Hj Fadzlullah Hj Shuib - PowerPoint PPT Presentation

1 / 44
About This Presentation
Title:

Hj Fadzlullah Hj Shuib

Description:

Hj Fadzlullah Hj Shuib Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) Universiti Teknologi MARA, Kuala Pilah Negeri Sembilan 4. Syariah dan Kepentingannya dalam Sains dan ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:256
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 45
Provided by: MohammadM
Category:
Tags: fadzlullah | hukum | ilmu | shuib

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Hj Fadzlullah Hj Shuib


1
  • Hj Fadzlullah Hj Shuib
  • Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU)
  • Universiti Teknologi MARA, Kuala Pilah
  • Negeri Sembilan

4. Syariah dan Kepentingannya dalam Sains
dan Teknologi 4.1 Kepentingan syariah dalam
sains dan teknologi4.2 Konsep Qawaid
Fiqhiyah4.3 Aplikasi Qawaid Fiqhiyyah dalama
sains dan teknologi
2
4.1 Kepentingan syariah dalam sains dan
teknologi 
  • PENGERTIAN SYARI'AH
  • Segala apa yang dijelaskan oleh Allah kepada
    hamba2-Nya yang terdiri dari aqidah, ibadah,
    akhlak, muamalah dan sistem2 hidup, serta
    cabang2nya yang pelbagai untuk mengatur hubungan
    manusia dengan Tuhan mereka dan hubungan sesama
    mereka bagi mencapai kebahagian hidup di dunia
    dan akhirat.

3
KEUNGGULAN SYARIAH 
  • Bersifat Menyeluruh dan Mencakup
  • Keseimbangan
  • Tetap dan Fleksibel
  • Unggul dan Realistik

4
4.2 Konsep Qawaid Fiqhiyah
  • Firman Allah SWT,Surah al-Hadid ayat 25
  • ?????? ??????????? ????????? ???????????????
    ???????????? ???????? ?????????? ?????????????
    ????????? ???????? ???????????
  • Maksudnya Sesungguhnya Kami telah utuskan
    rasul2 Kami dengan membawa bukti2 dan mujizat
    yang jelas dan nyata, dan Kami telah turunkan
    bersama mereka kitab dan neraca supaya manusia
    menegakkan keadilan

5
Syariah Neraca Kehidupan
  • ???????????? ???????? ?????????? ??????????
    ?????????? ?????? ?????? ???????? ???? ??????????
    ????????????? ???????? ???????? ????????? ?????
    ??????? ?????? ????? ????????? ????????????
    ?????? ?????? ???? ???????? ??????? ?????????
    ??????? ???????? ????????????
  • Maksudnya Kami telah menurunkan kitab suci
    al-Quran kepada dikau dengan membawa kebenaran
    dan membenarkan kitab2 terdahulu
    daripadanya,serta memeliharanya.Maka hendaklah
    engkau hukumkan antara mereka menurut peraturan2
    yang diturunkan oleh Allah,janganlah kamu
    mengikut hawa nafsu mereka dengan menyimpang
    daripada kebenaran yang engkau terima daripada
    Allah,Kami jadikan satu syariah dan jalan yang
    lurus untuk tiap2 golongan kamu.
  • Surah al-Maidah ayat 48

6
Pelaksanaan syariah
  • Pelaksanaan syariah dalam konteks memahamkan
    masyarakat tentang keunggulan dan keistimewaannya
    memerlukan pendekatan yang dinamik.Lebih2 lagi
    dalam menangani persoalan kontemporari yang
    sentiasa berkembang.

7
Kaedah2 hukum
  • Salah satu pendekatan itu ialah memahami tujuan
    syariah dan ruh perundangan tulen yang didasarkan
    kepada keadilan dan keperluan masyarakat.Disinilah
    letaknya disiplin pengajian kaedah2 hukum untuk
    memenuhi keperluan dan maslahah ummah.

