MINGGU 13BBM3203 - PowerPoint PPT Presentation

1 / 48
About This Presentation
Title:

MINGGU 13BBM3203

Description:

Title: MINGGU 13BBM3203 Author: FBMK Last modified by: IBRAHIM Created Date: 7/7/2005 6:01:37 AM Document presentation format: On-screen Show (4:3) Other titles – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:203
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 49
Provided by: FBMK
Category:
Tags: 13bbm3203 | minggu | jahan | shah

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: MINGGU 13BBM3203


1
MINGGU 13
AYAT TERBITAN
2
HASIL PEMELAJARAN
  • Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan
  • pengertian ayat terbitan
  • proses penerbitan ayat, iaitu dari aspek
  • gt pengguguran
  • gt penyusunan semula
  • gt peluasan
  • ayat efektif

3
AYAT TERBITAN
  • Ayat terbitan ialah
  • ayat yang mengalami proses gramatis
  • ayat yang menerapkan rumus transformasi
  • ayat yang merobah peraturan struktur ayat,
    dan
  • ayat yang memperluas sesuatu unsur dalam
    frasa, klausa dan ayat

4
RUMUS TRANSFORMASI
  • Rumus dalam TTG yang menentukan tatacara
    penukaran satu pola tatabahasa kepada pola
    tatabahasa yang lain
  • Rumus ini dapat merobah satu jenis ayat menjadi
    jenis ayat yang lain, dengan cara pengguguran
    atau penambahan unsur dalam untaian
  • Contoh
  • Mahasiswa itu penyanyi
  • Penyanyikah mahasiswa itu?
  • (ayat penyata ayat tanya)

5
PROSES PENERBITAN AYAT
  • proses pengguguran pengguguran subjek FN,
    pengguguran FPred, dan pengguguran FN yang
    mendahului FRelatif
  • proses penyusunan semula penyusunan FN sebagai
    subjek, penyusunan FN sebagai objek, dan
    penyusunan semula melalui ayat songsang
  • proses peluasan peluasan FN sebagai subjek,
    peluasan FPred, peluasan dengan kata hubung, dan
    peluasan melalui proses komplementasi

6
PROSES PENGGUGURAN
  • Proses meninggalkan bahagian sesuatu binaan,
    iaitu pembuangan butir linguistik daripada
    untaian
  • A B C menjadi A C apabila B digugurkan
  • Unsur yang digugurkan itu tidak wujud lagi dalam
    untaian

7
PENGGUGURAN FN SEBAGAI SUBJEK
  • Pengguguran KGN diri kedua dalam ayat perintah
  • Contoh
  • Kamu diam Diam
  • Anda semua masuklah ke dalam dewan ini
  • Masuklah ke dalam dewan ini
  • Awak jangan datang lagi
  • Jangan datang lagi
  • Silalah anda jawab soalan ini
  • Silalah jawab soalan ini

8
PENGGUGURAN SUBJEK DALAM AYAT MAJMUK
  • Contoh
  • Mahasiswa itu kuat Mahasiswa itu berani
  • Mahasiswa itu kuat dan berani
  • Baju ini mahal Baju ini diimport dari Itali
  • Baju ini mahal kerana diimport dari Itali
  • Mahasiswa itu mendapat Bacelor Sastera kelas
    pertama Mahasiswa itu gigih belajar
  • Mahasiswa itu mendapat Bacelor Sastera kelas
    pertama kerana gigih belajar

9
PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT
  • Pengguguran seluruh FPred FK. Contoh
  • Halimah membersihkan rumah Arbak membersihkan
    rumah
  • Halimah dan Arbak membersihkan rumah
  • Berlari dapat mengeluarkan peluh Berjalan
    dapat mengeluarkan peluh
  • Berlari dan berjalan dapat mengeluarkan peluh
  • Hantu berkeliaran Syaitan berkeliaran
  • Hantu dan syaitan berkeliaran

