MINANGKABAU - PowerPoint PPT Presentation

1 / 27
About This Presentation
Title:

MINANGKABAU

Description:

Fahaman Islam: Mengembara adalah digalakkan untuk mempelajari dari tamadun-tamadun yang kekal dan binasa untuk meningkatkan iman kepada Allah. Fahaman Islam: ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:355
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 28
Provided by: amaljayaCo
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: MINANGKABAU


1
MINANGKABAU
2
PENGENALAN
  • Merupakan penduduk asal kawasan yang kini
    dikenali sebagai Sumatra Barat di Indonesia.
  • Kebudayaan mereka bersifat keibuan.
  • Harta dan tanah diwariskan dari ibu kepada anak
    perempuan, agama dan politik merupakan urusan
    kaum lelaki.
  • Kini sekitar 4 juta orang Minang tinggal di
    Sumatra Barat, sementara lagi 3 juta berada di
    kebanyakan bandar dan pekan di Indonesia.

3
  • Suku Minangkabau kuat pegangan agama Islam dan
    mengamalkan amalan turun-temurun yang digelar
    adat.
  • Beberapa unsur adat Minangkabau berasal dari
    fahaman animisme dan agama Hindu yang telah lama
    bertapak sebelum kedatangan Islam.
  • Pengaruh agama Islam masih kuat di dalam adat
    Minangkabau, seperti yang tercatat di dalam
    pepatah mereka, Adat basandi syara', syara'
    basandi Kitabullah, yang bermaksud, adat
    (Minangkabau) bersendi hukum Islam dan hukum
    Islam bersendi Al Qur'an.

4
MITOS ASAL-USUL NAMA
  • Perkataan Minangkabau merupakan gabungan dua
    perkataan, iaitu, minang yang bermaksud "menang"
    dan kabau untuk "kerbau".
  • Menurut lagenda, nama ini diperolehi daripada
    peristiwa perselisihan di antara kerajaan
    Minangkabau dengan seorang putera dari Jawa yang
    meminta pengakuan kekuasaan di Melayu.
  • Bagi mengelakkan diri mereka daripada berperang,
    rakyat Minangkabau mencadangkan pertandingan adu
    kerbau di antara kedua pihak.

5
  • Putera tersebut setuju dan menonjolkan seekor
    kerbau yang besar dan ganas dan rakyat setempat
    pula hanya menonjolkan seekor anak kerbau yang
    lapar tetapi dengan tanduk yang telah ditajamkan.
  • Semasa peraduan, si anak kerbau yang kelaparan
    dengan tidak sengaja merodok tanduknya di perut
    kerbau itu kerana ingin mencari puting susu untuk
    meghilangkan kelaparannya.
  • Kerbau yang ganas itu mati dan rakyat tempatan
    berjaya menyelesaikan pergelutan tanah dengan
    cara yang aman.

6
BUDAYA MINANGKABAU
  • Masyarakat Minangkabau merupakan masyarakat
    matrilineal yang terbesar di dunia, di mana harta
    pusaka diwaris menerusi nasab sebelah ibu
  • Beberapa ahli fikir berpendapat bahawa adat
    inilah yang menyebabkan ramai kaum lelaki
    Minangkabau merantau di serata Nusantara untuk
    mencari ilmu atau mencari kemewahan dengan
    berdagang.
  • Kanak-kanak lelaki semuda 7 tahun selalunya akan
    meninggalkan rumah untuk tinggal di surau di mana
    mereka diajarkan ilmu agama dan adat Minangkabau.

7
  • Apabila remaja, mereka digalakkan untuk
    meninggalkan perkampungan mereka untuk menimba
    ilmu di sekolah atau menimba pengalaman daripada
    luar kampung dengan harapan yang mereka akan
    pulang sebagai seorang dewasa yang lebih matang
    dan bertanggungjawab kepada keluarga dan nagari
    (kampung halaman).
  • Tradisi ini berhasil mendirikan beberapa
    masyarakat rantauan Minangkabau di bandar dan
    tempat-tempat lain di Indonesia.
  • Namun ikatan mereka dengan Ranah Awak (Tanah
    Minang) masih disimpan dan dikuatkan lagi.

8
  • Satu contoh kawasan yang didiami oleh masyarakat
    Minangkabau dan masih mengamalkan adat dan budaya
    Minangkabau adalah Negeri Sembilan di Malaysia.

9
SUKU MINANGKABAU
  • Masyarakat Minang, terbahagi kepada beberapa buah
    suku, iaitu, Suku Piliang, Bodi Caniago,
    Tanjuang, Koto, Sikumbang, Malayu dan Jambak.
  • Kadang-kadang juga, keluarga yang sesuku tinggal
    dalam satu rumah besar yang dipanggil Rumah
    Gadang.
  • Penggunaan bahasa Indonesia berleluasa di
    kalangan masyarakat Minang, tetapi mereka masih
    boleh bertutur dalam bahasa ibunda mereka iaitu,
    bahasa Minangkabau. Bahasa Minangkabau mempunyai
    perkataan yang serupa dengan bahasa Melayu tetapi
    berbeza dari segi sebutan dan juga tatabahasa
    hingga menjadikannya unik dari bahasa Melayu.

