Title: Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik
1Unit 1 Kuliah 1Pengenalan Konsep dan Pengertian
Semantik
BBM 3206 Semantik
Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon
HamzahJabatan Bahasa MelayuFakulti Bahasa Moden
dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia
2 Pengenalan Konsep
Pengertian Semantik
- Pengenalan bidang semantik
- Perkembangan bidang semantik
- Pengertian makna secara referensial
- Pengertian makna secara kontekstual
3Pengenalan Semantik
- Bidang semantik merupakan satu bidang dalam
kajian linguistik yang mengkaji makna. - Perkataan semantik berasal daripada perkataan
Greek sema yang bererti "tanda" (sign) . sema
juga bermaksud isyarat. - Seterusnya kata itu menerbitkan kata semaine
yang bermaksud bererti. Daripada sinilah
terbitnya istilah semantik yang menamai satu
bidang ilmu yang mengkaji atau analisa makna. - Semantik ialah istilah yang merujuk kepada
kajian makna dan oleh sebab makna itu adalah
sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga
menjadi sebahagian daripada linguistik. Dalam
semantik terdapat skop-skop semantik yang
tertentu. - Menurut Palmer, Kompson Katz semantik ialah
as the study of meaning in natural language. -
4- Perkataan semantics telah diperkenalkan oleh
seorang ahli filologi Perancis, bernama Michel
Breal pada tahun (1883) dalam makalah beliau yang
bertajuk, Les Lois Intellectuelles du Langage. - Dalam makalah ini, Breal telah memberi tanggapan
bahawa semantik mempunyai kedudukan tersendiri di
luar bahasa, misalnya bentuk perubahan makna,
latar belakang perubahan makna, hubungan
perubahan makna dengan logika dan hubungan makna
dengan psikologi. (Aminuddin,198516). - Semantik teori makna atau teori erti (Verhaar,
1983)
5- Manakala SIL Glossary of Linguistic Term
mentakrif semantik sebagai satu kajian makna yang
berdasarkan ekspresi linguistik. - (Semantics is, generally defined, the study
of meaning of linguistic expressions.) - Semantik merupakan satu bidang yang bukan sahaja
mengkaji makna sesuatu perkataan, frasa, ayat
tetapi turut mencari bagaimana untuk menerangkan
makna sesuatu perkataan, frasa, ayat . - Semantik juga merupakan salah satu cabang
linguistik yang mengkaji hubungan ujaran
linguistik yang berbeza-beza seperti homonim,
sinonim, antonim, polisemi, homonim dan hiponim. - Kajian semantik juga melibatkan kajian peranan
semantik, makna dan rujukan, syarat benar dan
analisis wacana. Ilmu semantik mempunyai beberapa
tahap perkembangan. Tahap permulaan ilmu semantik
ialah semantik falsafah. Manakala tahap yang
kedua ialah semantik linguistik.
6- Dalam kajian linguistik, bidang semantik dianggap
sebagai bidang yang paling sukar untuk diterokai.
Ini kerana, untuk mengkaji makna, sama ada pada
"peringkat perkataan atau ayat, pengkaji
seharusnya mempertimbangkan sama aspek-aspek yang
bukan linguistik, seperti kebudayaan konteks
perkataan atau ayat itu diujarkan atau digunakan,
aspek-aspek psikologi penutur, alam pemikirannya,
hubungan sosial antara penutur dan pendengar,
tajuk perbincangan, dan sebagainya. - Perkara-perkara ini semuanya mempengaruhi makna.
Oleh yang demikian, untuk memberikan makna yang
paling tepat bagi sesuatu perkataan,
perkara-perkara di atas mestilah diambil
perhatian.
