USUL FIQH SESSI 2 BAHAGIAN KALAM KAEDAH PENGAMBILAN HUKUM - PowerPoint PPT Presentation

1 / 16
About This Presentation
Title:

USUL FIQH SESSI 2 BAHAGIAN KALAM KAEDAH PENGAMBILAN HUKUM

Description:

... Solat seorang wanita ketika haidh, berpuasa di hari-raya, jual beli binatang yang masih dalam kandungan ibunya. Semua perbuatan tersebut adalah haram dan tidak sah. – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:206
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 17
Provided by: Ust66
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: USUL FIQH SESSI 2 BAHAGIAN KALAM KAEDAH PENGAMBILAN HUKUM


1
USUL FIQHSESSI 2BAHAGIAN KALAMKAEDAH
PENGAMBILAN HUKUM
2
BAHAGIAN KALAMSESUATU PERCAKAPAN TERBAHAGI
KEPADA DUA KHABAR DAN INSYAK
  • Khabar sesuatu percakapan yang difahami daripada
    seseorang yang boleh kita mengatakan dia berkata
    bohong atau benar. Contoh berita, peristiwa,
    cerita.
  • Insyak sesuatu percakapan yang difahami dari
    seseorang yang tidak boleh kita mengatakan dia
    berkata bohong atau benar. Contoh suruhan,
    larangan, seruan, pujian, kejian, harapan, soalan.

3
KAEDAH PENGAMBILAN HUKUM
  • AL-AMRU AN-NAHYU
  • AL-MUJMAL AL-MUBAYYAN
  • AL-AM AL-KHAS
  • AZ-ZAHIR AL-MUAWWAL
  • AFAAL AR-RASUL SOLLALAHU ALAI WASALLAM
  • AN- NASIKH AL-MANSUKH

4
AL-AMRU (PERINTAH)
  • Ertinya Perintah daripada Allah terhadap
    mukallaf melalui Al-Quran dan Hadis.
  • Bentuk Lafaz sesuatu suruhan
  • 1)Fiil Amr
  • 2)Fiil Mudhori didepannya Lam Al-Amru,
  • 3)Lafaz yang menunjukkan kewajipan seperti
    kutiba,furida
  • 4)Jumlah khabariah yang difahami sebagai satu
    perintah.
  • 5)Masdar yang menggantikan feel amr.

5
  • KAEDAH-KAEDAH LAFAZ AL-AMRU
  • Kaedah yang pertama Asal Al-Amru menunjukkan
    wajib.
  • Yang bermaksud, makna hakiki bagi sesuatu
    suruhan itu ialah wajib, kecuali jika ada qorinah
    atautanda menunjukkan yang membawa hukum selain
    daripada wajib contoh
  • a) An-Nadbu atau Sunat didalam ayat hutang
    hai orang2 yang beriman, apabila kamu berhutang
    piutang dan perlu dibayar pada waktu yang
    ditetapkan maka hendaklah kamu menulishingga ke
    ayatmaka tak ada dosa bagi kamu jika kamu tidak
    menulisnya ayat ini juga boleh diketogarikan
    sebagai Al-Irsyad.
  • b)Ibahah iaitu yang harus dan makanlah rezki
    yang diberikan oleh Allah
  • c)Doa wahai tuhan kami,berikanlah kepada kami
    kebaikan di dunia dan di akhirat.
  • d)Tahdid-Ugutan jika kamu tidak malu maka
    buatlah apa yang kamu hendak

6
  • KAEDAH-KAEDAH LAFAZ AL-AMRU
  • Kaedah yang Kedua Perintah selepas tegahan
    menunjukkan harus. Diharamkan keatas kamu
    memburu binatang ketika kamu sedang berihram
    kemudian dan selepas kamu bertahallul maka
    pergilah berburu.
  • Kaedah yang Ketiga Qada adalah perintah baru.
  • Yang bermaksud kewajipan yang sudah luput
    disebabkan tidak dilakukan pada waktu yang
    ditentukan. Maka perbuatan Qada ini bukanlah
    perintah asal tetapi perintah baru. Contoh
    seseorang itu berdosa jika tidak mendirikan solat
    pada waktunya tanpa penghalang, dan diwajibkan
    keatasnya Qada, jika dia tidak melakukannya juga
    maka berdosalah orang itu buat kali yang kedua.
  • Kaedah yang kelima Perintah melakukan bertujuan
    menegah sebaliknya. Contoh Wahai orang2 yang
    beriman, tetapkanlah iman kamu kepada Allah..
    justeru itu beriman dan menjaga keimanan itu
    wajib, maka kufur itu haram.

