MINGGU 8BBM3203 - PowerPoint PPT Presentation

1 / 47
About This Presentation
Title:

MINGGU 8BBM3203

Description:

Title: MINGGU 8BBM3203 Author: FBMK Last modified by: cheibrahim Created Date: 7/7/2005 5:59:26 AM Document presentation format: On-screen Show (4:3) – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:371
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 48
Provided by: FBMK
Category:
Tags: 8bbm3203 | minggu | nian

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: MINGGU 8BBM3203


1
MINGGU 08
Frasa Frasa Nama dan Frasa Adjektif
2
HASIL PEMELAJARAN
  • Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan
  • Pengertian frasa
  • Pengertian dan rumus frasa nama dan frasa
    adjektif
  • Binaan frasa nama dan frasa adjektif
  • Fungsi frasa nama dan frasa adjektif

3
FRASA
  • Tatabahasa Tradisional Sekumpulan kata yang
    membentuk unit sintaksis dan tidak bertaraf ayat
    sempurna.
  • Tatabahasa Sistemik Salah satu daripada unit
    tatabahasa. Dalam hierarki tatabahasa, frasa
    terletak antara kata dengan klausa.
  • Tatabahasa Transformasi Generatif Frasa
    digunakan dalam pencirian umum peringkat awal
    analisis, seperti rumus struktur frasa dan
    sebagai unit analisis, seperti FN dan FK.

4
FRASA
  • Frasa boleh jadi satu perkataan atau deretan
    perkataan yang membentuk satu kesatuan makna.
  • Frasa bahasa Melayu terbahagi empat, iaitu
  • gt Frasa Nama
  • gt Frasa Kerja
  • gt Frasa Adjektif
  • gt Frasa Sendi Nama

5
CONTOH FRASA
  • Frasa Nama rumah, rumah kecil, rumah kecil itu,
    kedua-dua buah rumah kecil itu.
  • Frasa Adjektif indah, indah sungguh, tidak indah
    sungguh, tidak berapa indah sungguh.
  • Frasa Kerja tidur, hendak tidur, belum hendak
    tidur, belum hendak tidur lagi.
  • Frasa Sendi Nama di dalam kotak, di tepi kali,
    ke Kelantan.

6
INTI FRASA
  • Frasa Nama (S) Frasa Kerja (P)
  • Pasir (inti) putih (pen) roboh (inti) di tepi
    kali (pen)
  • Frasa Nama (S) Frasa Nama (P)
  • Haji (pen) Mhd Amin (inti) pensyarah (inti)
    bahasa (pen)
  • Frasa Nama (S) Frasa Adjektif (P)
  • Gadis (inti) desa itu (pen) cantik (inti) amat
    (penguat)

7
CIRI FRASA NAMA
  • Kata nama sebagai intinya.
  • Wujud bersendirian.
  • Wujud bersama dengan sederetan penerang, sesudah
    atau sebelumnya.
  • Berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan
    ayat.

8
KATA YANG HADIR DALAM FN
  • Nama Am desa, kerusi, arnab, komputer, almari,
    baju, kain, kereta
  • Nama Khas Hang Jebat, Mastura, Hassan, Halimah,
    Lim Swee Tin
  • Kata Ganti Nama beliau, kamu, mereka, dia,
    engkau
  • Gelaran Tan Sri, Datin Paduka, Tun, Datuk Seri
  • Kata Tunjuk ini, itu.
  • Kata Tanya siapa, bagaimana, di mana, bila, apa
  • Kata Arah atas, bawah, belakang, hadapan,
    samping
  • Kata Bilangan beberapa, kedua, keempat
  • Penjodoh Bilangan kaki, utas, rawan, butir,
    bilah

9
RUMUS FRASA NAMA
  • bil penj bil gel KNInt KNInt pen
    pent
  • Contoh Frasa Nama
  • gt Empat orang murid perempuan itu
  • gt TYT Tun Dato Seri (Dr) Hj Hamdan Sheikh Tahir
  • gt Beberapa ekor ayam jantan
  • gt Perigi berhampiran gunung Jerai
  • gt Sesetengah pelabur asing
  • gt Dua orang peserta pertandingan debat
  • gt Datuk Panglima Hitam
  • gt Dua pasang subang berlian
  • gt Beberapa orang mahasiswa UPM

10
BINAAN FRASA NAMA
  • Frasa Nama (inti penerang) terbahagi dua, iaitu
    inti penerang nama dan inti penerang bukan
    nama.
  • Inti Penerang Nama keturunan, jenis,
    penyambut, kegunaan, kelamin, tempat, arah,
    anggota badan, tenaga penggerak, hal/perkara,
    milik/kepunyaan, nama khas, panggilan/gelaran.
  • Inti Penerang bukan Nama penentu
    (hadapan/belakang), kata kerja, kata adjektif,
    frasa sendi nama, dan bilangan ordinal.
  • Frasa Nama (Inti inti) terbahagi dua, iaitu
    inti penerang seerti dan inti inti
    bertentangan.

