BAB 12 GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

BAB 12 GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK

Description:

Seks bebas Sumbang mahram Rasuah Faktor gejala keruntuhan akhlak Gejala Sosial gejala sosial dilihat sebagai satu perlakuan manusia yang terkeluar dari batas-batas ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:2474
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 13
Provided by: anjungilm
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: BAB 12 GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK


1
BAB 12GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK
  • Kandungan
  • Masalah akhlak umat Islam hari ini
  • Bentuk Gejala Keruntuhan Akhlak
  • Penyalahgunaan dadah
  • Seks bebas
  • Sumbang mahram
  • Rasuah
  • Faktor gejala keruntuhan akhlak

2
Gejala Sosial
  • gejala sosial dilihat sebagai satu perlakuan
    manusia yang terkeluar dari batas-batas normal
    dan diterima umum, baik dari aspek agama, sosial
    serta budaya kehidupan masyarakat
  • Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan
    kejutan budaya yang melanda golongan remaja dan
    belia. Keadaan ini berlaku disebabkan kesan
    globalisasi yang melanda di seluruh dunia. Konsep
    dunia tanpa sempadan yang pada awalnya ditumpukan
    kepada perkembangan ekonomi telah menular dalam
    hampir semua ruang lingkup kehidupan manusia
    sejagat.
  • Penagihan dadah, seks bebas, rempit, isu bohsia,
    buli di sekolah, lari dari rumah, buang bayi,
    rogol dan penganiayaan kanak-kanak

3
 Masalah akhlak umat Islam hari ini
  • Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang
    tidak terbatas tanpa sebarang perasaan malu.
  • Terlalu berani mengadakan perhubungan jenis
    secara haram dan seks bebas tidak pernah rasa
    berdosa dan takut pada pembalasan selepas mati.
  • Berkelakuan tidak senonoh antara lelaki dengan
    perempuan di kalayak ramai ataupun di tempat
    tersembunyi.
  • Bersekedudukan lelaki dengan perempuan seumpama
    suami isteri tanpa melalui akad nikah yang sah.
  • Sudah terlalu ramai orang Islam hari ini teramat
    berani dan tanpa ada perasaan ragu sanggup
    melahirkan anak luar nikah atau anak haram.
  • Kaum wanita Islam yang berpakaian singkat dan
    mendedahkan bahagian tubuh badan dengan megah dan
    bangga tanpa segan silu.
  • Kaum lelaki yang sudah terlalu gemar dan
    menjadikan cara hidup mempergunakan wanita untuk
    melepaskan nafsu haiwaniah nya.
  • Budaya meminum alkohol atau arak sudah menjadi
    cara hidup sebahagian orang Islam yang tertentu
    di masa ini. Tidak ada perasaan takut malah
    merasa megah kerana berani minum apabila orang
    Islam lain melihatnya.

4
  • Budaya ketagihan dadah dikalangan lelaki dan
    wanita Islam hari ini yang telah menjadikan dadah
    sebagai dunia baru mereka.
  • Ketagihan kepada muzik yang mengkhayalkan secara
    berlebihan dan sanggup terkinja-kinja menari-nari
    sehingga hampir lupa kepada dunia nyata.
  • Golongan remaja Islam yang melibatkan diri dalam
    kegiatan sumbang, menyalahi undang-undang, lumba
    haram, gengstar, perasugut, menjual maruah diri
    dan banyak lagi yang seiring dengannya.
  • Anak-anak yang sudah tidak menghormati lagi
    kepada ibu-bapa, guru-guru, orang tua dan
    masyarakat marhaen.
  • Golongan yang sudah tidak menghormati lagi
    terhadap budaya Melayu dan tradisi Islam yang
    diamalkan sejak dahulu.
  • Terlalu sedikit umat Islam hari ini yang boleh
    membaca Al-Quran dan menghayati Islam sebaliknya
    sebahagian besar kita samada dewasa atau remaja
    atau kanak-kanak sudah tidak mengerti bacaan
    AlQuran dan melaksanakan perintah Allah. Dll

5
  • Punca Keruntuhan Akhlak
  • Ibubapa gagal memainkan peranan
  • Tidak ambil berat soal agama
  • Mengabaikan tanggung jawab
  • Kebebasan tidak terbatas
  • Sikap liberal yang tiada bertempat
  • Keluarga yang tidak sempurna
  • Hilang pedoman hidup
  • Pengaruh luar yang tidak seimbang
  • Budaya barat yang tiada beretika
  • Trend masyarakat barat menjadi cara hidup kita
  • Peraturan dan undang-undang yang diabaikan
  • Golongan berilmu tidak memainkan peranan
  • Pengaruh media massa