10
PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT
  • Pengguguran FPred FN. Contoh
  • Bunga raya lambang negara Tugu kebangsaan
    lambang negara
  • Bunga raya dan tugu kebangsaan lambang negara
  • Lelaki itu bukan suaminya Lelaki ini bukan
    suaminya
  • Lelaki itu dan lelaki ini bukan suaminya
  • Kesantunan amalan kita Kebersihan amalan kita
  • Kesantunan dan kebersihan amalan kita

11
PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT
  • Pengguguran FPred FAdj. Contoh
  • Suami sangat amanah Isteri sangat amanah
  • Suami dan isteri sangat amanah
  • Mahasiswa harus sabar Mahasiswi harus sabar
  • Mahasiswa dan mahasiswi harus sabar
  • Perangainya amat unik minggu ini Sikapnya
    amat unik minggu ini
  • Perangainya dan sikapnya amat unik minggu ini

12
PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT
  • Pengguguran FPred FSN. Contoh
  • Suami di Kelantan Isteri di Kelantan
  • Suami dan isteri di Kelantan
  • Dia akan ke Moscow Pekerjanya akan ke Moscow
  • Dia dan pekerjanya akan ke Moscow
  • Kain ini untuk ibu Jam ini untuk ibu
  • Kain dan jam ini untuk ibu

13
PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT
  • Pengguguran oleh FN dalam ayat pasif. Contoh
  • Bola ditendang oleh Ali
  • Bola ditendang
  • Taj Mahal telah dibina oleh Shah Jahan dalam
    masa 40 tahun
  • Taj Mahal telah dibina
  • Polis yang baru berkhidmat itu telah ditikam
    oleh pendatang asing
  • Polis yang baru berkhidmat itu telah ditikam
  • Murid itu telah dipukul oleh gurunya
  • Murid itu telah dipukul

14
PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT
  • Pengguguran kata bantu. Contoh
  • Dia dapat memandu kereta Dia dapat memandu
    lori
  • Dia dapat memandu kereta dan lori
  • Orang itu boleh berpantun Orang itu boleh
    bersyair
  • Orang itu boleh berpantun dan bersyair
  • Anaknya belum dapat berjalan Anaknya belum
    dapat bertutur
  • Anaknya belum dapat berjalan dan bertutur

15
PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT
  • Pengguguran FN sebagai objek. Contoh
  • Orang itu mengejar ayam Orang itu menangkap
    ayam
  • Orang itu mengejar dan menangkap ayam
  • Dia menutup pintu Dia membuka pintu
  • Dia menutup dan membuka pintu
  • Kami menyokong wawasan negara Mereka
    menentang wawasan negara
  • Kami menyokong tetapi mereka menentang
    wawasan negara
  • Ayahnya menembak burung Anaknya memikat
    burung
  • Ayahnya menembak dan anaknya memikat burung

16
PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT
  • Pengguguran FN sebagai objek selepas KKJ yang
    bermakna adjektif. Contoh
  • Pemandangan itu amat mengagumkan kami
  • Pemandangan itu amat mengagumkan
  • Kekalahan itu sungguh memilukan pasukan
    Kelantan
  • Kekalahan itu sungguh memilukan
  • Lakonannya itu sangat mempersonakan penonton
  • Lakonannya itu sangat mempersonakan
  • Saya pasti prestasinya tahun ini akan
    menggembirakan anda
  • Saya pasti prestasinya tahun ini akan
    menggembirakan

17
PENGGUGURAN FN YANG MENDAHULUI FRASA RELATIF
  • pengguguran FN subjek. Contoh
  • Orang itu bapa Aminah Orang itu memakai
    kopiah
  • Orang yang memakai kopiah itu bapa Aminah
  • Yang memakai kopiah itu bapa Aminah
  • Puteri itu puteri bongsu Puteri itu cantik
    berseri
  • Puteri yang cantik berseri itu puteri bongsu
  • Yang cantik berseri itu puteri bongsu

18
PENGGUGURAN FN YANG MENDAHULUI FRASA RELATIF
  • pengguguran FN Objek. Contoh
  • Imai membeli baju Baju itu merah
  • Imai membeli baju yang merah itu
  • Imai membeli yang merah itu
  • Mereka memilih hadiah Hadiah itu menarik
  • Mereka memilih hadiah yang menarik itu
  • Mereka memilih yang menarik itu

