Bab 1: - PowerPoint PPT Presentation

1 / 64
About This Presentation
Title:

Bab 1:

Description:

Bab 1: PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN Disediakan oleh: KOLEJ MATRIKULASI PERLIS RINGKASAN TOPIK 1.1 Pengenalan Perniagaan a) Definisi Perniagaan b) Objektif Perniagaan – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1008
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 65
Provided by: stud1388
Category:
Tags: bab | politik | sistem

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Bab 1:


1
  • Bab 1
  • PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN
  • Disediakan oleh
  • KOLEJ MATRIKULASI PERLIS
  • RINGKASAN TOPIK
  • 1.1 Pengenalan Perniagaan
  • a) Definisi Perniagaan
  • b) Objektif Perniagaan
  • 1.2 Kepentingan Perniagaan Kepada Pihak
    Berkepentingan
  • a) Memenuhi Keperluan Masyarakat
  • b) Meningkatkan Peluang Pekerjaan
  • c) Meningkatkan Pembangunan Ekonomi Negara
  • d) Memenuhi Kehendak Peluang Global

2
  • 1.4 Persekitaran Perniagaan
  • Persekitaran Tugas
  • Pihak pengurusan
  • Pelabur
  • Pembiaya
  • Pekerja
  • Pengguna
  • Pembekal
  • Pesaing
  • Persekitaran Umum
  • Ekonomi
  • Teknologi
  • Sosiobudaya
  • Politik Undang-Undang
  • Global
  • Fizikal/semulajadi

3
  • 1.5 Bentuk-bentuk Entiti Perniagaan
  • Bentuk-bentuk entiti perniagaan
  • Milikan Tunggal
  • Perkongsian
  • Syarikat (Sendirian Berhad dan
  • Berhad)
  • Koperasi
  • b) Ciri-ciri entiti perniagaan

4
  • Objektif Pembelajaran
  • Memahami definisi dan objektif perniagaan.
  • Memahami kepentingan perniagaan kepada pihak
    berkepentingan.
  • Memahami fungsi-fungsi perniagaan.
  • Memahami persekitaran tugas dan umum.
  • Memahami bentuk-bentuk entiti perniagaan dan
    ciri-cirinya.

5
(a) Definisi Perniagaan
(a) Definisi Perniagaan
  • Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan
    dengan menggunakan wang atau alatan lain bagi
    memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada
    harga, masa dan tempat yang sesuai bagi
    mendapatkan keuntungan, faedah dan kepuasan.

6
i. PROSES PERNIAGAAN
JUALAN
UNTUNG
FAKTOR INPUT
OUTPUT
PROSES TAMBAH NILAI (PROSES PENGELUARAN)
7
  • Aktiviti utama bahan mentah (input), tukarkan
    kepada barang siap (proses pengeluaran) dan
    menghasilkan barang siap (output)
  • Input - Mendapatkan bahan mentah untuk
    menjalankan aktiviti pemprosesan
  • Ianya terdiri daripada tanah, buruh,
    modal, usahawan dan lain-lain.
  • Proses Pengeluaran - Tukar bahan mentah kepada
    barangan siap
  • Gabungjalinkan mesin,
    kemahiran pekerja, bahan mentah dan
    sbgnya.
  • Output - Hasil terakhir dari aktiviti
    pemprosesan samaada dalam
  • bentuk produk atau perkidmatan
    dan dinilai dalam
  • bentuk kuantiti, berat dan
    sebagainya.

Input
Proses Pengeluaran
Output
8
  • Jualan - Output / produk yang telah siap akan
    dijual kepada pelanggan dan pengusaha atau
    peniaga bagi mendapatkan hasil dan keuntungan
    dari jualan produk tersebut. Pertukaran nilai
    akan berlaku setelah jualan dibuat di mana
    penjual memperolehi wang manakala pelanggan atau
    pengusaha memperolehi produk.
  • Untung - Perbezaan di antara hasil yang
    diperolehi dengan perbelanjaan yang telah
    dikeluarkan. Keuntungan yang diperolehi akan
    digunakan untuk membeli bahan mentah / input dan
    juga pembayaran halhal yang berkaitan gaji,
    utiliti, sewa dan sebagainya.

9
  • ii. Barang Niaga dan Perkhidmatan
  • Barang Niaga
  • - Produk fizikal yang boleh disentuh, dipegang
    dapat dilihat dan boleh dinikmati.
  • - Dihasilkan bagi bertujuan untuk dijual kepada
    pelanggan bagi memenuhi keperluan dan kehendak
    serta citarasa pelanggan contohnya pakaian,
    makanan, minuman.
  • Perkhidmatan
  • - Sesuatu produk yang tidak boleh dilihat atau
    disentuh secara fizikal tetapi boleh dirasai bila
    menggunakannya.
  • - Menawarkan faedah dan kemudahan kepada
    pelanggan contohnya perkhidmatan hospital, salun
    kecantikan.