7
AN-NAHYU (LARANGAN)
  • Ertinya Larangan daripada Allah terhadap
    mukallaf melalui Al-Quran dan Hadis.
  • Bentuk Lafaz sesuatu suruhan
  • 1)Tegahan yang menggunakan Fiil Amr. jauhilah
  • 2)Fiil Mudhori didepannya Lam An-Nahyu.
    janganlah kamu mendekati Zina
  • 3)Lafaz yang menunjukkan makna tegahan seperti
    harrama,naha
  • 4)Lafaz orang yang melakukan perbuatan tersebut
    diancam.
  • 5)Nafi halal.

8
  • KAEDAH-KAEDAH LAFAZ AN-NAHYU
  • Kaedah yang pertama Asal An-Nahyu menunjukkan
    Haram.
  • Yang bermaksud, makna hakiki bagi sesuatu
    larangan itu ialah Haram, kecuali jika ada
    qorinah atautanda menunjukkan yang membawa
    hukum selain daripada wajib contoh
  • a) Al-Karahah atau Makruh. Contoh Sabda
    Rasulullah S.A.W yang bermaksud jika satu
    daripada kamu memasuki masjid, maka janganlah
    kamu duduk sebelum kamu solat 2 rakaat.
  • b)Doa wahai tuhan kami,Janganlah engkau
    pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya
    memikulnya
  • c) Al-Itinas- menenangkan. Contoh janganlah
    engkau berduka cita sesungguhnya Allah bersama
    kita..
  • d)Tadib-mendidik dan janganlah engkau memberi
    sesuatu dengan tujuan mendapat lebih banayak
    daripadanya

9
  • KAEDAH-KAEDAH LAFAZ AN-NAHYU
  • Kaedah yang Kedua Tegahan sesuatu bereti suruhan
    sebaliknya. Janganlah engkau menyekutukan Allah
    ayat ini menegah kita dari menyekutukan Allah,
    justeru berdasarkan kaedah ini bermaksud suruhan
    yang sebaliknya iaitu mentauhidkan Allah dan
    beriman kepadanya.
  • Kaedah yang Ketiga Asal An-Nahyu menunjukkan
    kerosakkan secara mutlak. Yang bermaksud
    tegahan yang ditujukan kepada perkara tertentu.
    Contoh Solat seorang wanita ketika haidh,
    berpuasa di hari-raya, jual beli binatang yang
    masih dalam kandungan ibunya. Semua perbuatan
    tersebut adalah haram dan tidak sah. Dan sesuatu
    yang dilarang itu bermaksud tidak diperintahkan,
    dan sesuatu yang tidak diperintahkan adalah batal
    dan tidak sah hukumnya. Hadis yang diriwayatkan
    oleh Bukhari dan Muslimsetiap perkara yang
    tidak ada perintah kami, maka ia tertolak

10
AL-MUJMAL dan AL-MUBAYYAN
  • Erti Mujmal lafaz yang tersembunyi maksudnya dan
    tidak dapat difahami. maka ia memerlukan
    penjelasan atau penafsiran daripadaNya atau
    penjelasan dari Ulamak Fiqh.
  • Erti Mubayyan lafaz yang menjelaskan perkara
    yang tersembunyi maksudnya dan yang tidak
    difahami.
  • Hukum beramal dengan Mujmal di dalam Al-Quran dan
    Hadis ditangguhkan sehinggalah ditafsirkan dan
    dijelaskan maksudnya yang sebenar. Oleh itu lafaz
    mujmal memerlukan Al-Mubayyan supaya mukallaf
    dapat mengetahui maksud sebenar daripada lafaz
    tersebut dan beramal dengannya.