8
Prinsip dan kaedah hukum
  • Syeikh Izzudin menjelaskan bahawa Prinsip dan
    kaedah hukum adalah mengaitkan hukum2 Islam
    dengan kemaslahatan ummah didunia dan
    akhirat.Imam al-Syatibi didalam al-Muwafaqat
    menyataan prinsip syariah Islam ialah mencari
    manfaat dan menghindari kerosakan keatas
    manusia.Ibn al-Qayyim pula menyatakan,
    Sesungguhnya asas dan pokok syariah ialah
    hikmah,keadilan Allah dan kemaslahatan manusia
    didunia dan akhirat.

9
Prinsip2 syariah
  • Antara prinsip syariah ialah
  • 1. ?????? ???? ??????? bermaksud kesukaran
    mendatangkan kesenangan.
  • 2.?????? ??? ??? ???? bermaksud sesuatu perkara
    bila sempit menjadi luas
  • 3 ??????? ? ???? ????????? bermaksud keadaan
    darurat mengharuskan perkara yang dilarang
  • 4..?????? ?? ???? ????? bermaksud keyakinan
    tidak dihilangkan oleh syak
  • 5 ????????? bermaksud kemudaratan dihilangkan
  • 6. ?????? ????? bermaksud adapt kebiasaan
    diperakui sebagai hukum
  • 7 ??? ????? ?????? ??????? ??? ?????? bermaksud
    berhimpun halal dan haram yang haram menguasai.
  • 8 ?? ??????? bermaksud menutup pintu kerosakan

10
Kaedah dalam Kuliah Feqah
  • Kaedah dalam bahasa Arab bermakna asas rumah atau
    prinsip tetapi dari sudut istilah ia bermaksud
    perkara-perkara kulli atau umum yang dipraktikkan
    keatas masalah-masalah terperinci atau disebut
    ????? ????? ??????? ??? ???????

11
Kaedah 1 ?????? ????????
  • Tiap-tiap perkara mengikut tujuannya.Maksudnya
    segala amalan yang dilakukan oleh manusia terikat
    dengan niatnya.Tegasnya niatlah yang menjadi
    ukuran dan neraca sesuatu amalan itu mendapat
    pahala atau dosa.Al-Baihaqi meriwayatkan sabda
    Nabi SAW ??
  • ??? ??? ?? ??? ??

12
  • mafhumnyaTidak dikira amalan bagi orang yang
    tidak berniat untuk melaksanakannya.Asal bagi
    kaedah ini ialah sabda Rasulullah SAW
  • ???? ??????? ??????? ????? ??? ????? ?????
  • mafhumnyaSesungguhnya amalan-amalan itu amat
    ditentukan oleh niat dan sesungguhnya bagi
    tiap-tiap seseorang itu amalannya bergantung
    dengan apa diniatkannya.(Hadith riwayat Imam
    al-Bukhari Muslim)

13
  • Kaedah prinsip ini melahirkan beberapa kaedah
    seperti bahawa yang diiktibarkan dalam aqad2
    ialah tujuan dan maknanya bukan kepada pengucapan
    atau perkataannya.Maka hendaklah digunakan
    perkataan tertentu bagi sesuatu aqad ataq
    kontrak supaya niatnya menjadi sah dan
    diambilkira oleh hukum syarak.Kaedah ini
    menimbulkan kaedah larangan membuat aqad yang
    diarahkan kepada tujuan yang bertentangan dengan
    perkataan atau sifat aqad seperti jualbeli yang
    bertujuan riba atau nikah tahlil atau percina
    buta yang dilaknat oleh hokum syarak bersandarkan
    sabda Rasulullah SAW ??? ???? ?????? ???????
    ??Mafhumnya Allah telah melaknat muhalil dan
    orang yang ditahlilkan kepadanya.
  •  

14
  • Dalil dan argument syarak terlalu sarat mengenai
    keabsahan qasad atau niat didalam sesuatu aqad
    atau kontrak/perjanjian.Qasadlah yang menentukan
    sah atau sebaliknya,halal atau haram.Contohnya
    binatang sembelihan yang disembelih bukan kerana
    Allah adalah haram dimakan.Selanjutnya perahan
    anggur untuk dibuat cuka adalah halal,sebaliknya
    perahan anggur untuk dibuat arak adalah haram.