10
  • iii) Konsep Keuntungan
  • Keuntungan merupakan sejumlah wang hasil
    daripada pendapatan menjual barangan dan
    perkhidmatan setelah ditolak kos pengeluaran,
    pemasaran, pentadbiran dan pengedaran serta
    lain-lain kos yang terlibat.
  • Sumber hasil meliputi jualan, hasil sewa, faedah
    simpanan, dividen saham.
  • Sumber kos/belanja meliputi belian bahan,
    bayaran sewa, elektrik, air.

Untung jumlah hasil - jumlah
kos/belanja (Harga x Kuantiti)
( Kos tetap kos berubah)
11
  • iv) Konsep Faedah dan Kepuasan
  • Faedah
  • Nilai atau manfaat yang diperolehi dari
    perolehan, pemilikan atau penggunaan sesuatu
    barangan atau perkhidmatan.
  • Contoh membeli motosikal manfaatnya ialah
    memudahkan pergerakan
  • Kepuasan
  • Keupayaan sesuatu barangan atau perkhidmatan
    untuk memenuhi kehendak dan keinginan manusia.
    Tercapai apabila prestasi barangan memenuhi atau
    melebihi jangkaan /persepsi pengguna. Tahap
    kepuasan berbeza beza di antara seorang
    pengguna dengan pengguna yang lain.
  • Contoh Melalui aktiviti perniagaan yang
    dijalankan, peniaga mendapat faedah dari segi
    keuntungan manakala pengguna mendapat faedah dan
    kepuasan daripada pembelian dan penggunaan barang
    dan perkhidmatan.

12
(b) Objektif Perniagaan
  • i. Keuntungan
  • Merupakan sejumlah wang hasil daripada
    pendapatan menjual barangan dan perkhidmatan
    setelah ditolak kos pengeluaran, pemasaran,
    pentadbiran dan pengedaran serta lain-lain kos
    yang terlibat.
  • Menjadi matlamat utama semua jenis perniagaan
    untuk mendapatkan wang supaya perniagaan terus
    wujud dan dapat bersaing di pasaran.

13
  • ii. Kemandirian
  • - Usaha perniagaan untuk terus wujud dan kekal
    dalam persekitaran.
  • - Boleh dicapai dengan memastikan pengguna
    sedar kewujudan barangan dan perkhidmatan yang
    ditawarkan.
  • - Oleh itu, peniaga akan cuba pikat pengguna
    melalui pelbagai strategi pemasaran termasuk
    perletakan harga dan promosi yang dijalankan
    dengan harapan dapat menarik perhatian
    pengguna.

14
  • iii. Pertumbuhan
  • - Berkembang Usaha sesebuah perniagaan untuk
    memastikan perniagaan yang diusahakan
    operasinya.
  • - Boleh dicapai dengan meluaskan pasaran
    dengan cara membina agihan intensif, membentuk
    kesedaran dan minat dalam pasaran massa.
  • - Jualan meningkat kerana produk mulai
    dikenali dan diminati pengguna.

15
  • iv. Tanggungjawab Sosial
  • Aktiviti organisasi perniagaan untuk mengimbangi
    komitmennya kepada kumpulan dan individu
    individu dalam persekitarannya termasuklah
    pelanggan, perniagaan lain, pekerja, pelabur dan
    masyarakat.
  • Griffin
  • Contoh tanggungjawab sosial kepada
  • Pekerja Gaji, cuti rehat, keselamatan,
    insuran.
  • Pelabur Memaksimumkan pulangan pelaburan.
  • Perniagaan lain Penghantaran tepat.
  • Masyarakat Sumbangan, peluang pekerjaan,
    produk yang bermutu dan selamat.

16
1.2 Kepentingan Perniagaan Kepada Pihak
Berkepentingan

Memenuhi keperluan masyarakat
Meningkatkan peluang pekerjaan
Kepentingan Perniagaan
Memenuhi kehendak peluang global
Tingkatkan pembangunan ekonomi Negara
17
  • i) Memenuhi Keperluan Masyarakat
  • - Peniaga cuba untuk memenuhi keperluan dan
    kehendak masyarakat dengan menyediakan pelbagai
    barangan dan perkhidmatan yang bermutu dengan
    harga, tempat yang sesuai kepada pelanggan.

18
ii) Meningkatkan Peluang Pekerjaan
  • Perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan kepada
    masyarakat. Pelbagai kemahiran dan pengetahuan
    digunakan dalam perniagaan. Ini memberi peluang
    pekerjaan kepada ahli-ahli masyarakat yang
    mempunyai pelbagai latar belakang dan pendidikan.
  • Dengan menyediakan pekerjaan, syarikat-syarikat
    ini dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat
    melalui pendapatan yang mereka terima.