11
INTI PENERANG NAMA
  • Inti Penerang Keturunan
  • orang Jawa
  • bahasa Jepun
  • keturunan lanun
  • askar Melayu
  • bangsa India
  • Inti Penerang Jenis
  • ular lidi
  • baju kebaya
  • buah mempelam
  • pingat emas
  • sukan Asia
  • kayu cendana
  • ayam Belanda

12
INTI PENERANG NAMA
  • Inti Penerang Penyambut/Objek
  • pemandu lori
  • jaga bank
  • anak haram
  • pengarang novel
  • pekerja kilang
  • Inti Penerang Kegunaan
  • minyak pengasih
  • jamu penguat
  • wang pengeras
  • bacaan pendinding

13
INTI PENERANG NAMA
  • Inti Penerang Kelamin
  • ayam jantan
  • pelayan perempuan
  • setiausaha lelaki
  • gajah betina
  • Inti Penerang Tempat
  • orang kampung
  • Melayu Patani
  • Cina Kelantan
  • tepi kali

14
INTI PENERANG NAMA
  • Inti Penerang Arah
  • kulit dalam
  • angin tenggara
  • pintu belakang
  • tingkat tengah
  • Inti Penerang Anggota Badan
  • rantai leher
  • tali pinggang
  • tudung kepala
  • barah hati

15
INTI PENERANG NAMA
  • Inti Tenaga Penggerak
  • kereta api
  • lampu minyak
  • kipas angin
  • kapal layar
  • dapur gas
  • Inti Penerang Hal
  • surat nikah
  • sijil perkahwinan
  • hari wanita
  • majlis berkhatan
  • garis pemisah
  • borang permohonan
  • wanita penggoda

16
INTI PENERANG NAMA
  • Inti Penerang Milik/Kepunyaan
  • rumah kerajaan
  • kulit buaya
  • gading gajah
  • kaki gergasi
  • tapak harimau
  • Inti Penerang Khas
  • negara Cina
  • sungai Sarawak
  • Tanjung Bidara
  • Kampung New Zealand

17
INTI PENERANG NAMA
  • Penerang Panggilan Inti
  • Profesor Diraja Ungku Aziz
  • Wan Amuddin
  • Tuan hakim
  • Dato Seri Anwar Ibrahim
  • Puan Azah Aziz
  • Tuan Haji Sulaiman
  • Encik Zamri
  • Nik Mustapha

18
INTI PENERANG BUKAN NAMA
  • Penerang/penentu/bil./penj. bil. Inti
  • dua orang graduan
  • beberapa sikat pisang
  • segala aktiviti
  • tiga kumpulan sukan
  • segerombolan lanun
  • Inti Kata Kerja
  • fikiran terganggu
  • filem bicara
  • gunung berangkat
  • hati terikat
  • langit runtuh
  • wad bersalin

19
INTI PENERANG BUKAN NAMA
  • Inti Penerang Adjektif
  • saudara dekat
  • bulan gerhana
  • pengantin baharu
  • air suci
  • demam panas
  • Inti Penerang Frasa Sendi Nama
  • novel oleh Hamka
  • hadiah untuk kekasih
  • lawatan ke Singapura
  • kakak di bilik

20
INTI PENERANG BUKAN NAMA
  • Inti Penerang Bilangan
  • (bertingkat/ordinal)
  • pelawat keseratus
  • isteri keempat
  • anak kesembilan
  • tempat kedua
  • kekasih pertama
  • rumah ketiga

21
INTI INTI
  • Inti Inti (seerti)
  • sahabat handai
  • ribut taufan
  • hutan rimba
  • semak samun
  • bukit bukau
  • sawah ladang
  • kampung halaman
  • bandar pekan

22
INTI INTI
  • Inti Inti (bertentangan)
  • api air
  • bumi langit
  • dapur serambi
  • datuk datin
  • guru murid
  • hadapan belakang
  • tuan puan
  • jantan betina
  • pria wanita

