Title: MINGGU 3
1MINGGU 3
Pengertian bahasa, hakikat dan ciri bahasa,
aspek dan fungsi bahasa.
2HASIL PEMELAJARAN
- Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan
- gt pengertian bahasa
- gt hakikat bahasa
- gt ciri bahasa (dalaman dan luaran)
- gt aspek bahasa
- gt fungsi bahasa
3BAHASA
- Istilah bahasa dalam BM, sama dengan taal
(Belanda), langue (Perancis), language
(Inggeris), sprache (Jerman), kokugo(Jepun),lugha
tun (Arab), bhasa (Sanskrit). - Melalui bahasa, kita dapat
- berkomunikasi
- meluahkan perasaan
- menyampaikan ilmu dan mengakumulasikannya
- mengungkapkan keindahan dalam pelbagai wahana
- mewariskan ilmu, budaya, peradaban dan agama
- Melalui pengkajian bahasa, kita akan menemukan
hakikat kemanusiaan dan dapat memberikan
sumbangan ke arah kebahagiaan.
4BAHASA KAMUS DEWAN EDISI KETIGA
- Sistem lambang bunyi suara yang dipakai
- sebagai alat perhubungan dalam lingkungan
- satu kelompok manusia (antara individu dengan
individu yang lain). - Percakapan yang baik, sopan santun.
5BAHASA KAMUS BESAR BAHASA MELAYU UTUSAN
- Dialek, loghat
- Bicara, ujaran, omong.
- Adab, tatatertib, sopan santun, tingkah laku yang
baik. - Pertuturan yang baik.
6BAHASA KAMUS BESAR BAHASA INDONESIA
- Sistem daripada lambang (tanda) yang berupa
sebarang bunyi (bunyi bahasa) yang dipakai orang
untuk meluahkan fikiran dan perasaan. - Perkataan yang dipakai oleh sesuatu bangsa (suku,
bangsa, negara, daerah). - Percakapan (perkataan) yang baik, sopan santun,
tingkah laku yang baik.
7RUMUSAN DEFINISI BAHASA
- Bahasa ialah satu sistem simbol bunyi ucapan yang
arbitrari, dan melaluinyalah manusia
berkomunikasi. - Bahasa diwujudkan oleh dua komponen utama, iaitu
- gt bunyi ucapan.
- gt satuan pengalaman yang mencakup cita,
rasa, dan makna.
8HAKIKAT BAHASA
- Bahasa tertentu Mahasiswi belajar bahasa Hindi,
mahasiswa belajar bahasa Parsi. - Bahasa umum Haiwan tidak mempunyai bahasa.
- Etika bahasa Mahasiswa itu tidak tahu bahasa.
- Kebijaksanaan tindakan Ideanya tidak tekal
kerana dia menggunakan bahasa yang tidak sama. - Laras kesusasteraan Usman Awang menulis puisi
menggunakan bahasa yang romantik. - Dengan cara Demontrasi tidak dapat dibanteras
dengan bahasa kepolisan. - Ujaran Dia mengajarkan Bahasa Melayu dengan
bahasa lisan. - Hipotesis Hang Tuah menguasai dua belas bahasa.
9CIRI BAHASA DALAMAN
- Bahasa ialah satu sistem
- Bahasa ialah satu sistem simbol
- Bahasa ialah simbol bunyi
- Bahasa ialah arbitrari
- Bahasa ialah alat komunikasi
- Bahasa itu konvensional
- Bahasa itu produktif
- Bahasa itu unik
- Bahasa itu sejagat
- Bahasa itu dinamis
- Bahasa itu bervariasi
- Bahasa itu insani
10CIRI BAHASA LUARAN
- Masyarakat bahasa
- Variasi dan status bahasa
- Penggunaan bahasa
- Kontak bahasa
- Bahasa dan budaya
11BAHASA IALAH SATU SISTEM
- Susunan teratur berpola yang membentuk suatu
keseluruhan yang bermakna. - Sejumlah unsur yang bertalian secara fungsional,
mengikut peraturan tertentu. - Peraturan tersebut ialah tentang bunyi dan
urutannya, kata dan bentuknya, serta ayat dan
susunannya. - Bahasa bersifat sistematis dan sistemis.
Sistematis bermaksud susunan kata mengikut pola,
dan tidak arbitrari. Sistemis bermaksud bahasa
mempunyai subsistem, dan disusun mengikut
hierarki. - Susunan ini dinamakan tataran linguistik atau
tataran bahasa.