19
PENGGUGURAN KN INTI FN
  • Contoh
  • gt Pekerjaan bertani memerlukan teknologi moden
  • gt Bertani memerlukan teknologi moden
  • gt Sifat sopan santun perlu wujud dalam kalangan
    pelajar
  • gt Sopan santun perlu wujud dalam kalangan
    pelajar
  • gt Amalan bersedekah amat dituntut oleh Islam
  • gt Bersedekah amat dituntut (oleh) Islam
  • gt Perbuatan merokok membahayakan kesihatan
  • gt Merokok membahayakan

20
PROSES PENYUSUNAN SEMULA
  • Bentuk kata dalam ayat asal diubah struktur
  • Diterbitkan dalam struktur ayat gramatis yang
    baharu
  • Melibatkan perubahan atau pengguguran kata
    tertentu, penggantian atau penambahan kata lain
  • Tidak merobah makna ayat

21
PENYUSUNAN SEMULA FN SEBAGAI SUBJEK
  • Contoh aktif kepada pasif
  • gt Pekerja itu mengecat kereta
  • gt Kereta dicat (oleh) pekerja itu
  • gt Isterinya memandu lori
  • gt Lori dipandu (oleh) isterinya
  • gt Saya menembak burung
  • gt Burung saya tembak
  • gt Kamu membayar bil ini esok
  • gt Bil ini kamu bayar esok

22
TRANSFORMASI PASIF
  • Ayat yang mengalami transformasi pasif boleh
    disusun semula melalui proses penyongsangan.
    Contoh
  • Engkau petik buah setiap malam
  • Setiap malam engkau petik buah
  • Ayat di atas berasal daripada ayat pasif Buah
    engkau petik setiap malam. Dan ayat pasif ini
    berasal daripada ayat aktif Engkau memetik buah
    setiap malam
  • Catatan
  • Ayat aktif bersifat ayat dasar yang
    mengandung kata kerja wajib berimbuhan
    meN
  • Ayat yang mengandung kata kerja yang tidak
    berimbuhan meN ialah ragam ayat pasif
  • Ayat aktif atau ayat pasif boleh disongsangkan

23
PENYUSUNAN SEMULA FN SEBAGAI OBJEK
  • Penyusunan ini terjadi pada ayat yang mengandung
    dua objek, iaitu objek tepat dan objek sipi.
    Contoh
  • Suami menghadiahi isteri kain
  • Suami menghadiahkan kain kepada isterinya
  • Mahasiswi memberi mahasiswa bunga
  • Mahasiswi memberikan bunga kepada mahasiswa.
  • Orang itu mengurniai isterinya anak
  • Orang itu mengurniakan anak kepada isterinya
  • Ismail mengirimi anaknya durian
  • Ismail mengirimkan durian kepada anaknya

24
PENYUSUNAN SEMULA MELALUI AYAT SONGSANG
  • Ayat yang mengandung keterangan tempat, masa,
    syarat, musabab dan sebagainya boleh juga
    disongsangkan jika keterangan itu dipentingkan.
    Contoh
  • Kami meletakkan hadiah itu di sana
  • Di sana kami meletakkan hadiah itu
  • Dia akan berpindah ke hutan
  • Ke hutan dia akan berpindah
  • Akan berpindah ke hutan dia
  • Tikus itu bergerak di dalam kain
  • Di dalam kain tikus itu bergerak
  • Bergerak di dalam kain tikus itu

25
PROSES PELUASAN
  • Penambahan unsur tertentu dalam ayat baharu.
    Terdapat empat jenis peluasan, iaitu
  • gt peluasan FN sebagai subjek
  • gt peluasan frasa predikat
  • gt peluasan dengan kata hubung
  • gt peluasan melalui proses komplementasi

26
PELUASAN FN SEBAGAI SUBJEK
  • Proses relativisasi, iaitu proses pemancangan
    ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa
    relatif kepada subjek ayat yang menerima
    pancangan
  • Frasa relatif wujud melalui penggunaan kata
    relatif yang. Contoh
  • Mahasiswi itu buah hatiku
  • Mahasiswi itu tersenyum
  • Mahasiswi yang tersenyum itu buah hatiku
  • Orang itu suaminya
  • Orang itu memakai kopiah
  • Orang yang memakai kopiah itu suaminya

