TEORI PEMEROLEHAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY) - PowerPoint PPT Presentation

1 / 33
About This Presentation
Title:

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)

Description:

minggu 2 & 3 teori pemerolehan bahasa (pm. dr. s. vijayaletchumy) m2&3 teori pemerolehan bahasa bbm5401 * m2&3 teori pemerolehan bahasa bbm5401 * m2&3 teori ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1864
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 34
Provided by: norj
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: TEORI PEMEROLEHAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)


1
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA (PM. DR. S.
VIJAYALETCHUMY)
MINGGU 2 3
2
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
DUA PENDAPAT
Ahli-ahli empiris
Ahli-ahli rasionalis
Teori Behavourisme/ Mekanis
Teori Kognitif/ Mentalis
DUA TEORI BESAR
3
Teori Behavourisme/Mekanis
  • Lebih cenderung membuat kajian.
  • Menghuraikan pertalian psikologi dan bahasa
    dengan menggunakan pendekatan yang dapat dialami
    dan diamati secara langsung.
  • Memandang bahasa sebagai satu aktiviti fizikal
    yang mementingkan satu rangkaian turutan sebab
    dan kesan.

4
Teori Behavourisme/Mekanis
  • Menganggap faktor-faktor persekitaran sebagai
    rangsangan dan tindak balas organisma pada
    rangsangan iaitu tingkah laku adalah sebagai
    gerak balas.
  • Menekankan bahasa adalah perangai dan individu
    lebih banyak belajar melalui pengalaman daripada
    melalui otaknya.
  • Penekanan kepada bentuk-bentuk linguistik.

5
Teori Behavourisme/Mekanis
  • Ia mementingkan kajian tentang data-data, iaitu
    kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur.
  • Kemahiran bahasa dipandang sebagai satu kebiasaan
    maka satu tabiat mesti ditanam ke dalam diri
    pelajar-pelajar dengan memberi peluang berlatiih
    berulang kali.

6
BAHASATEORI BEHAVIURISME
  • Terbahagi kepada 4, iaitu
  • Proses pengulangan
  • Tingkah laku manusia
  • Alat komunikasi
  • Ganjaran

7
Teori Behaviurisme Proses Pengulangan
  • Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan.
  • Teori ini berasaskan cara pemerolehan bahasa
    pertama oleh seseorang kanak-kanak.
  • Pengajaran menekankan pengulangan yang banyak
    kerana penguasaan adalah satu proses mekanis yang
    tidak memerlukan daya mental.

8
Teori Behaviurisme Tingkah Laku Manusia
  • Bahasa adalah suatu tingkah laku manusia.
  • Tingkah laku manusia berpunca daripada wujudnya
    rangsangan dan gerak balas.
  • Bahasa juga lahir sebagai gerak balas terhadap
    sesuatu rangsangan.

9
Teori Behaviurisme Alat Komunikasi
  • Bahasa sebagai alat komunikasi.
  • Menekankan aspek lisan.
  • Bahasa adalah sejumlah isyarat/tanda yang berupa
    unsur-unsur bunyi yang dinamakan bentuk
    linguistik.

10
Teori Behaviurisme Alat Komunikasi
  • Skinner menekankan bahasa adalah proses perilaku,
    hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas
    yang bergantung kepada ciri-ciri naluri dan
    manusia mempunyai alat-alat biologis yang
    berfungsi melahirkan bahasa dan manusia
    menggunakannya untuk berhubung.

11
Teori Behaviurisme Ganjaran
  • Pengukuhan yang dapat ditimbulkan melalui
    ganjaran yang harus diberikan apabila seseorang
    pelajar memberikan gerakbalas yang betul.
  • Skinner beranggapan bahawa ganjaran penting untuk
    mewujudkan pengulangan. Apabila pengulangan
    berlaku, maka wujudlah pembelajaran.

12
Ciri-ciri Teori Behaviurisme
  • Teori ini menekankan
  • Bahasa ialah perilaku, dan individu banyak
    belajar melalui pengalaman daripada melalui
    otaknya.
  • Ia tidak mementingkan fungsi mental dan apa yang
    perlu dikaji ialah data-data, iaitu
    kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur.