19
  • iii) Meningkatkan Pembangunan Ekonomi dan
    Negara
  • Perniagaan dapat meningkatkan pertumbuhan
    ekonomi negara dengan mengeksport keluaran yang
    dihasilkan ke luar negara seterusnya menambahkan
    pendapatan negara.
  • Perniagaan juga akan menyuarakan kepada
    pihak-pihak tertentu untuk memperbaiki keadaan
    infrastruktur sesebuah tempat. Secara tidak
    langsung memberi kesan dalam membangunkan kawasan
    serta masyarakat sesebuah tempat yang terlibat
    dengan perniagaan.
  • Dengan adanya aktiviti perniagaan, akan
    menggalakkan penggunaan teknologi maklumat bagi
    membantu merangsangkan aktiviti perniagaan dan
    memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk
    meningkatkan taraf hidup mereka.

20
iv) Memenuhi Kehendak dan Peluang Global
  • - Peluang perniagaan tidak terhad dalam negara
    sahaja tetapi meliputi luar negara seperti
    Amerika syarikat dan Jepun.
  • - Setiap negara berpeluang menikmati pelbagai
    produk dari pelbagai negara.
  • Perniagaan global dapat meningkatkan peluang
    perniagaan, pendedahan teknologi baru,
    meningkatkan pelaburan dan meningkatkan taraf
    hidup penduduk sesebuah negara.
  • - Ilmu perniagaan dipertingkatkan supaya mampu
    bersaing dengan syarikat-syarikat luar dan
    antarabangsa.

21
1.3 Fungsi-fungsi Perniagaan
  • i) Pengeluaran
  • Pengeluaran didefinisikan sebagai suatu proses
    menukarkan sumber-sumber pengeluaran kepada
    barangan siap atau barangan separa siap.
  • Perkhidmatan juga dianggap sebagai produk dan
    sebarang penyediaan kemudahan perkhidmatan
    dianggap sebagai pengeluaran.
  • Pengeluaran mencipta nilai tambahan kepada input
    supaya output yang dihasilkan memberi kepuasan
    kepada pengguna.
  • Melibatkan aktiviti perancangan, penstafan,
    pengarahan dan pengawalan segala aktiviti
    berkaitan penghasilan barangan dan perkhidmatan
    melalui satu proses transformasi input (bahan
    mentah, buruh, mesin dan lain-lain) kepada output
    (barangan dan perkhidmatan) yang lebih bernilai.

22
  • ii) Pemasaran
  • Pemasaran ialah satu sistem aktiviti
    perniagaan yang dibentuk untuk merancang dan
    melaksanakan konsepsi, penentuan harga, promosi
    dan pengedaran produk (merangkumi barangan,
    perkhidmatan, organisasi, orang, tempat dan juga
    idea) untuk menggalakkan berlaku pertukaran yang
    dapat memenuhi keperluan pengguna dan pada masa
    yang sama mencapai objektif organisasi.

23
  • iii) Kewangan
  • Kewangan melibatkan aktiviti menguruskan
    kewangan individu, pertubuhan perniagaan atau
    bukan perniagaan, pertubuhan kerajaan dan bukan
    kerajaan dan setiap entiti yang terbabit dengan
    wang.
  • Fungsi kewangan dalam sesebuah perniagaan
    termasuk membuat ramalan keperluan dana,
    mendapatkan dana untuk syarikat, menguruskan dana
    tersebut dan menentukan dana digunakan dengan
    cara terbaik.

24
  • iv) Sumber Manusia
  • Sumber manusia bagi sesebuah organisasi adalah
    merupakan staf yang merangkumi pekerja dan
    pengurus yang terdapat dalam organisasi tersebut.
  • Mereka menawarkan bakat, pengetahuan, kemahiran
    dan pengalaman kepada organisasi. Tanpa sumber
    manusia organisasi bukan sahaja tidak dapat
    bergerak malah ia tidak akan wujud.

25
1.4 Persekitaran Perniagaan
  • Persekitaran tugas merangkumi pihak
    berkepentingan seperti
  • Pihak pengurusan
  • Pelabur
  • Pembiaya
  • Pekerja
  • Pengguna
  • Pembekal
  • Pesaing

26
a. Persekitaran Tugas
Pihak Pengurusan Pihak pengurusan ialah
pihak-pihak yang terbabit dalam pengurusan
syarikat. Pengurus mempunyai tugas menyelaraskan
dan mengawal kerja yang dilakukan oleh orang
bawahan untuk mencapai matlamat tertentu.
Matlamat itu tidak akan tercapai sekiranya
dilakukan oleh pengurus secara bersendirian.
Pihak pengurusan terdiri daripada ahli lembaga
pengarah, pengarah dan pegawai eksekutif. Pihak
pengurusan menentukan hala tuju perniagaan,
operasi perniagaan, perancangan perniagaan dan
keuntungan perniagaan.
27
a. Persekitaran Tugas
  • Pelabur
  • - Pemilik yang menyumbangkan modal dalam
    perniagaan bagi mendapatkan keuntungan. Mereka
    membeli saham syarikat dan inginkan pulangan
    dalam bentuk dividen. Pelabur terdiri daripada
    individu, syarikat, institusi dan badan-badan
    yang ditubuhkan oleh kerajaan.
  • - Perniagaan akan dapat diperluaskan hasil
    sumbangan modal pelabur.
  • - Kedudukan kewangan syarikat yang kukuh memberi
    keyakinan kepada pelabur untuk membuat pelaburan
    ke dalam syarikat.
  • - Pelabur tidak perlu terlibat secara langsung
    dalam menjalankan aktiviti perniagaan tetapi
    berhak untuk mendapatkan keuntungan dan boleh
    mempengaruhi keputusan syarikat bagi perniagaan.