23
HUKUM D - M
  • D M D M
  • lelaki Melayu majalah mingguan
  • perempuan Cina sos cili
  • lembu kereta pisang goreng
  • kereta lembu faktor lain
  • restoran Minang bola sepak
  • klinik gigi
  • hal lain
  • perkataan lain
  • askar Gurka
  • jurnal bulanan

24
KEKECUALIAN HUKUM D - M
  • M D
  • perdana menteri
  • timbalan menteri
  • naib canselor
  • timbalan ketua
  • pembantu penyelidik
  • ibu pejabat
  • pembantu pensyarah
  • penolong pendaftar
  • timbalan pengerusi
  • timbalan pendaftar
  • penolong bendahari

25
CIRI FRASA NAMA YANG LAIN
  • Kata bilangan dan penjodoh bilangan hadir di
    hadapan KN inti. Contoh
  • kata bilangan penjodoh bilangan KN inti
  • dua orang perdana menteri
  • beberapa ekor unta
  • se kawan gajah
  • se gelintir mahasiswa
  • para pendengar
  • se jambak puisi
  • se pucuk surat
  • se keping hati
  • se kumpulan perusuh
  • se kuntum mawar

26
CIRI FN YANG LAIN
  • Kata panggilan atau gelaran hadir di hadapan KN
    inti. Contoh
  • kata panggilan/gelaran KN inti
  • Tuan Haji Mohamad Kasim
  • Puan Zaiton Muda
  • Raja Zazman Raja Hassan
  • Tengku Norhayati bt Tengku Muhammad
  • Datuk Nik Aziz Nik Mat
  • TYT Tun Dato Seri (Dr) Haji Hamdan Sheikh
    Tahir
  • Profesor Dr Haji Amat Juhari Moain

27
CIRI FN YANG LAIN
  • Kata nama inti hadir dengan penerang lebih
    daripada satu. Contoh
  • inti pen. Adj penerang pent.
    belakang
  • kereta baharu ayah itu
  • pintu besar rumah ini
  • Isteri muda orang itu
  • kekasih lama mahasiswa itu

28
CIRI FN YANG LAIN
  • Inti pen. Adj pen. (inti pen) pent
  • Kereta baharu ayah Ramli itu.
  • Pintu besar rumah menteri itu.
  • Isteri muda orang kaya ini.
  • Kekasih lama mahasiswa kedekut itu.

29
CIRI FN YANG LAIN
  • Dua FN wujud serentak dengan merujuk objek yang
    sama.
  • Subjek
  • FN FN
  • semangkuk bubur kacang pengalas perut kosong
  • sepucuk surat pemain bola sepak
    Terengganu
  • dua buah rumah Perdana Menteri Thailand
    itu
  • sepasang subang berlian pengantin baharu ini

30
UNSUR BUKAN NAMA PENGISI FN
  • Bersukan menyihatkan badan.
  • Umpat-mengumpat menjadi kegemaran wanita.
  • Memfitnah perbuatan yang keji.
  • Hijau melambangkan kedamaian.
  • Pengisi jati yang dihilangkan adalah seperti yang
    berikut
  • Kegiatan bersukan menyihatkan badan.
  • Kebiasaan umpat-mengumpat menjadi kegemaran
    wanita.
  • Perbuatan memfitnah perbuatan yang keji.
  • Warna hijau melambangkan kedamaian.

31
FUNGSI FN
  • Konstituen subjek Pakaian orang itu anggun.
  • Konstituen predikat Suaminya guru sekolah agama.
  • Konstituen objek Mereka menaiki kapal terbang.
  • Konstituen pelengkap Anaknya menjadi pramugari.
  • Konstituen FSN Wang hantaran itu untuk
    tunangnya.
  • Konstituen frasa keterangan Pembangunan umah
    memerlukan iltizam daripada semua rakyat.

