat ramai
    orang-orang Arab, Parsi dan Yahudi yang telah
    berdagang serta tinggal di wilayah Selatan China.
  • Apabila Saad dan Yusuf tiba, mereka telah
    berdakwah kepada masyarakat dari Timur Tengah ini
    dan mereka secara beramai-ramai menganut Islam.
  • Orang-orang Timur Tengah ini pula melakukan
    dakwah Islam kepada masyarakat setempat menerusi
    perkahwinan, selain daripada daya tarikan
    keindahan Islam itu sendiri.

8
Islam di China
  • Islam tersebar di China melalui
  • Perdagangan
  • Perkahwinan
  • Politik
  • Sikap dan sifat penganut Islam
  • Gabungan budaya Cina dan budaya Islam melahirkan
    suatu masyarakat Cina Islam yang unik, iaitu
    sedar tentang hukum-hukum Allah dan perasaan
    manusia.

9
Islam di China - Pendidikan
  • Dinasti Tang, Dinasti Sung dan terutamanya
    Dinasti Yuan melahirkan ramai tokoh Islam
    terkenal yang mengamalkan budaya China dan
    kesetiaan terhadap negeri China tanpa berbelah
    bahagi.
  • Prof. Muhammad Pai Shao Yi
  • Islam di negeri China memperolehi kekuatan di
    peringkat akar umbi.
  • Masyarakat Islam berjaya menubuhkan institusi
    pengajian agama di masjid-masjid dan akhirnya
    pendidikan agama dilakukan di sekolah-sekolah.
  • Sekolah-sekolah juga dibangunkan.

10
Islam di China - Penulisan
  • Terdapat juga penerbitan media massa di kalangan
    masyarakat Islam di negeri China.
  • Lebih daripada 70 Review Islam diterbitkan
  • Paling awal ialah Review Bulanan Islam di Yunan
    dalam tahun 1915.
  • Review yang paling lama bertahan ialah The
    Crescent-Bulan Sabit dan The Light Of The
    Crescent-Cahaya Bulan Sabit (Yueh Hwa) di Bei
    Jing dan juga Islamic Review di Shang Hai.
  • Antara penulis yang terkenal ialah Elias Wang
    Ching Chai dan Muhammad Yang Chong Ming.
  • Mereka ini juga merupakan penterjemah al-Quran ke
    dalam bahasa Mandarin dan kamus Arab-China.

11
Islam di China - Literatur
  • Masyarakat Islam Cina juga secara aktif
    melibatkan diri dalam penulisan literatur.
  • Seorang penulis bernama Lee Yen Shen dikenali
    sebagai gergasi literatur dalam zaman Dinasti
    Tang.
  • Lee Hsiun dan Lee Shun Hsuan pula merupakan
    penyair-penyair besar.
  • Mi Fei merupakan seorang penyair dan penulis
    kaligrafi yang terkenal dalam dunia penulisan
    Cina . Kaligrafinya yang berbentuk bulat pada
    hujung tulisan masih digunakan sebagai model oleh
    orang-orang Cina, Korea dan juga Jepun.

12
Islam di China Falsafah
  • Dinasti Manchu terdapat beberapa orang ahli
    falsafah Islam Cina yang terkenal.
  • Ma Ming Loong.
  • Sheikh Wang Tai Yu.
  • Pu Sung Ling menulis cerita Liao Chai yang
    bermaksud rumah yang tidak dikehendaki atau
    rumah perbualan.
  • Cerita Liao Chai dianggap setaraf dengan
    cerita Arab Seribu Satu Malam.
  • Pu Sung Ling dianggap sebagai salah seorang
    penulis besar China.
  • Syed Omar Shamsuddin, putera Hsien Yang dinasti
    Yuan merupakan orang yang membuat lukisan Yin dan
    Yang.

13
Islam di China Negarawan Ketenteraan
  • Ramai negarawan Cina dan tentera Cina adalah
    beragama Islam. Antaranya
  • Takutur Khan, iaitu cucu kepada Jenghis Khan.
  • Laksamana Cheng Ho yang nama asalnya ialah
    Muhammad Ma Ho dilahirkan di Yunan.
  • Jeneral Muhammad Tso Pao Kwei pula merupakan
    seorang jeneral yang terlibat dalam peperangan
    antara tentera China dan Jepun pada tahun 1894.
  • Jeneral Omar Pai Chung-His merupakan Marshal
    tentera empat bintang yang meninggal dunia di
    Taipei pada 2 Disember 1966.
  • Jeneral Muhammad Ma Chi Yuan, orang yang
    menumpaskan tentera Komunis di wilayah Kansu pada
    tahun 1948.