15
  • Tegasnya setiap ayat al-Quran dan Hadith
    Rasulullah SAW mengandungi sebab atau illat
    penurunannya dan persabdaan Rasul SAW..Contohnya
    firman Allah Surah al-Nisa ayat 165 dan Surah
    al-Anbiya ayat 107 mengenai tujuan atau illah
    perutusan Nabi Muhammad SAW.

16
  • Para mujtahidin begitu mengambil perhatian
    terhadap hadith tentang niat.Imam al-Baihaqi
    menyatakan bahawa kepentingan hadith tentang niat
    kerana semua manusia terikat dengan tiga dimensi
    penting dalam kehidupan mereka iaitu hati,lidah
    dan anggota pancaindera,sedangkan niat merujuk
    kepada fungsi hati yang diibaratkan sebagai raja
    yang memerintah lidah dan pancaindera.

17
  • Perkara-perkara yang memerlukan niat,antaranya
    menurut Imam al-Suyuti didalam kitabnya Al-Isybah
    wa al-Nazair,ia dapat membezakan ibadat dengan
    adat serta membezakan darjah-darjah ibadat
    seperti yang fardhu,sunat dan harus.
  • Kebiasaannya niat berlaku dipermulaan
    ibadat,manakala tempat niat adalah didalam
    hati.Istilah fiqah niat adalah ??? ?????
    ?????? ??????

18
  • Maknanya qasad atau menuju kepada sesuatu yang
    disertai dengan perbuatan.Dari perspektif syarak
    pula mengkhususkan niat kepada sesuatu perbuatan
    untuk mencari keredhaan Allah dan mematuhi
    hukumNya.Tegasnya niat bukan sekadar pengucapan
    lidah tetapi diqasadkan didalam hati.

19
  • Ada juga situasi yang tertentu yang tidak cukup
    berniat dalam hati tetapi memerlukan perkataan
    seperti berniat untuk mentalaqkan isteri atau
    untuk bernazar.
  • Pra Syarat Niat
  • 1. Beragama Islam
  • 2. Mumayyiz
  • 3. Mengetahui perkara yang diniatkan itu.Kata
    Imam al-Baghui,tidak sah sholat seseorang yang
    tidak tahu kewajipan berwudhu.
  • 4. Janganlah membawa perkara yang membatalkan
    ibadat seperti murtad dan ragu-ragu dalam
    melaksanakan ibadat.
  •  

20
Kaedah 2 ?????? ?? ???? ?????
  • bermaksud keyakinan tidak dihilangkan oleh syak.
    Sesuatu perkara yang telah diyakini berlaku,
    sebarang keraguan yang datang kemudian untuk
    meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Perkara
    asal dan yang yakin itu tidak boleh ditinggalkan
    hukumnya disebabkan oleh sebarang syak atau
    keraguan. Apa yang telah tetap dan teguh itu
    tidak terangkat atau berganjak dengan sebab
    kedatangan syak kepadanya.Tanggungjawab apabila
    dibina atas keyakinan ia tidak terlepas kecuali
    dengan yakin

21
  • Keyakinan menurut Raghib al-Asfahani ialah
    tetapnya atau diamnya sesuatu kefahaman berserta
    tetap hukum. Yakin merupakan sifat yang lebih
    tinggi daripada makrifah, buktinya dikatakan ilmu
    al-yaqin dan tidak dikatakan makrifat
    al-yaqin.Keyakinan juga adalah sesuatu yang pasti
    berdasarkan kajian dan bukti iaitu sesuatu yang
    menjadi tetap melalui penglihatan atau dengan
    adanya dalil. 