32
FRASA ADJEKTIF
  • Unsur pengisi wajib FAdj ialah kata adjektif.
    Unsur lain merupakan tambahan yang bersifat
    pilihan sahaja.
  • Dua kata adjektif yang hadir serentak, dan
    membawa makna bertentangan, tidak boleh
    digugurkan. Contoh
  • besar kecil, tinggi rendah, panjang pendek
  • Dua kata adjektif yang hadir serentak, dan
    membawa makna keserasian atau berunsur rima, kata
    adjektif kedua boleh digugurkan. Contoh
  • tinggi lampai, riang gembira

33
BINAAN FRASA ADJEKTIF
  • Satu perkataan
  • kata dasar satu kata, dan kata berimbuhan.
  • Dua perkataan
  • kata adjektif kata adjektif keserasian makna,
    berlawanan makna, unsur rima.
  • kata adjektif kata nama keserupaan, kiasan

34
BINAAN KATA ADJEKTIF SATU KATA
  • Kata dasar sifatan, warna, ukuran, bentuk,
    pancaindera, waktu, jarak, cara, perasaan, dan
    kekerapan.
  • Sifatan amat letih
  • Warna darah putih
  • Ukuran seluar pendek
  • Bentuk kepala lonjong
  • Pancaindera rasa manis sangat, pandang sungguh
    indah, dengar terlalu merdu, aroma tengik amat,
    sentuh sungguh halus
  • Waktu spontan amat
  • Jarak amat jauh
  • Cara menari lincah
  • Perasaan begitu malu
  • Kekerapan sungguh kerap

35
BINAAN KATA ADJEKTIF BERIMBUHAN
  • Wajahnya kemerah-merahan.
  • Suaminya kemalu-maluan.
  • Abang tidak sehebat adiknya.
  • Hajatnya setinggi gunung Kinabalu.
  • Orang itu nampak kekampung-kampungan amat.
  • Perangainya masih kekelantanan.
  • Tindakannya nampak kecinaan.
  • Sifat kemelayuannya masih tidak berobah.
  • Mesyuarat UMNO nampak keindiaan.
  • Beliau telah meluahkan perasaan serindu-rindunya.

36
BINAAN KATA ADJEKTIF DUA PERKATAAN
  • Kata adjektif kata adjektif
  • Keserasian makna pucat lesi, letih lesu, gagah
    berani, riang gembira, hitam manis
  • Pertentangan makna asyik jemu, baharu lama,
    bahagia derita, benar dusta, curam datar, mahal
    murah
  • Unsur rima tua bangka, kaya raya, terang
    benderang, indah permai, hina dina.
  • Contoh ayat
  • Putera itu pucat lesi.
  • Bahagia derita menjadi asam garam kehidupan.
  • Suaminya sudah tua bangka.

37
BINAAN KATA ADJEKTIF DUA PERKATAAN
  • Kata adjektif kata nama (penerang)
  • Maksud kesamaan/keserupaan merah menjahang,
    kuning merona, hijau daun, jinak lalat, hitam
    manggis, biru laut
  • Maksud kiasan panjang mata, panjang untung,
    keras tulang, panas hati, berat perut, ringan
    lidah, sakit akal, tua keladi, keras lutut, keras
    kematu
  • Contoh ayat
  • Jinak lalat mahasiswi itu.
  • Orang tua itu masih kuat lutut.
  • Orang baik selalunya keras tulang.
  • Wajahnya merah merona.

38
HUBUNGAN FRASA ADJEKTIF DENGAN KATA LAIN
  • Kata penguat hadapan terlalu rajin, paling
    dungu, belakang dalam sekali, cerdik benar,
    indah nian, bebas amat malu, pelek sungguh
  • Kata bantu hadapan sudah manis, belum masak,
    masih dingin, harus rajin
  • Kata penegas masih belum masak lagi.
  • Catatan
  • Dua penguat boleh hadir sederetan sungguh amat
    sopan
  • Kata bantu boleh juga hadir sebelum atau sesudah
    penguat. masih amat bodoh, belum terlalu jauh,
    benar telah kecewa

39
BINAAN FRASA ADJEKTIF
  • kb kp KAdj KAdj kata ket AKomp
  • kb KAdj masih manis, belum sihat, mahu cantik,
    selalu baik
  • kp KAdj sungguh malang, amat cetek, paling
    indah, agak bodoh
  • kb kp KAdj masih agak muda, belum terlalu
    tua, sudah amat terang, sudah agak baik
  • KAdj kp indah nian, dalam sekali, pandai
    sungguh, cantik amat
  • kb KAdj kp masih muda benar, belum masak
    betul, sudah tua sangat
  • kp KAdj kp amat indah sekali, sangat bodoh
    betul, sungguh cantik nian
  • kp KAdj ket amat cinta akan kekasihnya,
    sungguh indah ibarat syurga idaman, sangat masam
    pada bahagian atasnya.