27
SYARAT RELATIVISASI
  • Subjek FN sama. Jika subjek tidak sama,
    relativisasi tidak terjadi. Contoh Bangunan
    itu besar. Orang itu mengait buah. Bangunan
    yang mengait buah itu besar
  • FN identiti sama dan berfungsi sebagai subjek.
    Jika tidak relativisasi tidak terjadi. Contoh
    Mahasiswi membaling meja. Mahasiswa membaling
    mahasiswi. Mahasiswi yang mahasiswa membaling
    meja
  • Ayat 2 boleh direlativisasikan dengan syarat ayat
    itu diubah dalam bentuk pasif. Contoh Mahasiswi
    membaling meja
  • Mahasiswa membaling mahasiswi. Mahasiswi
    dibaling (oleh) mahasiswa (pasif). Mahasiswi
    yang dibaling (oleh) mahasiswa itu membaling meja
    (relativisasi)

28
PELUASAN FRASA PREDIKAT
  • Peluasan frasa predikat boleh terjadi jika FN
    menjadi subjek dalam ayat yang dipancangkan.
    Contoh
  • Mastura menjolok buah itu Buah itu bulat
  • Mastura menjolok buah yang bulat itu
  • Anaknya memanjat pokok ini Pokok ini tinggi
  • Anaknya memanjat pokok yang tinggi ini
  • Isteri memukul suami Suami nakal
  • Isteri memukul suami yang nakal

29
PELUASAN DENGAN KATA HUBUNG
  • Proses penggabungan dua konstituen yang sama
    dalam ayat dengan kata hubung seperti dan,
    tetapi, kerana, jika, walaupun Contoh
  • Mahasiswa ini bahagia Mahasiswi itu kecewa
  • Mahasiswa ini bahagia tetapi mahasiswi ini
    kecewa
  • Emak pergi ke pasar Ayah pergi ke pasar
  • Emak dan ayah pergi ke pasar
  • A mahu pergi ke bulan B tidak mahu pergi ke
    bulan
  • A mahu pergi ke bulan walaupun B tidak mahu
    pergi

30
PELUASAN SECARA KOMPLEMENTASI
  • Proses yang merobah ayat menjadi satu FN, dan
    memancangkannya pada ayat yang lain. Contoh
  • Wanita itu melaporkan sesuatu suaminya
    kahwin lagi
  • Wanita itu melaporkan bahawa suaminya kahwin
    lagi
  • Struktur batin ayat di atas adalah seperti yang
    berikut
  • Wanita itu melaporkan suaminya kahwin lagi.
  • Komplementasi jenis ini terjadi dengan syarat FN
    subjek dalam ayat induk dan ayat kecil adalah sama

31
TRANSFORMASI KOMPLEMENTASI FRASA KERJA
  • Ayat berikut terhasil daripada pelaksanaan
    transformasi komplementasi frasa kerja
  • Contoh
  • Dia pergi menembak rusa
  • Orang itu berdiri mengambil buku
  • Perawan ini duduk termenung sepanjang hari
  • Mahasiswa itu tidur berdiri
  • Petani duduk mencangkung

32
TRANSFORMASI KOMLEMENTASI FRASA KERJA
  • Ayat yang dipancangkan itu dikuasai oleh nod FK,
    bukannya FN. Ini demikian kerana FK dalam ayat
    induk ialah FKTT. Ayat tersebut tidak boleh
    dipasifkan
  • Ayat di atas juga mungkin mempunyai struktur
    batin seperti contoh berikut
  • Perawan itu duduk sepanjang hari
  • dan
  • Perawan itu termenung sepanjang hari
  • Setelah mengalami proses pengguguran kh dan FN
    yang sama, maka wujudlah ayat terbitan seperti
    yang terjelma pada struktur permukaan
  • Perawan itu duduk termenung sepanjang hari