11
SEBAB-SEBAB MUJMAL
  • Tidak dapat ditarjihkan salah satu daripada makna
    lafaz al-musytarak disebabkan tiada Qarinah.
    Contoh mawalla ertinya hamba yg dimerdekakan
    dan yang memerdekakan hamba. Jika seseorang itu
    berwasiat supaya hartanya diberikan kepada
    muwalla. Maka perlulah ada penjelasan dari si
    pemberi wasiat.
  • Lafaz yang asing, yang tidak difahami makna yang
    dikehendaki. Contoh Saat yang tetap berlaku
  • Pindahan daripada makna bahasa kepada istilah
    syarak. Contoh Solat dari segi bahasa ialah
    Doa. Manakala istilah syarak ialah segala
    perbuatan dan percakapan yang bermula dengan
    takbir dan diakhiri dengan salam. Di dalam
    Al-Quran boleh terdapat banyak suruhan mendirikan
    solat,tetapi tidak dijelaskan didalamnya
    cara-cara mendirikan solat oleh itu Nabi S.A.W
    menerangkan cara-cara solat solatlah kamu
    sebagaimana kamu melihat aku solat.

12
AL-KHAS
  • Ertinya Lafaz yang diperuntukkan bagi
    menunjukkan satu makna secara berasingan.
  • Samaada satu dalam bentuk nama orang seperti
    Khalid.
  • Atau satu dalam bentuk jenis seperti Rajul,
    Insan, Kaum
  • Atau banyak dan dapat dikira seperti 80, 100, 40
    dll.
  • Hukum lafaz Khas
  • - Ulamak bersepakat bahawa hukum yang ditunjukan
    daripada lafaz khas adalah secara Qati dan
    Yakin. Maqsud Qati disini ialah ia tidak
    memungkinkan makna2 yang lain berdasarkan dalil
    yang ada. Contoh maka bayaran dendanya ialah
    memberi makan 10 orang miskin.

13
AL-AM
  • Ertinya Khitab yang menunjukkan pengertian yang
    umum dan menyeluruh tanpa batasan.
  • Lafaz-lafaz Am
  • Lafaz kullu, Jamii, Kaaffah, Aammah. Kullu
    imriin. kullu nafsin.
  • Mufrad yang ada Alif Lam Istighraqiyyah.
    Az-Zaaniyah.
  • Jama yang ada Alif Lam Istighraqiyyah. Al-
    Mutallaqaatu.
  • Mufrad yang ada Idofah. Maauhu.
  • Jama yang ada Idofah. Amwaalihim
  • Isim Mausul. Allaziina.
  • Isim istifham. Man(siapakah)

14
  • Hukum lafaz Am
  • - Ulamak bersepakat mengatakan tidak boleh
    beramal atau berpegeng dengan lafaz Am sebelum
    mencari ada atau tiada mukhassisnya. Ulamak
    berpendapat demikian dengan dalil. Sahabat pada
    mulanya berpendapat Fatimah puteri Rasulullah
    berhak mendapat pusaka berdasarkan umum firman
    Allah Allah perintahkan kamu mengenai
    pembahagian pusaka untuk anak-anak kamu ayat
    ini umum meliputi anak-anak nabi dan semua
    anak-anak umat Islam. Selepas itu Abu Bakar
    memberitahu para sahabat bahawa nabi ada
    bersabda kami para nabi tidak boleh dipusakai,
    apa-apa yang kami tinggalkan akan menjadi
    sedekah

15
DILALAH AM, ADAKAH IA QATI ATAU ZANNI?
  • Pendapat Jumhur Ulamak
  • - Dilalah Am sebelum atau selepas pengkhukhusan
    adalah bersifat Zanni.
  • Pendapat Ulamak Hanafi
  • - Dilalah Am kepada makna-maknanya adalah
    secara Qati selagi ia tidak dikhususkan atau
    ditakhsiskan.
  • - Apabila ia ditakhsiskan maka dilalahnya
    terhadap makna-maknanya yang masih tinggal itu
    adalah secara Zanni.

16
  • Kesan Perselisihan
  • - Takhsis Lafaz Am Al-Quran dengan Lafaz Khas
    Hadis Ahad. (Bolehkah Hadis Ahad mengkhususkan
    dalil Am Al-Quran?)
  • Jumhur Ulamak boleh. Kerana keduanya zanni.
  • Ulamak Hanafi tidak boleh. Kesabitan Al-Quran
    lebih kuat.
  • Contoh boleh atau tidak memakan makanan yang
    disembelih oleh orang islam tetapi tidak menyebut
    nama Allah? Dan Janganlah kamu makan dari
    sembelihan yang tidak disebut nama Allah..
    Al-Quran.
  • Sembelihan Orang islam adalah halal, samaada ia
    menyebut nama Allah atau tidak Hadis Ahad.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com