28
Pembiaya Pihak yang mengeluarkan dan membiayai
modal sesebuah perniagaan merujuk kepada bank,
syarikat kewangan, syarikat insurans dan
sebagainya. Pembiaya dan pemodal akan memastikan
syarikat perniagaan yang ingin dibiayai mempunyai
prestasi yang baik dan berpotensi mendapat
untung. Pembiaya mendapat keuntungan dengan
mengenakan kadar faedah tertentu kepada peniaga
(peminjam).
29
a. Persekitaran Tugas
  • Pekerja
  • - Individu yang menyumbangkan kemahiran untuk
    melaksanakan aktiviti syarikat dan mendapat upah
    sebagai ganjaran.
  • - Pekerja terdiri dari golongan mahir, separuh
    mahir dan tidak mahir.
  • - Semangat kerjasama pekerja membantu perniagaan
    mencapai matlamat yang ditetapkan.
  • - Gelagat pekerja mempengaruhi kejayaan dan
    kegagalan syarikat serta menggambarkan imej
    sesebuah perniagaan.
  • - Pekerja yang berkemahiran, berpengetahuan
    dapat menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan.

30
a. Persekitaran Tugas
  • Pengguna
  • Pengguna adalah individu yang membeli dan
    menggunakan sesuatu produk.
  • - Keputusan pembelian pelanggan mempengaruhi
    kejayaan dan kegagalan sesebuah perniagaan.
  • Perubahan citarasa pengguna mempengaruhi jenis
    keluaran, harga dan kualiti keluaran.
  • Citarasa pengguna yang berbeza menyebabkan mereka
    membuat keputusan untuk mereka membeli pelbagai
    barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan di
    pasaran.
  • - Perubahan citarasa juga menggalakan inovasi
    perniagaan.

31
a. Persekitaran Tugas
  • Pembekal
  • - Pembekal membekalkan keperluan yang diperlukan
    oleh syarikat. Hubungan baik dengan pembekal
    adalah perlu untuk menjamin operasi syarikat
    tidak terganggu dan operasi perniagaan dapat
    berjalan dengan lancar.
  • - Bahan mentah, barang separuh siap dan
    peralatan yang dibekalkan berterusan memastikan
    kelancaran proses pengeluaran dan penjualan.
  • - Sekiranya bekalan yang dibekalkan adalah
    berkualiti, imej perniagaan akan meningkat dengan
    produk berkualiti di pasaran.

32
a. Persekitaran Tugas
  • Pesaing
  • - Beberapa firma yang berlainan dalam industri
    yang sama mengeluarkan produk yang sama atau
    hampir sama.
  • - Tindakan atau strategi pesaing boleh
    mempengaruhi harga dan kualiti produk yang
    dihasilkan.
  • - Memerlukan perniagaan melakukan inovasi untuk
    mengatasi persaingan.
  • - Strategi dan perancangan yang dibentuk untuk
    mengatasi persaingan membolehkan perniagaan lebih
    menjadi kompetitif.

33
  • Persekitaran umum merangkumi
  • Ekonomi
  • Teknologi
  • Sosiobudaya
  • Politik dan undang-undang
  • Global
  • Fizikal/semulajadi

34
b. Persekitaran Umum
  • Ekonomi
  • Merujuk kepada keadaan dan jenis sistem ekonomi
    di mana perniagaan beroperasi. Sekiranya ekonomi
    stabil, maka perniagaan akan berkembang tetapi
    jika ekonomi lembab kuasa beli pengguna akan
    menurun. Jika permintaan meningkat keuntungan
    syarikat juga meningkat. Begitu juga jika
    permintaan menurun maka keuntungan syarikat juga
    akan menurun.
  • - Persekitaran ekonomi yang baik akan menentukan
    operasi, prestasi dan dasar perniagaan.
  • - Keadaan ekonomi yang baik meningkatkan
    aktiviti perniagaan dan menjamin peluang
    perniagaan.
  • - Pendapatan penduduk yang meningkat menjamin
    peningkatan jualan dan keuntungan perniagaan.

35
b. Persekitaran Umum
  • Teknologi
  • - Suatu penemuan sains yang diperolehi untuk
    membantu kehidupan manusia.
  • Perkembangan teknologi memberi kesan dalam
    perniagaan yang menggunakan mesin bermutu lebih
    produktif daripada syarikat yang menggunakan
    mesin biasa.
  • - Penciptaan peralatan baru seperti robot
    mempercepatkan proses pengeluaran dan
    meningkatkan produktiviti.
  • Pengeluaran dapat ditingkatkan dan operasi
    berjalan dengan lancar.
  • - Penggunaan internet meningkatkan daya saing
    perniagaan kerana penyampaian maklumat menjadi
    lebih cepat.