13
Ciri-ciri Teori Behaviurisme
  • Golongan yang mengikut aliran ini berpendapat
  • Otak manusia merupakan satu kotak hitam yang
    gelap dan apa-apa yang terjadi di dalamnya tidak
    dapat diamati.
  • Mereka mengatakan apa sahaja yang ada dalam otak
    itu tidak berkaitan dengan penyelidikan
    linguistik dan apa yang dapat secara langsung
    diamati dan diselidiki.

14
Ciri-ciri Teori Behaviurisme
  • Teori ini mengatakan
  • Bahasa ialah proses perilaku dan mementingkan
    satu rangkaian turutan sebab dan kesan.
  • Ia menganggap bahasa sebagai hasil operasi
    rangsangan dan gerak balas yang semata-mata
    bergantung pada ciri-ciri naluriah yang ada pada
    manusia.

15
Ciri-ciri Teori Behaviurisme
  • Faktor persekitaran dianggap sebagai rangsangan
    dan tindak balas terhadap rangsangan itu sebagai
    gerak balas.
  • Teori ini menolak sebarang pendapat yang
    menghubungkan proses penghasilan bahasa dengan
    operasi mental.

16
Ciri-ciri Teori Behaviurisme
  • Teori ini mementingkan penekanan
  • Kepada bentuk-bentuk linguistik.
  • Segala penghasilan bunyi atau sesuatu kata harus
    dapat dilakukan secara tepat terutama daripada
    aspek fonologi, struktur, intonasi dan lain-lain
    penguasaan dalam bunyi.

17
Ciri-ciri Teori Behaviurisme
  • Untuk memprolehi kemahiran bahasa
  • Latihan dan latih-tubi perlu dijalankan secara
    kerap kerana kemahiran bahasa dipandang sebagai
    satu kebiasaan.
  • Oleh itu, pelajar perlu diberi peluang berlatih
    berulang kali untuk membentuk satu tabiat dalam
    diri mereka.

18
Ciri-ciri Teori Behaviurisme
  • Ini bermakna bahasa dikuasai melalui proses
    pengulangan kerana teori ini beranggapan bahawa
    penguasaan bahasa ialah satu proses mekanis yang
    tiada bersangkutan dengan permikiran atau daya
    mental.

19
Ciri-ciri Teori Behaviurisme
  • Teori berasaskan cara pemerolehan bahasa pertama
    kanak-kanak
  • Kanak-kanak belajar bahasa secara tidak formal
    melalui proses peniruan daripada ibubapa atau
    ahli keluarga mereka.
  • Mereka mnguasai bunyi-bunyi dan menyebut
    perkataan-perkataan yang telah mereka dengar
    berulang kali sehingga mereka dapat mengungkap
    ayat-ayat yang lengkap.

20
Ciri-ciri Teori Behaviurisme
  • Antara ahli-ahli bahasa mengikut teori ini
  • Bloomfield, Sapir, Boas, Brooks
  • Ahli psikologi
  • B.F Skinner, Thomdike, Burhrus Frederic Skinner,
    Ivan Petrovich Pavlov, John Broadus Watson dan
    Edwin R. Guthrie.

21
Ciri-ciri Teori Behaviurisme
  • Teori dari segi pemerolehan bahasa pula, golongan
    ini menekankan bahawa bahasa dapat dikuasai
    melalui pembelajaran secara tidak formal dan
    formal.
  • Cara tidak formal boleh berlaku pada peringkat
    awal sejak kanak-kanak itu dilahirkan sehingga
    sebelum mereka masuk sekolah.
  • Bagi golongan ini, pengukuhan, pemerhatian,
    sifat-sifat ingin tahu dan aktiviti meniru adalah
    yang menjadi faktor utama dalam pembelajaran
    bahasa.

22
Ciri-ciri Teori Behaviurisme
  • Menganggap pembelajaran bahasa merupakan satu
    kebiasaan yang diperolehi dengan mengulang-ulang
    aktiviti yang hendak dikuasai itu.
  • Menekankan bahagian luar bahasa yang merupakan
    kalimat-kalimat yang diperolehi menurut cara S.R
    dan dihasilkan secara mekanis.