33
AYAT EFEKTIF
  • Ayat yang singkat, padat, jelas, lengkap dan
    dapat memberikan maklumat dengan tepat
  • Unsur ayat yang digunakan hanyalah yang perlu
  • Setiap unsur ayat benar-benar berfungsi dan
    mengandung makna yang sarat dengan maklumat
  • Tiada pengulangan ungkapan dari sudut struktur
    atau makna

34
CIRI AYAT EFEKTIF
  • Keutuhan, kesatuan, dan keserasian makna dengan
    srtuktur
  • Kesejajaran bentuk kata atau ayat secara
    ketatabahasaan
  • Kefokusan idea hingga mudah difahami dan dihayati
  • Kehematan penggunaan unsur ayat
  • Kecermatan dan kesantunan
  • Kevariasian kata dan struktur

35
KEUTUHAN
  • Wujudan keserasian antara struktur dengan makna
  • Ayat dari sudut tatabahasa betul, tetapi maknanya
    salah
  • Contoh Saya saling memandang dan tersenyum
    (salah)
  • Ayat ini salah kerana tiada kesesuaian antara
    struktur dengan makna. Sepatutnya Kami saling
    memandang dan tersenyum

36
KESEJAJARAN
  • Kesamaan bentuk yang digunakan secara tekal.
    Contoh kesatuan, kemakmuran, kesejahteraan,
    kegembiraan, kedamaian perikanan, percubaan,
    pertanian, perkebunan mengerjakan,
    memerihalkan, menghuraikan
  • Hakim segera menjatuhkan hukuman kepada lanun
    itu kerana sudah diketahui sebelumnya
  • Langkah berikut perlu dilakukan
  • gt pertemuan dengan penasihat akademik
  • gt menentukan tajuk
  • gt melaporkan kemajuan penyelidikan
  • gt bertemu dengan pembimbing
  • Sepatutnya
  • Hakim segera menjatuhkan hukuman kepada lanun
    itu kerana sudah mengetahui sebelumnya
  • Langkah berikut perlu dilakukan
  • gt menemui penasihat akademik
  • gt menentukan tajuk
  • gt melaporkan kemajuan penyelidikan
  • gt menemui pembimbing

37
KEFOKUSAN
  • Ayat efektif perlu memfokuskan idea penting agar
    senang difahami maknanya. Jika tidak, maka
    tersebut sukar ditanggap dan ini akan menghambat
    komunikasi. Contoh
  • gt Sukar ditingkatkan kualiti dan kuantiti produk
    hortikultur (tidak efektif)
  • gt Produk hortikultur sukar dipertingkat kualiti
    dan kuantitinya (efektif)
  • gt Keterampilan memaham, keterampilan bertutur,
    keterampilan membaca dan keterampilan menulis
    adalah modal utama pemasar produk (tidak
    efektif)
  • gt Keterampilan memaham, bertutur, membaca dan
    menulis ialah modal utama pemasar produk
    (efektif)

38
KEHEMATAN
  • Setiap unsur ayat perlu berfungsi dengan baik,
    unsur yang dianggap lewah dan mubazir mesti
    dihindarkan. Antaranya
  • gt subjek ganda bungkusan itu saya sudah buka
    sepatutnya saya sudah membuka bungkusan itu
  • gt penggandaan kata yang sudah mendukung maksud
    jamak aktiviti, mahasiswa, universiti, rumah
  • gt penggunaan bentuk singkat SPR memberikan
    perigatan kepada perayu undi agar tidak memasuki
    kawasan mengundi sepatutnya SPR memperingatkan
    perayu undi agar tidak memasuki kawasan mengundi
    bapa membelah kayu dengan menggunakan kapak
    sepatutnya bapa membelah kayu dengan kapak
  • gt penggunaan bentuk kata aktif dan bertenaga
    dia berdiri lalu berlari ke padang sepatutnya
    dia bangkit lalu berlari ke padang guru
    memperhatikan muridnya sepatutnya guru mengamati
    muridnya

