PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB MELALUI KAEDAH NAHU TERJEMAHAN – KAJIAN DI KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN, PERAK.   - PowerPoint PPT Presentation

1 / 13
About This Presentation
Title:

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB MELALUI KAEDAH NAHU TERJEMAHAN – KAJIAN DI KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN, PERAK.  

Description:

persepsi pelajar terhadap pembelajaran bahasa arab melalui kaedah nahu terjemahan kajian di kolej islam darul ridzuan, perak. mohd arif bin jusoh – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:305
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 14
Provided by: pusatkemba
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB MELALUI KAEDAH NAHU TERJEMAHAN – KAJIAN DI KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN, PERAK.  


1
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA
ARAB MELALUI KAEDAH NAHU TERJEMAHAN KAJIAN DI
KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN, PERAK.  
  • Mohd Arif bin JusohFakulti Bahasa Arab, Kolej
    Islam Darul Ridzuan 

2
PERNYATAAN MASALAH
  • Salah satu faktor yang biasa dikaitkan secara
    lansung sebagai masalah dalam pendidikan bahasa
    Arab ialah pemilihan kaedah yang tepat dalam
    pengajaran.
  • Terdapat banyak kenyataan dan kajian yang
    mengaitkan punca kelemahan bahasa Arab di
    kalangan pelajar dengan kaedah pengajaran guru
    amnya dan Kaedah Nahu Terjemahan khasnya.
  • Menurut Abdul Rahim Ismail (1994), pengajaran dan
    pembelajaran bahasa Arab rata-ratanya tidak
    memfokuskan pelajar, sebaliknya tertumpu kepada
    usaha guru yang menggerakkan pembelajaran.
    Perkara ini dikaitkan secara khusus dengan gaya
    pengajaran guru yang rata-ratanya menggunakan
    pendekatan terjemahan secara berleluasa.

3
  • Kajian ini dapat memberi gambaran sejauh mana
    kebaikan dan kelemahan penggunaan kaedah Nahu
    Terjemahan dalam menarik minat sekaligus membantu
    pelajar di dalam pembelajaran bahasa Arab mereka.
  • Dari segi kaedah pengajaran, pihak yang
    bertanggung jawab akan dapat menggunakan hasil
    kajian ini untuk merancang pendekatan pengajaran,
    strategi, teknik dan aktiviti pengajaran yang
    lebih berkesan. Ini memandangkan kurikulum yang
    terancang dan menepati keperluan pelajar dapat
    membantu pelaksana atau pengamal kurikulum dalam
    menjalankan tugas pengajaran bahasa dengan lebih
    berkesan  

4
TEMPAT DAN BATASAN KAJIAN
  • Kajian telah dilaksanakan ke atas pelajar Kolej
    Islam Darul Ridzuan, Kuala Kangsar, Perak,
    terdiri daripada pelajar diploma Bahasa Arab,
    diploma Usuluddin dan diploma Syariah yang
    ditawarkan kursus bahasa Arab secara wajib.
  • Responden adalah seramai 80 orang pelajar yang
    dipilih secara rawak dari tiga Fakulti tersebut.
    Kesemua responden terdiri daripada pelajar lelaki
    (33 orang pelajar) dan perempuan (47 orang
    pelajar) yang sedang mengikuti program peringkat
    diploma, yang telah dan sedang mengambil subjek
    bahasa Arab (al-Lughah al-Arabiyyah). Responden
    perempuan melebihi responden lelaki dengan
    perbezaan sebanyak 17.6 iaitu berbeza sebanyak
    14 orang pelajar.

5
SAMPEL KAJIAN
  • Kesemua responden terdiri daripada pelajar
    semester ketiga, keempat, kelima dan keenam.
    Kumpulan pelajar semester ketiga merupakan
    kumpulan pelajar yang paling ramai dengan jumlah
    pelajar 37 orang (46.3).
  • Profil latar belakang akademik menunjukkan
    responden daripada Sekolah Agama Rakyat (SAR)
    merupakan kumpulan yang paling ramai iaitu 42
    orang (53 ). Manakala kumpulan pelajar Sekolah
    Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah
    Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah
    Agama Negeri (SMAN) peratusan yang diperolehi
    bagi setiap kumpulan tidak lebih dari 16 . Hal
    ini sekurang-kurangnya dapat menjelaskan bahawa
    lebih daripada separuh responden dalam kajian
    ini berlatar belakang akademik Sekolah Agama
    Rakyat (SAR).