12TATATINGKAT UNIT BAHASA
- Wacana (discourse) unit bahasa yang terlengkap
dan tertinggi, terdiri daripada deretan kata atau
ayat, bentuk lisan atau tulisan. - Ayat (sentence) unit tatabahasa tertinggi,
ungkapan fikiran yang lengkap, intonasi sempurna,
dimulai dan diakhiri kesenyapan, mempunyai subjek
dan predikat. - Klausa (clause) unit lebih rendah daripada ayat,
terdiri daripada satu kumpulan atau lebih. - Frasa (phrase) kata yang membentuk unit
sintaksis, letaknya antara kata dengan klausa. - Kata (word) morfem atau gabungan morfem, unit
terkecil yang berstatus ayat atau ujaran. - Morfem (morpheme) unit tatabahasa terkecil yang
bermakna leksikal atau fungsian. - Fonem (phoneme) unit terkecil mujarad yang
membedakan makna bunyi bahasa dalam bidang
fonemik. - Fon (phone) unit bunyi ujaran dalam bidang
fonetik.
13SISTEM BAHASA
- Peringkat fonologi penyusunan bunyi
- BM VKV (aku), KVK (hormat).
- BI VKKKVK (abstrac)
- Peringkat morfologi penyusunan kata
- BM hukum DM (Restoran Minang),
- BI hukum MD (old man)
- Peringkat Sintaksis penyusunan frasa
- BM Orang itu malas,
- BI He is lazy
14BAHASA IALAH SISTEM SIMBOL
- Pertuturan seseorang mempunyai pertalian yang
simbolik dengan objek atau peristiwa tertentu,
iaitu menggambarkan pelbagai pengalaman. - Dalam pertuturan, dua keadaan terjadi, iaitu
penanggapan bunyi, dan mempertalikan bunyi yang
ditanggap itu dengan makna. - Simbol merupakan satu daripada tanda. Tanda yang
lain ialah tanda, isyarat, gejala, gerak isyarat,
kod, indeks, dan ikon. - Tanda dapat mewakili idea, fikiran, perasaan,
benda dan tindakan secara langsung dan alamiah.
Misalnya kemalangan jalan raya, keadaan selepas
hujan - Simbol menandai sesuatu yang lain secara
konvensional, tidak secara alamiah. Misalnya
warna bendera, warna logo institusi - Tanda tidak bersifat arbitrari, sedangkan simbol
bersifat arbitrari. Simbol amat erat hubungannya
dalam kegiatan manusia. Ini dicerminkan oleh
bahasa, kerana bahasa ialah simbol.
15BAHASA IALAH SISTEM SIMBOL
- Isyarat ialah tanda yang disengajakan supaya
penerima bertindak balas. Misalnya isyarat dalam
acara sukan, lalu lintas - Gerak isyarat (gesture) ialah tanda yang
dilakukan dengan gerakan badan yang mungkin
berupa tanda atau lambang. Misalnya gerakan
manusia dan haiwan. - Gejala (symptom) ialah tanda yang tidak
disengajakan, tanpa maksud tertentu, tetapi
bersifat alamiah untuk menunjukkan bahawa sesuatu
akan berlaku. Misalnya ramalan doktor terhadap
pesakit. - Ikon ialah tanda yang mirip dengan sesuatu yang
diwakilinya. Misalnya gambar bangunan, patung
Ada waktunya ikon bermaksud lambang. - Indeks ialah tanda kewujudan sesuatu yang lain
seperti asap yang menunjukkan wujudnya api, tanda
penunjuk arah - Kod ialah tanda wujudnya sistem, sama ada berupa
lambang, isyarat atau gerak isyarat yang mewakili
fikiran, perasaan, idea, benda dan tindakan.
Misalnya bahasa rahsia.
16BAHASA IALAH SIMBOL BUNYI
- Bunyi ialah kesan pada saraf akibat getaran
gegendang telinga yang terjadi kerana perubahan
tekanan udara. Bunyi ini bersumberkan gesekan
benda alat suara manusia dan satwa. - Bunyi seperti siren polis, ambulans, gendang,
beduk, terompek tentera bukanlah bunyi bahasa.
Bunyi bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh
mekanisme artikulasi manusia, iaitu bunyi
non-instingtif, dalam fonetik disebut fon, dan
dalam fonemik disebut fonem. - Tidak semua bunyi yang keluar dari mekanisme
artikulasi itu dianggap bunyi bahasa, seperti
bunyi batuk, bersin, teriak kerana bunyi ini
tidak termasuk dalam sistem bunyi bahasa.
Walaupun kadang-kadang bunyi itu bermakna, namun
tidak dapat dianggap sebagai bunyi bahasa kerana
bunyi itu tidak dapat digabungkan dengan bunyi
lain untuk menyampaikan maklumat.