40
BINAAN FRASA ADJEKTIF
  • kp KAdj AKomp
  • sungguh yakin bahawa dialah yang bersalah
  • amat percaya bahawa hidup ini penuh pancaroba
    dan pancarona
  • sangat sedar bahawa kita perlu bekerja keras
  • KAdj kp AKomp
  • Percaya amat bahawa kita akan berjaya
  • Sedar sungguh bahawa pasukannya akan kalah
  • kb KAdj KAdj
  • Masih tinggi rendah
  • Sudah muda belia
  • Masih riang gembira
  • Catatan deretan KAdj boleh didahului kb tetapi
    tidak boleh didahului kp.

41
FRASA ADJEKTIF DAN PERBANDINGAN
  • Darjah biasa pensyarah itu kedekut, anaknya
    rajin, cuaca redup, dia masih kuat, suaranya
    merdu
  • Darjah bandingan sama suaranya semerdu suara
    Saloma, mahasiswa itu setampan mahasiswa ini,
    rumahnya sebesar istana
  • Darjah bandingan berbeda isteri pertama lebih
    garang daripada isteri kedua, isteri lebih nakal
    daripada suami, larinya lebih cepat daripada lari
    kancil, abang kurang cermat daripada adik
  • Darjah penghabisan.

42
KATA ADJEKTIF DAN PERBANDINGAN
  • Darjah penghabisan
  • se KAdj gandaan KN selembut-lembut biskut,
    seindah-indah lukisan, secantik-cantik bunga,
    sepandai-pandai tupai
  • yang ter KAdj yang termuda, yang tercinta,
    yang terlaju, yang terpendek
  • paling KAdj paling nakal, paling tajam, paling
    sulit, paling cendekia
  • KAdj sekali kuat sekali, lambat sekali, lazat
    sekali, masin sekali
  • yang ter amat/sangat/sungguh yang teramat
    besar, yang tersangat rindu, yang tersungguh
    pahit

43
MAKNA KETERANGAN DALAM FRASA ADJEKTIF
  • keterangan cara miskin dengan tiba-tiba
  • keterangan bandingan masam seperti cuka
  • keterangan hal masih kaya dalam kemiskinan
  • keterangan tujuan cermat demi masa hadapan
  • keterangan kekerapan sering kecewa
  • keterangan terhadap suka akan durian, takut akan
    hantu
  • keterangan musabab kuat kerana tongkat Ali
  • keterangan waktu bahagia ketika sekolah dahulu
  • keterangan tempat bonjol pada bahagian bawahnya

44
FRASA ADJEKTIF DAN AYAT KOMPLEMEN
  • Ayat majmuk. Contoh
  • Hakim percaya bahawa banduan itu bersalah.
  • Orang itu kurang yakin bahawa negeri
    Terengganu akan muncul sebagai johan.
  • Kita mesti insaf bahawa perbuatan itu adalah
    tidak betul.
  • Saudara harus sedar bahawa perjuangan kita
    masih belum selesai.
  • Dia yakin bahawa suaminya masih hidup.

45
FUNGSI FRASA ADJEKTIF
  • Sebagai predikat, hadir selepas subjek
  • Orang itu sangat alim (biasa), Sangat alim orang
    itu (songsang), Anaknya sudah besar (biasa),
    Sudah besar anaknya (songsang)
  • Sebagai keterangan, hadir selepas frasa kerja.
  • Mereka berjalan sangat lambat (biasa), sangat
    lambat mereka berjalan (songsang), air mengalir
    amat deras (biasa), amat deras air mengalir
    (songsang)
  • Sebagai penerang kata nama, hadir dalam frasa
    nama.
  • Singa binatang buas, kereta lembu kenderaan
    lambat, pengat pisang makanan enak

46
KESIMPULAN
  • Pengertian frasa boleh diberi mengikut pendekatan
    tradisional, sistemik dan transformasi generatif.
  • Rumus frasa nama
  • gt Bil penj bil gel KNInti KNInti pen
    pent
  • Rumus frasa adjektif
  • gt Kb kp KAdj KAdj ket AKomp
  • Frasa nama dan frasa adjektif dapat dijelaskan
    dari aspek binaan dan fungsinya

47
KATA BIJAK PANDAI
  • KALAU DALAM TAHUN TERAKHIR, ANDA BELUM MEMBERIKAN
    IDEA ATAU MEMPEROLEH IDEA BAHARU, PERIKSALAH NADI
    ANDA, MUNGKIN ANDA SUDAH MATI
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com