14
Islam di China Nama-nama Keluarga Masyarakat
Cina Muslim
  • Dalam zaman Dinasti Yuan, pendatang-pendatang
    Islam kebanyakannya menggunakan nama keluarga
    orang-orang Han yang bukan Islam seperti Chau,
    Chien, Sun, Lee dan sebahagiannya menggunakan
    nama asal mereka.
  • Masyarakat Cina Islam, ramai yang menggunakan
    nama keluarga Ma. Tetapi nama Ma ini tidak
    semestinya nama Islam . Nama keluarga ini
    terdapat di Barat China.
  • Ramai di kalangan masyarakat Islam menggunakan
    nama yang dieja dengan huruf mim pada
    pangkalnya seperti Masud, Mahmud, Malik, Majid
    bahkan juga Muhammad.

15
  • Walaupun nama keluarga orang Islam Cina banyak
    yang menggunakan nama Ma, namun ada juga di
    antara mereka yang menggunakan nama-nama asal
    mereka yang diringkaskan.
  • Umpamanya , Kha (untuk Khalid atau Hassan), Lah
    (untuk Abdullah), Dah untuk Dawood, Saa (untuk
    Saad), Ai (untuk Isa), Man (untuk Mansor), Bah
    (untuk Baharuddin) dll.
  • Ada juga di kalangan masyarakat Islam Cina yang
    mempunyai nama keluarga Chu menukarkannya
    kepada Heh (hitam) kerana Chu bermaksud babi
    yang tidak disukai oleh orang Islam.
  • Hanya orang Islam dari An Hui yang masih
    mengekalkan nama keluarga Chu berasal dari
    keturunan Chu Yuan Chang, Maharaja Pertama
    Dinasti Ming yang beragama Islam.

16
INTERAKSI ANTARA ISLAM DAN CINA DI MALAYSIA
  • Masyarakat Cina yang berhijrah ke Malaysia pada
    masa lalu diterima dengan baik oleh masyarakat
    Melayu ketika itu kerana ajaran Islam yang
    menekankan sifat menghormati tetamu.
  • Masyarakat Baba dan Nyonya yang wujud di Melaka
    khususnya merupakan satu manefestasi interaksi
    yang baik antara masyarakat Cina dan Melayu.
  • Baba dan Nyonya terus mengamalkan agama asal
    mereka walaupun mereka telah mengamalkan budaya
    Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu.

17
INTERAKSI TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN INDIA
  • Tamadun India merupakan tamadun yang tua.
  • Tamadun yang telah berumur lebih daripada lima
    ribu tahun ini boleh dibahagikan kepada beberapa
    zaman, umpamanya
  • Zaman Pra Sejarah,
  • Zaman Veda,
  • Zaman Dinasti Maurya,
  • Zaman Emayar Gupta,
  • Zaman Kerajaan Islam,
  • Zaman Penjajahan Portugis dan Belanda ,
  • Zaman Pemerintahan British,
  • zaman Merdeka.
  • Zaman pelbagai pemerintahan ini meninggalkan
    kesan besar serta mempengaruhi sifat luaran dan
    dalaman negara itu sekarang.

18
Asal Usul Nama India
  • Nama negara India dalam Zaman Klasik adalah
    berasaskan kepada bahasa Sanskrit iaitu Bharata
    Varsha atau Bhrarata Khanda sempena nama
    seorang pemerintah India ketika itu iaitu
    Bharata.
  • Nama lain bagi India ialah Jambu-Dvipu.
  • Orang-orang Greek menamakan kawasan ini sebagai
    Indu. Berdasarkan kepada nama Indu inilah maka
    India dikenali sebagai sebuah negara.

19
PEMERINTAHAN ISLAM
  • India telah diperintah oleh pelbagai dinasti
    kerajaan Islam untuk jangka masa yang agak
    panjang.
  • Kesan peninggalan pemerintahan Islam di India
    kekal sehingga ke hari ini.
  • Antara kesan pemerintahan Islam ialah di India,
    yang kini penduduknya melebih 1 bilion orang
    terdapat hampir 150 juta penganut Islam.
  • Bilangan penduduk Islam di India merupakan kedua
    teramai selepas penganut agama Hindu.
  • Pengaruh pemerintahan Islam di India terakam
    juga dalam seni bina dan pembentukan bahasa.