10
MAKANAN
  • Salah satu aspek terkenal mengenai orang Minang
    adalah makanan tradisional mereka seperti
    rendang, soto padang (makanan sup), sate padang
    dan dendeng balado (daging dendeng berlada).
  • Restoran Minangkabau yang sering digelar
    "Restoran Padang" dapat dijumpai di merata
    Indonesia dan di negara-negara jiran yang lain.

11
UPACARA DAN PERAYAAN
  • Turun mandi - upacara memberkati bayi
  • Sunat rasul - upacara bersunat
  • Baralek - upacara perkahwinan
  • Batagak pangulu - upacara pelantikan penghulu.
    Upacara ini akan berlansung selama 7 hari di mana
    seluruh kaum kerabat dan ketua-ketua dari kampung
    yang lain akan dijemput
  • Turun ka sawah - upacara kerja gotong-royong
  • Manyabik - upacara menuai padi

12
  • Hari Rayo - perayaan Hari Raya Aidilfitri
  • Hari Rayo - perayaan Hari Raya Aidiladha
  • Maanta pabukoan - menghantar makanan kepada ibu
    mentua sewaktu bulan Ramadhan
  • Tabuik - perayaan Islam di Pariaman
  • Tanah Ta Sirah - perlantikan seorang Datuk (ketua
    puak) apabila Datuk yang sebelumnya meninggal
    dunia silang beberapa jam yang lalu (tidak payah
    didahului dengan upacara batagak pangulu)
  • Mambangkik Batang Tarandam - perlantikan seorang
    Datuk apabila Datuk yang sebelumya telah
    meninggal 10 atau 50 tahun yang lalu (mengisi
    jawatan yang telah lama dikosongkan)

13
SENI TRADISIONAL MINANGKABAU
  • Randai - teater rakyat dengan memasuki pencak,
    musik, tarian dan drama
  • Saluang Jo Dendang - serunai bambu dan nyanyian
  • Talempong - muzik bunyi gong
  • Tari Piring
  • Tari Payung - menceritakan kehidupan muda-mudi
    Minang yang selalu riang gembira
  • Tari Indang

14
KRAFTANGAN TRADISIONALMINANGKABAU
  • Kain songket
  • Sulaman
  • Ukiran kayu
  • Menukang emas dan perak

15
Agama
  • Sebuah masyarakat yang mengikut sistem saka,
    terdapat banyak persamaan di antara fahaman Islam
    dan Minangkabau (lebih lagi pada masa kini)
    sehingga menjadi sukar untuk orang Minang
    membezakan satu daripada lain.
  • Seperti contoh
  • Fahaman Islam Menimba ilmu adalah wajib.

16
  • Fahaman Minangkabau Anak-anak lelaki mesti
    meninggalkan rumah mereka untuk tinggal dan
    belajar di surau (langgar, masjid).
  • Fahaman Islam Mengembara adalah digalakkan untuk
    mempelajari dari tamadun-tamadun yang kekal dan
    binasa untuk meningkatkan iman kepada Allah.
  • Fahaman Islam Tiada wanita yang boleh dipaksa
    untuk berkahwin dengan lelaki yang dia tidak mahu
    berkahwin.

17
  • Fahaman Minangkabau Wanita menentukan dengan
    siapa yang mereka ingin berkahwin.
  • Fahaman Minangkabau Remaja mesti merantau
  • (meninggalkan kampung halaman) untuk menimba
  • ilmu dan bertemu dengan orang dari berbagai
  • tempat untuk mencapai kebijaksanaan, dan untuk
  • mencari penghidupan yang lebih baik. Falsafah
  • merantau juga bererti melatih orang Minang untuk
  • hidup berdikari, kerana ketika seorang pemuda
  • Minang berniat merantau meninggalkan
  • kampungnya, dia hanya membawa bekal
  • seadanya.

18
  • Fahaman Islam Ibu berhak dihormati 3 kali lebih
    dari bapa.
  • Fahaman Minangkabau ibu adalah
    pemimpin/pengambil keputusan di Rumah Gadang.
  • Ciri-ciri Islam begitu mendalam dalam adat Minang
    sehingga mereka yang tidak mengamalkan Islam
    dianggap telah terkeluar dari masyarakat Minang.

19
Pantang Larang Orang Tua-Tua Melayu Negeri
Sembilan
  • Wujudkan pantang larang yang menakutkan agar
    perangai yang kurang sopan tidak dilakukan oleh
    anak-anak dan cucu-cucu mereka, justeru itu
    pantang larang ini telah menjadi kepercayaan dari
    generasi ke generasi.