7 Perkembangan Bidang Semantik
- Pengkaji bahasa pada awal abad ke-19 misalnya
berminat sekali dalam mengkaji makna, khususnya
dari aspek perubahan makna, pengelasan makna dan
sebab-sebab berlakunya perubahan kepada makna
sesuatu perkataan. Semantik juga selanjutnya
telah dijadikan sebagai dasar untuk penghuraian
bahasa oleh ahli linguistik tradisional. - Pada pertengahan dan akhir abad ke-20 pula,
bidang ini semakin mendapat perhatian, khususnya
apabila munculnya golongan linguistik
transformasi. Golongan ini beranggapan bahawa
makna adalah satu aspek yang penting dalam
bahasa, sama pentingnya dengan kajian terhadap
struktur bahasa
8 Plato
- Peringkat Pertama
- Plato (429 347 SM)
- Bunyi-bunyi bahasa secara implisit mengandung
makna tertentu. Dalam bukunya yang bertajuk
Crafylus, Plato telah menggunakan perkataan
'semainein'. Katanya, "... bunyi bahasa secara
tersirat, mengandungi makna" (Aminuddin 198515).
- Kata dasarnya ialah 'sema' yang bermaksud
'isyarat' atau 'tanda' dan 'semainein' sebagai
kata terbitan bermakna 'memperlihatkan' atau
'menyatakan'.
9 Aristotle
- Salah seorang murid Plato yang terkenal ialah
Aristotle (384-322 S.M.) (Harimurti Kridalaksana
198214). Aristotle menghalusi falsafah metafizik
dalam karangannya Filsafat Pertama. - Menurut Aristotle, kata adalah satuan terkecil
yang mengandung makna. iatu (1) makna yang hadir
dari kata itu sendiri secara otonom (makna
leksikal), dan (2) makna yang hadir akibat proses
gramatika (makna gramatikal). (Ullman 19773) - Beliaulah yang mula-mula melahirkan fahaman
'logika'. Logika atau lojik akal menurut beliau
merupakan pewujudan daripada lambang yang telah
ditakrifkan maknanya. Dengan fahaman logika,
perkataan yang samar-samar atau tidak pasti
maknanya dan perkataan yang tidak terbatas
maksudnya, dihindari.
10- Memang ada perbezaan pendapat antara Plato dan
Aristotle Plato mempercayai tentang adanya
hubungan bererti antara kata (bunyi-bunyi bahasa)
dengan rujukannya. Sedangkan Aristotle,
berpendapat bahawa hubungan antara bentuk dan
erti kata adalah soal perjanjian antara
pemakainya (Moulton 1976 3). - Namun kajian terhadap bahasa tidaklah terhenti
selepas Aristotle (yang mengutamakan makna),
sebaliknya kebanyakan kajian yang kemudiannya
lebih tertumpu pada fonetik/fonologi, morfologi
dan sintaksis yang tidak mengutamakan makna. - Namun, gagasan yang dikemukakan oleh C. Chr.
Reisig (1820-1925) ahli bahasa Jerman tentang
nahu bahasanya, iaitu (1) semasiologi, (2)
sintaksis, dan (3) etimologi (Aminuddin 198515)
telah menimbulkan semula peranan makna.
11C. Chr. Reisig (1825)
- Konsep baru mengenai gramatika Gramatika
terdiri dari tiga unsur utama, iaitu a)
Semasiologi kajian tentang tandab) Sintaksis
kajian tentang susunan kalimat/ayatc) Etimologi
kajian tentang asal usul kata, - perubahan bentuk kata, dan perubahan makna
12- Peringkat Kedua
- Micheal Breal kajian semantik dikaitkan dengan
unsur di luar bahasa itu sendiri. - Misalnya
- Perubahan makna
- Makna yang berhubungan dengan logika
- Makna yang berhubungan dengan psikologi
13Ferdinand de Saussure
- Peringkat Ketiga
- Perbincangan semantik menjadi rancak semula.
Ramai ahli bahasa menekuni bidang ini sama ada
kerana keperluan linguistik itu sendiri atau ilmu
lain yang memerlukan semantik. - Salah seorang daripada mereka ialah Ferdinand de
Saussure (bangsa Swiss) yang berpendapat bahawa
bahasa merupakan satu kesatuan yang terdiri
daripada beberapa bahagian yang berhubung kait
antara satu dengan yang lain. Beliau juga
berpendapat bahawa ilmu bahasa merupakan salah
satu cabang semasiologi. - (Abu Bakar Hamid 1978152).