22
  • Contohnya Apabila seseorang kamu ragu-ragu
    ketika sembahyangnya, ia tidak ingat berapa
    rakaatkah yang telah dilakukannya 3 rakaat
    atau 4 ? Hendaklah ia ketepikan keraguan tersebut
    dengan keyakinan dan berpegang kepada apa yang
    diyakininya
  • Imam al-Suyuti didalam Al-Isybah wa al-Nazair
    menyatakan bahawa hujah bagi kaedah ini adalah
    sebuah hadith Rasulullah SAW yang ditanya oleh
    seorang lelaki yang bertanya tentang keraguannya
    ketika sholat samada telah keluar sesuatu
    daripada perutnya lantas Junjungan SAW menyatakan
    ?? ????? ??? ???? ???? ?? ??? ????

23
  • Rasulullah SAW memperingatkan bahawa orang yang
    berkhayal dia dalam keadaan berhadath ketika
    sholatnya supaya jangan keluar daripada sholat
    itu sehingga dia yakin berhadath kerana mendengar
    suara atau tercium baunya.Sehubungan itu hadith
    yang disandarkan kepada Imam Muslim boleh
    dirujuk. ??? ?? ????? ?? ????? ??? ????? ? ?????
    ?? ?????
  • Yang bermaksud apabilah seseorang dari kamu
    meragui telah sholat 3 rakaat atau 4 rakaat
    maka hendaklah dia kembali kepada apa yang
    diyakininya.Hadith ini menggambarkan perintah
    yang jelas tentang keperluan beramal terhadap apa
    yang diyakini dan mengenepikan apa yang diragui.

24
Kaedah 3Kesulitan Membawa kepada
Kemudahan?????? ???? ???????
  • Kaedah ini bertitik tolak dari konsep rukhsah
    atau keringanan yang patut dicari penyelesaian
    untuk menghindari kesulitan yang menimpa umat
    Islam.Berdasarkan kepada ruh ajaran al-Quran dan
    al-Sunnah berikut
  • 1.Firman Allah Surah al-Hajj ayat 78 ?????
    ?????? ?????????? ??? ???????? ???? ??????
  • MaksudnyaTidak dijadikan kesusahan keatas kamu
    dalam urusan agama(syariat Islam)
  • 2.Surah al-Baqarah ayat 185 ??????? ??????
    ?????? ????????? ????? ??????? ?????? ?????????
  • MaksudnyaAllah menghendaki kesenangan kepada
    kamu dan Dia tidak menghendaki kesukaran keatas
    kamu.

25
  • 3.Sabda Rasulullah SAW ????
    ???????? ??????
  • MafhumnyaAku dibangkitkan dengan sistem hidup
    yang suci murni lagi berkelapangan.(Hadith
    diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah yang
    dikeluarkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal didalam
    masnadnya).
  • 4.Sabda Rasulullah SAW ???? ????? ?????? ???
    ?????? ??????
  • MafhumnyaSesungguhnya kamu dibangkitkan dengan
    menganjurkan kemudahan dan bukan dibangkitkan
    untuk menimbulkan kerumitan.(Hadith riwayat Imam
    al-Bukhari dan Imam Muslim daripada Abu
    Hurairah).

26
  • Sebenarnya taklif syariat Islam mengandungi
    pertanggungjawaban yang mencabar dan memerlukan
    kepada ketabahan dan keikhlasan untuk
    melaksanakannya.
  • Justeru itu syariat Islam mengemukakan tujuh
    landasan kesenangan atau keringanan ketika
    berdepan dengan situasi yang sukar
  • 1.Bermusafir yang diberi rukhsah atau keringanan
    sholat musafir,sholat jumaat dan meninggalkan
    puasa Ramadhan.
  • 2.Sakit yang mengizinkan seseorang itu
    bertayammum demi kemaslahatannya serta diberi
    keringanan dalam pelbagai perintah syariat.

