Perkembangan Tamadun Islam (Pendidikan Zaman - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

Perkembangan Tamadun Islam (Pendidikan Zaman

Description:

Title: PowerPoint Presentation Last modified by: user Created Date: 1/1/1601 12:00:00 AM Document presentation format: On-screen Show Other titles – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:991
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 29
Provided by: groupstwo
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Perkembangan Tamadun Islam (Pendidikan Zaman


1
Perkembangan Tamadun Islam (Pendidikan Zaman
Abbasiyyah)
  • Program Berterusan Jarak Jauh FPI UKM
  • PY1262 SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM
  • (Kuliah 2/Bab 9)

2
OBJEKTIF Bab 9
  • Mengenali dan mengetahui sistem pendidikan
    Abbasi.
  • Mengenal pasti sejarah perkembangan pendidikan
    Kerajaan Abbasiyyah
  • Mendalami contoh institusi pendidikan pada zaman
    Kerajaan Abbasiyyah.

Bab 9 / 2
3
PENDIDIKAN ZAMAN ABBASIYYAH
  • Perkembangan pendidikan Abbasi ialah
    kesinambungan era Umawi.
  • Masjid dan kuttab menjadi institusi pendidikan
    yang utama.
  • Kurikulum turut ditambah dan mengalami perubahan
    dari satu zaman dengan zaman yang lain.
  • Kuttab Tempat mengajar menulis, membaca dan
    pembelajaran asas ilmu bahasa.
  • Masjid Dianggap sebagai institusi pengajian
    tinggi ajar Tafsir, Hadith, Fiqh, Falak,
    Sastera, Usul dan Tawhid.

Bab 9 / 3
4
PENDIDIKAN ZAMAN ABBASIYYAH
  • Para pelajar perlu mengukur kelayakan mereka
    untuk mengikut pengajian di masjid.
  • Pengajian di masjid dikenali sebagai halaqah.
  • Halaqah ini dikenali pula Madrasah sesuatu ilmu
    seperti Madrasah al-Quran.
  • Tidak semua masjid dianggap sebagai IPT hanya
    masjid tertentu sahaja.
  • Para pensyarah dilantik oleh kerajaan.
  • Kurikulum dipantau oleh satu badan yang dikenali
    sebagai Naqib al-Hashimiyyin.
  • Bidang paling aktif ialah perundangan.

Bab 9 / 4
5
PENDIDIKAN ZAMAN ABBASIYYAH
  • Aspek perundangan juga turut diminati oleh
    Khalifah bagi memudahkan urusan atau permasalahan
    rakyat yang muncul.
  • Perbincangan atau perdebatan giat berlaku di
    masjid dengan tujuan untuk mendapat penyelesaian
    masalah.
  • Halaqah ini turut berperanan sebagai majlis
    fatwa.
  • Ia bertanggungjawab untuk mencari penyelesaian
    undang-undang bagi membantu Khalifah.
  • Khalifah terlibat secara langsung dlm halaqah.

Bab 9 / 5
6
INSTITUSI AL-AZHAR
  • Ia diasaskan oleh Kerajaan Fatimiyyah (zaman
    Abbasiyyah juga) yang bermazhab Syiah.
  • Al-Azhar sebenarnya merupakan sebuah masjid yang
    dibina khas untuk tentera Fatimiyyah yang
    bermazhab Syiah Ismailiyyah.
  • Masjid ini dibina pada tahun 361H dan dikenali
    sebagai Jami al-Azhar.
  • Ia menjadi simbol kehebatan kerajaan Syiah
    Fatimiyyah.
  • Perkembangan ini tidak disenangi Abbasi.

Bab 9 / 6
7
INSTITUSI AL-AZHAR
  • Antara yang diajar di al-Azhar ialah pengajaran
    tafsir al-Quran menurut pandangan Syiah.
  • Turut diajar ialah kelas fiqh Syiah.
  • Al-Azhar menjadi pusat pendidikan Syiah yang
    ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Fatimiyyah di
    Kaherah.
  • Asram turut dibina dari masjid menjadi sebuah
    institusi pendidikan masyhur.
  • Selain al-Quran dan fiqh, dakwah Syiah turut
    diberi perhatian.
  • Ilmu bukan agama turut diajar.

Bab 9 / 7
8
INSTITUSI AL-AZHAR
  • Contoh ilmu sastera, mantiq dan hisab.
  • Forum perbincangan hanya dikhaskan untuk ulama
    Syiah sahaja.
  • Al-Azhar menjadi pusat pengajian Syiah selama
    hampir 2 abad.
  • Namun ia gagal mensyiahkan penduduk Kaherah yang
    berfahaman Sunni.
  • Fatimiyyah berjaya ditewaskan oleh Salah al-Din
    al-Ayyubi pada 1171M.
  • Al-Azhar tukar jadi pusat pengajian Sunni.
  • Ayyubiyyah tunduk patuh kepada Kerajaan
    Abbasiyyah di Baghdad.

Bab 9 / 8
9
INSTITUSI AL-NIZAMIYYAH
  • Penubuhan institusi ini dianggap sebagai kemuncak
    aspek pendidikan di Baghdad.
  • Ia ditubuhkan oleh Perdana Menteri Nizam al-Mulk
    pada tahun 1065M.
  • Wilayah lain turut mencontohi penubuhan institusi
    ini.
  • Institusi pendidikan muncul di Naysapur, Isfahan,
    Herat, Marw dan Mawsil.
  • Penubuhan institusi ini menjadi trend.
  • Al-Nizamiyyah dibina pada zaman Banu Saljuq
    mentadbir Abbasiyyah.
  • Khalifah hanya simbol pemerintahan sahaja.