6
  • Penyalahgunaan Dadah
  • Takrif dadah
  • Iaitu bahan kimia yg dapat mengubah perasaan,
    daya persepsi, fikiran dan tindakan yg waras.
  • Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
  • Iaitu bahan kimia sama ada asli atau tiruan
    yang diperoleh daripada daun, getah atau pokok,
    apabila dimasukkan ke dlm tubuh secara dimakan,
    dihisap atau disuntik, boleh mengubah struktur
    atau fungsi tubuh
  • Prof. Madya Dzulkifli Abdul Razak
    artikel,Dadah Senario sejagat yang
    membimbangkan
  • Dadah merupakan satu istilah khas kpd sejenis
    bahan yang mendatangkan kemudharatan kpd
    kesihatan seseorang dr segi fizikal, rohani,
    tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Kesannya,
    seseorang akan bergantung hidup kepada dadah
  • Permasalahan dadah
  • Satu gejala yg mengancam keselamatan negara
  • Punca kepada pelbagai masalah sosial termasuk
    kegiatan jenayah dan maksiat.
  • Pengedar musuh utama negara, penagih beban
    kpd masyarakat dan negara

7
  • Penyalahgunaan dadah menurut Islam
  • Tiada ayat al-Quran atau hadis mengenai dadah
    secara khusus
  • Firman Allah s.w.t
  • Maksudnya ..dan janganlah kamu sengaja
    mencampakkan diri kamu ke dalam
    kebinasaan..(al-Baqarah 195)
  • Maksudnya wahai orang-orang yang beriman!
    Bahwa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan
    berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji
    dari perbuatan syaitan(al-Maidah90-91)
  • Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
    penyalahgunaan dadah haram kecuali untuk tujuan
    perubatan

8
  • Faktor penyalahgunaan dadah
  • Ingin mencuba
  • Dipengaruhi oleh rakan-rakan
  • Mencari ketenangan / menghilangkan kerungsingan
  • Tiada ketahanan jiwa
  • Kesan penyalahgunaan dadah
  • Kesan kepada penagih
  • Bertingkahlaku buruk, ketagihan, kesakitan pada
    otak, kurang zat makanan, anti sosial, terlibat
    dgn kegiatan jenayah dsb
  • Kesan kepada keselamatan negara
  • Kesan terhadap ekonomi
  • Kesan terhadap keluarga
  • Kesan terhadap masyarakat

9
  • Cara menghindari gejala dadah
  • Peranan ibubapa terhadap anak-anak
  • Memberi kasih sayang dan perhatian secukupnya
  • Luangkan masa memahami dan mengatasi masalah anak
  • Bimbingan yang berterusan
  • Jadikan ibubapa tempat anak-anak mengadu dan
    rujukan
  • Berbincang dengan cara yang baik

10
  • Seks Bebas
  • Iaitu persetubuhan lelaki dan perempuan yang
    bukan mahram tanpa melalui perkahwinan yang sah
    (Zina)
  • Seks yang menyimpang
  • Homoseksual, Lesbian (musaqah),Onani /
    masturbasi, Bestially, Fetish, Molested,
    Exhibition
  • Sumbang Mahram
  • Iaitu seseorang yang bersetubuh dengan seorang
    yang tidak dibenarkan berkahwin oleh hukum syarak
    sebab keturunan, sesusuan dan perkahwinan
  • Membendung seks terlarang
  • Berkahwin secara sah
  • Mengawal pandangan mata
  • Mengasingkan tempat tidur
  • Menutup aurat dengan sempurna
  • Menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas
    dan serius termasuk menetapkan hukuman yg lebih
    berat

11
  • Rasuah
  • Iaitu suapan sebagai satu bentuk ganjaran yang
    diterima sama ada yang berbentuk wang, hadiah,
    jawatan, kontrak dsb.
  • Firman Allah swt
  • ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ?
  • Dan janganlah kamu makan harta orang lain di
    antara kamu dgn jalan yang salah, dan jangan pula
    kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kpd
    hakim-hakim kerana hendak memakan harta manusia
    dgn berbuat dosa(al-Baqarah 188)
  • Hadis Rasulullah s.a.w, bermaksud
  • Allah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah
    dan perantara rasuah

12
  • Faktor Keruntuhan Akhlak
  • Kerenggangan dalam keluarga
  • Individualistik
  • Materialistik
  • Kurangnya didikan agama
  • Kerapuhan jatidiri
  • Pergaulan dan persekitaran
  • Media massa
  • Penyalahgunaan teknologi
  • Latihan
  • Jenayah pembuangan bayi di negara ini semakin
    membimbangkan. Fenomena ini memberi gambaran
    tentang berleluasanya perbuatan haram seks bebas.
  • Kemukakan TIGA(3) pendapat anda langkah untuk
    membendungnya dan huraikan.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com