17BAHASA IALAH SIMBOL BUNYI
- Ujaran lisan merupakan bahasa primer, dan bahasa
tulisan merupakan bahasa sekunder. Bahasa tulisan
ialah rakaman daripada bahasa lisan. - Bahasa yang harus diucapkan dalam bahasa tulisan
digantikan dengan tulisan huruf dan tanda lain
mengikut sistem bahasa Melayu. Antara tulisan
yang mempengaruhi BM pada peringkat dini ialah
huruf jawi dan huruf latin. - Terdapat banyak masyarakat bahasa di dunia ini
mempunyai bahasa lisan, tetapi tidak mempunyai
bahasa tulisan.
18BAHASA ITU BERMAKNA
- Bahasa sebagai lambang, tentulah ada yang
dilambangkannya.Yang dilambangkan itu ialah
pengertian, konsep, idea atau fikiran yang
disampaikan dalam bentuk wujud bunyi. - Oleh itu, bahasa tentulah mempunyai makna.
Contoh - UNTA binatang besar yang lehernya panjang
(kuku berbelah dan belakangnya berbonggol) - lambang
- bentuk
- wujud
- bunyi
- Lambang bunyi unta itu kemudiannya dihubungkan
dengan benda nyata yang wujud.
19BAHASA ITU BERMAKNA
- Tidak semua lambang bahasa yang bentuk wujud
bunyi mempunyai hubungan dengan benda konkrit,
iaitu tidak mempunyai rujukan, misalnya kata
bahagia dan adil. - Lambang bunyi bahasa yang bermakna itu merupakan
satuan bahasa bentuk wujud morfem, kata, frasa,
klausa, ayat dan wacana. Oleh sebab tingkatnya
berbeda, maka maknanya juga berbeda. - morfem makna leksikal
- frasa, klausa, ayat makna gramatikal
- wacana makna pragmatik / makna konteks
- Bentuk bunyi yang tidak bermakna dalam bahasa apa
pun, tidak boleh dianggap sebagai bahasa kerana
fungsi bahasa menyampaikan maklumat, konsep, idea
atau pemikiran.
20BAHASA IALAH ARBITRARI
- Bunyi pertuturan dan makna tidak mempunyai
hubungan falsafah yang sah dan mutlak, iaitu
tiada hubungan wajib antara lambang dengan konsep
atau pengertian yang dimaksudkan oleh lambang
itu. - Kita tidak dapat menghuraikan mengapa cecair yang
terbentuk daripada dua bahagian, iaitu hidrogen
dan oksigen dinamakan air, bukannya iar atau ria. - Kita juga tidak dapat menjelaskan mengapa dalam
BM disebut bunga, bahasa Jawa kembang, bahasa
Inggeris flower, bahasa Belanda bloem, bahasa
Arab shahrun, bahasa Jepun hana, dan bahasa
Tagalog bulaklak. - Ini demikian kerana kearbitrarian lambang bunyi
(penanda), dan konsep yang dikandungnya
(petanda). Penanda tidak memberi petunjuk
terhadap konsep yang diwakilinya.
21BAHASA IALAH ARBITRARI
- Jika ada hubungan wajib antara penanda dengan
petanda, tentulah tidak wujud jamak bahasa.