14 Jost Trier
- Jost Trier (bangsa Jerman) mengembangkan pendapat
de Saussure dengan mengambil kira pandangan
budayawan Jerman, iaitu J.G. von, Herder (1772)
dan sarjana bahasa dan ahli falsafah Jerman W.
von Humboldt (1836) berkenaan dengan makna,
sehingga lahirlah gagasan Medan Makna. - Medan Makna yang dimaksudkan oleh Trier di sini
ialah perkataan yang pada mulanya mempunyai makna
yang bertumpang-tindih akhirnya memiliki makna
masing-masing secara khusus.
15- Untuk gagasan ini beliau mengambil contoh bahasa
Jerman pada tahun 1200, iaitu perkataan kunst dan
list. Kedua-dua perkataan ini maknanya tercakup
dalam perkataan wisheit yang mengandungi makna
'pengalaman keagamaan'. - Satu abad kemudian, iaitu pada tahun 1300
didapati ketiga-tiga perkataan tersebut telah
memiliki maknanya sendiri. Perkataan kunst
mengandungi makna 'pengetahuan', perkataan list
yang berubah menjadi wizzen mengandungi makna
'seni' dan perkataan wisheit mengandungi makna
'pengalaman keagamaan' (Aminuddin 1985108).
16Bronislaw Malinowski
- Bronislaw Malinowski seorang ahli antropologi
telah membuat kajian terhadap sekelompok
masyarakat yang hidup di Pulau Coral (di Lautan
Pasifik). - Beliau mendapati bahawa pertuturan masyarakat di
pulau tersebut mempunyai hubungan dengan keadaan
pekerjaan mereka. Masyarakat petani misalnya
mempunyai pertuturan yang agak berbeza daripada
pertuturan masyarakat nelayan. - Daripada hasil kajiannya ini beliau menyimpulkan
satu gagasan yang kemudiannya dikenali sebagai
context of situation (keperihalan keadaan) (M.
Yunus Maris 197865-166).
17- Leonard Bloomfield, 1887-1949 (bangsa Amerika)
berpendapat bahawa dalam kajian semantik, yang
utama ialah behavior (kebiasaan berbahasa).
Kebiasaan berbahasa ini menurut beliau erat
hubungannya dengan perlakuan manusia yang
tertakluk pada stimulus (rangsangan) dan
response (tindak balas). Dengan demikian, bahasa
ialah data yang didengar. Data yang diperoleh
ini kemudian disusun dan diklasifikasikan. Hasil
cerakinan inilah yang kemudian disebut nahu.
Leonard Bloomfield
18John Rupert Firth
- John Rupert Firth, 1890-1960 (bangsa Inggeris)
seorang sarjana linguistik telah tertarik dengan
dapatan Malinowski. Jika Malinowski memandang
bahasa dari sudut antropologi, Firth pula
memandang bahasa dari sudut ilmu bahasa itu
sendiri. Beliau menyimpulkan bahawa bahasa
merupakan kesepakatan sesuatu masyarakat yang
dipengaruhi oleh keperihalan keadaan dan diterima
oleh masyarakat tersebut. - Gagasan ini kemudian dikenali sebagai Teori
Semantik Kontekstual. Teori ini sangat bermanfaat
untuk menghuraikan makna bahasa yang terdapat
dalam sesuatu masyarakat kerana setiap pentafsir
makna akan dikaitkan dengan budaya masyarakat
pengguna bahasa itu sendiri. Dari sinilah juga
timbulnya istilah 'kata pusat' dan 'ungkapan
pusat'. Antara buku Firth yang terkenal ialah The
Tongue of Man and Speech (1984) dan Paper in
Linguistics (1974).