36
b. Persekitaran Umum
  • Sosiobudaya
  • Merujuk kepada satu set nilai norma yang dipegang
    dan diamalkan oleh sesuatu kelompok masyarakat.
  • Setiap individu mempunyai corak kehidupan budaya
    yang berbeza dari segi agama, adat resam dan cara
    hidup.
  • Perubahan citarasa masyarakat memaksa perniagaan
    menyesuaikan barangan dan perkhidmatan mengikut
    kehendak mereka.
  • - Perubahan populasi penduduk memaksa peniaga
    mengeluarkan barangan dan perkhidmatan bagi
    memenuhi kehendak majoriti masyarakat.

37
b. Persekitaran Umum
  • Politik dan Undang- undang
  • Persekitaran politik dan perundangan mempengaruhi
    iklim perniagaan apabila pihak kerajaan mengawal
    aktiviti perniagaan melalui kuasa politik dan
    undang-undang yang dibuat.
  • Kerajaan menggubal undang-undang dan peraturan
    untuk kepentingan semua untuk memastikan wujud
    persaingan yang sihat di kalangan perniagaan,
    melindungi pengguna dan mengawal aktiviti
    perniagaan daripada melakukan penyelewengan.
  • - Kestabilan politik menjamin suasana yang baik
    untuk perniagaan terus berkembang maju.
  • - Undang-undang dan peraturan sesebuah negara
    seperti Malaysia menetapkan Akta Jualan Langsung
    1993, Akta Barangan Kawalan, Akta Kontrak dan
    sebagainya.

38
b. Persekitaran Umum
  • Global
  • - Peniaga menjalankan perniagaan di luar dari
    negara tempatan.
  • - Mereka mampu bersaing dalam peringkat
    antarabangsa.
  • - Dasar buka pintu yang diamalkan oleh
    sesebuah negara memboleh peniaga menjalankan
    perniagaan di peringkat yang lebih jauh.
  • - Melalui perniagaan global membolehkan
    peniaga sentiasa mementingkan kualiti dan menjaga
    imej syarikat serta negara.
  • - Melalui perniagaan ini juga pihak peniaga
    terdedah kepada selok belok perniagaan dari luar
    dan aspek-aspek yang positif boleh digunakan oleh
    peniaga dalam syarikat mereka supaya sistem
    pengurusan syarikat menjadi lebih cekap dan
    berpotensi pada masa depan.

39
b. Persekitaran Umum
Fizikal/semulajadi Meliputi sumber-sumber asli
yang diperlukan sebagai input oleh pemasar atau
yang dipengaruhi oleh aktiviti-aktiviti
pemasaran. Pemasar perlu menyedari pelbagai tren
dalam persekitaran semulajadi iaitu kekurangan
bahan mentah, peningkatan populasi dan
peningkatan campurtangan kerajaan dalam
pengurusan sumber semulajadi.
40
1.5 Bentuk-bentuk Entiti Perniagaan
  • Bentuk-bentuk entiti perniagaan
  • Milikan Tunggal
  • Perkongsian
  • Syarikat (Sendirian Berhad dan Berhad)
  • Koperasi

41
  • Perniagaan milikan tunggal
  • Adalah satu perniagaan yang ditubuhkan,
    dipunyai, dibiayai dari segi kewangannya dan
    pengurusannya dikendalikan oleh seorang individu
    yang mempunyai tanggungjawab peribadi terhadap
    hutang (liabiliti tidak terhad).
  • Di Semenanjung Malaysia tertakluk di bawah
    Akta
  • Pendaftaran Perniagaan 1956, pindaan 1978
    (Akta 197)
  • manakala Sabah dan Sarawak tertakluk kepada
    enakmen
  • negeri masing-masing.

42
Ciri-ciri milikan tunggal Kelebihan Milikan
Tunggal i. Mudah ditubuhkan kerana modal yang
kecil dan urusan perundangan yang ringkas. Hanya
mendaftar perniagaan di Pendaftar Perniagaan di
bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. ii.
Kebebasan bertindak kerana ia dimiliki oleh
seorang pemilik sahaja dan bebas bertindak
mengikut kemahuan sendiri. Contohnya berapa modal
yang hendak dilaburkan, berapa pekerja harus
diambil dan berapa gaji pekerja. iii. Mempunyai
persatuan sendiri terutamanya dalam menuntut hak
mereka seperti Persatuan Penjaja Kecil dan
Persatuan Peniaga Pasar Malam. iv. Keuntungan
dan kerugian ditanggung sendiri oleh pemilik
perniagaan tanpa dikongsi dengan orang lain
kerana pemilik hanya seorang dan berliabiliti
tidak terhad di dalam perniagaannya.
43
Kelebihan Milikan Tunggal (sambungan..)
  • v. Cukai yang dikenakan kepada pemilik
    perniagaan biasanya rendah iaitu cukai pendapatan
    persendirian bukan cukai pendapatan perniagaan.
  • vi. Menggunakan sepenuh kredibiliti, ide dan
    kebolehan pemilik dalam menguruskan perniagaan
    tanpa campurtangan orang lain kerana mereka
    berkuasa penuh ke atas perniagaan.
  • Tahap kerahsiaan tinggi kerana hanya pemilik
    sahaja yang mempunyai maklumat perkembangan
    perniagaan dan mereka tidak diwajibkan menghantar
    kepada mana-mana pihak laporan kewangan
    perniagaan.
  • viii. Perniagaan tunggal mudah dibubarkan tanpa
    melibatkan pelbagai prosedur kerana status
    perundangannya tidak jelas. Jika pemilik tidak
    memperbaharui lesennya, perniagaan dianggap telah
    bubar.