39
KECERMATAN
  • Pilihan kata berdasarkan daya ekspresinya yang
    pasti bukan kerana sedap didengar. Banyak kata
    yang bersinonim, tetapi hanya satu yang paling
    tepat maksudnya dalam konteks tertentu. Contoh
  • gt Adalah dimaklumkan bahawa sepatutnya Dengan
    hormatnya dimaklumkan bahawa Dia adalah guru
    sepatutnya Dia ialah guru
  • gt Oleh sebab soalan sudah diketahui sebelumnya,
    mahasiswa itu dapat menjawab soalan peperiksaan
    dengan mudah sepatutnya Oleh sebab sudah
    mengetahui sebelumnya, mahasiswa itu dapat
    menjawab soalan peperiksaan dengan mudah
  • gt sejuk, dingin panas, suam ajal, mati, maut,
    meninggal dunia, mangkat akrab, erat, intim,
    karib

40
KESANTUNAN
  • Idea yang diekspresikan dapat mengembangkan
    suasana yang baik, hubungan yang harmonis dan
    keakraban. Tanda ayat yang baik dan santun ialah
    singkat, jelas, lugas, dan tidak berbelit-belit.
    Contoh
  • gt Seperti yang telah ditentukan, pekerjaan itu
    biasanya dikerjakan sekali seminggu sepatutnya
    Seperti yang telah ditentukan, pekerjaan itu
    biasanya dilakukan sekali seminggu atau Telah
    ditentukan bahawa pekerjaan itu dilakukan sekali
    seminggu
  • gt Aspek lain yang perlu diambil kira ialah dari
    segi hubungan masyarakat sepatutnya Aspek lain
    yang perlu diambil kira ialah hubungan masyarakat

41
KEVARIASIAN
  • Kepelbagaian boleh diwujudkan variasi struktur,
    diksi dan gaya dengan tidak mengubah makna.
    Antaranya ayat biasa - songsang, aktif pasif,
    ayat tunggal, ayat majmuk gabungan, pancangan
    (relatif, komplemen, keterangan), ayat campuran
    Contoh
  • gt Ayah menembak burung, burung ditembak ayah,
    menembak burung ayah
  • gt Kedua-dua orang tuanya bekerja di sawah ketika
    keempat-empat anak mereka belajar di sekolah,
    Ketika keempat-empat anak mereka belajar di
    sekolah, kedua-dua orang tuanya bekerja di sawah
  • gt Orang itu kakak ipar saya. Orang itu menyapu
    di halaman rumah Orang yang sedang menyapu di
    halaman rumah itu kakak ipar saya

42
KETEPATAN DIKSI
  • Setiap kata perlu mengungkapkan idea dengan
    tepat, iaitu dengan mengambil kira kata yang
    bersinonim, struktur idiomatik, kata yang
    berlawanan makna, serta ketepatan dan
    kesesuaiannya mengikut konteks. Antara yang perlu
    dihindari ialah
  • Penggunaan kata yang bersinonim dalam satu
    frasa agar supaya, demi untuk, adalah
    merupakan, bagi untuk, naik ke atas, turun ke
    bawah
  • - Anda makanlah ubat agar supaya cepat sembuh
  • Penggunaan kata tanya yang tidak menanyakan
    sesuatu di mana, yang mana, bagaimana, mengapa
  • - Kampung di mana kami tinggal selama sepuluh
    tahun telah membangun dengan pesat
  • Penggunaan kata berpasangan yang tidak
    sepadan tidak hanya tetapi juga, bukan hanya
    tetapi juga
  • - Orang itu tidak hanya pandai, tetapi juga
    rajin sepatutnya orang itu tidak hanya pandai,
    melainkan juga rajin
  • Penggunaan kata berpasangan secara idiomatik
    yang tidak sesuai sesuai bagi, membicarakan
    tentang, hanya sahaja

43
DIKSI KURANG SANTUN
  • Penggunaan kata dalam suasana formal aku saya,
    bini isteri, laki suami, betina perempuan,
    jantan lelaki, jamban tandas - bilik air -
    kamar kecil, penganggur tuna karya
  • Pilihan kata yang mengekspresikan data secara
    subjektif menurut pendapat saya sepatutnya data
    menunjukkan bahawa, penelitian / kajian /
    pengalaman membuktikan bahawa
  • Penggunaan kata yang tidak jelas maknanya
    anggun, andal, lugas, citra
  • Pemilihan kata yang tidak sesuai dengan konteks
    baku dialek
  • Penolakan dan pembuktian tanpa makna yang pasti
    tidak menjawab pertanyaan secara langsung dan
    pasti