27
  • 3.Paksaanseseorang yang diugut dan dipaksa yang
    mengancam nyawanya untuk melanggar syariat dan
    meninggalkan kewajipannya.
  • 4.Lupayang menyebabkan tidak berdosa seseorang
    itu meninggalkan kewajipan atau melanggar
    peraturan syariat.
  • 5.Kejahilanseseorang yang tidak mengetahui
    sesuatu perkara yang menyebabkan dia melanggar
    atau meninggalkan kewajipan syariat.
  • 6.Kesukaran am yang tidak dapat dihindari yang
    disebut Umum al-Balwa.
  • 7.Kekurangan dan ketidakupayaan yang menyebabkan
    gugurnya taklif.

28
Prinsip feqah ini melahirkan kaedah2 lain seperti
  • ???????? ???? ????????? Keadaan yang sukar
    mengharuskan yang dilarang.Sebagaimana yang
    dijelaskan didalam nas-nas berikut
  • Firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah ayat 3
  • ?????? ???????? ??? ?????????? ?????? ???????????
    ????????? ??????? ?????? ??????? ????????
  • MaksudnyaSesiapa yang terpaksa ketika terlalu
    lapar dengan memakan yang haram tetapi tidak
    cenderung kepada dosa,maka tidak mengapa kerana
    sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
    Penyayang.
  • Firman Allah SWT surah al-Nahl ayat 106

29
  • ??? ?????? ???????? ??? ?????? ????????? ??????
    ???? ???????? ?????????? ??????????? ????????????
    ???????? ???? ?????? ??????????? ???????
    ???????????? ?????? ????? ?????? ???????? ???????
    ???????
  • MaksudnyaBarangsiapa yang engkar setelah dia
    beriman kecuali orang yang dipaksa sedangkan
    hatinya masih tetap beriman,tetapi sesiapa yang
    berlapang dadanya kepada kekafiran nescaya dia
    akan menerima kemurkaan Allah dan dia akan
    diseksa dengan seksaan yang amat besar.

30
Kaedah 4Kemudaratan dihindari ????? ????
  • Profesor Ahmad Fahmi Abu Sunnah didalam bukunya
    "Madkhal al-Fiqhi al-Islami" menegaskan bahawa
    kaedah feqah ini amat mendasari syariah Islam
    serta perlu diimplementasikan dalam kehidupan
    manusia.Contohnya barangan curi atau rompakan
    hendaklah dikembalikan kepada tuanpunyanya.Sekiran
    ya harta itu rosak maka hendaklah dibayar
    gantirugi.Sebuah hadith Rasulullah SAW yang
    diriwayatkan oleh Imam Malik didalam
    Mauthanya,Al-Hakim didalam al-Mustadrak,Al-Baihaq
    i,Ad-Daruqutni dan Ibn Majah menyatakan ?? ???
    ??? ????yang bermaksud tidak ada kemudaratan dan
    tidak dimudaratkan.

31
  • Menghindari kemudaratan sering menimbulkan
    pelbagai implikasi namun kemudaratan yang lebih
    ringan atau khas boleh diambil untuk mengelakkan
    kemudaratan yang lebih umum dan besar.Para ulama
    usul al-fiqh mengemukakan kaedah ????? ???? ?
    ???? ??? ??? ????? "ditanggung
  • kemudaratan khas demi menolak kemudaratan
    am".Contohnya peniaga senjata api dilarang
    menjual senjata ketika berlaku perang saudara
    untuk menghindari semakin maraknya perang
    itu.Contoh yang lain para peniaga dilarang
    menaikkan harga barang ketika berlakunya
    kekurangan barangan tersebut.

32
  • pihak kerajaan dikehendaki menentukan harga
    barangan menurut nasihat pakar-pakar
    ekonomi.Terlalu banyak contoh kaedah ini dalam
    rangka menghindari kemudaratan yang lebih besar
    didalam masyarakat yang menggugat maqasid syariah
    dan dalam rangka mengawal maslahah umum.

33
(No Transcript)
34
(No Transcript)
35
(No Transcript)
36
(No Transcript)
37
(No Transcript)
38
(No Transcript)
39
(No Transcript)
40
(No Transcript)
41
(No Transcript)
42
(No Transcript)
43
(No Transcript)
44
(No Transcript)
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com