20
PEMERINTAHAN ISLAM
  • Pemerintahan Islam berjalan selama lebih daripada
    700 tahun bermula pada tahun 711 apabila seorang
    pahlawan Islam bernama Muhammad bin Qasim
    menawan satu daerah bernama Daybul.
  • Masyarakat beragama Hindu dan Buddha yang tidak
    mahu menganut agama Islam dan mahu hidup
    berbaik-baik telah dilayan sebagai zimmi .
  • Pemerintah Islam telah membangunkan bandar Islam
    pertama di India bernama Mansurah pada tahun 730
    dan tidak lama selepas itu, bandar ini telah
    menjadi pusat Islam dan ibu kota negara Islam
    pada tahun 850.
  • Dari situ Islam telah berkembang ke Punjab di
    Utara dan Gujerat di Timur dan Selatan.

21
Antara Pemerintah Islam di India
  • Mahmud Ghazni (999)
  • Muhammad Ghur (1174 M-1206).
  • Qutb-ud-Din (- 1228).
  • Alau ud Din (1296M-1316M).
  • Jalaludin Akbar (1556-1605)
  • Jahangir (1605-1627)
  • Shah Jahan (1627-1658)
  • Aurengzeb (1659-1707 )

22
KESULTANAN DELHIKerajaan Ghori ( 1186-1206)
  • Kerajaan Ghori didirikan oleh Alauddin Hussein
    bin Hussein.
  • Alauddin telah digantikan oleh anaknya Ghiatuddin
    dan Shahabuddin yang kemudiannya dikenali sebagai
    Muhammad al-Ghori.
  • Muhammad al-Ghori telah tewas kepada tentera
    Rajpu pimpinan Prithvi Raj tetapi kemudiannya
    mencapai kemenangan ke atas Orithvi Raj di sebuah
    tempat bernama Tarain.
  • Dari kota Ghori, beliau berpindah ke Lahore dan
    kemudiannya ke Delhi.

23
KERAJAAN MUGHAL
  • Kerajaan Mughal merupakan kerajaan yang diasaskan
    oleh orang-orang berketurunan Monggol.
  • Sejarah orang Monggol menyerang dan melenyapkan
    pemerintahan Bani Abbasiyah di Baghdad pada tahun
    1258 amat menyayat hati.
  • Namun demikian, tentera Monggol yang begitu kejam
    akhirnya menganut Islam dan membawa obor Islam
    pula ke India.
  • Daripada nama Monggol inilah nama Mughal
    diperolehi.
  • Pemerintahan Mughal berakhir dan digantikan pula
    oleh pemerintahan Inggeris. Pemerintahan Inggeris
    di India berakhir pada tahun 1947

24
DASAR PENTADBIRAN DAN KEGIATAN INTELEKTUAL ZAMAN
MUGHAL
  • Pemerintah menjadi penaung kepada kegiatan
    keilmuan.
  • Pada zaman Babur telah diwujudkan Jabatan Kerja
    Raya (Shurat-I-Am) yang berperanan mendirikan
    kolej-kolej dan sekolah-sekolah.
  • Humayun pula mendirikan madrasah di Delhi dan
    menukarkan rumah hiburan kepunyaan Sher Khan
    menjadi sebuah perpustakaan.
  • Akhbar pula telah mendirikan kolej-kolej di
    Fatehpur Sikri, Agra dan lain-lain.
  • Jahangir pula telah membuat dasar bahawa harta
    pusaka hartawan yang tidak mempunyai waris
    digunakan untuk membina dan memperbaiki
    madrasah, tempat-tempat ibadah dan lain-lain
    lagi.

25
CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA - BAHASA
  • Muncul satu bahasa iaitu Zaban-e-Hindawi iaitu
    Urdu.
  • Bahasa ini mempunyai nahu Prakrit dengan
    perbendaharaan kata Parsi, Arab dan Turki.
  • Ia ditulis dengan skrip Arab tetapi diubah untuk
    mewakili bunyi bukan Arab.
  • Urdu di kawasan-kawasan lain disebut Urdu Dekani
    dan Urdu Lucknowi, tetapi yang menjadi dominan
    ialah Urdu Kerajaan Moghul.
  • Bahasa ucapan disebut Hindustani dan contoh
    perbendaharaan kata Urdu ialah wajib dan munsyi

26
CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA - BAHASA
  • Dalam bahasa Urdu majalah dan surat khabar sangat
    banyak diterbitkan oleh umat Islam di India.
    Antaranya ialah
  • Majalah al-Maarif yang diterbitkan oleh Darul
    Mushannifin di kota Azamgarh. Majalah ini terbit
    sejak tahun 20an sehingga hari ini.
  • Majalah al-Hilal yang diterbitkan di Calcutta
    oleh Maulana Abu Kalam Azad dan kawan-kawannya.
  • Majalah Tamir Hayat yang diterbitkan oleh
    Nadwatul Ulama Lucknow merupakan majalah yang
    memuatkan rencana ilmiah dan perkembangan yang
    terjadi di dalam dunia Islam

27
CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA -
PENDIDIKAN
  • Hasil daripada dasar pendidikan baru yang
    diperkenalkan oleh Akbar, pemerintah teragung
    zaman Moghul ramai orang Hindu berpeluang
    mempelajari bahasa Parsi dan cemerlang di
    madrasah-madrasah serta menjadi guru.
  • Terdapat juga ahli-ahli fizik Hindu yang
    melakukan penulisan buku sains perubatan dalam
    bahasa Parsi.