Perbedaan yang wujud jika ada, tidaklah terlalu
banyak. - Konsep onomatopia memang wujud, seperti kata
cicak yang berasal daripada bunyi cak, cak, cak,
cak, atau pipit yang berasal daripada kata pit,
pit, pit, pit, namun bentuk seperti itu amat
terhad. Lagipun tidak persis antara satu bahasa
dengan bahasa yang lain. Contoh lain kekek,
wakwak, ngiau, dering, ngaum, ngembek, nguak,
desir - Bunyi ayam jantan berbeda mengikut tempat. Dalam
bahasa Indonesia, ayam jantan berbunyi kukuruyuk,
bahasa Sunda berbunyi kongkorongok, bahasa Melayu
berbunyi ?. Demikianlah juga dengan bunyi letupan
senjata api, bunyi anjing
22BAHASA IALAH ARBITRARI
- Contoh bunyi anjing bahasa Ingggeris
wow-wow,wow, bahasa Melayu woo-woo-woo, bahasa
Perancis graf-graf-graf, bahasa Jepun
wan-wan-wan, bahasa Irish amh-amh-amh, bahasa
Sebro Croation av-av-av, bahasa Cina
wang-wang-wang - Semua bunyi itu dianggap tepat dan betul kerana
bahasa itu arbitrari. Ahli masyarakat bahasa
berkenaan mempunyai persefahaman untuk memberi
makna sesuatu bunyi yang didengar. - Lambang berubah sesuai dengan perubahan masa
- tetuang udara radio
- sakar gula
- Lambang tidak berubah, tetapi makna berubah
wisma, khalwat
23BAHASA IALAH ARBITRARI
- Sama bunyi lambang, tetapi konsep yang
didokongnya berlainan. Contoh - kata makna BM baku makna dialek Kelantan
- dan kata hubung sempat
- loghat dialek sibuk
- gaduh kelahi sibuk
- kopek koyak payu dara
- pelawak ahli lawak bohong
- selalu sentiasa masa itu juga
- teksi kereta sewa beca
24BAHASA IALAH ALAT KOMUNIKASI
- Sesuatu bahasa bergantung pada struktur dan
bentuk masyarakatnya. Masyarakat yang tidak
terdedah dengan sains dan teknologi tentulah
berkurangan istilah dalam bidang berkenaan. - Dalam masyarakat bahasa yang sama juga terdapat
perbedaannya. Misalnya bahasa masyarakat bandar
dengan bahasa masyarakat desa. - Leksikon sesuatu bahasa akan ditentukan oleh
keadaan masyarakat bahasa itu, termasuklah
pengaruh luar sama ada secara akulturasi atau
sosialisasi pendidikan. - Kegagalan kita mempelajari bahasa akan memberi
kesan terhadap proses komunikasi kerana unsur
penting dalam komunikasi ialah maklumat, dan
proses yang penting dalam komunikasi ialah
penggunaan bersama, iaitu melibatkan diri bersama
orang lain dalam pemikiran, perasaan atau aksi.
25BAHASA ITU KONVENSIONAL
- Penggunaan lambang untuk sesuatu konsep tertentu
bersifat konvensional. Ahli masyarakat mematuhi
persetujuan bahawa lambang tertentu mewakili
konsep tertentu. Jika persetujuan itu diubah,
komunikasi akan terganggu. - Terdapat tiga keadaan konvensi, iaitu
- gt Satu lambang dapat melambangkan konsep lebih
daripada satu polisem (kepala ketua,
lutut, kain) - gt Satu konsep dapat dilambangkan oleh lebih
daripada satu lambang sinonim (meninggal
dunia, mati, mampus, korban) - gt Satu lambang untuk satu konsep Istilah
baharu dalam bentuk akronim (gasar, curat,
pulihara)
26BAHASA ITU PRODUKTIF
- Walaupun unsur bahasa itu terbatas, tetapi unsur
yang terbatas itu dapat membentuk unsur lain yang
tidak terbatas jumlahnya, sesuai dengan sistem
bahasa itu. - Contoh fonem / a /, / t /, / k /, / i / i k
a t, k a t i, k i t a, k a
i t, t i k a - Leksikon sesuatu bahasa terhad, tetapi ayat yang
dapat dihasilkan tidak terhad. Misalnya dalam BM
terdapat 90 ribu leksikon, tetapi bentuk ujaran
yang dapat dibuat tidak terjumlah, termasuklah
ciptaan kalimat baharu. - Keproduktifan bahasa terbatas pada tingkat parole
dan langue. Tingkat parole bermaksud
ketidaklaziman bentuk yang dihasilkan, dan
tingkat langue bermaksud keterbatasan akibat
kaedah atau sistem bahasa. - Keproduktifan pembentukan kata dengan imbuhan
tertentu bergantung juga pada ciri inheren bentuk
dasarnya.Misalnya terdapat bentuk membukit,
menaik, meninggi, tetapi tidak terdapat bentuk
dibukit, dinaik, ditinggi
27BAHASA ITU UNIK
- Unik bermaksud ciri khusus yang spesifik yang
tiada pada yang lain. Ciri khusus menyangkut
sistem bunyi, pembentukan kata, pembentukan ayat,
dan sistem yang lain. - Antara ciri keunikan BM ialah tekanan kata tidak
bersifat morfemis, tetapi bersifat sintaksis. Ini
bermakna tekanan pada kata, tidak merobah makna
kata tetapi merobah seluruh ayat. Contoh - Orang itu menjolok buah
- Orang itu menjolok buah
- Orang itu menjolok buah
28BAHASA ITU UNIK
- Bahasa lain pula bersifat morfemis, iaitu tekanan
pada kata akan menyebabkan makna kata berobah.