23
Tokoh-tokoh Yang Menyokong Teori Behaviorisme
PROFESOR B.F. SKINNER
PROFESOR R. BROWN
PROFESOR LEONARD BLOOMFIELD
PROFESOR J.B. WATSON
PROFESOR E.R. GUTHRIE
PROFESOR E.L. THORNDIKE
24
LATAR BELAKANG DAN PANDANGAN TOKOH-TOKOH ALIRAN
BEHAVIORISME
25
Profesor B.F. Skinner
  • Profesor psikologi di Universiti Havard, Amerika
    Syarikat.
  • Penulis kepada buku berjudul Verbal Behavior
    1957
  • Berpendapat lakuan bahasa ialah suatu lakuan yang
    diperkukuhkan oleh seseorang pendengar dan
    berkembang menurut prinsip yang sama dengan
    lakuan operan yang lain. Iaitu penutur itu juga
    menjadi pendengarnya sendiri dan memperkukuhkan
    lakuan bahasanya sendiri.

26
Profesor B.F. Skinner
  • Melihat pembelajaran bahasa merupakan penguasaan
    satu kebiasaan yang diperoleh dengan kaedah
    Latih Tubi mengulang-ulang melakukan aktiviti
    yang hendak dikuasai.
  • Melihat operasi pembelajaran bahasa dengan
    menggunakan unsur ransangan dan gerak balas.

27
Profesor B.F. Skinner
  • Memperkenalkan 2 jenis pembelajaran
  • LAKUAN RESPONDEN (gerak balas yang automatis dan
    tetap)
  • Contoh Lutut yang terangkat kalau diketuk oleh
    doktor. Satu lakuan yang ada ransangan
    (ketuk) dan ada gerak balas (kaki
    terangkat)

28
Profesor B.F. Skinner
  • LAKUAN OPERAN (berlaku mengikut lingkungan atau
    keadaan)
  • Contoh Lakuan menelan makanan bukan sahaja
    kerana ransangan terlihat makanan, tapi juga rasa
    lapar, lingkungan sosial, dan beberapa lingkungan
    atau suasana yang berlainan.

29
Profesor E.R. Guthrie
  • Profesor psikologi di Universiti Washington.
  • Penulis The Pcycology Of Learning 1935.
  • Berpendapat pembelajaran berlaku dengan adanya
    rangsangan dan diikuti dengan gerak balas.
  • Sesuatu keadaan gerak balas itu berlaku dalam
    satu keadaan tertentu, maka semasa kita berada
    dalam keadaan seperti itu pada masa yang lain,
    maka kita akan melakukan gerak balas yang sama.

30
Profesor Leonard Bloomfield
  • Ahli psikologi Amerika Syarikat.
  • Pelapor kepada huraian bahasa secara structural/
    deskriptif.
  • Terkenal dengan bukunya Language 1933 buku
    paling baik dalam menghuraikan ilmu linguistik
    pada zamannya.
  • Menganggap pembelajaran bahasa adalah proses
    mekanikal untuk membentuk tabiat dan dilakukan
    melalui latihan dan pengulangan yang baik.

31
Profesor Leonard Bloomfield
  • Beliau menyatakan
  • Pattern practice capitalizes on the minds
    capacity to perceive identity of structure where
    there is difference in content and in quickness
    to learn by analogy. (Brooks,N. 1964146-7)
  • Menurut beliau, penggunaan latih tubi pula untuk
    menghasilkan penguasaan struktur bahasa tanpa
    menghabiskan masa dan tenaga untuk menerangkan
    konsep-konsep tatabahasa.

32
J.B. Watson (1878 1958)
  • Profesor psikologi di Universiti John Hopkins.
  • (1919) Penulis sebuah buku Pschology from the
    stand point of behaviorist.
  • Beliau mengkaji lakuan (Gerak-geri otot) dan
    tidak mementingkan pengalaman sedar.
  • Beliau memberi sumbangan dalam penolakan terhadap
    perbezaan jasad dan fikiran.

33
Profesor R. Brown
  • Penulis sebuah buku A first language The Early
    Stages 1974.
  • Mengkaji bagaimana kanak-kanak mempelajari bahasa
    dan implikasinya terhadap pengajaran bahasa.
  • Mengkaji perkembangan bahasa kanak-kanak dari
    segi pembentukan ayat.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com