20
  • Ini sengaja dilakukan supaya pantang larang yang
    telah diucapkan kepada generasi muda ini dapat
    menjadi panduan ataupun pegangan hidup didalam
    masyarakat Melayu amnya. Pantang larang yang
    telah disenaraikan telah dan masih di bawa dari
    generasi ke generasi, Cuma penggunaannya kurang
    pada ketika ini.

21
Peradaban Ketika Duduk
  • Duduk di atas bantal, kena bisul
  • Duduk dihujung tikar, penjatuh
  • Duduk di atas nyiru, akan jatuh ke dalam perigi
  • Duduk dhujung hyiru, akan ditempik orang
  • Duduk diatas upeh(pinang), jatuh ketika memanjat
  • Duduk di atas dulang, jatuh kedalam perigi
  • Duduk diatas batu, berat punggung
  • Duduk dihujung bendol, mahal rezeki
  • Duduk ditiang tengah, di tembak petir
  • Duduk didalam lesong, jika lelai medapat buasir,
    perempuan pula mendapat tombong

22
Pantang Larang Ketika Makan
  • Makan Bergondol (Tidak Bersongkok), akan mati
    isteri
  • Makan Bertinggong (Mencanggung), akan mahal
    rezeki
  • Makan Bertatang, akan mati anak kecil
  • Makan Berlunjur, akan menjadi Pemalas
  • Makan bertekan tangan sebelah ke lantai, akan
    cepat lemah badan
  • Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua
  • Makan didalam pinggan sumbing, akan sumbing bibir
    anak

23
Pantang Larang Ketika Tidur
  • Tidur waktu senjakala, datang penyakit
  • Tidur waktu tengahari, pendek umur
  • Tidur membawa emah(nasi), mimpi dikejar harimau
  • Tidur bersarongkan tikar, diukur hantu
  • Tidur berbantalkan bendul, lambat dapat rezeki
  • Tidur di atas tanah, diludahkan hantu
  • Tidur diatas bengkalai (rumah/tempat yang dalam
    proses penyiapan), ditanduk lembu.
  • Tidur di atas ikar sembahyang(sejadah) kena kurap
  • Tidur membujur dengan tiang alang, mengigau
  • Tidur berselang-seli, pantang pencuri
  • Tidur menjunjung tangan, kegemaran hantu
  • Tidur menyiarap bertatangkan kaki, mati emak
  • Tidur melentang (perempuan), datang ular

24
  • Jika tak tahan berpanas , isteri akan dilarikan
    orang .
  • Bersiul dalam kampung , akan lari semangat padi .
  • Bersiul diatas rumah , mahal rezeki ataupun akan
    naik ular , atau sial.
  • Memanjat tiang , lambat besar .
  • Memanjat pokok pisang , busung perut .
  • Membaling waktu petang , kena kepala hantu .
  • Membaling waktu senja , kalau-kalau terkena mata
    anak hantu .
  • Membaling tulang bumbung rumah , mengganas
    harimau .

25
Pantang Larang - Rumah
  • Kayu meranting (tidak berdaun) dibuat rumah ,
    alamat rumah itu akan terbakar .
  • Sedang meramukan (menyiapkan) perkayuan rumah ,
    tukang rumah bersiul , kayu rumah itu akan
    dimakan kumbang .
  • Sedang meramukan (menyiapkan) perkayuan rumah ,
    rukang rumah ke tandas buang air besar .alamat
    kayu rumah itu dimakan bubuk.
  • Mengesat hujung kayu atas bumbung
    sebelah-sebelah mengganas musang .
  • Menyambung atap bertentangan dengan pintu alamat
    akan orang yang tinggal dirumah itu bertikam /
    membunuh sesama sendiri .
  • Tiang rumah menyosang , alamat tuan rumah itu
    tidak kekal tinggal disitu .
  • Tunggul teras ditengah pelantar ,lambat senang
    penyakit .
  • Tiang guntung membelah jampar (tiang yang
    tergantung rumah tiang 16) tak berhenti penyakit

26
Pantang Larang - Makan
  • Makan kepala lutut keluar, akan mati isteri
  • Makan dalam periuk, akan buruk muka anak
  • Makan dlam belanga, comot rupa anak
  • Makan dengan penyucuk, dapat penyakit mencucuk
    meradak
  • Makan diatas bendol, lambat mendapat rezeki
  • Makan diwaktu senjakala, akan makan bersama hantu
  • Makan tak membasuh pinggan (selepas makan) bagi
    orang perempuan, akan mati kelaparan
  • Makan beremah (comot dengan nasi) sampai kepipi
    akan mendapat anak tiri
  • Jika makan, di suruh orang menambah nasi lagi,
    dan jika tidak mahu menambah lagi, kita akan
    menjadi orang yang tidak melawan orang.
  • Makan selalu minta kuah, memoton kayu atau buluh
    tidak sekata (sama) jatuhnya

27
  • Sekian, terima kasih
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com