44
KESALAHAN AYAT STRUKTUR
  • Ayat aktif tanpa subjek
  • - Menurut Asmah mengatakan bahawa subjek ayat
    ialah sepatutnya Asmah mengatakan bahawa subjek
    ayat ialah atau menurut Asmah, subjek ayat
    ialah
  • Kata depan di hadapan subjek
  • - Di Kuala Lumpur mempunyai bangunan pencakar
    langit sepatutnya Kuala Lumpur mempunyai
    bangunan pencakar langit atau Di Kuala Lumpur
    terdapat bangunan pencakar langit
  • Kata yang di hadapan predikat
  • - Lelaki yang memakai kopiah sepatutnya Lelaki
    memakai kopiah (ayat tunggal)
  • - Lelaki yang memakai kopiah itu suami Minah
    (ayat majmuk pancangan)

45
KESALAHAN AYAT STRUKTUR
  • Kata depan di hadapan objek
  • - Jurutera itu menghuraikan tentang struktur
    bangunan sepatutnya Jurutera itu menghuraikan
    struktur bangunan
  • Kata penghubung pada awal ayat
  • - Dia cendekia. Sehingga kerap memenangi
    pertandingan sepatutnya Dia cendekia sehingga
    kerap memenangi pertandingan
  • Penghubung ayat
  • - Meskipun sudah berkuasa, tetapi ia tetap
    merendah diri sepatutnya Meskipun sudah
    berkuasa, ia tetap merendah diri
  • salah urutan
  • - Beliau menulis laporan, mengamati data ,
    menyunting laporan, dan menyerahkan laporan itu
    kepada ketuanya sepatutnya Beliau mengamati data,
    menulis laporan, menyunting laporan, dan
    menyerahkan laporan itu kepada ketuanya

46
KESALAHAN AYAT EJAAN
  • Penggunaan huruf besar, huruf kecil, huruf
    miring, huruf tebal
  • Pemenggalan kata
  • Penulisan kata baku
  • Penulisan unsur serapan
  • penulisan kata asing
  • Penggunaan tanda baca titik, koma, tidak dua,
    titik koma, tanda petikan satu (), tanda
    penyingkatan ()
  • Penulisan ayat atau paragraf induk ayat, anak
    ayat, petikan langsung dan petikan tidak langsung
  • Penulisan keterangan tambahan, penulisan aposisi
  • Penulisan judul buku, makalah, skripsi, tesis,
    disertasi, jurnal, surat khabar, majalah
  • Penulisan judul bab, subbab, bahagian,
    subbahagian
  • Penulisan data pustaka dalam teks, catatan kaki
    dan bibliografi

47
KESIMPULAN
  • Ayat terbitan ialah ayat yang mengalami proses
    gramatis
  • Ayat terbitan mengalami proses pengguguran,
    penyusunan semula dan peluasan
  • Proses pengguguran merangkumi pengguguran FN
    sebagai subjek, pengguguran frasa predikat, dan
    pengguguran frasa relatif
  • Proses penyusunan semula melibatkan susunan aktif
    pasif, transformasi pasif, susunan objek, dan
    ayat songsang
  • Proses peluasan melibatkan FN sebagai subjek,
    frasa predikat, dan kata hubung dan proses
    komplementasi
  • Ayat efektif ialah ayat yang mempunyai ciri
    keutuhan, kesejajaran, kefokusan, kehematan,
    kecermatan, kesantunan, kevariasian, ketepatan
    diksi, tiada diksi kurang santun dan tiada
    kesalahan ayat dari segi struktur dan ejaan

48
MADAH PUJANGGA
ORANG YANG GAGAH DAN BERANI IALAH ORANG YANG
MAMPU MENAHAN NAFSU KETIKA MARAH Wahai anakanda
cahaya mata rajin dan tekun dalam bekerja penat
dan letih usah dikira supaya kelak hidupmu
sejahtera
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com