Contoh - Bahasa Batak
- bontar darah bontar putih
- bagas rumah bagas dalam
- hotang rotan hotang keras
- hunik kunyit hunik kuning
- Bahasa Inggeris
- import import import mengimnport
- insult penghinaan insult menghina
- object objek object berkeberatan
- permit izin permit mengizinkan
29BAHASA ITU UNIK
- Bagi bahasa Jawa, setiap kata yang dimulai
konsonan / b /, / d /, / g /, / k /, - / p / dan / t / akan didahului oleh konsonan
nasal yang relevan. Contoh - bandung mbandung
- depok ndopek
- gopek ngopek
- lompat lo-mpat
- tendang te-ndang
- tongkat to-ngkat
- Ciri kelainan setiap bahasa, disebut ciri unik
untuk bahasa itu, tetapi ciri kelainan yang
menjadi ciri sekelompok bahasa tidak disebut
unik, tetapi ciri kelainan bahasa serumpun.
30BAHASA ITU SEJAGAT
- Bahasa sejagat bermaksud ciri yang sama dimiliki
oleh bahasa di dunia. Ciri yang bersifat umum,
dan dapat dikaitkan dengan ciri atau sifat bahasa
lain. - Antara ciri umum bahasa yang bersifat ujaran
ialah kewujudan bunyi vokal dan konsonan,
walaupun jumlahnya tidak sama. Contoh - bahasa Melayu 6 vokal, 22 konsonan
- bahasa Arab 3 vokal pendek, 3 vokal panjang,
28 konsonan - bahasa Inggeris 16 vokal (termasuk diftong),
24 - konsonan
- Setiap bahasa juga mempunyai satuan yang
bermakna, seperti satuan kata, frasa, klausa,
ayat dan wacana. Cara pembentukannya mungkin
tidak sama.
31BAHASA ITU DINAMIS
- Kegiatan manusia tidak tetap dan sering berobah.
Bahasa juga ikut berobah, tidak statik, dan
inilah yang dinamakan dinamis. - Perubahan bahasa boleh terjadi pada semua
peringkat linguistik jati. Contoh - gt urutan konsonan klinik, abstrak, psikologi
- gt kehadiran fonem baharu / f /, / kh /, / sy /
- gt kehadiran alomorf mengehadkan, mengebom,
mengeram - Perubahan radikal terjadi pada peringkat leksikon
dan semantik kerana wujudnya perubahan budaya.
Satuan bahasa menjadi wadah untuk menampung
konsep dalam masyarakat bahasa. Kepesatan
perubahan ini tercermin dalam bidang perkamusan.
32BAHASA ITU DINAMIS
- Perubahan bahasa boleh juga terjadi dalam bentuk
negatif sesuai dengan perubahan masyarakat bahasa
berkenaan. Pelbagai alasan sosial, politik dan
ekonomi menyebabkan orang meninggalkan bahasanya,
dan menggunakan bahasa lain dalam urusan
kehidupannya. - Jika perubahan itu berterusan, maka bahasa
berkenaan tiada lagi penuturnya, dan menjadi
bahasa dokumentasi sahaja untuk ditempatkan di
muzium, seperti bahasa Latin dan bahasa Sanskrit.
33BAHASA ITU BERVARIASI
- Masyarakat sesuatu bahasa terdiri daripada
pelbagai status sosial dan latar belakang budaya.
Oleh itu, bahasa yang digunakan bervariasi dan
beragam. - Variasi bahasa dicerminkan oleh ideolek, dialek
dan ragam. - Ideolek variasi atau ragam bahasa yang bersifat
individu. - Dialek variasi bahasa yang digunakan oleh
sekelompok masyarakat pada tempat dan waktu
tertentu. - Ragam variasi bahasa yang digunakan dalam
situasi tertentu, seperti ragam baku, ragam
lisan, ragam tulisan, ragam sastera
34BAHASA ITU INSANI
- Bahasa sebagai alat komunikasi bersifat insani,
dengan maksud bahasa itu milik manusia, dan
manusialah yang menggunakannya. - Alat komunikasi satwa (lebah, burung, babi,
musang, ikan lumba-lumba, monyet, cimpanzi, orang
utan, krustasia) amat terbatas, iaitu untuk
memenuhi keperluan hidup kesatwaannya sahaja
dengan menghasilkan bunyi-bunyi asas. - Jika ada satwa yang mengerti bahasa manusia, dan
dapat menurut perintah, itu hanyalah kerana
latihan bukan kerana kecendekiaannya. - Bahasa sebagai alat komunikasi manusia yang
produktif dan dinamis yang berbeda dengan alat
komunikasi satwa bukanlah terletak pada bahasa
itu, tetapi pada perbedaan besar antara hakikat
manusia dan kemanusiaannya dengan hakikat satwa
dan kesatwaannya.