Bab 9 / 9
10
INSTITUSI AL-NIZAMIYYAH
  • Banu Saljuq berjaya ketepikan Banu Buwayh yang
    bermazhab Syiah daripada meneruskan kekuasaan di
    Baghdad.
  • Penubuhan institusi ini oleh Perdana Menteri
    menunjukkan kuasa yang dimiliki.
  • Beliau berjaya mengenepikan Khalifah Abbasiyyah
    dan juga Sultan Saljuq.
  • Institusi ini mengandungi tiga fakulti syariah,
    usuluddin dan sains kemanusiaan.
  • Semua pensyarah dilantik oleh kerajaan.
  • Tujuan penubuhan melatih cendekiawan untuk
    berhadapan dengan golongan Syiah.

Bab 9 / 10
11
INSTITUSI AL-NIZAMIYYAH
  • Pendekatan dilakukan secara ilmiah.
  • Saljuq perlu menghadapi kerajaan Syiah Fatimiyyah
    di Mesir, Idrisiyyah di Maghrib dan sebelum ini
    Buwayh di Baghdad.
  • Permasalahan yang timbul ialah idea dan
    pendekatan Syiah yang nyata berbeza dengan Sunni.
  • Al-Nizamiyyah adalah berasaskan mazhab Syafie,
    meskipun Nizam al-Mulk adalah mazhab Hanafi.
  • Antara tokoh al-Nizamiyyah Abu Ishaq al-Shirazi,
    Abu Hamid al-Ghazali, Ibn Shaddad.

Bab 9 / 11
12
INSTITUSI AL-NIZAMIYYAH
  • Sokongan padu Nizam al-Mulk terhadap golongan
    Shafiiyyah menyebabkan mazhab lain tidak senang
    dengan polisi itu.
  • Peranan utama al-Nizamiyyah adalah untuk
    memerangi pengaruh Syiah.
  • Dua abad selepas al-Nizamiyyah, muncul pula
    institusi lain yag turut masyhur dalam sejarah
    pendidikan Abbasiyyah.
  • Nama al-Mustansiriyyah yang dibina oleh Khalifah
    al-Mustansir b. al-Zahri pada 625H.
  • Ia dianggap bangunan tercantik dan mempunyai
    kelengkapan yang lebih baik.

Bab 9 / 12
13
INSTITUSI AL-MUSTANSIRIYYAH
  • Tujuan penubuhannya adalah untuk menghapuskan
    kesan-kesan pemerintahan Saljuq.
  • Ini memandangkan muncul pergeseran antara
    Khalifah dan pemerintah Saljuq selepas kematian
    Nizam al-Mulk.
  • Segala kelengkapan diberikan secara percuma
    (pakaian dan biasiswa).
  • Dibuka untuk semua mazhab, bukan satu mazhab
    sahaja. Syiah dikecualikan.
  • Ini sesuai dengan peranan Khalifah sebagai
    pelindung semua umat Islam.

Bab 9 / 13
14
INSTITUSI AL-MUSTANSIRIYYAH
  • Al-Mustansiriyyah dianggap sebagai IPT terbesar
    dengan dewan kuliah, asrama, masjid, bangunan
    pentadbiran hammam.
  • Ia mengandungi 4 iwan (fakulti/dewan) yang
    dikhaskan untuk 4 mazhab utama Islam.
  • Setiap iwan mempunyai profesor dan muridnya
    sendiri.
  • Selain ilmu agama, ilmu lain turut diajar seperti
    adabiyyah, riyadiyyah, aqliyyah dan tabiiyyah.
  • Mempunyai Dar al-Quran dan Dar al-Hadith sendiri.

Bab 9 / 14
15
INSTITUSI AL-MUSTANSIRIYYAH
  • Ketua pentadbiran (nazir) ialah Qadi Abu al-Najib
    Abd al-Rahman al-Tikriti.
  • Beliau dibantu oleh beberapa penyelia dan pegawai
    rendah.
  • Seramai 29 orang diambil bertugas untuk
    menguruskan hal-ehwal pentadbiran institusi
    al-Mustansiriyyah.
  • Ia juga mempunyai musalla dan imam tersendiri
    bagi setiap mazhab.
  • Selain al-Nizamiyyah dan al-Mustansiriyyah,
    terdapat hampir 75 IPT lain di seluruh jajahan
    Abbasiyyah.

Bab 9 / 15
16
RUMUSAN
  • Zaman Abbasiyyah menyaksikan pencapaian aspek
    pendidikan menerusi penubuhan al-Nizamiyyah dan
    al-Mustansiriyyah.
  • Al-Azhar turut ditubuhkan oleh Kerajaan
    Fatimiyyah untuk menyebarluaskan pengaruh dan
    fahaman Syiah.
  • Perkembangan pendidikan Abbasi telah diperkemas
    dan diperkukuhkan dengan mengambil kira semua
    mazhab dan rakyat.
  • Kebanyakan IPT zaman Abbasiyyah telah musnah,
    sama ada oleh musuh atau alam.
  • Al-Mustansiriyyah masih kekal hingga kini.

Bab 9 / 15
17
(No Transcript)
18
(No Transcript)
19
(No Transcript)
20
(No Transcript)
21
? Bendera Abbasiyyah Istana lama zaman
Abbaisyyah ?
22
Al-Mustansiriyyah (dari luar)
23
Al-Mustansiriyyah (dari dalam)
24
Gerbang al-Mustansiriyyah ?Menara Masjid di
Samarra ?
25
(No Transcript)
26
(No Transcript)
27
Kota Rusafah (dari luar)
28
Kota Rusafah (dari dalam)
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com