Title: peralatan perlindungan diri ( p p e ) peralatan perlindungan
1PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )
alirdg_at_miosh.net
2Peralatan perlindungan diri (personel protective
equipment -PPE) adalah penting untuk mengelakan
berlaku kecederaan kepada anggota tubuh dan
kesihatan pekerja sewaktu bekerja.
Definasi
PPE adalah
termasuk segala bentuk pakaian dan peralatan
tambahan/aksesori yang direkacipta untuk memberi
perlindungan daripada hazad atau bahaya di tempat
kerja. Pemakaiannya adalah bertujuan untuk
melindung pemakainya dari bahaya atau
bahaya-bahaya pekerjaan yang boleh menjejaskan
kesihatan dan keselamatan. Contohnya Topi
keselamatan, sarung tangan, kasut keselamatan
dsbg.
3Penggunaan PPE yang sesuai dan betul adalah
mustahak. Disamping penggunaan yang betul kita
juga perlu tahu bagaimana untuk menyelenggara dan
memastikan PPE di dalam keadaan yang baik dan
bersih Pemilihan PPE yang tepat dan sesuai
dengan tugas dan pekerjaan adalah penting.
Majikan dan pekerja haruslah memahami tujuan,
kegunaan dan had perlindungan PPE. Peralatan
tersebut mestilah tidak diubahsuai atau
ditanggalkan walaupun ianya mungkin tidak selesa
dipakai (kadangkala peralatan perlindungan diri
tidak selesa dipakai, mungkin kerana cara
pemakaian yang tidak betul)
4PERUNTUKAN DAN PENGGUNAAN PPE
- PPE mestilah disediakan dan digunakan sewaktu
bekerja di tempat yang terdapat bahaya kepada
kesihatan dan keselamatan yang mana bahaya-bahaya
tersebut tidak dapat dikawal sepenuhnya dengan
kaedah-kaedah pengawalan yang lain. - Majikan mestilah memastikan PPE yang dibekalkan
adalah cukup dan sesuai digunakan untuk bekerja.
PPE yang dibekalkan kepada pekerja adalah secara
percuma.
5PENILAIAN DAN PERKIRAAN PPE
- Adakah ianya sesuai dengan bahaya atau risiko
yang terlibat dan keadaan tempat kerja dimana
terdapat bahaya tersebut? - Adakah ianya boleh mencegah atau mengawal
secukupnya risiko yg terlibat dengan pekerjaan? - Adakah ianya boleh dilaraskan atau kemas untuk
dipakai? - Adakah keadaan kesihatan pemakainya telah diambil
kira? - Apakah kehendak pekerjaan dan keperluan
memakainya? - Jika terdapat lebih dari satu jenis PPE yang
perlu dipakai adakah ianya bersesuaian diantara
satu sama lain?
6LATIHAN PENGGUNAAN DAN PEMAKAIAN PPE
Latihan tersebut adalah penting untuk memastikan
bahawa pengguna atau pemakai PPE tahu dan sedar
berkenaan PPE yang diperlukan, bilakah ianya
mesti dipakai, diperbaiki, diganti dan had
penggunaanya.
- Perkara-perkara penting sewaktu menjalankan
latihan PPE - Bilakah PPE diperlukan?
- Apakah PPE yang sesuai?
- Bagaimanakah cara pemakaian yang betul dan kemas?
- Apakah had-had penggunaan PPE?
- Bagaimanakah cara penjagaan yang betul,
senggaraan, tempoh hayat PPE dan waktu lupusnya?
7PENYELENGGARAAN PPE
- PPE mestilah
- di dalam keadaan baik
- bersih
- disimpan dengan betul selepas menggunakannya dan
sebaik-baiknya disimpan ditempat berkunci. - PPE gantian mestilah sentiasa disediakan untuk
mengelakkan pembaziran masa yang tidak sepatutnya
disebabkan proses pembelian PPE gantian.
8PEMAKAIAN PPE YANG BERKESAN
Pemakaian PPE akan menjadi berkesan jika
pemilihannya dibuat bertepatan dengan keperluan
penggunaannya, pengguna diberi latihan
penggunaannya dan PPE tersebut telah diuji serta
diselenggara dengan baik.
9PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )
JENIS-JENIS PPE
- Perlindungan Kepala
- Perlindungan Muka
- Perlindungan Mata
- Perlindungan Pendengaran
- Perlindungan Pernafasan
- Perlindungan Tubuh
- Perlindungan Tangan
- Perlindungan Kaki
- Perlindungan Jatuh
10(No Transcript)
11(No Transcript)
12(No Transcript)
13(No Transcript)
14(No Transcript)
15(No Transcript)
16(No Transcript)
17(No Transcript)