35ALAT KOMUNIKASI SELAIN BAHASA
- KERLINGAN / JELINGAN
- LAMBAIAN
- GERAK GERI TANGAN
- GERAK BADAN
- BATUK, DEHEM
36BAHASA ISYARAT
- TIDAK MENGIKUT KAEDAH TATABAHASA / PEMBENTUKAN
AYAT - KOSA KATA TERHAD
- KONSEP PENGLIHATAN DAN KEJADIAN / PERISTIWA
- TIADA KATA MUJARAD DAN AYAT TAKSA
37BAHASA TUBUH
- Bahasa tubuh ialah komunikasi tanpa kata.
- Apa yang orang katakan terhadap anda seringkali
amat berbeda dengan apa yang orang fikirkan atau
rasakan terhadap anda. - Bahasa tubuh membolehkan anda mentafsirkan alur
fikiran orang lain melalui gerak isyarat. - Antara isyarat bahasa tubuh yang popular ialah
- isyarat tapak tangan, isyarat tangan dan
lengan, isyarat kepala, isyarat mata, isyarat
tiruan dan bayangan cermin, isyarat pelukan,
isyarat ciuman, isyarat jabat tangan
38BAHASA TUBUH
- Fikiran seseorang dapat dibaca melalui gerak
isyarat. - Bahasa tubuh akan mengajarkan anda dengan cepat
tentang perkara yang berikut - Bagaimana mengetahui apakah seseorang itu
bercakap bohong atau tidak - Bagaimana menjadikan diri anda digemari oleh
orang lain - Bagaimana memperoleh kerjasama daripada orang
lain - Bagaimana untuk menjadikan wawancara dan
perundingan lebih berkesan untuk mencapai
sesuatu objektif - Bagaimana memilih pasangan yang sesuai
39BAHASA DAN FAKTOR LUAR BAHASA
- Faktor di luar bahasa bermaksud segala hal yang
berkait dengan kegiatan manusia dalam masyarakat,
kerana tiada kegiatan yang berlaku tanpa bahasa. - Objek yang menjadi fokus linguistik makro amat
luas dan beragam, namun yang akan ditumpukan
hanyalah aspek hubungan bahasa dengan masyarakat.
40MASYARAKAT BAHASA
- Masyarakat bahasa bermaksud sekelompok orang yang
berasa satu kesatuan dengan menggunakan bahasa
yang sama. - Masyarakat bahasa boleh melampaui batas daerah,
negeri, negara malah batas benua. - Pengertian linguistik umum tentang bahasa menjadi
lebih longgar. Mengikut kaca mata linguistik,
sesuatu bahasa mungkin sama tetapi bukanlah
masyarakat bahasa yang sama. - Pewujudan masyarakat bahasa yang dwibahasa dan
jamak bahasa menjadi dominan dalam zaman moden.
41VARIASI DAN STATUS SOSIAL BAHASA
- Bahasa itu bervariasi kerana ahli masyarakat
penutur bahasa itu rencam dan beragam, dan bahasa
itu digunakan untuk maksud yang pelbagai ragam
pula. - Dalam masyarakat tertentu, terdapat variasi
bahasa yang dibedakan berdasarkan status
penggunaannya, iaitu variasi bahasa tinggi dan
variasi bahasa rendah. - Variasi tinggi digunakan dalam situasi rasmi dan
dipelajari secara formal, dan variasi rendah
digunakan dalam situasi tidak rasmi, dan
dipelajari secara tidak formal daripada keluarga,
dan masyarakat bahasa berkenaan.
42VARIASI BAHASA
- tinggi rendah
- Bahasa Yunani katherevusa dhimotiki
- Bahasa Arab al-fusya d-darij
- Bahasa Jerman-Swiss schriftsdrache
schweizerdeutsch - Bahasa Melayu baku tidak baku
43KOSA KATA
- tinggi rendah
- Bahasa Yunani ikos spiti rumah
- idhor nero air
- ala ma tetapi
- Bahasa Arab ma eh apa
- anfun manaxir hidung
- alana dilwati sekarang
- Bahasa Melayu wang duit
- tidak tak
- suami laki
44PENGGUNAAN BAHASA
- Pelbagai ragam bahasa menimbulkan masalah.