44
  • Kelemahan Milikan Tunggal
  • i. Liabiliti tidak terhad iaitu pemilik
    menanggung sepenuhnya sebarang risiko yang
    berlaku dalam perniagaan mereka termasuklah
    kemungkinan kerugian dan muflis.
  • ii. Mudah ditutup kerana modal yang kecil
    mengakibatkan perniagaan terdedah kepada pelbagai
    risiko luar jangka seperti kegawatan ekonomi yang
    menyebabkan peniaga tidak mampu beroperasi
    disebabkan modal yang terhad. Risiko perniagaan
    menjadi muflis adalah besar jika pemilik kurang
    pengalaman dan pengetahuan mengenai perniagaan.
  • iii. Masa luang yang terhad kerana selalunya
    mereka terpaksa menguruskan serta mengendalikan
    perniagaan sendiri menyebabkan masalah tidak
    cukup masa dan kepakaran.

45
Kelemahan Milikan Tunggal (sambungan..)
  • Sukar mendapat pekerja mahir untuk mengendalikan
    perniagaan kerana mungkin tidak mampu membayar
    gaji yang tinggi disebabkan modal terhad.
  • v. Sukar berkembang. Ia disebabkan kekurangan
    modal dan tidak dapat berubah milik.
  • vi. Sukar mendapat sumber kewangan kerana
    pinjaman bank sukar diperolehi.
  • Pembubaran berlaku apabila pengusaha berhenti
    berniaga, meninggal dunia, muflis atau bankrup.

46
  • ii. Perkongsian
  • Adalah perniagaan yang dikongsikan dua orang
    atau lebih (tidak melebihi 20 orang) mengikut
    Akta Syarikat 1965,Seksyen 14(3)(b) bagi
    perniagaan biasa, tidak lebih daripada 10 orang
    bagi perniagaan perbankan yang bertujuan untuk
    mendapatkan keuntungan atau sebarang faedah.
  • Perkongsian dalam bidang profesional seperti
    perubatan, pekongsinya tidak terhad.
  • Didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
    (SSM).
  • Rakan-rakan kongsi berkongsi tanggungan terhadap
    hutang syarikat.

47
Ciri-ciri perkongsian -Terikat dengan surat
ikatan perjanjian di antara rakan kongsi. Surat
perjanjian perkongsian tentukan kuasa dan
tanggungjawab rakan kongsi dan syarat-syarat
lain. -Rakan-rakan kongsi dikehendaki
menyumbangkan modal mengikut nisbah yang
dipersetujui dalam Artikel Perkongsian. -Keuntung
an diagihkan kepada rakan kongsi mengikut
syarat-syarat dan nisbah modal yang
disumbangkan seperti dalam Artikel
Perkongsian.
48
  • Antara butiran dalam perjanjian perkongsian
  • 1. Nama perniagaan atau firma perkongsian.
  • 2. Lokasi perniagaan beroperasi.
  • 3. Jenis perniagaan.
  • 4. Jangkamasa perniagaan beroperasi.
  • 5. Nama rakankongsi dan jumlah modal yang mereka
    sumbangkan dalam perniagaan.
  • 6. Kerja dan tugas setiap rakankongsi.
  • 7. Jumlah harta yang mereka boleh keluarkan
    daripada perniagaan untuk kegunaan peribadi.
  • 8. Jumlah modal pusingan (keuntungan tertahan).
  • 9. Prosedur pembubaran perniagaan.
  • 10.Peratus keuntungan yang perlu diagihkan antara
    rakankongsi.

49
  • Kelebihan perkongsian
  • Mudah ditubuhkan berbanding perniagaan perbadanan
    kerana tidak banyak prosedur yang perlu
    dipatuhi.
  • Modal perkongsian lebih banyak berbanding
    perniagaan tunggal, maka lebih mudah berkembang.
  • iii. Kemahiran pengurusan lebih banyak kerana
    ramai yang terlibat sebagai rakan kongsi boleh
    menyumbangkan idea dan pandangan untuk pengurusan
    perniagaan.