6
DAPATAN KAJIAN
  • Tahap Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah
    Pembelajaran Bahasa Arab
  • Tahap Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah
    Pembelajaran Bahasa Arab Melalui Kaedah Nahu
    Terjemahan Di Dalam Memahami Sistem Nahu dan
    Sistem Sorof
  •  
  • Kaedah
    Min SP Tahap Persepsi
  • Kaedah nahu memahami sistem nahu
    3.86 0.46
    SEDERHANA TINGGI
  • Kaedah nahu memahami sistem sorof
    3.79 0.52
    SEDERHANA TINGGI

7
  • Tahap Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran
    Bahasa Arab Melalui Kaedah Nahu Terjemahan Di
    Dalam Memahami Sistem Nahu Dan Sistem Sorof
    Berdasarkan Jantina
  • Jantina Kaedah
    Min SP Tahap
    Persepsi
  • Lelaki N.T memahami sistem nahu
    4.03 0.53 Tinggi
  •   N.T memahami sistem sorof
    3.97 0.57 Sederhana
    Tinggi
  • Perempuan N.T memahami sistem nahu
    3.73 0.37 Sederhana tinggi
  • N.T memahami sistem sorof
    3.67 0.45 Sederhana
    tinggi
  • terdapat perbezaan persepsi antara pelajar lelaki
    dengan pelajar perempuan terhadap pembelajaran
    bahasa Arab melalui kaedah Nahu Terjemahan.

8
  • Tahap Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah
    Pembelajaran Bahasa Arab Melalui Kaedah Nahu
    Terjemahan Di Dalam Memahami Sistem Nahu dan
    Sistem Sorof Berdasarkan Bidang Pengajian
  • Bidang Pengajian Kaedah
    Min SP Tahap Persepsi
  • Dip. Syariah N.T memahami nahu
    3.83 0.48 Sederhana Tinggi
  •  N.T
    memahami sorof 3.70 0.56
    Sederhana Tinggi
  • Dip. Bahasa Arab N.T memahami nahu
    3.95 0.44 Sederhana Tinggi
  • N.T memahami
    sorof 3.95 0.40 Sederhana
    Tinggi
  • Dip. Usuluddin N.T memahami nahu
    3.85 0.46 Sederhana Tinggi
  • N.T memahami
    sorof 3.85 0.50 Sederhana
    Tinggi

9
  • Perbezaan Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran
    Bahasa Arab Mengikut Jantina
  • Kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang
    signifikan antara persepsi pelajar lelaki dengan
    persepsi pelajar perempuan terhadap pembelajaran
    bahasa Arab melalui kaedah Nahu Terjemahan
  • Nilai min dan sisihan piawai pelajar lelaki lebih
    tinggi daripada nilai min dan sisihan piawai
    pelajar perempuan.
  • Nilai min pelajar lelaki 3.84 dan sisihan piawai
    0.76. Manakala nilai min pelajar perempuan 3.43
    dan sisihan piawai 0.53.
  • Perbezaan nilai min persepsi antara pelajar
    lelaki dengan pelajar perempuan sebesar 0.41
    merupakan perbezaan yang signifikan. Ini
    ditunjukkan oleh nilai signifikan yang diperoleh
    iaitu 0.023 lt 0.05. Nilai t yang diperolehi
    2.845 gt 2.000 ( t tabel ).
  • Pada analisis deskriptif (tahap persepsi) juga
    menunjukkan persepsi pelajar lelaki terhadap
    kaedah Nahu Terjemahan lebih tinggi berbanding
    persepsi pelajar perempuan. Pelajar lelaki berada
    pada tahap tinggi dengan nilai min 4.03 dan
    sisihan piawai 0.53. Manakala persepsi pelajar
    perempuan berada pada tahap sederhana tinggi
    dengan nilai min 3.73, dan sisihan piawai 0.37.