- Walaupun terdapat peraturan bahasa (tatabahasa),
- namun penggunaannya bergantung pada budaya
bahasa. Misalnya dalam sistem penggunaan kata
ganti diri dan panggilan. - Contoh aku, kamu, kita, engkau, saudara, anda,
kami, beliau, haji, pak cik, mak cik
45UNSUR KOMUNIKASI
- Latar tempat dan waktu percakapan
- Penglibatan dalam percakapan
- Maksud dan hasil percakapan
- Bentuk dan isi percakapan
- Tatacara dan teknik percakapan
- Jalur percakapan
- Norma perilaku penutur
- Kategori dan ragam percakapan
46KONTAK BAHASA
- Kontak bahasa mudah terjadi dalam masyarakat
terbuka. Kontak ini akan mewujudkan bilingualisme
dan multilingualisme dengan pelbagai ragam
kasusnya seperti interferensi, integrasi, alih
kod dan campur kod. - Dalam konteks Malaysia, selain bahasa Melayu,
terdapat pelbagai bahasa daerah yang digunakan
untuk maksud tertentu. - Orang yang menguasai satu bahasa dinamakan
monolingual, unilingual atau monoglot. Yang
menguasai dua bahasa dinamakan bilingual, dan
yang menguasai lebih daripada dua bahasa
dinamakan multilingual, plurilingual atau
poliglot. - Bilingual bermaksud penguasaan dua bahasa yang
sama baik, penggunaan dua bahasa secara
bergantian, dan kemampuan seseorang menghasilkan
pertuturan yang lengkap dan bermakna dalam bahasa
yang bukan bahasa ibundanya.
47PERISTIWA BAHASA
- Interferensi kemasukan unsur bahasa lain telah
menyebabkan penyelewengan dalam kaedah bahasa
yang digunakan dari sudut fonologi, morfologi,
sintaksis dan leksikon. - Integrasi unsur daripada bahasa lain sudah
digarap, diperlakukan dan digunakan sebagai
sebahagian daripada bahasa sasaran. Unsur yang
diintegrasikan itu termasuklah sebutan, ejaan dan
tatabahasanya. - Alih kod penggunaan suatu kod (bahasa atau ragam
bahasa tertentu) ke dalam kod yang lain (bahasa
atau ragam bahasa lain). Alih kod boleh juga
terjadi kerana perubahan situasi atau perubahan
topik perbincangan, bergantung pada hakikat
dengan siapa seseorang itu bercakap atau di mana
dia bercakap. - Campur kod dua kod atau lebih digunakan bersama
tanpa alasan yang munasabah, dan terjadi dalam
suasana santai. Campur kod yang terjadi dalam
situasi formal disebabkan oleh ketiadaan
perkataan dalam bahasa sasaran.
48BAHASA DAN BUDAYA
- Bahasa dan budaya juga menjadi objek kajian
linguistik makro, iaitu dari segi bagaimanakah
bentuk hubungannya. - Hipotesis Sapir-Whorf mengatakan bahawa bahasa
mempengaruhi kebudayaan, iaitu bahasa
mempengaruhi cara kita berfikir dan bertindak.
Dalam bahasa yang mempunyai kategori kala dan
waktu, masyarakat sangat prihatin tentang perkara
itu. - Kebalikan daripada hipotesis Sapir-Whorf ialah
pendapat yang mengatakan bahawa kebudayaanlah
yang mempengaruhi bahasa. Misalnya konsep nasi
dan salji berbeda dalam beberapa bahasa di dunia. - Masyarakat yang kegiatannya terbatas, mempunyai
kosa kata yang terbatas jumlahnya. Masyarakat
yang terbuka mempunyai kosa kata yang sangat
banyak. Misalnya bahasa Inggeris mempunyai 600
ribu kata masukan dan bahasa Melayu mempunyai 160
ribu kata masukan.
49KONSEP BAHASA, MANUSIA DAN BUDAYA
- De Saussure menjelaskan konsep bahasa, manusia
dan budaya dalam konteks hubungan benda / perkara
/ peristiwa dengan lambang seperti yang berikut -
GAMBARAN AKUSTIK
KONSEP
TANDA LINGUISTIK
50ASPEK BAHASA
- Aspek bahasa dapat dibahagikan kepada dua
bahagian yang besar, iaitu bentuk (arus ujaran),
dan makna (isi). - Aspek bahasa ini dilaksanakan melalui empat
kegiatan berbahasa, iaitu - gt bertutur
- gt menyemak
- gt membaca
- gt menulis
51BENTUK BAHASA
- Bentuk bahasa ialah bahagian bahasa yang dapat
dicerap oleh pancaindera melalui penyemakan
(pendengaran) atau pembacaan. - Bentuk bahasa dapat dibahagikan kepada dua yang
besar, iaitu bahasa lisan dan bahasa tulisan.