50
Kelebihan perkongsian (sambungan..)
  • Cukai dikenakan terhadap pemilik perniagaan
    sebagai pendapatan individu bukan pendapatan
    perniagaan. Setiap rakan kongsi perlu
    mengistiharkan pendapatannya hasil keuntungan
    perniagaan perkongsian dan akan dicukai
    berasingan berpandukan pendapatan individu. Tiada
    cukai atas perniagaan perkongsian.
  • Status perundangan tentang perkongsian jelas
    kerana ia mempunyai perjanjian berbanding
    pemilikan tunggal. Perniagaan perkongsian perlu
    mendaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan
    1956 dan Akta Perkongsian 1961.
  • vi. Mudah mendapat sumber kewangan daripada
    institusi kewangan. Mendapat kepercayaan pihak
    bank.

51
  • Kelemahan perkongsian
  • Tanggungan yang tiada had. Kebanyakan ahlinya
    mempunyai liabiliti tidak terhad.
  • Mudah berlaku salah faham. Perselisihan faham
    mudah berlaku kerana ia mempunyai ramai pemilik
    di mana sukar untuk mendapatkan persetujuan
    seragam antara semua pemilik tentang sesuatu
    perkara.

52
Kelemahan perniagaan perkongsian (sambungan..)
iii. Modal perkongsian terhad jika dibandingkan
dengan perniagaan syarikat di mana modal yang
kecil menyebabkan perniagaan sukar
berkembang. iv. Perniagaan perkongsian amat
tidak stabil kerana ia mudah dibubarkan. v.
Pemilikan sukar untuk dipindahkan. Sukar untuk
mendapatkan semua pelaburan jika ada rakankongsi
yang ingin tarik diri kerana perniagaan perlu
dibubarkan dulu.
53
SYARIKAT
iii. Syarikat Ialah sejenis perniagaan yang
ditubuhkan di bawah kuasa undang-undang dan akta
khas. Mempunyai hak di bawah undang-undang
untuk beroperasi dalam bidang perniagaan yang
dibenarkan, memiliki harta dan liabiliti,
meminjam wang, mengambil dan diambil tindakan
terhadap entiti lain. Perniagaan syarikat
adalah satu entiti berasingan daripada pemiliknya.
54
  • Ciri-ciri syarikat
  • Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 (semakan
    1973) melalui setiausaha syarikat.
  • Pemilik perniagaan terdiri daripada semua
    pemegang saham. Jangka hayat panjang selagi tidak
    dibubarkan.
  • Kepentingan pemegang saham dijaga oleh lembaga
    pengarah yang merupakan pemegang saham majoriti.
  • Pengurusan profesional mesti digunakan di dalam
    pengurusan perniagaan. Laporan prestasi
    perniagaan akan diberikan kepada lembaga pengarah
    sebagai wakil semua pemegang saham.

55
Ciri-ciri syarikat (sambungan..)
  • Modal syarikat besar kerana ia diperolehi
    daripada terbitan saham, pinjaman bank dan
    terbitan bon.
  • Keuntungan diagihkan dalam bentuk dividen bagi
    setiap unit saham.
  • Penyata kewangan diaudit dan disahkan oleh
    juruaudit bebas yang dilantik oleh lembaga
    pengarah.
  • Penyata kewangan diaudit perlu diserahkan kepada
    kerajaan (pendaftar syarikat) setiap tahun.
  • Pemilik syarikat mempunyai liabiliti terhad dan
    segala hutang syarikat terhad kepada syarikat
    sahaja. Ini kerana syarikat satu entiti yang
    terpisah daripada pemiliknya.

56
Syarikat Sendirian Berhad
  • Ciri-ciri syarikat sendirian berhad
  • Boleh dikenali dengan mudah, ada perkataan
    Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd. pada akhir nama
    syarikat.
  • Pemilik atau pemegang saham syarikat terdiri
    daripada 2 50 orang
  • Saham Syarikat Sendirian Berhad boleh dijual beli
    tetapi tidak dilakukan dalam pasaran terbuka.
  • Pemegang saham yang memiliki 51 atau lebih
    daripada jumlah saham Syarikat Sendirian Berhad
    berhak untuk mengawal syarikat tersebut.

57
  • Ciri-ciri syarikat berhad
  • Dikenali melalui perkataan BERHAD/BHD. pada
    penghujung nama syarikat. Contoh EON Bank Berhad,
    Olympia Berhad.
  • Syarikat Berhad adalah syarikat awam yang
    dimiliki oleh orang awam sebagai pemegang saham.
  • Sahamnya dijual kepada orang awam melalui bursa
    saham.
  • Ia tertakluk dibawah Akta Syarikat 1965.