19- Charles Kay Ogden dan I. Amstrong Richard atau
lebih dikenali sebagai Ogden Richards
berpendapat bahawa berlaku hubungan timbal balik
antara gagasan dengan rujukan serta gagasan
dengan lambang bahasa (lisan/bertulis) manakala
lambang bahasa dengan rujukan hubungannya tidak
langsung (Mansoer Pateda 198936). Perhatikan
rajah yang berikut ini -
G -
- LB
R - Petunjuk
- G gagasan
- LB lambang bahasa
- R rujukan
20- Pendapat Ogden Richards telah dikritik oleh
Stephen Ullmann (1972) dengan hujah bahawa
'rujukan' sebenarnya di luar bidang bahasa. Hujah
berikutnya beliau kemukakan bahawa takrifan
'lambang bahasa-gagasan-rujukan' sangat sukar
untuk dijelaskan dan difahami. Oleh yang
demikian, Ullmann memberikan beberapa kemungkinan
hubungan 'maksud' dengan 'perkataan'. - Jika satu perkataan (P) mengandungi satu maksud
(M), ia dapat digambarkan seperti rajah yang
berikut
21-
Nama -
Makna -
cantik -
- M1
M2
M3
- segak ayu
jelita
22Hashim Hj. Musa
- Mengikut Hashim Hj. Musa, (199444), bunyi ucapan
dan coretan tulisan yang merujuk hal tentang
makna merupakan sejenis tanda atau sign. Tanda
atau sign ialah sesuatu yang mewakili atau
melambangkan sesuatu yang lain. - Semiotik/semiologi kajian ke atas sistem tanda
dan terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu
semantik- tentang pemaknaan tanda, sintaktik
tentang kombinasi tanda-tanda, dan pragmatik-
tentang asal usul, pengguaan dan pengaruhnya
dalam perlakuan yang dihubungkan dengan tanda itu
(Ullmann, 196215).
23- Nor Hashimah Jalaluddin (19921) pengkajian
makna pada peringkat semantik belum dapat
memberikan makna sepenuhnya sebagaimana yang
dihajati oleh penutur. - Pengkajian makna seharusnya melibatkan ilmu
pragmatik, iaitu ilmu penginterpretasian makna
yang melibatkan faktor linguistik dan bukan
linguistik. Gabungan antara kedua-dua faktor
linguistik dan bukan linguistik ini dapat
membantu pengkajian makna yang lebih berkesan.
Nor Hashimah Jalaluddin
24 Makna Referensial dan Non-referensial
- Sebuah kata bermakna referensial kalau ada
referensnya, atau acuannya dalam dunia nyata.
Misalnya kata kuda, merah, dan gambar. Sebaliknya
kata-kata seperti dan, kerana tidak mempunyai
referens. - Kata-kata yang acuannya tidak menetap pada satu
maujud, melainkan dapat berpindah dari maujud
satu ke maujud lain disebut kata-kata deiktik. - Yang termasuk kata- kata deiktik adalah kata-kata
ganti nama (dia, saya, kamu), kata-kata yang
menyatakan ruang, misalnya di sini, di sana
kata-kata yang menyatakan waktu, seperti
sekarang, besok kata-kata yang disebut kata
penunjuk, seperti ini dan itu
25Makna dan Jenisnya Geoffrey Leech (1974)
- Geoffrey Leech (197426) menggolongkan makna
kepada tujuh jenis -
- Terdapat juga makna lain seperti
- 1. Makna denotasi.
- 2. Makna konteks.
1 Makna konsepsi makna kognitif.
2 Makna konotatif makna kata yang berlainan daripada makna asal makna tersirat atau makna tambahan makna emotif atau makna evaluatif.
3 Makna Stilistik makna berdasarkan situasi pengucapan.
4 Makna Afektif makna untuk menimbulkan kesan kepada pembaca dan pendengar.
5 Makna Refleksi makna yang pelbagai untuk sesuatu kata.
6 Makna Kolokasi makna berdasarkan hubungannya dengan kata lain.
7 Makna Tematik makna yang ditekankan dalam ayat.
26Kesimpulan
- Semantik ialah kajian tentang lambang atau tanda
yang menyatakan makna, hubungan antara satu makna
dengan makna yang lain serta pengaruh makna
terhadap masyarakat. - Semantik lahir daripada falsafah dan sehingga
kini bahasa masih dibayangi terus oleh falsafah.
Daripada perkembangan semantik yang telah
diperlihatkan jelas bahawa antara falsafah dengan
bahasa dan antara bahasa dengan semantik tidak
dapat dipisahkan.