Bentuk bahasa itu pula dapat dibahagikan kepada
dua bahagian yang lain, iaitu unsur segmental dan
unsur suprasegmental. - Unsur segmental dapat dibahagikan kepada segmen
yang lebih kecil, dan unsur suprasegmental ialah
bahagian bahasa yang kehadirannya ditentukan oleh
unsur segmental.
52ASPEK BAHASA
- Unsur segmental bahasa, secara kronologinya dapat
diperincikan daripada unit yang lebih besar
hinggalah unit yang lebih kecil, iaitu wacana,
ayat, klausa, frasa, kata, morfem, suku kata,
fonem, dan fon. - Unsur suprasegmental bahasa terdiri daripada
intonasi dan unsur di bawahnya, yang kehadirannya
ditentukan oleh unsur segmental bahasa. - Unsur intonasi ialah tekanan (keras lembutnya
ujaran), nada (tinggi rendahnya ujaran), durasi
(panjang pendeknya setiap segmen), dan perhentian
(pembahagian arus ujaran). - Makna ialah isi yang terkandung dalam bentuk
bahasa yang dapat mewujudkan reaksi tertentu.
Bidang ini dikaji oleh semantik.
53FUNGSI BAHASA
- Fungsi bahasa secara umum
- gt Untuk tujuan praktis, iaitu sebagai alat
perhubungan dalam pergaulan sehari-hari. - gt Untuk tujuan estetika, iaitu sebagai alat
pemuasan rasa estetika - gt Untuk tujuan kecendekiaan, iaitu sebagai alat
pengajaran dan pemelajaran ilmu pengetahuan. - gt Untuk tujuan filologi, iaitu sebagai alat
mengkaji naskhah kuno, latar sejarah bahasa
dan bangsa, budaya dan pengembangan
bahasa. - gt Untuk tujuan pelestarian kebudayaan
- Fungsi bahasa secara khusus bergantung pada
kepentingan nasional sesuatu bangsa dan sesebuah
negara. Dalam konteks Malaysia, bahasa Melayu
memainkan peranannya sebagai bahasa kebangsaan,
dan sebagai bahasa negara.
54FUNGSI BAHASA
- Sebagai bahasa kebangsaan, sesuatu bahasa itu
berfungsi sebagai - gt lambang kebanggaan nasional yang mencerminkan
nilai sosiobudaya masyarakatnya. - gt lambang jati diri nasional yang mengekang
kemasukan unsur asing kecuali yang dianggap
perlu sahaja berasaskan tatacara tertentu. - gt alat pemersatu masyarakat yang berbeda latar
budaya dengan pelbagai kepentingan. - gt alat perhubungan antara daerah dan antara
budaya yang saling merentasi.
55FUNGSI BAHASA
- Sebagai bahasa negara, sesuatu bahasa itu
berfungsi sebagai - gt bahasa rasmi negara yang digunakan dalam
upacara, peristiwa dan aktiviti
kenegaraan secara lisan atau tulisan. - gt bahasa pengantar di institusi pendidikan dari
peringkat dasar hingga institusi
pengajian tinggi (IPT). - gt bahasa rasmi dalam perancangan dan
pelaksanaan pembangunan negara, iaitu
antara sektor awam dengan swasta, dan antara
kerajaan dengan masyarakat umum. - gt bahasa rami dalam pengembangan kebangsaan dan
pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi
dalam dunia globalisasi.
56PERISTIWA BAHASA
- PENUTUR PENDENGAR
- MAKSUD PEMAHAMAN
- (perucap) (pascaucap)
- PENYANDIAN TRANSISI PEMBACAAN
- (encoding) (peralihan)
- FONASI AUDISI
- (pengucapan) (pendengaran)
57PENGARUH BAHASA
- PENGIRIM
- PENERIMA
- BENTUK MAKLUMAT
- SALURAN
- SANDI
- JUDUL TOPIK
- LATAR SITUASI
58KESIMPULAN
- Bahasa ialah satu sistem simbol bunyi ucapan yang
arbitrari, dan melaluinyalah manusia
berkomunikasi. - Bahasa boleh berupa bahasa tertentu, bahasa umum,
etika bahasa, kebijaksanaan tindakan, laras
kesusasteraan, dengan cara, ujaran dan hipotesis. - Ciri bahasa dapat dikenal pasti dari aspek
dalaman dan luaran. - Aspek bahasa dapat digarap melalui bentuk dan
makna. - Fungsi bahasa dapat dibahagikan kepada dua, iaitu
fungsi umum dan fungsi khusus yang dijelmakan
melalui peristiwa bahasa dan pengaruh bahasa.