10
  • Perbezaan Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran
    Bahasa Arab Melalui Kedah Nahu Terjemahan
    Mengikut Bidang Pengajian
  • Terdapat perbezaan yang signifikan persepsi
    pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab melalui
    kaedah Nahu Terjemahan berdasarkan bidang
    pengajian .
  • Ujian post hoc menunjukkan bahawa terdapat
    perbezaan persepsi antara pelajar diploma Syariah
    dengan diploma Bahasa Arab terhadap pembelajaran
    bahasa Arab melalui kaedah Nahu Terjemahan dengan
    nilai sig yang diperolehi 0.028 lt 0.05.
  • Seterusnya nilai signifikan 1.000 menunjukkan
    bahawa tidak terdapat perbezaan persepsi yang
    signifikan antara persepsi pelajar diploma
    Syariah dengan persepsi pelajar diploma
    Usuluddin.
  • Dan nilai signifikan 0.149 menunjukkan bahawa
    tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
    persepsi pelajar diploma Bahasa Arab dengan
    persepsi diploma Usuluddin.

11
RUMUSAN
  • Pelajar perempuan adalah yang paling ramai
    terlibat dalam kajian ini.
  • Pelajar diploma Syariah merupakan pelajar yang
    paling ramai terlibat dalam kajian ini.
  • Pelajar semester ketiga merupakan kumpulan
    pelajar yang paling ramai terlibat dalam kajian
    ini.
  • Pelajar yang berlatar belakang akademik Sekolah
    Agama Rakyat (SAR) adalah pelajar yang paling
    ramai terlibat dalam kajian ini.
  • Keputusan bahasa Arab dengan tahap lulus
    merupakan keputusan yang paling tinggi kekerapan
    dan peratusannya pada masa responden pelajar di
    peringkat PMR dan SPM dan pada tahap pengajian
    semester I dan semester II.
  • Tahap persepsi pelajar terhadap pembelajaran
    bahasa Arab melalui kaedah Nahu Terjemahan
    berada pada tahap sederhana tinggi.
  • Tahap persepsi pelajar lelaki terhadap
    pembelajaran bahasa Arab melalui kaedah Nahu
    Terjemahan di dalam memahami sistem nahu berada
    pada tahap tinggi, dan tahap persepsi pelajar
    lelaki terhadap pembelajaran bahasa Arab melalui
    kaedah Nahu Terjemahan di dalam memahami sistem
    sorof berada pada tahap sederhana tinggi.
  • Tahap persepsi pelajar perempuan terhadap
    pembelajaran bahasa Arab melalui kaedah Nahu
    Terjemahan di dalam memahami sistem nahu dan
    pembelajaran bahasa Arab melalui kaedah Nahu
    Terjemahan di dalam memahami sistem sorof berada
    pada tahap persepsi sederhana tinggi.

12
  • Tahap persepsi pelajar terhadap pembelajaran
    bahasa Arab melalui kaedah Nahu Terjemahan di
    dalam memahami sistem nahu dan persepsi pelajar
    terhadap pembelajaran bahasa Arab melalui kaedah
    Nahu Terjemahan di dalam memahami sistem sorof
    bagi pelajar diploma Syariah, diploma Bahasa Arab
    dan diploma Usuluddin berada pada tahap sederhana
    tinggi.
  • Terdapat perbezaan yang signifikan antara
    persepsi pelajar lelaki dengan persepsi pelajar
    perempuan terhadap pembelajaran bahasa Arab
    melalui kaedah Nahu Terjemahan.
  • Terdapat perbezaan persepsi terhadap pembelajaran
    bahasa Arab melalui kaedah Nahu Terjemahan antara
    pelajar diploma Syariah dengan diploma Bahasa
    Arab.
  • Tidak terdapat perbezaan persepsi terhadap
    pembelajaran bahasa Arab melalui kaedah Nahu
    Terjemahan antara pelajar diploma Syariah dengan
    diploma Usuluddin.
  • Tidak terdapat perbezaan persepsi terhadap
    pembelajaran bahasa Arab melalui kaedah Nahu
    Terjemahan antara pelajar diploma Bahasa Arab
    dengan diploma Usuluddin

13
  • SEKIAN
  • TERIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com