28
CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA -
PENDIDIKAN
  • Dalam bidang sejarah, karya-karya penting pada
    zaman pemerintahan Islam di India adalah seperti
    berikut
  • Tarikh-i-Muzaftarim karya Muhammad Ali Ansari
  • Ibrat-Nama karya Khairuddin
  • Sair-ul-Mutakherin karya Ghulam Husain
  • Imad-ur-Saadat oleh Ghulam Ali Naqvi

29
CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA -
PENTERJEMAHAN
  • Dalam bidang penterjemahan, pemerintah-pemerintah
    Muslim menterjemah karya-karya Hindu biasanya
    untuk motif kesarjanaan, antaranya
  • terjemahan Ramayana, Mahabhrata dan Bhagavata
    Purana ke dalam bahasa Bengali,
  • Mahabharata dan Rajatarangini (Sejarah Kashmir)
    ke dalam bahasa Parsi.

30
CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA SENI
LUKIS
  • Pada masa pemerintahan Akbar, bilangan pelukis
    Hindu di istana beliau adalah begitu ramai
    sehingga gaya lukisan Hindu telah mendominasikan
    gaya lukisan Parsi.
  • Institut Lukisan Moghul diasaskan pada zaman ini
    bertujuan untuk memadukan gaya lukisan Islam
    dengan gaya lukisan Hindu.
  • Setelah kematian Akbar, elemen-elemen Hindu
    bertambah banyak dalam lukisan Moghul.

31
CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA SENI
LUKIS
  • Institut Lukisan Moghul telah mencerminkan
    aspirasi politik Akbar. Antaranya ialah
  • Lukisan dinding berkembang maju di ibu kota Akbar
    iaitu Fathpur Sikri (1570-85).
  • Pelukis handalan Hindu yang terlibat ialah
    Basavan, Lal dan Dasvanth.
  • Terdapat juga lukisan dalam Razm-Nama iaitu
    terjemahan Mahabharata dalam bahasa Parsi.

32
CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA
PERSAJAKAN
  • Amir Khusraw ( 1253-1325) merupakan seorang
    Indo-Muslim yang terulung dalam bidang persajakan
    dan sastera.
  • Khawaja Najm-ud-din Hasan atau lebih dikenali
    dengan nama Mir Hassan Dihlvi. Beliau amat
    terkenal dengan Ghazal Persia yang menarik dan
    mudah difahami.
  • Ghalib merupakan seorang penyair Urdu yang
    cemerlang dan Ghazal ciptaan beliau masih popular
    sehingga sekarang.

33
CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA SENI
BINA
  • Seni bina menunjukkan gabungan ciri-ciri India
    dan Parsi.
  • Mengalami perkembangan pesat pada zaman Moghul
    dengan pembinaan bangunan Kabuli Bagh di Panipat,
    Jami Masjid di Sambal dan sebuah masjid di Agra.
  • Shah Jahan merupakan seorang pemerintah yang
    unggul dalam bidang seni bina dengan pembinaan
    Taj Mahal berdasarkan konsep dan gaya Islam .
  • Tetapi penggunaan bahan, kerja-kerja ukiran dan
    motif-motif bungaan lebih bercirikan seni bina
    Hindu.

34
PENUTUP
  • Interaksi antara tamadun adalah suatu
    pertembungan yang saling memperkayakan antara
    satu tamadun dengan tamadun yang lain.
  • Hasil daripada kreativiti yang tinggi melahirkan
    banyak manfaat kepada semua orang tanpa mengira
    latar belakang anutan agama, bangsa mahupun
    budaya.
  • Pertembungan yang positif seharusnya digalakkan
    untuk kebaikan generasi muda yang bakal menjadi
    pemimpin negara suatu hari nanti.
  • Saling faham-memahami persamaan dan perbezaan
    budaya tidak seharusnya menjadi penghalang
    permuafakatan demi kebaikan agama, bangsa dan
    negara.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com