58
SYARIKAT BERHAD
  • Bilangan pemegang saham lebih 2 orang hingga
    tiada had maksimum bergantung kepada jumlah saham
    yang dipegang oleh ahli syarikat dan jenis saham
    yang dikeluarkan.
  • Pemegang saham syarikat awam berhad bebas menjual
    dan membeli saham di pasaran saham iaitu Bursa
    Saham Malaysia.
  • Pemilik perniagaan mempunyai liabiliti terhad
    atas jumlah modal atau saham yang dilaburkan
    dalam syarikat.
  • Pengurusan dan kawalan syarikat adalah
    tanggungjawab lembaga pengarah yang dipilih oleh
    pemegang saham dalam mesyuarat agong tahunan.
  • Pembahagian untung dan dividen bergantung kepada
    keuntungan syarikat.
  • Mesti menerbitkan prospektus (laporan kewangan
    syarikat) dan mengumumkan untung rugi dalam akhbar

59
  • Kelebihan syarikat
  • Mudah untuk mendapatkan modal sama ada melalui
    pinjaman bank atau orang awam dengan cara
    menerbitkan saham.
  • Jangka hayat yang panjang walaupun terdapat
    penukaran hak milik saham atau kematian pemegang
    saham.
  • Liabiliti perniagaan terhad kepada sumbangan
    modal.
  • Syarikat mudah berkembang kerana modalnya besar.
  • Syarikat adalah satu entiti yang berbeza iaitu
    syarikat boleh didakwa dan mendakwa atas namanya.
  • Pemegang saham dilindungi oleh undang-undang.
  • Saham syarikat mudah dijual.
  • Pengurusan syarikat lebih efisyen.

60
  • Kelemahan syarikat
  • Pembentukan syarikat adalah rumit iaitu di bawah
    Akta Syarikat 1965.
  • Saiznya besar dan banyak cawangan ia merumitkan
    pengurusan iaitu banyak masalah yang timbul di
    kalangan pihak pengurusan dan pekerja.
  • Kos penubuhan syarikat adalah tinggi.
  • Pengurusan syarikat dikawal oleh lembaga pengarah
    dan bukannya pemegang saham. Ini boleh
    menyebabkan salah guna kuasa.
  • Operasi syarikat dikawal oleh undang undang dan
    peraturan yang ketat yang mana undang-undang
    bertujuan untuk melindungi kepentingan pemegang
    saham.
  • Pengurus dan pemilik syarikat terutama syarikat
    awam adalah dipisahkan.
  • Cukai dikenakan dua kali iaitu cukai pendapatan
    dan cukai syarikat.

61
  • iv. Koperasi ialah perniagaan yang dijalankan
    oleh
  • sekumpulan individu secara sukarela untuk
    menjaga
  • kebajikan ahli-ahlinya.
  • Ciri-ciri koperasi
  • Koperasi dimiliki dan dikawal oleh ahli-ahlinya.
  • 2 bentuk koperasi iaitu koperasi keahlian terhad
    kepada jenis pekerjaan, kawasan dan latar
    belakang seperti Koperasi Guru-guru Semenanjung
    Malaysia dan koperasi yang keahlian bebas seperti
    koperasi perumahan dan koperasi pengguna.
  • Mengikut Akta Koperasi 1948, koperasi mempunyai
    prinsip-prinsip seperti keanggotaan sukarela dan
    terbuka, perjalanan pengurusan secara demokrasi,
    bayaran untung atas saham yang terhad,
    pembahagian untung secara saksama, menggalakkan
    pendidikan koperasi dan bekerjasama secara aktif
    di semua peringkat koperasi.

62
  • Ditubuhkan di bawah Ordinan Akta Koperasi
    Malaysia.
  • Liabiliti terhad.
  • Modal diperolehi melalui yuran sama ada yuran
    bulanan, tahunan atau saham yang dibeli oleh
    ahli.
  • Didaftarkan dengan Jabatan Pembangunan Koperasi.
  • Agihan risiko, keuntungan dan kerugian
    berdasarkan pegangan saham dan penglibatan
    ahli-ahli.
  • Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik
    oleh ahli-ahli koperasi semasa mesyuarat agong
    tahunan.
  • Keuntungan koperasi diagihkan kepada ahli sama
    ada satu kali atau dua kali setahun dalam bentuk
    dividen atau bonus atau kedua-duanya.

63
  • Kelebihan koperasi
  • Menjaga kepentingan ahli dan bukannya mencari
    keuntungan.
  • Mewujudkan kerjasama dan tolong-menolong antara
    ahli-ahli dalam menyelesaikan masalah mereka.
  • Cukai dikenakan ke atas keuntungan iaitu lebih
    rendah daripada cukai syarikat berhad.
  • Ditadbirkan secara demokrasi melalui pengundian.
  • Liabiliti terhad.
  • Wujud secara berterusan iaitu entiti yang
    berasingan.

64
  • Kelemahan koperasi
  • Aktiviti koperasi dikuasai oleh segolongan
    individu tertentu kerana ahli-ahli koperasi
    kurang aktif.
  • Kedudukan kewangan agak lemah kerana koperasi
    ditubuhkan oleh mereka yang berpendapatan rendah
    seperti petani dan nelayan.
  • Modal yang kecil menyebabkan koperasi tidak mampu
    bersaing setara syarikat.
  • Operasi dikawal rapi oleh Jabatan Pembangunan
    Koperasi.
  • Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit
    luaran yang bertauliah.
  • Mesyuarat Agong Tahunan yang dihadiri oleh ramai
    ahli boleh menggugat sistem pengurusan koperasi.
  • Syer tidak boleh dipindah milik dan tidak
    disenaraikan oleh Bursa Saham Malaysia.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com